Khamis, 12 September 2013

Seruan YAB PM dan SUA UMNO, Celik Fiskal & Ber Etika.

Ku Nan SUA UMNO Yang Celik. 

Mula-mula sari berita, terlebih dahulu ambe menyakinkan diri ambe dan oranglain bahawasanya ambe adalah seorang pengamal media sosial yang ada ETIKA. Bahkan, insurans kereta ambe pun guna insuran ETIQA. Begitulah tahap Celik Fiskal ambe kepada Pemerkasaan Ekonomi Melayu Bumiputera. Ini lahir dari sifat kasih sayang ambe kepada agama, bangsa dan negara. Jadi, tak perlulah ada pihak yang menyalahtafsirkan apa yang ambe tulis. Usah takuti bayang-bayang sendiri. 

Sila hadirlah pada Sabtu ini, 14hb September 2013 di UiTM kerana YAB PM akan isytihar polisi Pemerkasaan Ekonomi Melayu Bumiputera. Inilah salah satu perkara yang diperjuangkan oleh ambe selama ini. Takpalah, kalau pihak lain mendapat untung, kerana kita pun disuruh memberikan banyak manafaat kepada oranglain. 

Kembali kepada seruan YAB PM mengenai Celik Fiskal. Istilah ini adalah terjemahan harfiah daripada 'Financial Literacy'. Istilah yang digunakan oleh pepuak Kapitalis dari genre Fabians yang bersifat Neo-Liberal. Apakah makna Celik Fiskal ? Baca dibawah ini, :-
"Financial literacy is the ability to understand how money works in the world: how someone manages to earn or make it, how that person manages it, how he/she invests it (turn it into more) and how that person donates it to help others. More specifically, it refers to the set of skills and knowledge that allows an individual to make informed and effective decisions with all of their financial resources.[1] Raising interest in personal finance is now a focus of state-run programs in countries including Australia, Canada, Japan, the United States and the UK." 
Ringkas, Celik Fiskal ini mengenai kemahiran dan ilmu pengetahuan mengenai:-

  1. Bagaimana pergerakan dan perjalanan wang didalam dunia;
  2. Bagaimana seseorang mengurus dan memperolehi wang;
  3. Bagaimana seseorang itu membuat pelaburan untuk menambah wang:
  4. Bagaimana seseorang mendermakan sebahagian wangnya untuk manafaat oranglain;
  5. Ianya adalah set pengetahuan dan maklumat yang ada pada seseorang untuk membuat keputusan efektif dan bermaklumat dengan apa sumber kewangan yang ada padanya. 
Pada kefahaman dikedai kopi Celik Fiskal ini berkenaan bagaimana dengan memahirkan pengetahuan dan maklumat, kita menjana pendapatan pasif atau aktif dari sumber-sumber kewangan yang ada pada tangan kita. Kemudian, membelanjakannya, samada untuk membantu oranglain atau membuat pelaburan yang bijak.

Kembali kepada seruan SUA UMNO. Ambe selaku pengamal dan pro ETIKA, ambe bersetuju penuh dengan seruan tersebut. Yakni, tindakan tegas perlu diambil ke atas ahli UMNO (termasuklah pemimpin, pak Menteri dan yang berjawatan) yang memburukkan UMNO. Cuma, ambe terfikir juga, apakah penafsiran kepada perbuatan 'Memburukkan UMNO?". Perkara ini perlu diperjelaskan secara terperinci. Jangan dibiarkan ianya ditafsir terlebih dahulu oleh pihak musuh. Atau hanya penafsiran pihak tertentu sahaja diterimapakai. 

Sebagai contoh, dalam soal pemilihan calon-calon layak bertanding, adakah berkempen dengan 'nasihat' pemimpin tertinggi, dengan niat supaya pilihan dan kehendak akar umbi 'diuruskan' melalui 'pilihan' kasih sa-yang 'nasihat' pemimpin? Itu dikira tidak 'memburukkan UMNO'? Didalam politik ini, pada hemat ambe, 99 peratus lebih banyak merapu dan meracau, contoh cam puak DAP PKR PAS, manakala hanya 1 peratus sahaja kewarasan. Dan itulah namanya ETIKA POLITIK, asal sahaja mampu kowtim melalui pilihan kasih sa-yang. 


