Rabu, 16 Oktober 2013

#CALON 36 MT & KB PENGGERANG DATO AZALINA - JANGAN AJAR ANAK MUDA MELANGGAR UNDANG-UNDANG.


Bersama benar-benar menjayakan TRANSFORMASI didalam UMNO. 
Bersama kita menjadi BIJAK BERANI BENAR untuk membawa PERUBAHAN didalam UMNO. 

KALIMAH ALLAH:- BERIMAN KEPADA ALLAH DAN KUFURI TOGHUT KERANA SUDAH JELAS JALAN BENAR DAN JALAN SESAT.

اتَّخَذُوا أَحْبَارَهُمْ وَرُهْبَانَهُمْ أَرْبَابًا مِنْ دُونِ اللَّهِ وَالْمَسِيحَ ابْنَ مَرْيَمَ وَمَا أُمِرُوا إِلَّا لِيَعْبُدُوا إِلَهًا وَاحِدًا لَا إِلَهَ إِلَّا هُوَ سُبْحَانَهُ عَمَّا يُشْرِكُونَ
 [التوبة/31]
Mereka menjadikan orang-orang alimnya dan rahib-rahib mereka sebagai tuhan selain Allah dan (juga mereka mempertuhankan) Al Masih putera Maryam, padahal mereka hanya disuruh menyembah Tuhan yang Esa, tidak ada Tuhan (yang berhak disembah) selain Dia. Maha suci Allah dari apa yang mereka persekutukan

لَا إِكْرَاهَ فِي الدِّينِ قَدْ تَبَيَّنَ الرُّشْدُ مِنَ الْغَيِّ فَمَنْ يَكْفُرْ بِالطَّاغُوتِ وَيُؤْمِنْ بِاللَّهِ فَقَدِ اسْتَمْسَكَ بِالْعُرْوَةِ الْوُثْقَى لَا انْفِصَامَ لَهَا وَاللَّهُ سَمِيعٌ عَلِيمٌ 
[البقرة256] 
Tidak ada paksaan untuk (memasuki) agama (Islam); sesungguhnya telah jelas jalan yang benar daripada jalan yang sesat. Karena itu barangsiapa yang ingkar kepada Thaghut dan beriman kepada Allah, maka sesungguhnya ia telah berpegang kepada buhul tali yang amat kuat yang tidak akan putus. Dan Allah Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui

وَلَقَدْ بَعَثْنَا فِي كُلِّ أُمَّةٍ رَسُولًا أَنِ اعْبُدُوا اللَّهَ وَاجْتَنِبُوا الطَّاغُوتَ فَمِنْهُمْ مَنْ هَدَى اللَّهُ وَمِنْهُمْ مَنْ حَقَّتْ عَلَيْهِ الضَّلَالَةُ فَسِيرُوا فِي الْأَرْضِ فَانْظُرُوا كَيْفَ كَانَ عَاقِبَةُ الْمُكَذِّبِينَ
 [النحل/36]
Dan sungguhnya Kami telah mengutus rasul pada tiap-tiap umat (untuk menyerukan): "Sembahlah Allah (saja), dan jauhilah Thaghut itu", maka di antara umat itu ada orang-orang yang diberi petunjuk oleh Allah dan ada pula di antaranya orang-orang yang telah pasti kesesatan baginya. Maka berjalanlah kamu di muka bumi dan perhatikanlah bagaimana kesudahan orang-orang yang mendustakan (rasul-rasul).

أَلَمْ تَرَ إِلَى الَّذِينَ يَزْعُمُونَ أَنَّهُمْ آمَنُوا بِمَا أُنزِلَ إِلَيْكَ وَمَا أُنزِلَ مِن قَبْلِكَ يُرِيدُونَ أَن يَتَحَاكَمُوا إِلَى الطَّاغُوتِ وَقَدْ أُمِرُوا أَن يَكْفُرُوا بِهِ وَيُرِيدُ الشَّيْطَانُ أَن يُضِلَّهُمْ ضَلَالًا بَعِيدًا
[An Nisa':60]
Tidakkah engkau (hairan) melihat (wahai Muhammad) orang-orang (munafik) yang mendakwa bahawa mereka telah beriman kepada Al-Quran yang telah diturunkan kepadamu dan kepada (Kitab-kitab) yang telah diturunkan dahulu daripadamu? Mereka suka hendak berhakim kepada Taghut, padahal mereka telah diperintahkan supaya kufur ingkar kepada Taghut itu. Dan Syaitan pula sentiasa hendak menyesatkan mereka dengan kesesatan yang amat jauh.

وَإِذَا قِيلَ لَهُمْ تَعَالَوْا إِلَىٰ مَا أَنزَلَ اللَّهُ وَإِلَى الرَّسُولِ رَأَيْتَ الْمُنَافِقِينَ يَصُدُّونَ عَنكَ صُدُودًا
[An Nisa':61]
Dan apabila dikatakan kepada mereka: "Marilah berhakim kepada hukum Al-Quran yang telah diturunkan oleh Allah dan kepada hukum Rasulullah," nescaya engkau melihat orang-orang munafik itu berpaling serta menghalang (manusia) dengan bersungguh-sungguh daripada menghampirimu.

