Rabu, 19 Jun 2013

Dato Seri Shahidan Kassim Memberikan Peringatan Tegas Kepada Melayu Yang Masih Leka.

Dato Seri Shahidan Kassin Jiwa Melayu Gabenor Parlimen.

Dato Seri Shahidan Kassim (di rujuk selepas ini sebagai DSSK), telah memberikan peringatan tegas kepada Melayu yang masih diuliti mimpi. Peringatannya adalah realiti dan kemungkinan yang boleh berlaku, jika Melayu masih leka dengan dakyah DAP rasis menafikan 2/3 majoriti Barisan Nasional. Rugikah Melayu PKR dan PAS jika Perdana Menteri Malaysia adalah DS Najib? Selama 56 tahun, BN membuktikan, majoriti 2/3 di Parlimen, tak pernah merugikan Melayu PAS. Tapi seluruh Melayu akan kerugian besar, jika Melayu PKR dan PAS, terus menyokong DAP menafikan 2/3 majoriti BN dalam Dewan Rakyat.

Ambil contoh terbaik di Selangor. Dengan gabungan kerusi DAP (15), PAS (15) dan PKR (14), ketiga parti itu menafikan 2/3 majoriti BN dalam DUN Selangor. Sudah tentu pengundi PAS mengundi PAS untuk merealisasikan sebuah pentadbiran utopia Negara Islam di Selangor. Tapi apa yang berlaku? PAS dinafikan hak kepada Menteri Besar dan jawatan EXCO yang penting-penting. Sebaliknya, DAP membolot semua jawatan penting dalam EXCO. Termasuk jawatan Speker DUN. Kemudiannya, DAP megawar-warkan mahu meluluskan Enakmen SELESA yang bakal menjadikan Speker DUN Selangor lebih berkuasa dari badan legislatif Selangor dan EXCO Selangor. Bermakna, DAP menguasai penuh dua badan kerajaan negeri yang paling utama di Selangor. Apa yang tinggal kepada PAS?

Contoh klasik seterusnya, lihat apa yang terjadi di Perak dahulu. Bagaimana, DAP membonekakan jawatan Menteri Besar Perak untuk kepentingan politik DAP. Kesempatan itu di ambil DAP untuk memperkasakan DAP. Sehingga mampu mencetuskan Tsunami Cina pada PRU13 lalu. Sedarlah Melayu ! DAP menghasut dan menghalang Kerajaan Perpaduan kerana tidak mahu kuasa Melayu dikembalikan semula. Sebaliknya, DAP melakukan gerak kerja melalui Red Beans Armynya , terus menerus mempertikaikan dan memperlekehkan kepimpinan Melayu!

Melayu perlu sedar dan dibangunkan segera! Jangan terperangkap dan terjerat dalam permainan licik DAP, memecahbelahkan undi Melayu. Sedangkan DAP menghasut pengundi Cina mengundi DAP secara en-blok. Ini amat merugikan Melayu ! Selagi Melayu termakan hasutan dan dakyah menafikan 2/3 majoriti BN samada di DUN dan Dewan Rakyat, selagi itulah Melayu terpaksa mengemis kuasa daripada DAP dan pengundi Cina. Melayu wajib mengundi secara en-blok atau paling tidak 90 peratus mengundi Barisan Nasional.

Melayu tak perlu tunduk kepada tekanan dan kemahuan pengundi Cina dan DAP, jika sekiranya Melayu Bersatu dalam mengundi Barisan Nasional. Tak mengapa, jika Melayu masih hendak menyokong PKR dan PAS, tapi undi mestilah diberikan secara en-blok kepada Barisan Nasional. Kepimpinan Melayu lebih baik daripada kepimpinan DAP rasis. Kita perlu membantu YDPA dan Majlis Raja-raja dalam melaksanakan fungsi mereka melantik Perdana Menteri, Jemaah Menteri, Menteri Besar, Ketua Menteri dan EXCO. Kenapa begitu? Lihat di bawah ini. 