Owh Omak Kow-PAU , Siapa Yang Mak Latah

Lembu Frisian jenis tenusu seringkali dijadikan Simbol Kasih Sayang
Bagi Melariskan Produk Tenusu. Tiada apa hendak dimalukan pun waima sifat MALU
ialah sebahagian dari iman. 

Ini ialah tafsiran dan pengertian ambe mengenai ETIKA, yakni (E-nko T-erpaksa I-kut K-ata A-mbe). Lawan kepada ETIKA ialah KOWTIM. Lawan kepada KOWTIM ialah PILIH. Dalam memilih perlukan KASIH. Lawan KASIH ialah SA-YANG.  Dalam berkasih hanya SA-YANG (seorang saja; tak dibenarkan lebih dari seorang). Kalau lebih dari seorang tapi tak melebihi dari tiga itu NAIB. Kalau lebih dari tiga itu AMT. Kalau terlalu ramai sehingga mencecah 150,000 orang itu perwakilan yang perlu ber-ETIKA masa memilih. Dan pemimpin layak KOWTIM ETIKA atas dasar PILIHAN KASIH SA-YANG. Ini bertujuan untuk memantapkan lagi proses demokrasi 'Terrrrrrrrrr-Pimpin Yang berrrrr-ETIKA diberati dengan pilihan Kasih Sa-yang. 

Pemilihan tak perlu diragui kerana ianya dilakukan dengan penuh beri-ETIKA. Dan ianya adalah proses biasa berlaku mana-mana semasa peralihan kuasa didalam semua parti politik didunia ini, termasuk parti tupperware Zimbabwe sekalipun. Dalam hal Pergerakan Wanita UMNO, sayap kedua terbesar, soal pemilihan Ketua adalah penting. Apakah syarat-syarat utama untuk layak dipilih sebagai Ketua Wanita UMNO? 

Pertama, seseorang itu perlu ada ETIKA. Kerana ini mampu memperkasakan jentera Wanita UMNO dan memperkukuhkan kedudukan selaku Ketua Wanita.

Kedua, seseorang itu perlu mahir dalam Seni Halus Kowtim. Ibarat menarik rambut dalam tepung. Rambut tak putus dan tepung tak berselerak. 

Ketiga, seseorang itu perlu 'membuktikan' bahawa beliaulah paling layak 'menerima' pilihan kasih SA-yang. Untuk itu, seseorang itu sendiri mestilah seorang yang penyayang. Maknakata mestilah bertaraf isteri dan dipandang oleh ahli-ahli selaku Ibu Penyayang @ GOODMOTHER. 

Keempat, akhirnya terpulanglah kepada perwakilan untuk menentukan kedudukan dan posisi pesaing-pesaing. 

Tak dapat dinafikan lagi, PAU 2013 pada November ini adalah IBU SEGALA PAU, yakni ringkasnya KOW-PAU. Buat julung kali, ianya penuh sarat dengan ETIKA dan pilihan KASIH SA-yang perwakilan. Disinilah bermulanya titik-TOLAK transformasi penuh ETIKA sarat pilihan KASIH SA-yang. Dan semua perwakilan dinasihati minum susu Hi-Lo yang mengandungi kurang lemak tapi tinggi kalsium. Ini bagi mengelakkan sakit tulang pinggang dan urat belikat. Maklumlah, nak duduk lelama dan berdiri lelama nanti masa pemilihan. 

Rabu, 11 September 2013

Wanita UMNO: Yang Mana Satu ? DiPilih Ahli Atau Kowtim ?


Ambe terbaca artikel mengenai khabar berkenaan Datuk Azalina Othman. Menurut khabar berkenaan, pada 20hb September ini, Datuk Azalina akan membuat satu keputusan. Sebelum ini, agak heboh diperkatakan mengenai kesudian beliau untuk masuk gelanggang. Datuk Azalina adalah bekas Ketua Puteri UMNO yang pertama. Sekarang ahli Parlimen dan merangkap ketua kaukus wanita Parlimen. 

