Ahad, 21 Disember 2014

1982-1997 SELAMA 17 TAHUN ANWAR IBRAHIM TIKAM BELAKANG & KHIANATI UMNO.

Bapak Dajal Malaysia Yang Kini Bajet Suci



Artikel Dari Utusan Malaysia pada Jun, 1999. 

ARKIB : 20/06/1999

Senarai kroni Anwar -- Rustam Sani yang hebat mengecam kerajaan juga mendapat projek

KUALA LUMPUR 19 Jun - Bekas Setiausaha Agung Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM), Datuk Kamaruddin Jaafar, mengetuai senarai kroni Datuk Seri Anwar Ibrahim yang mendapat habuan projek dan saham yang bernilai berpuluh bilion ringgit.
Mengikut senarai itu, syarikat milik Kamaruddin merupakan pemegang saham utama dalam tiga buah projek iaitu Kuala Lumpur Linear City, KL People-Mover Rapid dan Sabah Shipyard Sdn. Bhd. yang nilai kos keseluruhannya ialah RM11.319 bilion.
Beliau memiliki saham dalam dua syarikat mengendalikan pembinaan pengangkutan di ibu negara ia itu KL Linear City bernilai RM10 bilion dan KL PRT Sdn Bhd. bernilai RM1,298 juta serta projek Sabah Shipyard Sdn. Bhd sebanyak RM21 juta.
Nama Kamaruddin terkandung dalam senarai saham dan pemberian projek kerajaan yang dikeluarkan oleh Kementerian Kewangan pada Perhimpunan Agung UMNO di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) hari ini - satu tindakan yang bertujuan mendedahkan bagaimana Anwar membahagi-bahagikan kekayaan negara kepada rakan-rakannya.
Dalam senarai saham, bapa dan dua adik Anwar dicatatkan sebagai turut mendapat peruntukan saham bumiputera yang dikeluarkan oleh kerajaan.
Bapanya, Datuk Ibrahim Abdul Rahman dan adik beradiknya, Farizan dan Marzukhi memegang saham berjumlah lebih 7.1 juta unit dalam tiga buah syarikat.
Dr. Rahim Ghouse, seorang lagi penyokong kuat Anwar turut mendapat projek Express Rail Link bernilai RM2.4 bilion.
Penulis dan bekas pensyarah universiti, Rustam Sani, yang hebat mengecam kerajaan selepas Anwar dipecat daripada kerajaan sejak sembilan bulan lalu juga mendapat projek iaitu pembinaan Kompleks Jabatan Imigresen Shah Alam yang kini pada peringkat kelulusan prinsip.
Rustam, 55, adalah pemegang saham utama syarikat yang mendapat kontrak itu, Pasca Baru (M) Sdn. Bhd.
Beliau lantang membela Anwar dan mengkritik Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Mahathir Mohamad, yang didakwanya mengamalkan kronisme dan nepotisme terutama dalam tulisan-tulisannya yang diterbitkan dalam akhbar Harakah dan penerbitan yang pro bekas Timbalan Perdana Menteri itu.
Salah satu dokumen yang dikeluarkan dalam senarai itu bertajuk Pemberian Projek Penswastaan Kepada Penyokong Datuk Seri Anwar Ibrahim Melalui Unit Perancang Ekonomi (EPU) (Perjanjian Telah Ditandatangani).
Projek pembangunan kerajaan yang diluluskan kepada kroni Anwar adalah pelbagai daripada penswastaan pembetungan najis, penswastaan perkhidmatan ambulans hinggalah kepada pembangunan hartanah di kawasan Brickfields di Kuala lumpur.
Kementerian Kewangan mengeluarkan lapan dokumen pada Perhimpunan Agung UMNO, dan daripada senarai itu terdapat dua senarai yang mengandungi maklumat berhubung 27 buah projek yang diberikan kepada penyokong-penyokong Anwar.
Hanya 14 daripada 27 projek itu dicatatkan kosnya. Nilai terkumpul 14 projek itu ialah RM33.92 bilion. Dijangkakan, jika kos projek-projek lain diperoleh, nilai keseluruhan akan jauh lebih tinggi.

Lagi Mao Picaya Ka Itu Malaon Dajei ? 