PERLEMBAGAAN MALAYSIA


















Perkara 40- YDPA mempunyai kuasa BUDIBICARA untuk melantik PM. Untuk melantik PM, Perkara 43 adalah terpakai. Di mana dinyatakan, YDPA mestilah melantik PM dari kalangan ahli Parlimen yang pada HEMATNYA, mungkin mendapat kepercayaan MAJORITI (bukan undi fofuler) ahli DEWAN RAKYAT (ahli Parlimen 222).  Tidak disebutkan syarat bahawa PM mestilah beragama Islam dan berketurunan Melayu. Sebaliknya, pilihan tersebut disembunyikan secara halus di bawah kuasa Budibicara YDPA. 

Adalah lebih mudah YDPA melantik PM, apabila BARISAN NASIONAL mempunyai 2/3 majoriti dalam Dewan Rakyat. Kerana ini sudah tentu memenuhi syarat 'Mungkin Mendapat Kepercayaan Majoriti ahli Dewan Rakyat'. Tidak ada persoalan ' Mungkin Mendapat Kepercayaan...' bila sudah ada 2/3 majoriti. Betul tak? Gunakan imaginasi anda sendiri, bilamana wujud situasi sama seperti berlaku di DUN Selangor. Ambe harap anda semua nampak bagaimana permainan licik DAP menipu MELAYU untuk berkuasa dengan hanya kekuatan 30 peratus pengundi Cina. Adakah itu adil dan saksama kepada semua rakyat Malaysia?

Selasa, 18 Jun 2013

SPAD: Hanya Surcaj Dan Tiada Kenaikan Tambang. @SPADChannel




Kuala Lumpur, 18 Jun 2013- Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (S.P.A.D) memandang berat tindakan pengendali - pengendali bas ekspres yang enggan menjual tiket bagi musim perayaan akan datang. Pihak pengendali / operator bas ekspres tidak seharusnya mengambil kesempatan semasa musim perayaan ini untuk mendesak S.P.A.D menaikkan harga tiket sehingga 30 %. Permintaan ini agak mustahil ditunaikan sebelum hari raya kerana proses perundingan dan kajian komprehensif masih dijalankan. Namun demikian, S.P.A.D sentiasa prihatin dan sedia maklum di atas peningkatan kos operasi yang ditanggung oleh pengendali / operator.  

Sehubungan ini, S.P.A.D bersetuju supaya pengendali / operator mengenakan caj tambahan (surcaj) 10% bagi musim perayaan yang bakal menjelang nanti. Kelulusan mengenakan caj tambahan (surcaj) ini berkuatkuasa  bagi semua perjalanan  mulai 8 Julai sehingga 8 September 2013 untuk semua bas ekspres dan bas tambahan. Langkah ini dipercayai dapat membantu dan menampung kos pengoperasian syarikat yang perlu menyediakan perkhidmatan tambahan berdasarkan permintaan yang tinggi daripada pengguna, terutamanya semasa musim perayaan.

Mengenai desakan PMBOA untuk menaikkan harga sehingga 30%, S.P.A.D kini dalam peringkat akhir kajian semula tambang bas ekspres. Kajian  semula tambang yang komprehensif ini dilakukan setelah mengambil kira kepentingan rakyat dan reaksi persatuan-persatuan pengguna serta kos operasi yang terpaksa ditanggung oleh pengendali / operator bas ekspres. Keputusan mengenai kenaikan harga tiket ini akan diumumkan sebelum hujung tahun ini.

S.P.A.D juga ingin memberi amaran kepada semua pengendali/operator supaya tidak mengambil tindakan secara kartel untuk tidak menjual tiket, tindakan sedemikian salah disisi Akta Persaingan 2010 (Competition Act 2010). S.P.A.D tidak akan teragak-agak untuk mengambil tindakan tegas dibawah syarat-syarat pelesenan dan melaporkan perkara ini kepada Suruhanjaya Persaingan Malaysia (Malaysian Competition Commission)( MyCC). Dalam hal ini, S.P.A.D berharap agar semua pengendali / operator mematuhi semua syarat-syarat pelesenan dan menjual tiket seperti biasa supaya pengguna boleh merancang perjalanan mereka lebih awal.

Dengan itu, S.P.A.D percaya kebenaran kepada pengendali / operator mengenakan caj tambahan (surcaj) 10% pada musim perayaan dan hasil kajian semula tambang yang bakal diumumkan, ianya akan dapat mewujudkan situasi menang-menang dimana tambang baru tidak membebankan pengguna dan  membantu juga pihak pengendali / operator.

Isnin, 17 Jun 2013

Flashmob dan Himpunan Hitamlegam Suatu Perbuatan Menyalahgunakan Hak Kebebasan.

