Jumaat, 9 November 2012

NURUL IZZAH & ISHAM RAIS KEBEBASAN BERAGAMA KEPALA HOTAK MEREKA.

     

Kebebasan Beragama tidak boleh di pandang ringan bila usul itu hendak diperluaskan kepada orang Melayu. Dalam Perlembagaan sudah tercatit mengenai deskripsi MELAYU yakni seorang yang beragama Islam. Dan Islam bukanlah satu agama yang boleh diperlecehkan dan diperlekehkan. Budaya Melayu itu sendiri menghendaki Melayu itu beragama Islam. Tulisan Jawi adalah pengaruh Islam. Pakaian tradisi Melayu juga telah diselitkan unsur-unsur Islam. Begitu kuat pengenalan bangsa Melayu dengan agama Islam sehingga timbul kata-kata 'Masuk Jawi' atau "Masuk Melayu". 

Istilah inilah juga dulu paalebai dan kera PAS turut kritik dan kecam termasuklah Pok Nik tu hah ! Serta segala para gembala yang menggelarkan diri mereka graduan IKD dalam gerakan-gerakan jemaah Islamiyah pada tahun 80an dan 90an dahulu. Kini hasilnya lahir kelompok lahabau yang melabelkan diir mereka sebagai Liberal dan Plural. 

Setakat ini belum ada lagi di dunia ini bangsa itu diikat dan dijalin rapat dengan pengenalan agama Islam seperti benang-benang tersulam pada pakaian kecuali Melayu sahaja. Bila ada pemimpin pakatam ahzab keturunan Melayu seperti Nurul Izzah dan Isham Rais mahu memisahkan jalinan dan sulaman itu sama seperti membogelkan Melayu tanpa Pakaiannya. Sudah tentulah menjadi aib besar dan malu besar kepada bangsa Melayu. 

Jika mana-mana bangsa di dunia ni di mana-mana negara dan benua mahu memisahkan pengenalan bangsa dengan agama itu lantak merekalah tapi tidak boleh samasekali dengan bangsa Melayu. Kalau ada individu-individu Melayu seperti Nurul Izzah dan Isham Rais mahu mengamalkan kebebasan agama ..lantaklah diaorg tapi jangan sesekali mahu bangsa Melayu seluruhnya menukar pengenalan bangsa Melayu dengan agama Islam. 

Melayu yang liberal dan plural memang menyokong kebebasan beragama kononnya dah cerdik sangat.Bagi Melayu yang masih tulin dan ori macam Hamba nie, mana mungkin nak pisahkan pengenalan bangsa Melayu dengan agama Islam. MUSTAHIL!

Kebebasan agama ini lahir dari pemikiran liberal dan plural. Diterima pakai oleh mereka yang terlalu amat cetek ilmu agama mereka. Mendakwa merekalah Mujadid yang dilahirkan pada setiap 100 tahun. Mereka faham ke makna Mujadid dan Tajdid yang disebutkan dalam hadis Rasullullah s.a.w. tersebut? 

Mujadid bukan Pembaharu da Tajdid bukan memperbaharui dalam ertikata kepala hotak senget mereka fahamkan. Mujadid ialah seorang daie yang membersihkan segala bidaah, khurafat dan tahyul di dalam agama. Tindakan pembersihan itulah di sebut Tajdid. 

Bagi golongan ini mereka amat perlu baca dan fahami tafsir sebenar perjanjian di antara Allah Ta'ala dengan Nabi Allah Ibrahim a.s. Selurusi kembali perjalanan bangsa Melayu ini. Kenali kembali apa yang dinamakan Pamalayu. Disebutkan negara China tempat atau poin mencari ilmu pengetahuan yang tinggi bukan keranaa disitulah adanya ilmu yang tinggi tetapi dari situlah bermulanya perjalanan mencari ilmu yang dikehendaki. Kerana apa?

Tengoklah sejarah dan kajilah sejarah. Mampukah Maharaja Pertama China membina makamnya tanpa teknologi yang di impot. Dari mana ? Sendiri mahu fikirlah. 