فَكَيْفَ إِذَا أَصَابَتْهُم مُّصِيبَةٌ بِمَا قَدَّمَتْ أَيْدِيهِمْ ثُمَّ جَاءُوكَ يَحْلِفُونَ بِاللَّهِ إِنْ أَرَدْنَا إِلَّا إِحْسَانًا وَتَوْفِيقًا
[An Nisaa':62]
Maka bagaimana halnya apabila mereka ditimpa sesuatu kemalangan disebabkan (kesalahan) yang telah dibuat oleh tangan mereka sendiri, kemudian mereka datang kepadamu sambil bersumpah: "Demi Allah, kami tidak sekali-kali menghendaki melainkan kebaikan dan perdamaian (bagi kedua pihak yang berbalah)".

أُولَٰئِكَ الَّذِينَ يَعْلَمُ اللَّهُ مَا فِي قُلُوبِهِمْ فَأَعْرِضْ عَنْهُمْ وَعِظْهُمْ وَقُل لَّهُمْ فِي أَنفُسِهِمْ قَوْلًا بَلِيغًا
[An Nisaa':63]
Mereka itulah orang-orang yang diketahui oleh Allah akan apa yang ada dalam hati mereka, oleh itu berpalinglah engkau daripada mereka, dan nasihatilah mereka, serta katakanlah kepada mereka kata-kata yang boleh memberi kesan pada hati mereka.

Nak cerita apalagi pasal Hak Asasi Manusia, Kebebasan Beragama dan Toleransi? Apabila sudah jelas Jalan yang benar dengan jalan yang sesat. Maka ayat-ayat diatas jelas diingkari oleh Latheefa Koya 


Ternyata, Latheefa Koya punya tuwit adalah kejahilannya sendiri dan amat mengaibkan dirinya sendiri !


Selasa, 15 Oktober 2013

Kenyataan Puak Pakiam Di STAR - Provokasi Bersifat Prejudis Dan Ekstrimis Melampau @NajibRazak

Kedegilan Yang Ekstrimis Melampau di Pihak Persekutuan Kristian Malaysia [PKM]
Puak Pakiam dalam Persekutuan Kristian Malaysia , akronimnya PKM, sama cam Parti Komunis Malaya punya akronim, membuat satu Kedegilan bersifat Prejudis dan Ekstrimis Melampau. Tanpa mengira sensiviti umat Islam dan tanpa menghormati keputusan Mahkamah Rayuan dan keluhuran Perlembagaan, puak PKM terus menerus menguji kesabaran dan toleransi umat Islam keatas kebiadapan mereka yang mereka sengajakan.  

Akhbar THE STAR, adalah milik MCA dan diketahui ianya lebih cenderung kepada pembangkang daripada menjadi akhbar penyambung jambatan harmoni antara agama dan kaum. Klik disini untuk membaca lapuran provokatif dan ekstrimis berkenaan Churches to continue using the word 'Allah'.

Turut dilapurkan, puak MCCBCHST turut bersama menyimbah minyak kerana bersetuju dengan tindakan rayuan yang bakal diambil oleh penerbit The Herald. Tindakan MCCBCHST nampaknya lebih ekstrimis daripada Taliban. Sepatutnya, mereka bertindak menyuraikan kekusutan dan bukan bertindak sebagai Batu Api. 

Semua orang tahu bahawa puak PKM bukanlah puak yang sohih mewakili semua penganut Kristian di Malaysia. Mereka menolak alasan penghakiman yang menyebut bahawa kalimah Allah bukanlah sebahagian dan perkara pokok dalam doktrin triniti. Mereka tetap dengan hujah dangkal mereka dengan mengheret kaum pribumi Sabah dan Sarawak yang menganut agama Kristian dalam rencana jahat mereka. 

Penggunaan Kalimah 'Allah' tidak disepakati penggunaan oleh semua gereja-gereja didunia. Ada yang menolak, ada yang berbahagi dan ada yang kata boleh. Dan polemik itupun adalah bersifat baharu. Bukannya sejak Majlis Nicea. Kita tahu niat sebenar PKM mahu menggunakan kalimah Allah berkenaan dan bagi tujuan apa. Dan itulah yang kita tolak dan bantah. Niat dan tujuan PKM tersebut. 

Tidak menggunakan kalimah 'Allah' pun, penganut Kristian tetap kristian juga. Malah Pope di Rom pun tak pernah berdoa guna kalimah Allah dalam setiap upacara ibadat mereka di Vatikan. Apa mao cerita lagi? Andaikata pun, penganut Kristian tak gunakan kalimah Allah pun, ianya bukan menindas dan menzalimi mereka pun. 

