Rabu, 17 April 2013

#PRU13 - PASUKAN TRANSFORMASI , JANGAN KERANA NILA SETITIK ROSAK SUSU SEBELANGA @NajibRazak @barisannasional


Artikel menarik daripada Prapukari mengulas perbandingan calun-calun Pasukan Transformasi dengan calun-calun masturbasi DAP PKR PAS:-
Jika pengumuman calon Barisan Nasional (BN) di seluruh negara semalam mahu ditonjolkan sebagai satu pasukan tranformasi yang cukup luar biasa, saya fikir saya harus berbeza pendapat dengan Pengerusi BN, Dato Sri Mohd Najib Tun Razak. Calon yang ditonjolkan tidak sehebat dan semegah yang cuba digambarkan. 
Kita harus memasarkan realiti kerana hakikatnya di beberapa negeri terutamanya Selangor, terdapat calon-calon yang dipilih secara tidak berhati-hati dan tampak tidak melalui proses pemilihan yang serius. Jika tidak pastinya suara-suara tidak berpuas hati dan komentar sinis tidak bercambah di kalangan ahli dan penyokong BN sendiri. Hari ini saya pasti Mohd Najib telah pun sedar siapa yang bertanggungjawab mewujudkan keadaan seperti ini dan mengenali yang mana intan dan yang mana kaca. 
Oleh kerana pasukan Najib memilih untuk membombastik atau membesar-besarkan senarai calon BN kali ini, maka sedikit cacat cela pun akan diperhati da dibesarkan oleh rakyat. Inilah hakikat apabila kita melancarkan propaganda melampau hingga meloyakan. 
Hakikatnya, jika barisan calon BN ini dilihat dan dianalisis atas neraca yang berpaksi realiti, ia merupakan satu barisan calon yang cukup baik untuk lima tahun akan datang. 
Setelah lima tahun bergelut dengan tuduhan, fitnah, serangan peribadi, barisan calon yang menggabungkan tenaga muda dan senior, calon muka baru dan lama, serta comeback yang dibuat oleh beberapa calon ,telah memberikan satu nafas segar kepada politik BN. 
Memang ada calon BN yang dikemukakan mempunyai imej tercemar dan ada cacat-cela. Ini bukan luar biasa kerana manusia politik biar apa pun agama anutan, ideologi politik atau wacana poilitik yang beliau sertai tidak mungkin sempurna sifatnya. Namun di sebalik cacat cela yang ada, calon-calon yang dikemukakan ini jauh lebih baik daripada calon-calon Pakatan yang telah diumumkan mahu pun bakal bertanding. ~ Ab Jalil Backer baca seterusnya 'CALUN TRANFORMASI lwn CALUN MASTURBASI'
Berikut ialah senarai calun-calun BN di Selangor bagi Parlimen dan DUN:-


P.092 SABAK BERNAM
- Mohd Fasiah Mohd Fakeh
* N.01 Sungai Air Tawar
- Kamarol Zaki Abdul Malik
* N.02 Sabak
- Abd Halim Udin

P.093 SG. BESAR
- Dato' Noriah Kasnon
* N.03 Sg Panjang
- Budiman Mohd Zohdi
* N.04 Sekinchan
- Kek Seng Hooi

P.094 HULU SELANGOR
- P. Kamalanathan
* N.05 Hulu Bernam
- Dato' Rosni Sohar
* N.06 Kuala Kubu Baharu
- Jessie Ooi
* N.07 Batang Kali
- Mat Nadzari Ahmad Dahlan

P.095 TANJUNG KARANG
- Dato' Seri Noh Omar
* N.08 Sg. Burong
- Dato' Shamsuddin Lias
* N.09 Permatang
- Sulaiman Abd Razak

P.096 KUALA SELANGOR
- Datuk Irmohizam Ibrahim
* N.10 Bukit Melawati
- Jakiran Jacomah
* N.11 Ijok
- K. Parthiban
* N.12 Jeram
- Dato' Amiruddin Setro

P.097 SELAYANG
- Dato' Donald Lim Siang Chai
* N.13 Kuang
- Abdul Shukur Idrus
* N.14 Rawang
- Lee Li Yew
* N.15 Taman Templer
- Dato' Seri Subahan Kamal