Biarlah bangsa Melayu ini tetap dikaitkan dengan agama Islam. Itulah agama yang telah diredhoi Allah Ta'ala pun. Takkan kita hendak menolak pengenalan yang baik itu ? Bila kita sudah mengetahui bahawa bangsa Melayu itu dikaitrapat dengan agama Islam maka menjadi amanah dan tanggungjawab kepada semua Melayu menjadi seorang mukmin yang terbaik yakni menjadi khairatuun ummah. 

Itupun tak boleh fikir ke? Janganlah kerana membenci UMNO maka pakaian kemuliaan Melayu itu hendak digantikan dengan pakaian lain pula kerana tidak ada pakaian kemuliaan bagi Melayu ini selain agama Islam. 
Ada faham ka?


Khamis, 8 November 2012

PAKATAM AHZAB KATA SATU JENAYAH BESAR JIKA JADI ANAK MENTERI & SUAMI MENTER BN@NajibRazak

Rakyat tahu dan bukan tak boleh berfikir mana baik dan mana buruk. Bila timbul cerita mengenai Hummer yang dikaitkan dengan Nedim anak kepada Cif Nazri Aziz, semua nak melalak.

Imbas kembali, bagaimana pelbagai kisah mengenai DS Rosmah, semua melalak.

Imbas kembali bila timbul cerita mengenai suami Kak Ijat, semua melalak. Tun Dr Mahathir sindir pedas pemikiran sebegini. 

Isu Hummer timbul bila dewataraya PKR bernama Anwar Aib Abraham di kritik rapat-rapat dalam isu penggunaan bas mewah, treler mewah dan jet peribadi mewah. Motif sebenar Pakatam Ahzab hanya hendak memberikan gambaran imej buruk kepada anggota famili pemimpin BN.

Dilakukan bukan di atas kepentingan rakyat jelata tetapi mempertahankan imej buruk pemimpin Pakatam Ahzab yang lebih kaya daripada Soros.

Hanya dalam Pakatam Ahzab sahaja datuk, nenek, mak, bapak, anak, menantu menjadi ahli Parlimen dan memegang jawatan dalam hirarki tertinggi parti-parti bangsat dalam Pakatam Ahzab. Kerana itulah mereka mahukan anak-anak mereka yang belum mencapai umur 18 tahun tidak di tulis status keturunan bangsa, agama dan kewarganegaraan.

Pakatam Ahzab mahu hapuskan semua kaitan agama, bangsa dan sejarah tanahair dengan keturunan Melayu dan Raja-raja Melayu. Gagasan kebebasan Agama saranan Pakatam ahzab mencabar kedaulatan dan leuhuran Perlembagaan. Berapa lama lagi harus kita bersabar dan mendiamkan diri kepada karenah kebudakan pakatam ahzab ini dari hari ke hari?

Pakatam ahzab sudah menjadi musuh dalam selimut kepada semua rakyat Malaysia dan membuka pintu-pintu serangan serta campurtangan asing ke dalam senario politik Malaysia. Pencelaan dan penghinaan yang dilakukan oleh Pakatam Ahzab secara berterusan sebagai serangan terhadap agama Islam dan orang Melayu tidak boleh dibiarkan terlalu lama. Empat tahun bersamaan dengan 48 bulan sudah cukup terlalu lama pencelaan dan penghinaan tersebut dibiarkan sahaja.

Takkanlah apasaja yang pakatam ahzab lakukan semuanya betul dan segala kebaikan yang dilakukan oleh pemimpin BN semuanya salah. Mustahil pada hukum akal!

Pakatan ahzab sudah berpolitik sampai ke tahap sasau.






Rabu, 7 November 2012

KLIP VIDEO SAKA NURUL IZZAH YANG BERCAKAP (VERSI PENUH)


KEJADIAN BENAR SEORANG SYIEKH SYIAH MATI DI TIMPA KIPA KETIKA CERAMAH KUTUK MENGUTUK.