Memang jelas kepada kita semua, kalimah ALLAH adalah bahasa ARAB. Dan doktrin teologi triniti Kristian tidak berdasarkan kepada bahasa Arab. Jadi, kenapa PKM masih sengaja berdegil kalau bukan ianya adalah bermotif politik untuk merealisasikan Agenda Pembangkang yang tiada kena-mengena pun dengan Doktrin Teologi Triniti.



Isnin, 14 Oktober 2013

SALAM AIDILADHA - BERKORBANLAH SELAMA TIGA HARI UNTUK MENGECAPI NIKMAT KORBAN.


Malam ini kita bersama-sama bertakbir dan bertahmid.
Pagi esok, kita berjemaah Solat Sunat Aidiladha
Mana yang berkemampuan, maka lakukan korban.
Sesungguhnya, ISLAM ITU LEBIH TINGGI DARIPADA MANA-MANA PARTI POLITIK.
Tiga Hari Allah Ta'ala kurniakan kepada kita semua selaku umat Islam, merayakan dan merasai kegembiraan melakukan korban. 
Apakah kita semua sudah hilang daya dan upaya untuk menahan diri dan membuang seketika segala persengketaan, kebencian dan permusuhan?
Jika kita gagal berbuat demikian bermakna apakah jenis manusia kita ini?
Sepatutnya kita semua bergembira menyambut Aidiladha ini sebagai kurniaan pemberiaan daripada Allah Ta'ala kepada kita. 
Seharusnya kita menghayati makna pengorbanan dalam Islam dan bukan mengikut mana-mana fahaman politik. 
Lupakan seketika rasa permusuhan dan kebencian dan bersama kita hayati erti Pengorbanan. 

Dengan rendah diri ambe mohon maaf kepada semua pemimpin, sahabat, rakan, kawan dan lawan. 


KES THE HERALD - ISLAM MENANG TAPI PUAK LIBERAL SARKAS MENANGIS TERESAK DENGAN PUAK GEREJA.

Tak perlu nak tulis dan ulas panjang.
Hari ini mahkamah putuskan the Herald tak boleh gunakan kalimah Allah dalam penerbitan mereka. Arahan Menteri KDN tetap terpakai dan tak dimansuhkan oleh arahan lain.
Kes ni jauh berbeza dengan apa yang berlaku di Sabah dan Sarawak. Ataupun kesilapan politikal membenarkan Bibel bahasa Indonesia diedarkan untuk kegunaan penganut kristian di sana.
Sesuai dengan peruntukan Perlembagaan Malaysia yang menyatakan Agama Islam ialah agama Persekutuan dan agama lain bebas diamalkan, keputusan mahkamah itu adalah keputusan yang bukan bersifat prejudis dan menindas kebebasan beragama.
Ambe cuma nak ulas disini tanpa prejudis dan prasangka jahat, mengenai perilaku dan reaksi ketua- ketua orang muda dalam UMNO PAS DAP PKR dalam isu ini. Nampaknya mereka bersepakat dan bersetuju sesama mereka untuk tidak hadir tunjuk muka mereka dimahkamah. Mungkin mereka malu agaknya.
Terutama ketua pemuda Pas dan Cif Liberal Sarkas. Mungkin mereka malu dan merasa aib jika dilihat menyokong dan mempertahankan perjuangan Kalimah Tauhid.
Takpalah. Mungkin mereka ada jawapan lain kepada malaikat mungkar mangkir dalam.kubur bila ditanya MAA ROBBUKA?
Saidina Abu Bakar, saidina Umar dan saidina Ali pernah berkata, jika hendak tahu apa jenis masyarakat sesuatu kaum dimasadepan, tengoklah anak-anak muda mereka. Nak tengok anak-anak.muda kita tengok ketua-ketua mereka. Maka jelaslah kepada kita, bagaimana rupanya masyarakat kita dimasadepan. Mungkin nama malaikat kiri dan kanan mereka pun tak tahu dah.
Pemikitan progresif adalah acuan liberal. ACUAN LIBERAL TIDAK PERNAH MENJADIKAN AGAMA SEBAGAI PANDUAN DAN PEGANGAN MEREKA.
Ya, kita bisa saja lihat mereka mengaji Al Quran, bersolat, mengimamkan solat, berceramah hebat memukau, berpuasa, menunaikan zakat dan mengerjakan haji, tapi jiwa mereka adalah jiwa nasrani dan majusi.
Mereka mungkin ada otak bijak tapi hati mereka amat jahil.
Sudahkah kita nampak bahawa ketua-ketua mereka membawa zaman Mulkan Jabbariyah , zaman dimana ramai manusia direkrut ikut iblis dan syaithon.
Mereka selaku ketua-ketua anak muda dan pemimpin masadepan memberitahu kepada kita bahawa mereka adalah pelacur sejati liberalisma.
Selamatkan anak-anak anda daripada cengkaman mereka.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...