Berdasarkan kepada maklumbalas daripada akar umbi, kesudian Datuk Azalina masuk gelanggang amatlah dialu-alukan. Ini bukanlah kerana Kak Ijat, Ketua Wanita UMNO yang ada, tidak popular atau gagal menerajui Wanita UMNO. Cuma, gaya kepimpinan beliau menjadi bahan peluru kepada pembangkang. Malah Kak Ijat sudah begitu sinonim dengan pelbagai panggilan-panggilan buruk dimata rakyat. Sehinggakan Wanita UMNO turut tercalar. Sikit sebanyak, akar umbi turut merasai bahangnya. Oleh itu, akar umbi berkehendak agar kepimpinan Wanita UMNO berubah tangan. Timbul satu persoalan, adakah kehendak akar-umbi itu selari dan direstui oleh kepimpinan tertinggi?

Dan harapan akar umbi agar peralihan yang berlaku tidak menjejaskan hubungan baik diantara kedua pemimpin tersebut. Kak Ijat pernah berkata bahawa, 'Kata-katanya adalah maruahnya'. Perkataan keramat ini keluar daripada mulutnya semasa beliau berhasrat untuk tidak bertanding Ketua Wanita UMNO yang dipegang oleh Rafidah Aziz. Akhirnya, beliau bertanding juga. Tapi tak apalah bak kata Fathul Bari 'Sudah Ketentuan Ilahi'. Apakah pula agaknya Ketentuan Illahi pada kali ini? Berlakukah Pertandingan atau Perkowtiman?

Ramai penasihat dan kepimpinan tertinggi yang berpendapat, Pertandingan dalam UMNO boleh menyebabkan retak belah dan perpecahan. Pada hemat ambe, akar umbi pun dah penat nak berpecah-belah dan semakin matang didalam berpolitik. Bila, akar umbi mahu satu perubahan didalam kepimpinan, maka biarlah perubahan itu berlaku. Tidakkah itu satu Ketentuan Illahi juga? Tapi, diharapkan janganlah Pertandingan bertukar menjadi Perkowtiman. Namun, jika berlaku juga, itu sudah Ketentuan Illahi. 

Pada masakini, Budaya Perkowtiman bukanlah satu budaya yang dialu-alukan oleh akar-umbi. Akar umbi mahu membuat pilihan sendiri yang tidak disertai 'Kowtim'. Ambe dapat merasai denyutan nadi akar umbi yang menolak 'Kowtim' tapi menerima pemilihan sihat. Kerana 'Kowtim' akan menyebabkan akar umbi hilang hormat kepada pemimpin yang dikowtim.

Mereka akan berpendapat, pemimpin 'Kowtim' bukan pilihan mereka. Tapi bila pemimpin itu dipilih secara demokratik oleh mereka, sudah tentulah mereka akan menghormati pemimpin kerana itu pilihan mereka. Mustahillah , mereka tak menghormati pilihan mereka sendiri. Pemilihan bukanlah berlaku secara rawak dan rambang mata, sebaliknya sudah tentulah akar umbi ada pertimbangan waras mereka sendiri. 

Mustahillah pada akal waras dan 'rasional' bahawa pemilihan mendatangkan kesan negatif. Sedangkan subsidi petrol pun, kerajaan sanggup ambil risiko, takkan dalam parti 'rasional' yang sama hilang terbungkam? Majoriti senyap dalam jumlah yang besar, benar-benar mengharap agar pemilihan berjalan dan bukan 'Kowtim' yang kedepan. Ramai akar umbi berdoa, agar Datuk Azalina diberikan peluang dipilih oleh ahli akar umbi. Malah ada akar umbi turut berdoa, agar Kak Ijat sudi menyerahkan 'kepimpinan' kepada Datuk Azalina. Bukankah, terlebih baik yang muda didahulukan dan yang tua memberi laluan? Lagipun kepimpinan adalah satu amanah yang diberikan oleh akar umbi dan bukannya sesuatu 'keistimewaan' yang dikowtim oleh kepimpinan tinggi. Kembalikan semula, amanah itu kepada yang telah memberikannya.

