Ahad, 31 Mei 2015

TEKA-TEKI PEWAYANGAN POLITIK TUN DR M MELAWAN KETUA.

"Suatu Ketika Dulu, Kini & Selamanya" 

Putrajaya & Seri Kembangan, 31 Mei 2015, entri bagi menutup bulan Mei. Sengaja di pilih tarikh terakhir bulan Mei kerana dalam bulan Mei 2015, banyak peristiwa politik penting berlaku. 

Selepas dua PRK di Rompin dan Permatang Pauh, di mana menunjukkan pengundi pun dah buhsan dan fedap dengan keletah lucu politikus kedua belah pihak, peratusan keluar mengundi sekitar 74% sahaja dengan kemenangan di kedua belah pihak majoriti dikurangkan oleh para pengundi. 

Minggu pertama dan minggu kedua bulan Mei rancak dengan keputusan para pakar dan penganalisis keputusan dua PRK tersebut. Minggu ketiga dan keempat dipenuhi dengan aktiviti menghentam 1MDB dan menggasak Najib undur. 

Macam-macam lah benda keluar. Pada masa yang sama pemimpin dapigs gasak Presiden PAS Hj Hadi suruh undur gak. Keadaan agak selamat untuk PKR, kenapa yer? Azmin Ali memang anak angkat Tun M. 

Dapigs gasak Hj Hadi berundur sebab Hj Hadi nak bawak PAS bersama dengan UMNO. Ini ide bersama Najib-Hj Hadi. Di sebelah BN plak, Tun M gasak Najib suruh undur melalui isu hutang 1 MDB dan GST. 

Dapigs serang Hj Hadi guna alasan Perpaduan PAS-UMNO & isu Hudud.

Tun M serang Najib guna alasan 1MDB & faktor survival BN pada PRU 14. Macamlah Tun M boleh rayu semua pengundi undi BN pada PRU 14 nanti. 

Dalam kehangatan dan kepanasan adu domba pewayangan politik yang dicetuskan dapigs & Tun M, Wan Jijah dengan selesa jadi Ketua Pembangkang. Manakala Azmin Ali senyum manjang sebab sempat lah buat apa yang beliau nak buat, takde orang kacau. 

Sekarang ini perhatian semua orang diarahkan kepada konflik dapigs-Hj Hadi & Tun M - Najib , Hudud - 1MDB. Keduanya menyerang tokoh-tokoh yang nak bawa Perpaduan di antara PAS-UMNO melalui Hudud & Indeks Maqasid Syariah. 

Adakah serangan-serangan berkenaan telah menjejaskan dan/atau mula mengubah sokongan dan persepsi rakyat kepada hj Hadi & Najib? Itu kita tengok dulu lah sebab pengundi & rakyat semakin bijak sebab dibijakkan dek jentera propaganda kedua belah pihak gak kan, Namun keputusan terakhir tetap pengundi & rakyat putuskan sendiri. 

Adakah serangan-serangan berkenaan turut menjejaskan dapigs dan kredibiliti Tun M? Ya. Kini dapigs & Tun M di lihat dengan penuh sinis oleh pengundi & rakyat. Terimakasih kepada jentera Anwar Ibrahim yang bekerja keras sejak 1997- sehingga kini memberikan gambaran dan imej buruk kepada Tun M. 

Akhirnya, mereka berjaya menjadikan Tun M sebagai Senjata Utama mereka menentang UMNO/ BN. Dan menjadikan dapigs penentang sebenar perpaduan, keharmonian antara kaum dan agama di negara ini. 

Politik Evasif dan Defensif Pak Najib nampaknya berhasil jugak lah. Kerana jentera Tun M terlebih propa sampai orang naik muak dan mual. Oberkil yang di buat jentera Tun M sudah mula nampak makan tuan lah. 

Dan apasaja jentera propa Tun M lakukan kini, semakin menyerlah plak kebenaran segala propa puak PR terhadap Tun M selama ini. Orang dah tak kaitkan pemimpin dengan parti sekarang. 

Bila jentera adu-domba Tun M memberikan hujah pemisahan Ketua & parti secara tak langsung diaorg mengajar pengundi dan rakyat mempercayai segala propa puak PR terhadap Tun M. Kan dah kono sendiri peluru sendiri. 

Orang akan terfikir gak, " Kalo Tun M camtu apatahlagi anwar ibrahim dan puak PKR. Dah tentu sama jek mentaliti. Nanti Malaysia ini asik nak bergadoh pasal politik' Maka pengundi dan rakyat akan kekalkan Najib sebagai PM dan BN dengan majoriti mudah atau majoriti sikit besar lah. 

Rakyat Malaysia ini gemar dengar gosip tapi percayanya idak gak. Mereka lebih menilai kepada cara dan gaya penyampaian serta tahap emosi. Mereka tak fokus pun kepada 'Kebenaran'. Yang mereka nak nilai ialah Peel pihak-pihak yang terbabit je.  