Bukan saja kuasa badan eksekutif dan legislatif mudah diselewengkan dan disalahgunakan. Bahkah, hak kebebasan individu juga amat mudah disalahgunakan dan diselewengkan. Begitu juga Hak Kebebasan Berhimpun dengan aman. Sabtu lepas, menyaksikan bagaimana Hak Kebebasan Berhimpun secara aman dan Hak Kebebasan bersuara, disalahgunakan oleh peserta yang di tahan polis. Amalan melanggar kedaulatan undang-undang dan keluhuran Perlembagaan, adalah mainan politik kotor DAP-PKR-PAS. 

Mereka mengajar penyokong mereka menjadi pesalah undang-undang dan menyalahgunakan Hak Kebebasan Berhimpun dan Hak Kebebasan Bersuara. Bagi mana-mana masyarakat maju di dunia, jalanraya bukanlah tempat menyuarakan bantahan dan berhimpun. Malaysia kita pun sudah banyak kes pembuli dan samseng jalanraya. Kini hendak di tambah lagi dengan perusuh dan pendemo jalanan? Sampai bila masyarakat Malaysia hendak menjadi masyarakat maju? 

Masyarakat maju dunia, membawa dan mempertahankan hak-hak kebebasan mereka di mahkamah. Tetapi, DAP-PKR-PAS mengajar rakyat Malaysia agar menjadikan jalanraya sebagai mahkamah. Pedulikan saja mengenai retorik, dan hipokrasi penjaaan himpunan-himpunan yang menyalahgunakan hak kebebasan. Fikirkan dan tumpukan kepada penyalahgunaan hak kebebasan berhimpun dan bersuara.  Tidakkah ianya memalukan kita bila melihat sebahagian kecil rakyat Malaysia terkinja-kinja di jalanraya?

Adakah kita hendak berbangga dengan produk-produk retorik politik kotor seperti itu? Dimanakah nilai-nilai baik dan kemanusiaan yang membentuk kemajuan berfikir ? Dimanakah kematangan yang dilaungkan oleh DAP-PKR-PAS selama ini? Bukankah, menyalahgunakan hak kebebasan bermakna tidak menghormati kedaulatan undang-undang dan keluhuran perlembagaan? Bukankah sudah ada saluran-saluran diberikan untuk mendapatkan remedi dan menyuarakan hak? Tapi kenapa memilih cara dan kaedah usang ke jalanraya?

Bilamana, penyalahgunaan hak kebebasan dijadikan sebagai asas meluahkan ketidakpuashati, akibatnya seperti yang berlaku di Turki dan di Mesir. Malah lihat juga apa yang berlaku di Syria. Sentiasa bergolak dan dicemari dengan insiden-insiden demonstrasi. Bantahan dan ketidakpuashati yang di bawa ke jalan-jalan sebenarnya suatu penyalahgunaan hak kebebasan. Sepatutnya, ketidakpuashati dan bantahan, di bawa ke mahkamah untuk diadili mengikut perundangan negara. Hak Orang lain yang tak menyertai tindakan penyalahgunaan hak kebebasan tersebut, diprejudiskan oleh penyalahgunaan hak kebebasan berkenaan.

Tengah seronok-seronok berjalan di hujung minggu bersama famili, tiba-tiba di ganggu dengan tindakan flashmob dan himpunan di jalanan. Mengikut undang-undang Tort, mana-mana pihak yang terganggu dengan aktiviti sedemikian , boleh menyaman pihak penaja demo untuk sebarang gantirugi kehilangan. Bahkan, mereka boleh meminta perintah injuksi dan perintah membatalkan permit berkenaan. dengan syarat, mereka mestilah membuktikan bahawa penaja demo telah melakukan Breach Of Duties Owed To The Public (Mungkir Tanggungjawab Kepada Umum). 

Umumnya, teori protes, bantahan dan demo jalanan adalah gerakan Tentangan Sivil  (Civil Resistance) atau Ketidapatuhan Sivil (Civil Disobedience). Kedua gerakan berkenaan bukan pengecualian kepada perundangan. Ianya tetap tertakluk kepada perundangan. Mujurlah kita ada peruntukan perundangan mengenai Tort. Undang-undang Tort, ialah berkenaan 'Tanggungjawab Kepada Umum'. Mana-mana pihak yang alami kepahitan dan kesengsaraan akibat kemungkiran-kemungkiran Tanggungjawab Kepada Umum , boleh mendapatkan remedi di mahkamah dalam bentuk gantirugi am dan khas.