P.098 GOMBAK
- Datuk Dr. Rahman Ismail
* N.16 Batu Caves
- Rawichandran a/l Narayanan
* N.17 Gombak Setia
- Datuk Said Anuar Said Ahmad
* N.18 Hulu Kelang
- Abdul Rahim Kamarudin

P.099 AMPANG
- Dr. Rozaidah Talib
* N.19 Bukit Antarabangsa
- Mohamad Nadzim Ibrahim
* N.20 Lembah Jaya
- Dato' Baderisham Jolly

P.100 PANDAN
- Gary Lim Chin Yee
* N.21 Chempaka
- Muhammad Faizal Sufar
* N.22 Teratai
- Liew Pok Boon

P.101 HULU LANGAT
- Adzhaliza Mohd Nor
* N.23 Dusun Tua
- Ismail Sani
* N.24 Semenyih
- Dato' Johan Abd Aziz
* N.25 Kajang
- Lee Ban Seng

P.102 SERDANG
- Dato' Yap Pian Hon
* N.26 Bangi
- Dato' Mohd Zaidi Md Zain
* N.27 Balakong
- Dato' Dr. Lai Kwong Choy
* N.28 Seri Kembangan
- Raymond Chin Toong Kang

P.103 PUCHONG
- Dato' Loo Yeng Peng
* N.29 Seri Serdang
- Mohamad Yusof Mohamed Yasin
* N.30 Kinrara
- Dr. Kow Cheong Wei

P.104 KELANA JAYA
- Loh Seng Kok
* N.31 Subang Jaya
- Gan Meng Foo
* N.32 Seri Setia
- Tengku Ridwan Tengku Mansor

P.105 PETALING JAYA SELATAN
- Sheah Kok Fah
* N.33 Taman Medan
- Dato' Dr. Wahab Ibrahim
* N.34 Bukit Gasing
- Juan Sei Chang

P.106 PETALING JAYA UTARA
- Chiew Hoon Ling
* N.35 Kampung Tunku
- Chong Seng Foo
* N.36 Damansara Utama
- Dato' Lim Choon Kim

P.107 SUBANG
- Prakash Rao a/l Appalanaidoo
* N.37 Bukit Lanjan
- Francis Chong Tuck Chiew
* N.38 Paya Jaras
- Dato' Ir. Muhd Bushro Mat Johor
* N.39 Kota Damansara
- Halimaton Saadiah Borhan

P.108 SHAH ALAM
- Dato' Zulkifli Noordin
* N.40 Kota Anggerik
- Mohd Yusof Din
* N.41 Batu Tiga
- Dato' Ahmad Nawawi Dato' M Zin

P.109 KAPAR
- Sakthivel
* N.42 Meru
- Sukaiman Ahmad
* N.43 Sementa
- Md Ghazali Mohd Amin
* N.44 Sungai Pinang
- Lee Chee Chun
* N.45 Selat Klang
- Faisal Yahya

P.110 KLANG
- Dato' Teh Kim Poo
* N.46 Pelabuhan Klang
- Dato' Nasaruddin Dato' Md Zin
* N.47 Pandamaran
- Dato' Dr. Ching Eu Boon
* N.48 Kota Alam Shah
- Datuk Maglin a/l Dennis D'Cruz

P.111 KOTA RAJA
- S. Murugesan
* N.49 Seri Andalas
- T. Mohan
* N.50 Sri Muda
- Mohd Abd Raof Mokhtar

P.112 KUALA LANGAT
- Kapt (B) Sharuddin Omar
* N.51 Sijangkang
- Zurihan Yusop
* N.52 Teluk Datuk
- Tan Cheng Kai
* N.53 Morib
- Hasiman Sidom

P.113 SEPANG
- Dato Seri Ir. Mohd Zin Mohamed
* N.54 Tanjong Sepat
- Nisman Yusof
* N.55 Dengkil
- Shahrum Dato' Mohd Sharif
* N.56 Sungai Pelek
- Ng Chok Sin


Kita tahu DAP PKR PAS seringkali melakukan MANUVER POLITIKAL yang agak LUARBIASA kerana mereka di bantu oleh PIHAK LUAR. Tak hairan kerana 'petanda-petanda' itu sudah kelihatan di mana DAP PKR PAS menangguhkan pengisytiharan 'calun-calun' mereka di Perak dan Negeri Sembilan. Tidak mustahil mereka melakukannya untuk meletakkan 'calun-calun' yang mereka fikir lebih berpotensi untuk di jual kepada pemilih. 