Proses yang sama gak bila diaorg tengok setail pepuak dapigs, PKR & PAS tu. Serupa dan sama je cara diaorg tengok puak UMNO/BN. Rakyat pengundi ni bukan kesah sangat pasal skandal-skandal waima diaorg suka dengor pasal skandal. Sebabnya, melalui cerita-cerita skandal politik ler, rakyat pengundi menilai peribadi, kepimpinan & populariti seseorang politikus. 

Realitinya, cerita-cerita skandal tu bikin rakyat pengundi merasa 'lebih suci' dan 'lebih bagus' daripada politikus. Kih kih kih. Ya lar Rakyat pengundi pun dah naik nyampah gak tengok gelagat politikus ni. Semua 'Bajet Suci' belaka. Asal buka mulut je, beliaulah paling suci dari yang tersuci. 

Makanya, Rakyat pengundi bukak telinga luas-luas bila ada cerita-ceriti skandal pasal mana-mana politikus. Tembok kukuh egois politikus sebenarnya dah lama roboh lar. Silap jentera dan tangan-tangan politikus sendiri lar. Sebab itu majoriti kakitangan awam sekarang ni semua pakat lawan dan bantah politikus. Ramai jadi Lawan Tokeh. Sikap Lawan Tokeh tu terjemahan dari emosi nak tunjuk sapa power. Bos power ke setaf yang power? Camtu lar.

Rakyat pengundi sebenornyer gelak sakan bila politikus sesama sendiri dok londeh sesama sendiri dan tunjuk 'Anu' dan 'Pekong' memasing. Mungkin ada yang kata, rakyat pengundi muda lain fikir. Alarh, serupa je cuma cara diaorg menterjemahkan emosi diaorg je sikit beza. 

Sedor tak sedor, sekarang ini ada perkumpulan rakyat pengundi terdiri dari anak muda yang berazam nak beri pengajaran maksimum kepada sekelian politikus melalui undi mereka. Tengok lah nanti. 

Berbalik kepada teka-teki kenapa Tun M serang Najib, mudah je nak baca.

Mana ada politikus serang politikus lain tanpa sebab kan?

Maka nya, apakah sebabnya Tun M serang Najib?

Sebabnya hanya Allah Hu Ta'ala dan Tun M sendiri yang tahu kenapa dan mengapa. Samalah pasal motif, sebab-musabab, kenapa & mengapa Najib tubuh 1MDB tu. Hanya Allah Hu Ta'ala & Najib sendiri yang tahu. Yang pastinya, 1MDB ni bukan nak menjahanamkan negara atau membebankan rakyat.

Cuma yang pasti dan jelas, Tun M serang Najib bukanlah sebab 'perjuangan rakyat' atau 'perjuangan parti nak beri menang'. Ini tafsiran ambe lah. Ambil mudoh lah , ada la benda yang Tun M nak tu tapi tak dapat.

Dan adalah Agenda-agenda tertentu yang Tun M nak capai tapi terhalang.

Sekian terimakasih.

Khamis, 7 Mei 2015

PERMATANG PAUH PENGUNDI MAHU KEKALKAN ATAU TUMBANGKAN LEGASI DINASTI ANWAR?


Dalam tempoh 24 jam terakhir, perkara berikut berlaku :-

1. Kenderan jentera BN dipecahkan cermin, 
2. Kenderaan jentera BN cuba di bakar pada waktu subuh.
3. Penyokong PKR menyerang demonstran PAS yang sokong Presiden PAS & Hudud. 
4. PDM Cina di Kuala Rompin kembali ke tangan BN
5. Saluran 4 & 5 di FELDA Keratong 5 & 2 dimenangi PAS
6. Tiada isu Hudud dibangkitkan penceramah PAS semasa PRK Rompin
7. Isu GST & 1MDB dijadikan Isu Frontal Attack bagi mengurangkan majoriti. 
8. Apabila gagal, jentera PAS melakukan lawatan dari rumah ke rumah meminta pengundi tegar BN jangan keluar mengundi. 
9. Tarikh Membuang Undi PRK Rompin yang ditetapkan SPR mula dipersoalkan.
10. Post Mortem PRK Rompin diarahkan oleh DS Najib. 
11. Tun M mengeluarkan stetmen melahirkan kekecewaannya, pengundi Rompin tak kisahkan isu 1MDB
12. Anggota Polis terkepong di sebuah pusat membuang undi. 

Dalam Politik yang diamalkan dan dibudayakan di Malaysia sejak Tun M menjadi PM selama 22 tahun; berdasarkan kepada prinsip " Tiada Musuh Yang Kekal dan Tiada Kawan Yang Kekal" . Hasil daripada Machiavellian " The Ends Justify The Means' . 

Walaupun, pro Tun M cuba memberikan gambaran bahawa berlaku 'Isyarat Jelas daripada Pengundi Rompin' sebenarnya 'Isyarat' tu bukan daripada pengundi tapi daripada Game Players. 

Nak tahu siapa yang dicaturkan untuk menang di PRK Permatang Pauh, anda perlu melihat 'Gambaran Yang Lebih Besar'. Siapa yang perlu menjadi 'Rujukan' dan 'Klu Utama' yang perlu anda lihat dan cari? 

