Isnin, 25 Mac 2013

VIDEO PALING MENYENTUH KALBU ~ HARI POLIS KE 206



Perlulah hargai dan pertahankan segala kemakmuran dan kedaiaman yang pernah dikecapi selama ini sejak Komunis menyerah kalah pada 1986. Tapi komunis letak senjata sahaja dan Agenda ideologi mereka tetap mereka perjuangkan. 
Generasi sekarang perlu mengambil peranan dan tugas MEMPERTAHANKAN KEMERDEKAAN.
Bukannya MEROBOHKAN KEMERDEKAAN.
Bagi yang masih muda kena beringat selalu ... selagi umur belom mencapai usia KEDEWASAN DAN KEMATANGAN pada 40 tahun dan mencecah 50 tahun... banyak lagi pahit maung, pahit getir, pahit manis dan pahit lelah dalam perjuangan. 
Masa terlalu dekat.
Perjalanan masih jauh.
Biarlah menjadi Buluh Tumpat bukan Meriam Buluh.
Jangan hanya bawa buku tiga lima tapi bawa Buku Amalan di sebelah tangan kanan.

#UbahPenang GUAN END KENA JAWAP KENAPA NELAYAN MARAH #TolakDAP #SavePenang #




Projek Mega Membazir Terowong Bawah Laut sepanjang 6.5 km idea Skim Limzi mendapat bantahan keras daripada rakyat marhaen kelompok nelayan.
Kelompok nelayan mempercayai projek mega berkenaan akan menjejaskan pendapatan mereka.

Kita pun tak faham kenapa beriya benar Guan End berkehendak sebuah Terowong Bawah Laut sepanjang 6.   5 km.

Kalau beliau berniat nak namakan terowong itu sempena namanya pun takkan lah beliau perlukan terowong sepanjang 6.5 km.
Kenapa Guan End tak namakan sahaja setiap loji kumbahan yang ada di seluruh Pulau Pinang dan setiap tandas awam sempena nama beliau?
Tentu 'Haruam Semerbak' namanya nanti kan.
Jambatan kedua Pulau Pinang masih dalam pembinaan.
Dikatakan terowong berkenaan akan dikenakan TOL.
Konpius memikirkannya.

Selama ini PR kata semua benda Wajib Percuma kerana gunakan Dana Rakyat.
Mustahil Guan End menabung semenjak dalam perut ibunya untuk membiayai sendiri projek mega-sales ujung tahun seperti itu?
Bukan ke selama ini DAP cukup fobia dengan Projek-projek Mega-Sales?

Omputih kata CAT ada sembilan nyawa.
Di Pulau Pinang , CAT hanya nyawa-nyawa ikan .
Hanya terpakai masa DAP nak kutok dan cerca BN.

Politik Malaysia ialah Politik Wang,
Takde Wang ... takde penyokong
Takde penyokong ... takde undi
Takde undi ... takde jawatan
Takde jawatan ... camna nak buat Projek Mega-Sales?

Agak-agaklah ... Guan End boleh benarkan ambe masuk Skim Limzi nya?

RM BILLION ~ SENARAI DOT..DOT..DOT DAP DILONDEHKAN #SavePenang #UbahPenang #TolakDAP




Sila hangatkan diri dulu dengan pendedahan oleh Mohamed Razali Abdul Rahman, mantan member baik Guan End. Akhirnya beliau bertindak bijak mendedahkan Agenda Jahat Guan End.