BN sudahpun memiliki sebuah produk terhebat MANIFESTO AKUJANJI berbanding DAP PKR PAS. Kini apa yang diperlukan oleh BN ialah calun-calun yang 'OK' (tiada masalah moral dan skandal lampau) dan jentera yang berpuashati.

Apapun kita semua perlu masuk GEAR KEMENANGAN bagi membentuk sebuah kerajaan yang mempunyai MANDAT KUKUH dan DIPERCAYAI LEBIH DARI 2/3 MAJORITI PENGUNDI MALAYSIA.

#PRU13 - ISU MORAL BAKAL JADI MODAL KEMPEN DAP PKR PAS DI SELANGOR @NajibRazak @barisannasional

Adzhaliza Mohd Nor
Antara 8 orang Calun-calun Wanita Yang Menerima Watikah Sebagai Calun BN di Selangor.Dalam Gambar Puan Adzhaliza Md Nor, Peguam berusia 46 tahun yang bergiat aktif dalam kerja kebajikan di Kajang dan Hulu Langat ini mula menceburi bidang politik pada 2001 dan menyandang jawatan Ketua Puteri Umno Hulu Langat hingga 2004. Sekarang beliau ialah adalah bendahari Wanita Umno Hulu Langat. Tahniah Buat Adzhaliza Md Nor; Semoga Mampu Menumbangkan Kekuatan Jentera DAP PKR PAS Hulu Langat Dr Che Rosli.

Berikut dua petikan kata-kata daripada dua pemimpin UMNO dalam BARISAN NASIONAL:-
Kata Tengku Adnan Tengku Mansor (adiknya menjadi calun di DUN Seri Setia dan mendapat bantahan daripada akar umbi) "Calon-calon yang diketengahkan adalah yang terbaik dan sudah pasti pembangkang akan buat macam-macam cerita negatif terhadap calon ini," katanya kepada pemberita selepas majlis solat hajat dan doa selamat di kediamannya di sini malam ini. - UTUSAN ONLINE



Manakala ambe nak menarik perhatian pembaca kepada apa yang dikatakan DS Najib semasa penyerahan Watikah Calun dari Parti Komponen di PWTC hari semalam 14/4/2013, antara lain:-

Najib berkata, ini adalah senarai akhir dan harap tidak perlu diubah walaupun ia masih boleh diubah. Najib yakin pasukan BN terkuat yang dapat diketengahkan 
Najib berkata, tidak realistik jika kata semua kerusi boleh menang. 
Cuba ketengahkan calon wanita tetapi tidak mudah.
Perubahan besar di negeri yang BN kalah. (Kedah, Selangor, Pulau Pinang & Perak - off record)
Pada PRK Permatang Pasir, calun BN kalah di atas isu moral. Dan Hj Hadi menjustifikasikannya seperti berikut:-



Kita tahu komitmen Tinggi DAP PKR PAS mahu "Menawan Putrajaya" dengan meniupkan 'SENTIMEN KEBENCIAN - Indeks Kebencian - KEPADA UMNO/ BARISAN NASIONAL". Indeks Kebencian tersebut hanya mampu diamplifikasikan melalui isu-isu moral melalui 'Perbandingan'. Akhirnya, akan menyebabkan RAKYAT KECEWA.

Anda bayangkan sendiri "Impak Maksimum" bilamana isu-isu Moral di buat Perbandingan oleh jentera siberteruper DAP PRK PAS. Kesannya akan turut mencederakan imej semua calun-calun dalam Pasukan Transformasi BN.

Jom jadikan LAGU INI SEBAGAI MOTIVASI UNTUK MASUK GEAR KEMENANGAN .. "ASAL CALUN BN, KITA UNDI SAJALAH" - pesan TUN DR MAHATHIR SURUH KITA BERFIKIR DAN JANGAN MUDAH LUPA.