Jumaat, 19 Disember 2014

HARGA MINYAK DI PAM BAKAL TURUN LAGI DAN BILA PENIAGA KIASU PRO DAP NAK TURUNKAN HARGA BARANGAN?

BUAT PERTAMA KALI NYA, Menteri CGPA berjaya menarik perhatian ambe dengan mengumumkan Harga Minyak di Pam bakal turun lagi selaras dengan harga minyak mentah dunia yang turun sehingga USD56.6 satu tong. Pada kali ini, pengumuman beliau tak plak mendapat sebarnag sambutan daripada puak siber PR. Apakah ini bermakna, puak siber PR sudah menyokong kerajaan BN? Nampaknya begitulah.

Tapi agak malang, peniaga kiasu pro dap di semua sektor tak berbunyi apa-apa pula. Kalau sebelum ini, sebarang kenaikan minyak di pam akan di sambut dengan maki herdik daripada puak DAP, kali ini mereka diam. Kenapa ya?

Tak ke sepatutnya puak DAP menyambut pengumuman Menteri CGPA itu dengan menyalak dan melalak kepada peniaga kiasu yang pro mereka agar segera menurunkan harga barangan mereka selaras dengan penurunan harga minyak di pam dan harga minyak mentah dunia?

Tak ke selama ini DAP yang ajar peniaga kiasu seluruh Malaya bahawa mereka perlu naikkan harga barangan kerana harga minyak di pam naik ? Nah ! Kenapa pulak di masa harga minyak di pam turun dan harga minyak mentah turun, DAP tak menyalak dan melalak kepada peniaga kiasu pro mereka agar menurunkan harga barangan dengan segera selaras dengan penurunan minyak mentah dan minyak di pam?

Sebaliknya DAP sibuk nak haramkan Perarakan Maulidur Rasul dengan beking puak-puak bahlol lagi bangang yang menjadi Exco Agama di Pulau Pinang. Dan DAP sibuk beno nak buat Kandang Mega Babi di kawasan majoriti Melayu di Kuala Langat.

NFCorp yang sudah hampir berjaya menternak lembu fidlot, DAP dok bantai guna Rafizi yang bangang membunuh bisnes bangsa sendiri. Tapi Rafizi dok diam plak bila masuk bab Ladang Mega Babi di kawasan majoriti Melayu di Kuala Langat. 

Selagi Melayu Kebanyakan tak turun beramai-ramai menuju SUK dan DUN Selangor maupun Pulau Pinang, selagi itulah puak DAP akan kacau dan menjadi semakin berani.

MELAYU KEBANYAKAN jangan lah duduk diam-diam kat rumah sahaja. Hak kamu sedang di kikis dan di hapuskan oleh puak DAP KIASU. Politikus Melayu takleh buat apa-apa sebab diaorg cuma dapat UNDI MINORITI JEK. 

MELAYU KEBANYAKAN .. PLIS BERSUARA LANTANG LAH KAT PUAK DAP-PKR YANG SEMAKIN KURNAG AJAR DAN BIADAP !

Khamis, 18 Disember 2014

DAP & PKR IDIYET PERLU HENTIKAN PROVOKASI DAN JANGAN KACAU HAK MELAYU SERTA ISLAM


Bila AMBIGA tanpa segan silu dan secara gelojoh sifar cerdik menghamburkan maki hamun terhadap tindakan mempertahankan penggunaan kalimah ALLAH, kita Melayu Kebanyakan fahami tindakan biadap Ambiga. Setakat ini, Melayu Kebanyakan masih mampu menahan diri dari membalas kebiadapan Ambiga. Tidak seperti Ambiga yang sifar matang dan sifar cerdik, Melayu Kebanyakan tahu orang seperti Ambigalah yang membawa perkauman dan mengocak konflik keagamaan. 

DAP sudah sebulat suara menolak Hudud. Ahli Parlimen Kuala Langat PKR yang pro DAP sudah menempelak bantahan Projek Babi Mega di kawasan Majoriti pengundi Melayu. Puak PAS di Kuala Langat mendiamkan diri membiarkan DAP-PKR menindas dan menyusahkan majoriti Melayu Kebanyakan di Kuala Langat. 