Pada hemat ambe, pihak yang membantah penyalahgunaan hak kebebasan berhimpun, yang di buat oleh DAP-PKR-PAS, boleh menyaman DAP-PKR-PAS di bawah tindakan undang-undang Tort. Himpunan Hitamlegam juga boleh di cabar di mahkamah. Mintalah perintah injuksi dan gantirugi, serta berhujahlah bahawa himpunan hitamlegam dan flashmob adalah penyalahgunaan hak kebebasan yang merupakan pemungkiran kepada tanggungjawab umum. Sampai bila kita hendak berdiam diri dan membiarkan DAP PKR PAS terus-menerus melanggar hak-hak awam.

Akibat Sekolah Aliran Vernakular, 'Tetamu' Lebih Suka Palu Gendang Rasis.


Bekas Pelajar sekolah vernakular di Malaysia yang melanjutkan pelajaran di Taiwan.

Sebelum adanya Malaya dan Malaysia, semenanjung ini dikenali sebagai Tanah Melayu. Hanya berkata ini akan sebabkan dituduh bersifat perkauman. Untuk terangkan berkenaan asal-usul kontrak sosial Malaysia, kita terpaksa imbas semula sejarah.

Melalui perjanjian-perjanjian yang ditandatangani Raja-Raja Melayu Semenanjung, British telah mendapat hak untuk menakluk Negeri-negeri Melayu. Perjanjian-perjanjian ini mengakui dan mengesahkan Negeri-negeri ini sebagai Negeri-negeri Melayu. Tidak ada sesiapa pun yang membantah. Orang Asli juga menerima keadaan ini dengan penerimaan oleh mereka pemerintahan Raja-Raja Melayu.

Pada mulanya penduduk yang tinggal di Negeri-negeri ini dibahagi kepada orang Melayu dan Orang Asli yang merupakan rakyat Raja-raja Melayu dan tetamu asing yang tidak dianggap sebagai rakyat kepada Raja-raja Melayu. Tidak ada kewarganegaraan mahupun dokumen berkenaan taraf kerakyatan sepertimana di kebanyakan negara-negara lain.



Tetamu asing ini hidup mewah di Negeri-negeri Melayu di bawah pentadbiran British dan di jajahan British di Pulau Pinang, Melaka dan Singapura. Orang Melayu yang menjadi rakyat kepada Raja-raja Melayu dan Raja-raja Melayu sendiri tidak sikitpun merasa tergugat dengan bilangan besar orang bukan Melayu dan perbezaan jurang kekayaan dan kemajuan di antara tetamu asing ini dan rakyat Raja-Raja Melayu.

Mereka tidak terfikir yang orang asing yang menetap di negara ini akan menuntut hak kewarganegaraan. Apabila Jepun menakluk Negeri-negeri Melayu dan Negeri-negeri Selat, orang Cina merasa tidak selamat kerana Jepun merupakan musuh tradisi mereka. Ramai orang Cina telah menubuhkan dan menganggotai angkatan gerila dan lari ke dalam hutan.

Apabila Jepun serah diri, gerila-gerila Cina ini keluar dan merampas balai-balai polis di kawasan pedalaman dan isytihar yang mereka adalah pemerintah negara ini. Mereka menangkap ramai orang, Cina dan Melayu dan beberapa daripada mereka ini dibunuh. Ketegangan timbul dan pertempuran antara Cina dan Melayu dielak hanya dengan kedatangan angkatan tentera British. Tetapi perasaan marah dan benci antara kedua-dua kaum ini tetap tinggi.

Di dalam keadaan tegang ini British mencadang penubuhan Malayan Union yang akan memberi "tetamu-tetamu" ini hak kerakyatan yang tidak membezakan mereka daripada orang Melayu. Orang Melayu menolak Malayan Union dan cadangan hak kerakyatan ini. Mereka paksa British untuk kembali keapda keadaan asal atau status quo ante di dalam Persekutuan Tanah Melayu (Federation of Malaya) yang baru.

