Ahad, 3 Mei 2015

TELCO MALAYSIA MEMANG CIPET- 17 BULAN SEBELUM GST TAK RETI KE NAK UPGRED SISTEM,?




Dengar betul-betul dari saat 13 sehingga 1 minit. Shabery Cheek menjelaskan antara lain, ambe fahamkan, TELCO kata mereka ada 30,000 agen prabayar di seluruh Malaysia. TELCO menggunakan 'Sistem Perisian' bagi mengira setiap lapisan dalam rangkaian-rangkaian outlet-oulet menjual tambah nilai. TELCO perlu tarik semula semua kad-kad prabayar dan kemudian mengubahsuai bagi pematuhan GST. Ok dah faham?

Sebelum itu, Mat Maslang dalam temuramah pada malam 30hb April, 2015, menyatakan bahawa penangguhan perlaksanaan GST di buat selama 17 bulan. 

Sekarang meh kita tanya TELCO, selama 17 bulan yang lepas sebelum 1 hb April 2015, kenapa tak upgred sistem perisian dan kemaskini semua sistem mereka dengan 30,000 agen mereka? 

Kenapa tak tarik awal-awal semua kad prabayar semasa tempoh 17 bulan itu sebagai persediaan mereka mematuhi GST? 

Sekarang ini bila GST dilaksanakan, dan Menteri SKMM bernegosiasi dengan TELCO, kenapa TELCO beri alasan cipet perlukan berbulan-bulan untuk buat kerja yang sepatutnya mereka dah lama langsaikan semasa 17 bulan yang lepas?

Takkan TELCO terlepas pandang?

Mustahil kementerian dan Kastam terlepas pandang ! 

Apa maksudnya?

Maksudnya TELCO memang cipet ler ! Sengaja cari pasal dengan rakyat. Tak gitu? Eloknya Kementerian Saman je TELCO ini. 

Sabtu, 2 Mei 2015

P.091 PRK ROMPIN: SHABERY CHIK CAKAP LAIN, YANG DI FAHAM JADI LAIN. CAM SEOT LA.

"GUANO DEMO BOHs, " Ungkapan ni gerenti ada orang salah faham punya ! Payoh mentaliti imaginasi yang suka melancap minda sendiri sampai terinzal macam-macam halusinasi. Kamonlah, dari mula keluar tewit DS Najib mengwar-warkan tanggungjawab dan amanah setel dengan TELCO memang terletak pada Shabery Chek; sampailah ke 'Tajuk Portal', tak abis-abis ada manusia masturbasi minda mereka dengan macam-macam setail lancapan minda nak syokkan diri mereka. Apa sebab? Sebabnya,  ada yang alah malu lah kerana tersilap cakap sebelum ini . Dok mandai-mandai nak obertake di selekoh tajam. Buat kerja yang bukan dalam bidang tugasan. Kuar stetmen kena trol kow-kow. 

Apa yang dipetik dan dijadikan tajuk 'Berita' kat sesetengah portal itu, jangan dok difahamkan cam Shabery Chek ini takde hati perot dan tak fikir langsung pasal rakyat marhaen dan impak sokongan kepada BN. Bukan salah Shabery Chek ke atas pemilihan 'Tajuk Berita' yang disengajakan oleh portal untuk mensensasikan rangking portal mereka. Takkan dengan begitu mudah, minda korang dilancap sesuka hati dek tajuk-tajuk berita camtu? Kata dah otai dengan Game Psywar Media Sosial, tapi korang punya latah cam nenek bongkok tiga. 

Shabery Chek itu menyentuh mengenai pelbagai sudut yang perlu dipertimbangkan dalam isu GST ke atas Kad Tambah Nilai perkhidmatan talipon prabayar. Shabery Chik hanya menyentuh mengenai pertimbangan cadangan pemansuhan GST ke atas kad Nilai Tambah Prabayar sahaja. Bukannya Shabery Chik menekankan mengenai kerugian di pihak gomen semata-mata. Angka itu hanya di sebut sebagai perbandingan dan justifikasi betapa ruginya rakyat jika pemansuhan GST ke atas Kad Nilai Tambah prabayar dimansuhkan. 

Lancapan minda bermula bila ada yang menyanggah kenyataan Shabery Chek dengan memberikan alasan bahwa sebelum GST, setiap kad Nilai Tambah prabayar sudahpun dikenakan SST 6%. Betul ke atau sekadar lancapan minda akibat kekeliruan dengan kadar cukai yang dibenarkan sebelum ini mengikut Akta yang berkuatkuasa? Tang ini ambe kena tanya Shabery Chek bila berpeluang berjumpa beliau. Kalau jumpa la. 

Yang ambe nampak ada dua perkara mengenai lancapan minda terbaru ini:-


1. Pasal bidangkuasa Menteri untuk penetapan atau pemansuhan GST ke atas kad Nilai Tambah prabayar; 


2. Pasal rakyat marah kononnya sebelum ini SST sebanyak 6% sudah dikenakan. Jadi bila tolak SST itu dan digantikan dengan kadar GST (kadar yang sama 6%) sepatutnya tiada penambahan. Ini kefahaman lancapan minda yang berlaku lah. 


Pada pemahaman ambe pulak, cer tengok la sapa empunya saham terbesar dalam TELCO ni kan. Apa yang ambe kaji dan analisa ialah, TELCO ni macam nak sabotaj gak la GST ni. Cuma sapa punya Game ni sebenarnya? 



P.O91 PRK ROMPIN PENGUNDI TANYA " UNDI PAS DAPAT APA???"