Bila Pemimpin Sudah Tak Kenali Mana Jauhari dan Mana Ma'nikam


"Hanya Jauhari Mengenal Ma'nikam", Orang Melayu dulu tinggalkan buat kita kata-kata pepatah sebagai panduan dan amalan. Cuma pada hari ini, keturunan baru tidak mengambil dan mengkaji 'Harta Intelek' bangsa sendiri yang amat bernilai dan berharga. Para pemimpin kita lebih mempercayai apa yang dikata oleh keturunan bangsa atas angin yang pernah menjajah dan menjarah khazanah negara. Itulah perkara yang perlu diperbetulkan terlebih dahulu. Sebelum langkah menjadi panjang. 

Pada hari ini, pemimpin kita, tak kira dari mana parti politik, sudah tidak mengenal apa itu Jauhari dan apa itu Ma'nikam. Kerana itu mereka kurang 'Keyakinan Diri' di dalam memimpin rakyat jelata dan penyokong setia. Pemimpin kita juga sudah tak mampu nak khatam Muqaddam, dari Alif Baa Taa sampai Yaa. Bila sampai ke Yaa, mereka tidak mampu mengenali didalam Yaa ada Taa Yaa Dal Kaf. Tapi didalam Taa Yaa Dal Kaf tanpa Yaa tak menjadi perkataan. Tapi nak sampai ke Yaa perlulah belajar dan khatam apa itu Alif Baa Taa dulu. 



Pemimpin kita mudah leka dengan pujian dan sokongan melambung setinggi langit. Kesetiaan dan sokongan dinilai kepada maklumbalas apa yang diberi dan bukan apa yang telah dicapai. Kita tak menafikan, setiap pemimpin ada gaya tersendiri dan kepimpinan unik. Kita juga tidak menafikan apa sumbangan dan jasa pemimpin yang ada. Tapi hasil 'Produk Politikal' mereka tidak 'Berkualiti'. Bendanya ada, tapi manafaatnya tiada. Dan tak mampu diterjemahkan kedalam sokongan berbentuk undi dan penghormatan.

'Perjuangan' yang dibawa oleh para pemimpin lebih kepada angan-angan peribadi dan syok sendiri. Atau lebih tepat, merapu dan meraban matlamatnya. Dan Produk Politikal yang mereka janakan hanya memberi manafaat kepada kelompok mereka sendiri. Rakyat hanya mendapat 'Sorakan.. Hip..Hip..Horee'.  

Kerana itulah, pada hari ini , kita melihat dengan perasaan kesal didalam hati keadaan cacamarba politik dinegara yang tercinta ini. Namun kita tak perlu berputus asa dan merasa keciwa. Bila kita benar-benar yakin dan percaya berada diatas kebenaran, jangan takut dilambung ombak badai. Bagi menunjukkan kasih sayang kepada pemimpin, maka perlulah kita menegur mana yang patut. Bila kita tidak membuat sebarang teguran kerana 'Takut', itu bermakna , kita sudah tak kasihi pemimpin kita. Siapa lagi yang boleh mengasihi pemimpin dengan jujur tanpa ada balasan 'Nilai' sekeping kertas warna-warni melainkan kita, Rakyat Jelata. Nak harapkan kepada para perunding berbayar dan berkontrak, terpaksa lah kita makan roti Jala berkuah kari sambil tunggu apakah Ong yang mari.


Selasa, 10 September 2013

PRU 14 : Waima Berlainan Pendapat Jangan Benarkan DAP Mencapai Matlamat.


Hari ini, polemik kalimah Allah yang sengaja dicetuskan oleh pepuak Al Khannas Sosialis Religus, Liberal, Plural, Syiah, Wahabi dan Khawarij, akan ditentukan oleh panel hakim Mahkamah Rayuan di Istana Keadilan, Putrajaya. Sama-sama kita berdoa agar keputusan memihak kepada umat Islam. Bahkan, kita perlu juga berdoa agar semua keputusan PRU memihak kepada kita dan DAP selamanya gagal mencapai matlamat. 

Waima kita semua berbeza pendapat, tapi kita mestilah satu matlamat yakni memastikan DAP gagal mencapai matlamat. Apakah matlamat DAP? Sila klik disini MYMASSA

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...