Hanya orang Cina yang menjadi rakyat Negeri-negeri Selat layak untuk mendapat kerakyatan di dalam Persekutuan yang baru ini. Sudah tentu warganegara keturunan Melayu jauh lebih ramai daripada rakyat Malaya yang berketurunan Cina.

Pemimpin-pemimpin Cina merayu kepada British, yang kemudiannya menekan Presiden UMNO, Dato Onn Jaafar supaya mencadangkan agar UMNO dibuka kepada semua kaum. Cadangan ini ditolak lain-lain pemimpin UMNO dan Dato Onn terpaksa melepaskan jawatan. British terus beri tekanan kepada orang Melayu untuk bersikap lebih terbuka berkenaan soal kerakyatan bagi orang bukan Melayu.

Presiden UMNO Tunku Abdul Rahman memutuskan untuk menubuhkan pakatan dengan MCA (Malaysian Chinese Association) dan MIC (Malaysian Indian Congress). Dalam pilihanraya Majlis Perundangan Persekutuan (Federal Legislative Assembly) 1955, oleh kerana kurangnya kawasan majoriti penduduk Cina dan India, MCA dan MIC terpaksa letak calon mereka di kawasan yang mempunyai majoriti Melayu selepas UMNO bersetuju untuk tidak bertanding di kawasan-kawasan ini dan sebaliknya menyokong calon Cina MCA dan calon India MIC.

Begitu sokongan orang Melayu terhadap calon Perikatan MCA dan MIC hinggakan mereka menang walaupun menentang calon Melayu daripada PAS. Calon MCA dan MIC kesemuanya menang. Hanya UMNO kalah satu kerusi kepada PAS.

Tunku sebagai Ketua Menteri Persekutuan Tanah Melayu kemudian memutus untuk menuntut kemerdekaan. British terus berkeras menuntut hak kerakyatan bagi orang Cina dan India sebagai syarat memberi kemerdekaan. Untuk mengatasi halangan British terhadap kemerdekaan dan untuk memenangi sokongan orang Cina dan India, Tunku memutuskan untuk beri satu juta kerakyatan kepada kedua-dua komuniti ini berdasarkan hanya kepada permastautin. Salah seorang rakyat baru yang menonjol ialah (Tun) Leong Yew Koh, bekas general di dalam angkatan tentera nasional China yang kemudiannya dilantik Gabenor Melaka.

Di peringkat ini pemimpin-pemimpin ketiga-tiga parti yang berdasarkan kepada kaum yang telah mendirikan Kerajaan pemerintahan sendiri di dalam Persekutuan Tanah Melayu (Federation of Malaya) British telah berbincang dan mencapai persetujuan berkenaan syarat perhubungan antara ketiga-tiga kaum di dalam Persekutuan Tanah Melayu yang merdeka.

Ianya merupakan agihan yang sama rata. Sebagai balasan untuk satu juta kerakyatan bukan Melayu, orang bukan Melayu mesti mengakui kedudukan istimewa orang Melayu sebagai Bumiputera. Beberapa peruntukan undang-undang seperti kedudukan Islam sebagai agama rasmi, pengekalan tanah rizab Melayu, kedudukan Raja-raja Melayu dan adat istiadat Melayu dan pengagihan jawatan dalam Kerajaan juga termasuk di dalam persefahaman ini.

Dalam soal Bahasa Kebangsaan, Bahasa Melayu telah dipersetujui sebagai Bahasa Kebangsaan. Bahasa Inggeris pula sebagai bahasa ke-dua. Kaum Cina dan India boleh terus gunakan bahasa mereka tetapi bukanlah sebagai bahasa rasmi untuk berkomunikasi.

Sekolah rendah Cina dan Tamil juga boleh menggunakan bahasa masing-masing sebagai bahasa pengajar. Bahasa-bahasa ini juga boleh digunakan di sekolah menengah, tetapi hanya di sekolah menengah swasta.Di pihak mereka pemimpin-pemimpin Cina dan India yang mewakili parti mereka menuntut agar kerakyatan dijadikan hak mereka yang tidak boleh ditarik balik, mereka dibenar kekalkan bahasa, agama dan budaya mereka dan sebagai rakyat mereka diberikan hak politik sepertimana yang diberikan kepada semua rakyat.