Di Pulau Pinang, DAP kacau ganggu hak Islam dengan sengaja membuat penghinaan kepada mahkamah, Yang DiPertuan Agung dan orang Islam, membenarkan kalimah ALLAH digunakan orang bukan Islam. Sedangkan DAP tidak mempunyai hak untuk berbuat demikian.

Begitu juga dengan Larangan Perarakan Maulidur Rasul yang dikatakan bakal dikuatkuasakan oleh DAP di Pulau Pinang. Kemungkinan besar, akan menjadi polisi utama PR bila menjadi Kerajaan Pusat. 

Jelas sebenarnya, politikal DAP PKR adalah amat anti Islam. Dan PAS pula seperti rakan politikal yang bisu, pekak dan buta dalam mempertahankan institusi Islam serta Hak Melayu dalam Perlembagaan. 

Melayu Kebanyakan perlulah bangkit dan bersuara menantang semua polisi dan tindakan provokatif serta kacau ganggu yang di buat DAP-PKR. Jangan duduk dan tengok serta tunggu UMNO dan PAS serta NGO yang bersuara. Anda pun perlu bersuara mempertahankan Hak-hak anda dan maruah ISLAM. 

Anda boleh melakukannya di media sosial dan letakkan status KAMI BANTAH SIKAP PERKUAMAN DAN ANTI ISLAM DAP-PKR- BERHENTILAH, HORMATI HAK MELAYU & ISLAM. 


Rabu, 17 Disember 2014

BIARKAN SAJA TIM EKSEKUTIF 1MDB MENERUSKAN AGENDA BANGANG MEREKA. MELAYU PERLU FOKUS.


‪#‎Bismillah‬
لا اله الا الله الملك الحق المبين محمد رسول الله الصادق الوعدالإ مبن

1MDB bukanlah satu isu yang bakal menguntongkan masadepan dan survival Melayu pun. Waima blog MIK dan PRAPUKARI menerbitkan penjelasan daripada Tim Eksekutif 1MDB, namun bagi ambe, semakin mereka (CEO 1MDB) memberikan penjelasan, semakin mereka melondehkan kelemahan keputusan pengurusan dan urustadbir bisnes 1MDB. Jadi kata Pepatah Bani Jawi, Biarlah Luncai Terjun Dengan Labu-labu nya sendiri. Andai berlaku juga perkara negatif nanti seperti Skandal BMF dulu; tak susah, kita sita saja semua aset milik tim CEO 1MDB nanti. Dan hadapkan mereka semuanya di mahkamah di atas pertuduhan Pecah Amanah. Tapi jangan tunggu macam kes KETUM plak, dah dijatuhkan hukuman tapi masih bebas berkeliaran. 

Biarlah Tim CEO 1MDB menghadapi kemelut dan serangan daripada pihak pembangkang. Kita jangan masuk campur sebab merekalah yang menguruskan dan mentadbir 1MDB bukan kita pun. Kita , Melayu Kebanyakan, asingkan isu 1MDB tu dari fokus dan matlamat survival kita. 

Lagipun 1MDB bukanlah hasil Buah Fikiran dan Kehendak semasa Melayu Kebanyakan. Ianya lahir dari aspirasi dan kehendak puak korporat yang mendapat keyakinan daripada Najib. So, nak buat apa kita menyibuk? Biarlah mereka 'Terasing' dari arus perdana politikal BN dan UMNO BARU. Lagipun mereka adalah manusia-manusia korporat yang angkoh, sombong dan ingkar yang setaraf dengan politikus dap pkr pas. 

Isu 1MDB ini bermula daripada mulut longkang Rafizi yang kemudiannya di sambut dengan gagak gempita oleh pihak berkepentingan sama bangang dengan Rafizi dalam UMNO BARU. Maka biarlah mereka sahaja bergegak gempita membinasakan sesama mereka. Yang kita nak join sekali jadi binasa seperti mereka, apakehalnyer ?

Melayu Kebanyakan perlu fokus mengenai survival mereka sendiri dari melayan isu takde pekdah cam 1MDB tu. Ringgit Malaysia dalam keadaan menurun. Tiada langkah mengikat mati Ringgit. Tak tahu lah di masa depan nanti , mungkin di ikat atau dibiarkan terus terapung di tangan-tangan spekulator matawang. 