Blog berbahasa Ingeris THE DAP INSIDER  mendedahkan senarai berikut:-

The screen on the notebook computer showed this PowerPoint slide:
          



In our previous article, we promised to reveal and expose the cronies behind the scenes who benefited from Lim Guan Eng’s Mega folly of a Mega Project which costs over RM6.3 billion.
The projects involve:
  • a 4.2km Gurney Drive-Tun Dr Lim Chong Eu Expressway,
  • a 4.6km Tun Dr Lim Chong Eu Expressway-Bandar Baru Air Itam 4-lanes bypass,
  • a 6.5km Penang-Butterworth Tunnel; and
  • a 12km road connecting Tanjung Bungah and Teluk Bahang (four lanes)
In order to know the real story behind this mega corruption and abuse in Penang, we need to go back to the night of December 17, 2012 – just a day after the DAP National Congress held in Penang where the DAP CEC Members were elected. 
We already know from media reports the following:
  1. CZB – or also known as Consortium Zenith BUCG Sdn Bhd
  2. BUCG – Beijing Urban Construction Group
  3. ST – Sri Tinggi Sdn Bhd
  4. JU – Juteras Sdn Bhd
  5. ZC-CRC – Zenith Construction Sdn Bhd in a joint venture with China Railway Construction Ltd (CRCL)
But we don’t know who the following people or entities are:
  1.     Annie & Party
  2.     Davy
  3.     Leslie & Co
  4.     Pinny
  5.     Jimmy & Party
  6.     Terry
  7.     TBD
These names are likely to be code-names representing certain personalities…who are these people…Read the DAP Insider for the next article as we break the puzzle and reveal the identities of each of these code-names…

ESSCOM -SSA HARI POLIS KE 206. #OpsDaulat #ESSCOM #PahlawanKu


CARTA ESSCOM -SSA
DS NAJIB AKAN MEMPERINCIKANNYA DALAM SAMBUTAN HARI POLIS KE 206 PADA HARI INI.
"Sepasukan VAT 69 AKAN DITERBANGKAN KHAS DARI Lahad Datu ke Sambutan Hari Polis. PDRM melalui tiga era. Era pertama semasa Kesultanan Melayu Melaka di bawah Sistem Temenggong sehingga mencapai kemerdekaan. Kedua era pasca kemerdekaan sehingga tewasnya pemberontakan bersenjata komunis. Ketiga, era menuju kepolisian bertaraf antarabangsa."

Pertama kalinya lagu tema akan dikumandangkan semasa perbarisan sambutan Hari Polis ke 206. 

Hadoi ambe tak larat nak tulis stail skema-skema camni. 
Mesej mudah je.
Hari ini Hari Sambutan Polis ke 206.
Bidang kepolisian di Malaysia bukan baru setahun jagung.
Sejak dari zaman Kesultanan Melayu Melaka lagi dan ada polis.
Cuma masa tu taklah di panggil polis. 

Esok pasukan VAT 69 seramai 93 orang anggota akan diterbangkan khas dari Lahad Datu. Pemberian pingat postomuos akan diberikan kepada lapan anggota yang terkorban dalam insiden Lahad Datu. Balu mereka akan menerima anugerah pingat dan kenaikan pangkat. Berita penuh tengok ler BERNAMA.

Satu wawancara panjang dan lebar wartawan Sinar Harian AHMAD ISMADI ISMAIL dan jurufoto SAFWAN MANSOR bersama Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman, Datuk Seri Mohd Bakri Zinin dalam memperkatakan cabaran PDRM pada masa kini sempena Hari Polis ke-206.