Politikus sedar dan semua jentera parti politik tahu, pengundi semakin cerdik. Kadangkala terlebih cerdik dari mana-mana graduan doktorat dan pemegang skor 3.87 CGPA. Tapi dek kerana politikus dan jentera parti politik 'merasai' status quo pou mereka lebih tinggi sebab duduk dalam kerajaan; mereka buat-buat lupa lah fakta penting tu dalam setiap PRK & PRU. Ini kisah pasal bagaimana kelompok jentera PAS nak perbodohkan pengundi di kawasan Parlimen Rompin dengan slogan:-

(a) Undi PAS 1 undi Tolak GST.
********************************
Jentera PAS hengat mudah ke nak nipo pengundi camtu? Ya betul ramai pengundi bersungut pasal GST; tapi pengundi pun sedar dan tahu; puak PAS pun takkan hapuskan GST kalau PAS menang. Tengoklah apajadi pada manipulasi politikal isu HUDUD oleh PAS. Dari masa poknik masih hidup sampai poknik jadi arwah; PAS masih gagal nak realisasikan  HUDUD. Apatahlagi dengan isu pasal GST ne. Kalo PAS MENANG sekalipun dan dapat tambah kerusi di Dewan Rakyat; korang hengat PAS akan gunakan kelebihan tu untuk perjuangkan Hak rakyat? Tengoklah apajadi pada PAS di DUN Selangor, ada 15 kerusi DUN pun tak mampu nak jadi Speker dan MB Selangor. Nak rampas bir pun PAS tak mampu nak buat. Nak halang gerakan misionaris pun PAS tak mampu. Dalam Parlimen; PAS bukan nak pertahankan kalimah ALLAH tapi jadi pemborong menjual kalimah suci tu kepada Dapigs & PKR. Takkan korang dah lupa episod tu???  Kalo PAS menang, calon PAS dapat gaji dan elaun ahli Parlimen yang baru naik; Orang KAMPUNG DAPAT APA??????

Tanyalah semua pengundi yang beri undi kepada calon PAS.... APA MEREKA DAPAT DARIPADA PAS?

MEMILIH BIARLAH BETUL

Memilih Wakil Rakyat ne tak boleh pilih ikut selera nafsu-nafsi cam pergi shopping di pasar malam. Kita perlu memilih yang betul-betul boleh berkhidmat dan bawa suara kita di Parlimen untuk didengari. Kalo takat suara wakil yang dipilih di Dewan Rakyat saja yang berdegardegar tapi suara kita tak didengari; tak guna. Di antara suara calon PAS dengan suara calon BN; dah tentu suara rakyat lebih terjamin didengari bila disuarakan oleh calon BN. Makanya; molek benarlah calon BN dipilih. Pengundi yang bermastautin diluar tapi berdaftar sebagai Pemilih Berdaftar di kawasan Parlimen P.091 Rompin; baliklah untuk mengundi. Undi anda amat penting bagi masadepan semua penduduk dalam kawasan parlimen berkenaan. Boleh dak balik mengundi? Sebab 5hb Mei pun dah diisytihar cuti oleh kerajaan negeri Pahang. Moh Balik Mengundi BN!

Sabtu, 25 April 2015

#PRKRompin KEMPEN PAS CUMA NAK BANTU CALON PAS BUKAN RAKYAT.


PRK ROMPIN :- 1 UNDI PAS, 1 UNDI BANTU BISNES DAPIGS & CALON PAS Rakyat Bakal Ternganga ler ! PAS dah abis ide doh camna bantu rakyat sebenarnya. Apa yang dalam kepala calon PAS cuma, " Nak jadi Wakil Rakyat, makan Elaun & Gaji baru. Bisnes aku gerenti terjamin" Ini yang ambe nilaikan dari semua gerak kempen calon PAS di sini.

Berbeza dengan pendekatan calon BN di mana, beliau semalam selepas bersolat jemaah Jumaat di masjid Al Hidayah, Kampung Perepat, Kuala Rompin; beliau dengan Datuk Johari (EXCO Pahang portfolio Tanah) menyelesaikan kemelut hakmilik tanah penduduk di situ.

Beliau juga ada sebut, yang beliau akan tangani dan bawa keresahan rakyat pasal GST bagi membantu rakyat. Ini pemimpin yang amat dikenali dan mengenali DS Najib. So, sudah tentu lah suara rakyat lebih terjamin di dengar melalui Dato Hasan Arifin berbanding suara seorang bisnesman cam calon PAS.

Bisnesman calon PAS memang anti GST sebab GST ini sistem percukaian yang mana-mana peniaga takleh nak tipu dan lari. Dapigs-PKR-PAS anti GST sebab majoriti mereka adalah para peniaga dan tukang kutip derma. Ofkors mereka akan perjuangkan kepentingan Bisnes mereka berbanding kepentingan rakyat dalam isu GST. 

Bohong ler mereka nak perjuangkan keresahan rakyat dalam isu GST ini. Mereka cuma nak guna Tiket Sokongan Rakyat bagi menyelamatkan kepentingan bisnes & perniagaan mereka sahaja. 

Lebih untung dan bermanafaat pengundi kawasan Parlimen Rompin mengundi BN berbanding PAS. Lagipun smeua ornag tahu yang PAS kini cuma berjuang untuk masadepan Periuk Nasi Ahli Parlimen mereka sahaja dan perjuangkan kepentingan Bisnes puok Dapigs dan PKR semata-mata.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...