Oleh kerana kita tahu Puak POLITIKUS dah jadi sebijik cam LUNCAI, maka Melayu Kebanyakan perlu mengambil langkah-langkah atas inisiatif sendiri. Kita tak perlu berdemo atau berguling di atas jalanraya. Tapi kita Melayu Kebanyakan boleh mendesak lahanat dan malaon dap agar menasihati kelompok peniaga cina TIDAK MELAMPAU dalam menjual barangan dan produk mereka. Jika, dap gagal memenuhi desakan kita, maka kita desak puak PKR , Rafizi dan PAS agar mendisplinkan peniaga-peniaga Cina. Kita perlu memberi tekanan kepada DAP agar mendisplinkan peniaga dan persatuan bisnes Cina supaya tidak melampau mengambil keuntungan dalam keadaan ekonomi tak menentu. 

Disamping itu, kita mulakan Gerakan Massa di media sosial, agar bank-bank dan institusi kewangan jangan BERLAGAK. Supaya mereka menjalankan bisnes mereka dengan ada perikemanusiaan dan bukan macam LINTAH DARAT dan DRAKULA.

So Melayu Kebanyakan daripada korang melayan kebangangan dan sikap childish serta idiyet puak Politikus dengan anak-anak buah mabok ketum mereka, lebih baik kita buat desakan dan asakan kpd dap pkr pas , persatuan peniaga Cina dan perbankan agar tunduk patuh kepada kehendak dan aspirasi Melayu kebanyakan yang dah fedap dan buhsan dengan Manipulasi dan Diskriminasi di sektor awam dan perbankan. 

Itu lagi berpekdah kepada Melayu Kebanyakan.


Isnin, 15 Disember 2014

MULA-MULA BANGANG PASTU BANGSAT KENDIAN CUKUP-CUKUPLAH MENIPU- DAP MAKIN BESAR KEPALA.



‪‎Bismillah‬
لا اله الا الله الملك الحق المبين محمد رسول الله الصادق الوعدالإ مبن

Bermula dari teguran Tun Dr Mahathir mengenai 1MDB, kemudian disusuli laungan SOOOO--LEEEE---DAAAAAKKKK---RREEEEEE----TIIIIIII dalam PAU 2014. Dan perkataan ' BANGANG ! Cari makan dengan siapa?. Tak lama selepas itu, timbul plak laungan ' 25 Orang Kenamaan adalah Bangsat, Saya Hero Malaya'. Di tambah lagi dengan ' Cukup-cukuplah Menipu Tu'.

Maka riuh-rendah hiruk pikuklah kat fesbuk. kat mana-mana di alam siber, di warung kopi tepi jalan. dalam cafe lima bintang. Manakala puak dap cauvinis plak, melaungkan ' Enakmen Islam Pulau Pinang Tak Terpakai Maaa Pada Orang Bukan Islam. Boleh Pakai guna kalimah ALLAH'. Kemudian kecoh mengenai usaha DUN Selangor nak hapuskan dan sailang kuasa-kuasa Raja Selangor dalam Enakmen Agama Islam. 

Cuba kita renung balik dan santai fikir atas apa yang berlaku semuanya ini. Yang ambe nampak sejak 2003, yang menjadi mangsa adalah Melayu Kebanyakan. Politikus Melayu dalam PAS-PKR-DAP dan puak Liberal dalam UMNO banyak membantu memperkuatkan dan memperkasakan Kuasa Politikal DAP cauvinis. 

So, apa kita simpulkan Kuasa Politik Cauvinis dap makin bertambah kuat bukanlah kerana Tsunami Pengundi Cina atau Melayu tak undi UMNO pun. Tai disebabkan oleh perlakuan sumbang pencak silat puak politikus Melayu dari semua tindakan-tindakan mereka. 

Sasaran dan matlamat Transformasi dan Jom Ubah serta Lawan tetap Lawan yang dibawa oleh puak-puak politikus Melayu lebih menguntungkan politik cauvinis DAP. Maka, makin besar kepala lah puak cauvinis dan puak yang tak berapa nak suka Semangat Melayu. 

Betul la kata pepatah Melayu, sebab pulut santan binasa, kerana mulut badan binasa. 

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...