Isnin, 15 April 2013

#PRU13 VIDEO PENYERAHAN WATIKAH PASUKAN TRANSFORMASI

Calon Baru BN : 33 % Parlimen , 49 % DUN Berdepan PRU 13- https://www.youtube.com/watch?v=Gy-alCupBpM

#PRU13- APAKATA PEMIMPIN KOMPONEN MENGENAI PASUKAN TRANSFORMASI @barisannasional


M. KAYVEAS - PPP:
PPP tanding di Parlimen Kepong, empat kerusi negeri: Kayveas.
KUALA LUMPUR: Parti Progresif Penduduk (PPP), parti komponen Barisan Nasional (BN), hari ini mengesahkan bertanding satu kerusi parlimen dan empat kerusi negeri pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU-13), 5 Mei ini.
Presidennya, Datuk Seri M.Kayveas, berkata parti itu diperuntukkan kerusi parlimen Kepong di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan empat kerusi negeri, masing-masing satu di Kota Melaka (Melaka), Kota Alam Shah (Selangor), Pasir Bedamar (Perak) dan Manik Urai (Kelantan).
"Barisan Nasional kalah disemua lima kerusi PPP itu pada pilihan raya umum lepas (2008). Sukar, namun seseorang perlu bertanding di kerusi ini. Memperoleh lima kerusi merupakan kejayaan bagi PPP," katanya dalam mesej Tweetnya.
Pada pilihan raya umum ke-12 pada 2008, PPP bertanding kerusi Parlimen Taiping dan kerusi negeri Pasir Bedamar, namun tewas kedua-duanya.
Kayveas yang bertanding di Taiping, kalah kepada Nga Kor Ming daripada DAP dengan 11,298 undi.
Di Pasir Bedamar, calon PPP Lee Heng tewas kepada calon DAP, Seah Leong Peng dengan 7,914 majoriti undi.
Pada 2008, calon DAP, Dr Tan Seng Giaw menewaskan Lau Hoi Keong, BN-Gerakan di kerusi Kepong dengan 23,848 majoriti undi.
Sementara itu, Kayveas berkata Pengerusi PPP Wilayah Persekutuan Datuk A. Chandrakumanan akan bertanding kerusi Parlimen Kepong manakala Naib Presiden parti itu Senator Datuk Chiw Tiang Chai bertanding kerusi DUN Kota Melaka.
"Kita tahu (Kota Melaka) ialah kerusi tradisi DAP, tidak pernah dimenangi BN sebelum ini.
"Tapi kita akan cuba dan lihat penerimaan rakyat di sana," katanya kepada pemberita selepas majlis penyerahan Watikah Pencalonan dan Aku Janji Calon BN kepada pengerusi BN Negeri oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak di sini.
Bagi kerusi Kota Alam Shah, Kayveas berkata PPP mempunyai dua calon, dan keputusan muktamad akan diketahui esok ketika pengumuman dibuat oleh Pengerusi Perhubungan BN negeri, katanya.
"Calon di Kota Alam Shah ialah antara (Timbalan Menteri Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan Datuk Maglin Dennis D' Cruz) dan seorang wartawan, manakala di Pasir Bedamar, Kerk Guan Chuan (Bendahari PPP Perak), disenaraikan.
"(Naib Presiden PPP) Datuk Nik Sapeia Nik Yusoff pula bertanding di Manik Urai," katanya. - BERNAMA
CHUA SOI LEK, MCA:-
MCA bertanding 37 kerusi Parlimen, 90 DUN dengan 68 muka baru: Soi Lek .
KUALA LUMPUR: MCA akan bertanding bagi 37 kerusi parlimen dan 90 Dewan Undangan Negeri (DUN) pada Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13), 5 Mei ini.
Sejumlah 68 daripada 127 calon yang akan dipertaruhkan adalah muka baru, selain menampilkan calon termuda parti berumur 25 tahun.
Kesemua lima calon wanita yang akan dipertaruhkan juga adalah muka baru.
Presiden MCA, Datuk Seri Dr Chua Soi Lek dalam satu kenyataan di sini hari ini berkata 19 atau 51.3 peratus daripada 37 calon bagi kerusi Parlimen adalah muka baharu manakala 49 daripada 90 calon kerusi DUN juga adalah muka baru.
MCA bertanding bagi 40 kerusi Parlimen dan 90 kerusi DUN pada pilihan raya umum 2008. - BERNAMA
KOH TSU KOON, GERAKAN:-
Lebih separuh calon Gerakan muka baru: Koh Tsu Koon .
KUALA LUMPUR: Gerakan akan bertanding di 11 kerusi parlimen dan 31 kerusi dewan undangan negeri (DUN) pada pilihan raya umum ke-13 (PRU13) ini, kata Presiden parti, Tan Sri Dr Koh Tsu Koo.
Ini bermakna kerusi parlimen yang ditandingi Gerakan kali ini kurang satu berbanding pada 2008.
"Daripada 42 calon, 22 orang atau 52.4 peratus adalah muka baharu yang tidak pernah bertanding, lima orang atau 12 peratus calon wanita dan tiga orang atau tujuh peratus calon berketurunan India, manakala baki daripada kaum Cina.
"Calon termuda berusia 31 tahun," katanya dalam kenyataan, di sini hari ini.
Terdahulu hari ini, Pengerusi Barisan Nasional (BN) yang juga Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak menyerahkan Watikah Pencalonan dan Aku janji BN kepada semua presiden parti komponen dan pengerusi BN negeri, di sini.
Gerakan akan bertanding di dua kerusi DUN di Sabah iaitu Elopura dan Tanjong Papat selepas penyandangnya Aw Kam Wah dan Raymond Tan Shu Kiah daripada Parti Maju Sabah (SAPP) menyertai Gerakan pada 2009 setelah SAPP keluar daripada BN.
Koh berkata di Pahang, Gerakan bertukar kerusi dengan MCA membabitkan DUN Ketari dan Tanah Rata, sementara kerusi Parlimen Kepong di Kuala Lumpur dan DUN Kota Alam Shah di Selangor dipinjamkan kepada Parti Progresif Penduduk (PPP).
Gerakan juga meminjamkan kerusi DUN Skudai di Johor kepada MCA.
Semua kerusi terbabit dipinjamkan hanya untuk pilihan raya umum kali ini, katanya.
Berikut ialah senarai calon Gerakan bagi kerusi parlimen dan DUN:

Kerusi Parlimen
1. Batu Kawan - N. Gobalakrishnan (muka baru)
2. Bukit Bendera - Teh Leong Meng (muka baru)
3. Tanjong - Ng Song Kheng (muka baru)
4. Jelutong - Ng Fook On
5. Taiping - Tan Lian Hoe
6. Beruas - Chang Ko Youn
7. Telok Intan - Mah Siew Keong
8. Puchong - A. Kohilan Pillay (muka baru)
9. Batu - Dr Dominic Lau Hoe Chai (muka baru)
10. Segambut - B. Jayanthi Devi (muka baru)
11. Simpang Renggam - Liang Teck Meng

Kerusi DUN
PULAU PINANG:
1. Machang Bubuk - Tan Loke Heah (muka baru)
2. Bukit Tengah - Teng Chang Yeow
3. Bukit Tambun - Lai Chew Hock
4. Tanjung Bunga - Chia Kwang Chye
5. Kebun Bunga - H'ng Chee Wey (muka baru)
6. Pulau Tikus - Rowena Yam (muka baru)
7. Padang Kota - Oh Tong Keong (muka baru)
8. Datuk Keramat - Ong Thean Lye
9. Sungai Pinang - Dr Thor Teong Gee
10. Batu Lanchang - Lee Boon Ten
11. Air Itam - Loo Jieh Sheng (muka baru)
12. Batu Uban - Goh Kheng Sneah
13. Pantai Jerejak - Wong Mun Hoe

KEDAH:
1. Derga - Dr Cheah Soon Hai
2. Sidam - Bee Sieong Heng (muka baru)

PERAK:
1. Kuala Sepetang - Loh Swee Eng (muka baru)
2. Aulong - Soo Key Ping (muka baru)
3. Jalong - Liew Yew Aw (muka baru)
4. Canning - Ceylyn Tay Wei Lung (muka baru)

PAHANG:
1. Tanah Rata - Ho Yip Kap
2. Triang - Tan Tin Loon

SELANGOR:
1. Teratai - Ben Liew Pok Boon (muka baru)
2. Bukit Gasing - Juan Sei Chang (muka baru)
3. Bukit Lanjan - Francis Chong Tuck Chiew (muka baru)

NEGERI SEMBILAN:
1. Bukit Kepayang - Wong Oi Foon (muka baru)
2. Senawang - Choong Vee Hing (muka baru)

MELAKA:
1. Bachang - Chua Lian Chye (muka baru)

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...