Bertanyalah kepada diri sendiri kenapa Tun M mengeluarkan stetmen-stetmen yang berbeza mengikut peringkat momentum kempen di kedua-dua PRK? Baca dan kaji sendiri stetmen-stetmen ini:-

1. Sebelum kempen :- Kedua PRK ada Penanda Aras kepada sokongan rakyat kepada DS Najib. 

2. Semasa kempen: Saya nak BN menang dikedua PRK. 

3. Selepas Keputusan : Rakyat tak endah pasal 1 MDB 

Kemudian stetmen tu diperkuatkan oleh Mukhriz Mahathir, " Tun M tidak akan bersama Pakatan Rakyat" 

Politikus akan mengeluarkan kenyataan yang memberikan 'Isyarat' kepada kumpulan Task Force mereka. Di sampinG itu mereka mengharapkan, 'orang ramai' faham apa yang tersirat dalam kenyataan mereka. 

Mereka berusaha mengarahkan pilihan pengundi ke arah yang mereka kehendaki. Tapi mereka lupa bahawa hati-hati manusia ini dibolak balikkan oleh Allah Hu Ta'ala. 

Politikus Malaysia ini mengamalkan juga , " Kelirukan Mereka Jika Tak Mampu Mempengaruhi Mereka" Ini memang diamalkan oleh Tun M selama ini. Dan diikuti oleh jentera PKR & DAPigs. 

Tapi, pengundi kini semakin bijak, atau sebenarnya pengundi semakin mudah diperbodohkan? Tidak sukar untuk membaca kesemua isyarat-isyarat yang diberikan Game Players Politikal Malaysia. Sebab mereka pun bukanlah bijak dan cerdik sangat pun. Mereka hanya sangka mereka cerdik dan bijak. 

Mereka hanya boleh Merancang tapi Ketentuan itu tetap daripada Allah Hu Ta'ala. Kerana itulah mereka ada menyimpan stok 'Nujum Pa' Belalang'. Malangnya, mereka semakin kehabisan stok, bila didapati hampir 95% ketajaman ilmu nujum stok mereka sekarang ni 'Tak Menjadi' ...Kih kih kih. 

Malangnya, tak ramai nak menyelami hati para pengundi di kedua-dua kawasan Parlimen. Majoriti pengundi di Permatang Pauh mahukan Wakil Rakyat yang boleh berkhidmat kepada mereka. dan bukan lagi seorang Wakil Rakyat Pemegang Amanah kepada seseorang dalam jel. 

Bagi pengundi Permatang Pauh, untung nasib bekas wakil rakyat mereka dalam jel tidak menjejaskan masadepan mereka. Samada dalam jel atau tidak, bagi pengundi di Permatang Pauh, itu tak penting pun kepada kepentingan mereka. 

Apa yang penting kepada pengundi di Permatang Pauh ialah apa perkhidmatan Wakil Rakyat yang boleh berikan kepada mereka? dan sejauhmana mereka boleh akses Wakil Rakyat untuk menyelesaikan masalah seharian mereka?

Inilah Pakej yang Wan Azizah tak mampu nak berikan tapi mampu diberikan oleh calon BN. Pengundi tak angkat pot pun pasal semua isu politikal Mereka pun dah tau, isu-isu politikal tak mampu nak jaga kepentingan mereka.

So Game Players, hangpa lepas ini boleh boleh terus bermimpi dan merancang tapi hangpa gigit jari saja la. Pengundi tak ikut dah Game Plan hangapa. Depa dah lebih cerdik daripada hangpa, taw. Jangan Marah arrrrr....

Selasa, 5 Mei 2015

PRK ROMPIN ANGIN KEMENANGAN DAN NAIK ANGIN ATAS GST ... APA DAAAA.....






Kemenangan memang dah di jangka pun. 

Kehadiran keluar mengundi pun memang dah dijangka jugak.

Protes atas GST pun dah di jangka gak. 

Apa yang tak dijangka ialah UNDI PAS MENURUN !

Kira Menang Bergaya lah gak kan ...

Apa pun Dato Hasan Arifin dapat jadi Ahli parlimen 3 tahun ... tahniah dan kongrats ....

Ambe gak lepas ni camtu gak ... ya la ..FI - SABILLILLAH ... kih3 

HAI HAI BYE BYE PAS !


Ahad, 3 Mei 2015

MATANG PAUH & ROMPIN - POLITIK FOFULER KECIPETAN POYO MASIH MELANCAP MINDA RAKYAT.


"Apakah Demokrasi ?"
"Demokrasi ialah Kebebasan Memilih para diktaktor Kita sendiri."

Andai minda anda menakrifkan demokrasi seperti kartun di atas, Tahniah, minda anda memang kartun. Dan layaklah minda anda dilancap oleh propaganda dan slogan politikal sehingga emosi anda keletihan berinzal berkali-kali.  

Demokrasi hanyalah sebuah slogan dalam Politik. Realitinya, amalan demokrasi memang poyo dan cipet teramat sangat. Amat jauh beza dari apa keluar dari mulut-mulut politikus. 

Apa sebenarnya takrifan dan terjemahan amalan DEMOKRASI? 


LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...