Kebanyakan persetujuan dan persefahaman ini terkandung di dalam Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu merdeka. Bagi setiap yang diperuntukkan kepada orang Melayu, akan sentiasa terdapat peruntukan bagi yang bukan Melayu. Tidak ramai yang sebut akan hakikat ini. Yang menarik perhatian ramai dan yang menjadi tajuk perbalahan ialah apa yang diperuntukkan kepada orang Melayu dan lain-lain kaum Bumiputera sahaja.

Difahamkan bahasa Cina yang di maksudkan di dalam persefahaman tersebut adalah dialek-dialek Cina yang ditutur di Malaysia dan bukannya bahasa kebangsaan negeri China. Demikian bagi kaum India Malaya bahasa Tamil digunakan dan bukannya Hindi atau Urdu atau apa-apa bahasa pun yang menjadi bahasa Kebangsaan di India. Tetapi para pendidik aliran Cina kemudiannya mengguna Bahasa Cina yang menjadi bahasa Kebangsaan negara China iaitu Mandarin.

Islam adalah agama rasmi tetapi agama-agama lain boleh dipraktik penganut masing-masing tanpa apa-apa halangan. Sebagai agama rasmi Islam mendapat bantuan Kerajaan. Tiada tersebut tentang bantuan bagi mana-mana agama lain. Bukan Melayu tidak menekankan tentang ini dan Perlembagaan Persekutuan tidak pun sebut tentang bantuan Kerajaan terhadap agama lain. Namun sokongan dan bantuan tetap diberikan.

Kuota ditetapkan bagi kakitangan Kerajaan (Malayan Civil Service) dimana orang Melayu akan mendapat empat tempat bagi setiap satu yang diberikan kepada orang Cina dan India. Walaubagaimanapun, jawatan profesional diiktiraf terbuka bagi semua kaum kerana dianggap tidak mungkin terdapat cukup bilangan orang Melayu untuk mengisi jawatan-jawatan tersebut. Hasilnya pada awal kemerdekaan terdapat lebih ramai kaum bukan Melayu daripada Melayu yang mengisi jawatan dalam Divisyen Satu.

Yang Di-Pertuan Agong atau Raja-raja Melayu akan menentukan kuota biasiswa dan lesen bagi orang Melayu. Tetapi tiada sesiapa yang akan dirampas mana-mana permit atau lesen hanya untuk diberikan kepada kaum Bumiputera. Kedudukan Raja-raja Melayu termaktub dan tidak boleh dipersoalkan. Seorang Yang Di-Pertuan Agong akan dipilih daripada sembilan Raja-raja Melayu dan akan berkhidmat selama lima tahun.

Raja-raja akan menjadi Raja berperlembagaan. Kuasa eksekutif akan dilaksanakan oleh Menteri Besar, Ketua Menteri dan Perdana Menteri yang dipilih dan dibantu ahli majlis atau Kabinet. Amalan British dijadikan contoh.

Persetujuan yang paling penting ialah pelaksanaan Demokrasi Berparlimen digabungkan dengan Raja Berperlembagaan, sekali lagi seperti yang diamalkan di United Kingdom. Harus diingat pihak British telah mengenakan Kerajaan Kolonial kuku besi ke atas Negeri-negeri Melayu dengan kuasa diletak pada Pejabat Kolonial di London.

Sebelum ini Negeri-negeri Melayu diperintah secara feudal di mana Raja-raja Melayu mempunyai kuasa mutlak. Hanya golongan bangsawan yang memain peranan dalam politik negeri. Rakyat Melayu tidak langsung ada apa-apa hak politik. Sudah tentu tetamu juga tidak mempunyai suara dalam hal-hal berkenaan politik. Warganegara British keturunan Cina dan India juga tidak mempunyai apa-apa suara walaupun mereka boleh dilantik sebagai Ahli Kehormat Majlis Kerajaan Tempatan atau Perundangan.

Keputusan untuk melaksana sistem Kerajaan berlandaskan demokrasi merupakan satu langkah radikal di dalam pentadbiran Kerajaan di Persekutuan Tanah Melayu dan Negeri-negeri Melayu. Ini dipersetujui pemimpin ketiga-tiga kaum terbesar yang diwakili parti-parti politik UMNO, MCA dan MIC. Tidak syak lagi yang parti-parti ini mewakili sebahagian besar daripada ketiga-tiga masyarakat di Malaya. Pihak Komunis dan yang berhaluan kiri lain tidak menyatakan persetujuan mereka terhadap persefahaman ini.