Antara lain cabaran yang dihadapi oleh JSJ ialah:-
  • Sikap sesetengah anggota masyarakat yang enggan ketengah menjadi saksi dan memberikan kerjasama. 
  • Piwaian ketat yang perlu dipatuhi untuk memenangkan kes pendakwaan. 
  • Meneruskan siasatan ke atas lapuran kehilangan kanak-kanak.
  • JSJ mempunyai 12,000 anggota, tambahan anggota akan dilakukan secara berperingkat, ada di antara mereka berkebolehan dalam bidang penyiasatan, terbaru PDRM mempunyai 300 orang  bagi membantu menambah baik mutu penyiasatan.
  • Menangani persepsi masyarakat
  • Segelintir masyarakat tidak ambil peduli jika ternampak atau terdengar insiden pergaduhan di kawasan kejiranan mereka.
  • Hakikatnya, kes pergaduhan boleh membawa maut dan mungkin dengan satu panggilan (talian kecemasan) boleh menyelamatkan satu nyawa.
  • Keterangan saksi amat penting dalam setiap kes yang disiasat sebelum ia boleh dibawa ke pendakwaan.
  • Masyarakat harus saling bekerjasama menjamin keamanan negara, meyakinkan pelabur asing bahawa negara kita selamat bagi menggalakkan pertumbuhan ekonomi negara.
  • Sikap kurang prihatin masyarakat yang enggan tampil menjadi saksi kejadian juga menimbulkan kesukaran terhadap penyiasatan.
  • Keengganan masyarakat tampil sebagai saksi kes dikatakan berpunca kerana proses pendakwaan mengambil masa yang lama sebelum hukuman dijatuhkan.
Dalam menuju status polis bertaraf dunia, PDRM memperkenalkan pelbagai inisiatif seperti terbaharu menubuhkan Unit Rondaan Bermotosikal PDRM (URB) dengan peruntukan RM20 juta bagi membeli 1,000 motosikal.

Bagi mencapai Bidang Keberhasilan Utama Negara (NKRA) mengurangkan jenayah, pelbagai usaha dilakukan PDRM antaranya menambah bilangan anggota di kawasan 'panas' serta penggunaan kamera litar tertutup di kawasan yang berisiko tinggi untuk mengurangkan jenayah seperti ragut, curi kenderaan dan samun.

Hari Polis disambut setiap tahun pada 24 Mac bagi mengenang jasa dan mengingati sejarah penubuhan pasukan keselamatan itu yang banyak menabur bakti kepada negara termasuk mempertahankan negara daripada ancaman komunis.

Sempena sambutan itu, Ramli berkata, PDRM turut mengadakan hari terbuka untuk orang ramai di Pulapol pada 24 Mac dari 8 pagi hingga 5 petang.

Katanya, ia akan diisi dengan pelbagai program antaranya persembahan polis berkuda, pertunjukan daripada unit K9 dan juga pameran oleh unit trafik dan lain-lain.

SEKIAN TERIMAKASIH.
KEPADA ANGGOTA PDRM .... AMBE TERHUTANG BUDI KE ATAS JASA PDRM. 

SALUTE !

PERTEMPURAN DI TANJUNG BATU 4 PENGGANAS KIRAM 50SEN MATI DI TEMBAK.




Pengganas Kiram 50sen nampaknya sengaja mempertaruhkan kanak-kanak dalam pertempuran. Seorang anggota keselamatan tercedera terkena tembakan di peha. Ofkors. mana boleh kesan siapa yang berada dalam rumah. So tak payah lah nak spin-spin kata anggota kejam ke hapa. Peluru tak bermata. Ini semua taktik kotor gerila pengganas Kiram 50sen untuk merendahkan semangat anggota. dan untuk memburuk-burukkan anggota keselamatan negara. Taktik yang sama pernah digunakan oleh pihak komunis di Vietnam. Menggunakan kanak-kanak sebagai Perisai Manusia. Ambe percaya, ada kemungkinan kanak-kanak itu telah di tembak mati terlebih dahulu oleh pengganas Kiram 50sen. Taktik yang sama digunakan oleh pihak PR semasa berdemonstrasi sejak 2004. Jangan lupa dalam demonstrasi mogok lapar tapi boleh makan di Dataran Merdeka tak lama dulu, puak PR menggunakan kanak-kanak untuk meraih simpati belas kasihan. Ini menambahkan lagi keyakinan ambe bahawa PR memang terlibat dalam pencerobohan di Lahad Datu. Puak-puak PR memang tak berhati perut sama gak dengan peel pengganas Kiram 50sen. Kelompok manusia jahanam camtu kita nak percayai ? Belum perintah satu negara pun mereka sanggup korbankan dan gadaikan nyawa kanak-kanak demi kepentingan taktik kotor mereka ! Pergi jahanamlah PR bersama pengganas Kiram 50sen!

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...