Suruhanjaya Reid diberi penerangan tentang perjanjian dan persefahaman ini agar ianya akan dimasukkan kedalam Perlembagaan yang akan digubal. Ketiga-tiga parti meluluskan Perlembagaan yang digubal setelah beberapa pindaan dilakukan. Kesannya Perlembagaan ini menjadi kontrak yang mengikat ketiga-tiga kaum di Persekutuan Tanah Melayu menjelang merdeka pada tahun 1957.

Apabila Sabah dan Sarawak menyertai Negeri-negeri Semenanjung untuk membentuk Malaysia kontrak sosial ini di panjangkan kepada kedua-dua negeri ini. Orang Bumiputera Sabah dan Sarawak di beri taraf yang sama dengan orang Melayu. Pada masa ini juga perkataan Bumiputera diperkenalkan untuk membezakan orang Melayu dan orang Bumiputera Sabah, Sarawak daripada yang berketurunan pendatang.

Kerana Bahasa Melayu digunakan secara meluas di negeri-negeri Borneo tidak ada kesulitan bagi penerimaan Bahasa Melayu sebagai Bahasa Kebangsaan. Walaupun kaum Bumiputera di kedua-dua negeri ini bukan semuanya orang Islam ini tidak memerlukan pindaan kepada Perlembagaan apabila perkataan Bumiputera diterima. Tetapi definisi rasmi bagi orang Melayu tetap tidak berubah.

Oleh itu pembentukan kontrak sosial dimaktubkan dalam pertama, Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu dan seterusnya Malaysia. Untuk mengatakan yang ianya tidak wujud samalah dengan menidakkan kandungan Perlembagaan yang diasaskan kepada penerimaan oleh pemimpin-pemimpin ketiga-tiga kaum terhadap kontrak sosial yang asal.

Kesemua tindakan susulan oleh Kerajaan adalah hasil daripada kontrak sosial ini. Hakikatnya pencetus kontrak sosial ini dan pewaris-pewaris mereka yang diiktiraf rakyat di setiap Pilihanraya Umum menunjukkan kesediaan rakyat untuk menghormati kontrak sosial ini. Menidakkan kewujudan kontrak sosial ini ialah seperti berkata yang Malaysia ini wujud di dalam suasana kekosongan, tidak ada Perlembagaan dan undang-undang yang berlandaskan kontrak ini.

Pelaksanaan kontrak sosial ini memerlukan pemahaman semangatnya yang mendalam. Kontrak sosial ini bertujuan mewujudkan satu negara berbilang kaum yang stabil dan harmoni. Apa jua faktor yang akan akibatkan ketidakstabilan dan menghasilkan ketegangan di antara kaum haruslah dianggap tidak sesuai dengan semangat kontrak sosial ini.

Selama 50 tahun tidak ada sesiapa yang menyoal kontrak sosial ini. Malahan hari ini pun majoriti kaum Cina dan India dan Bumiputera Melayu dan kaum Bumiputera Sabah dan Sarawak menerima kontrak sosial ini. Disebabkan politik peribadi ahli poltik yang mempunyai kepentingan peribadi dan agenda dalam melemahkan kuasa Melayu dalam pada yang sama telah mengelirukan pemahaman kontrak sosial yang telah dipersetujui oleh nenek-moyang mereka, pihak ekstrimis dan penyanggah sekarang ini mempersoalkan kontrak sosial ini.

Lebih malang lagi, Majlis Peguam kini telah menjadi seakan sebuah parti politik yang percaya bahawa kepakarannya dalam undang-undang akan mengecualikan ianya daripada dipersoal tentang kelayakannya dan objektif politiknya. Kini bangsa Melayu telah menjadi semakin dihimpit dan sedaya upaya menangkis serangan terhadap pencabulan kontrak sosial yang telah dimertai sekian lama.

UMNO sebagai pejuang kepada bangsa Melayu demi menegakkan agama Islam dan Melayu khasnya harus merapatkan barisan untuk mempertahankan tanahair tumpah darah iaitu Tanah MELAYU, MALAYa dan MALAYsia dari diporak-perandakan.

SPAD: Desakan PMBOA Menekan Pengguna-Utusan Malaysia 16/6/13

Gambar ini di ambil dari BORNEO POST, tertera kapsyen, Dato Ashraf Ali (tengah) di bawah tajuk artikel 'Bus Operator: Help Us with Our Problem' bertarikh pada 25 Mac 2011.
UTUSAN MALAYSIA, 17 Jun: Melapurkan kenyataan Pengerusi SPAD, Tan Sri Syed Hamid berkenaan tuntutan tak munasabah Presiden PMBOA, Dato Ashraf Ali (tengah; gambar di atas). SPAD akan memanggil PMBOA, pada minggu hadapan untuk berbincang mencari penyelesaian. Pengerusi SPAD menyatakan tuntutan PMBOA tidak wajar. PMBOA turut membuat tuntutan enggan menjual tiket awal kepada pengguna, jika kerajaan tidak memenuhi tuntutan tak munasabahnya. Tuntutan PMBOA terlalu mendadak dan di buat serentak pada satu masa. Seharunya, PMBOA melihatnya dari sudut logik dan tidak menggangu penjualan tiket di musim perayaan. Sila baca artikel di Utusan Malaysia Online DI SINI

Carian awal, ambe ketemui info mengenai Dato Ashraf Ali. Ada sebuah firma guaman di Ampang dan di Kuala Lumpur, dikenali sebagai Ashraf & Co. Adakah, Dato Ashraf ALi ini seorang pengamal undang-undang? Jika benar beliau seorang pengamal undang-undang, apakah kecenderungan politik beliau? Dan bagaimana, beliau memperolehi gelaran Dato ? Ibupejabat PMBOA terletak di Ipoh. Cara Dato Ashraf Ali membuat ugutan dan ancaman kepada pengguna, untuk mendapatkan kenaikan tambang tak munasabah sebanyak 30 peratus, adalah satu perbuatan tak beretika. Sepatutnya, beliau yang bergelar Dato dan jika benar seorang pengamal undang-undang, beliau perlu tunjukkan sikap matang dan berhemah. Keutamaan pengguna di saat hari perayaan utama umat Islam wajar dihormati dan bukannya diberikan ugutan dan ancaman melulu.

Tuntuan tak munasabah PMBOA yang berbaur ancaman dan ugutan, memang tidak adil kepada para pengguna. Terutama kepada umat Islam yang nak balik beraya, Berjumpa ibu bapa mereka dan ahli keluarga mereka. Kita juga maklum, pengusaha bas ekspres, majoritinya adalah cina. Waima Presiden PMBOA, ada sikit rupa Melayu dan nama Melayu, tapi beliau bertindak dan bercakap bagi phak kepentingan perniagaan cina. Cina pula memang sedang menekan orang Melayu dari semua aspek dan bidang. Melakukan ancaman dan ugutan sedemikian, menunjukkan kepada kita semua, bahawa pengusaha bas ekspres yang bernaung di bawah PMBOA hanya berminat dengan untung.

Selama ini, pihak kerajaan membenarkan surcaj 10 persen, bagi membantu pengusaha bas ekspres tanpa membebankan pengguna melampau-lampau. Menurut pengerusi SPAD, diharapkan pengguna tidak terkeliru mengenai surcaj berkenaan. Pada hemat ambe, surcaj bukan kenaikan, ianya sekadar tindakan mencegah pengusaha bas ekspres mengenakan caj yang melampau-lampau kepada pengguna. Pengerusi SPAD turut menegaskan, PMBOA seharusnya mempertimbangkan segala bantuan yang diberikan oleh kerajaan kepada mereka selama ini. Menurutnya lagi, sudah banyak kali perbincangan diadakan, dan peranan SPAD menentukan pengguna tidak dibebankan lebih-lebih di musim perayaan.

PMBOA bertindak seperti sebuah organisasi lintah darat. Tidak mengutamakan kepentingan pengguna. Tidak menitikberatkan mengenai mutu perkhidmatan. Sebaliknya hanya berfikir mengenai kepentingan mereka sahaja. Tanpa rasa bersalah, PMBOA sanggup mengancam dan mengugut pengguna. Seolah-olah pengguna ini boleh diperkotak-katikkan oleh mereka. Apa perlunya PMBOA bertindak sedemikian? Mengenepikan terus kepentingan umum? Apakah PMBOA terlalu ingin dan berhajat, agar di hukum oleh rakyat?


LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...