Fahaman Syiah bukanlah dari ajaran daripada Al Qur'an danbaginda Rasullullah s.a.w. . Syiah seperti yang diamalkan oleh majoriti penganut PAS mengajar bahawa darah ahlus-sunnah wal jamaah adalah halal buat mereka. PAS masih terkenal dengan dua fatwa menghalalkan darah orang UMNO atas alasan paling dangkal yakni kerana UMNO sebuah wadah berteraskan keturunan khusus Melayu yang beragama Islam.  

Tidak pernah keturunan ini Melayu terputus dari hidayah ISLAM sejak dari syariat Nabi Ibrahim a.s. sehinggalah ke syariat Khatamun anbiyaa saidina mustafa Muhammad bin Abdullah rasullullah s.a.w. Diperkuatkan oleh UMNO dalam Perlembagaan Malaysia bahawa takrifan Melayu itu mestilah seorang menganut agama Islam.

Dipeliharakan oleh Allah Ta'ala keturunan Melayu ini tetap dalam hidayah ISLAM. Mana-mana yang telah keluar dari ISLAM maka terputuslah nasab keturunan Melayunya, Budaya Melayunya dan dari agama Islam. Ambil sahaja iktibar dari kisah Nabi Nuh a.s. dan janji Allah Ta'ala dengan Nabi Ibrahim a.s.

Keluarganya sahaja masih keturunan bangsa Melayu tetapi orang itu bukan lagi keturunan bangsa Melayu.

Tidak lagi diperkirakan ia dari keturunan bangsa Melayu dari sudut perundangan negara. Anaknya nanti bukan keturunan bangsa Melayu sehinggalah anak itu kembali memeluk agama Islam barulah bersambung semula nasab keturunan Melayu anak itu mengikut perundangan negara.

Selasa, 6 November 2012

PAS MEMBISU TANDA SETUJU AMALAN MURTAD & LGBTX.

Photo: Sifat munafik PAS terserlah pada pemimpin² atasannya... Bayangkan pencacai² mereka pula bagaimana?
HIPOKRASI DAN SIFAT BERDIAM DIRI PARA PEMIMPIN PAS DI ATAS SUDAH AMAT TERKENAL DI MERATA NEGARA. MALANGNYA AHLI , PENYOKONG DAN SIMPATISAN PAS SANGGUP MENDIAMKAN DIRI MEREKA MENEGUR KESALAHAN PEMIMPIN PAS. HANYA NASHARUDDIN MAT ISA DAN BEBERAPA PEMIMPIN PAS DALAM GRUP KEPIMPINAN ULAMA SAHAJA YG BERANI MENEGUR
HIPOKRASI POK NIK SEMAKIN JELAS DAN TERANG. 

Sekali lagi setelah berulangkali PAS mendiamkan diri tanpa memberikan teguran kepada kenyataan bersifat anti Islam dan menyesatkan akidah oleh mana-mana pemimpin PKR dan DAP. Kita masih belum mendengar mana-mana anggota Dewan Ulama PAS, Presiden PAS, Timbalan Presiden PAS dan Mursyidul Am PAS memberikan teguran bernas kepada YB Nurul Izzah di atas kenyataan kontroversinya. 

Inilah sikap PAS yang terjerat dalam Tahaluf Siyasi nya sendiri. Waima kecaman begitu hebat kepada YB Nurul Izzah anak kepada YB Anwar Aib Abraham, PAS terus mendiamkan diri mereka. Menurut kenyataan twitter terbaru YB Nurul Izzah , beliau akan menyaman media yang melaporkan kenyataan beliau tersebut. 

Ada dua perkara yang di sebut oleh YB Nurul Izzah. Pertama mengenai Kebebasan Agama yang perlu diperluaskan kepada orang Melayu Islam. Apakah maksudnya ini ? Kedua, berkenaan Hak Privasi melakukan amalan LGBTX, apakah maksudnya ini? Kemudian beliau berkata tidak sokong murtad, apakah putar belitnya pada kali ini? Kemudian beliau hendak menyaman, apakah tujuannya berbuat begitu?

Memang takde syak dan ragu berkenaan apa yg telah diucapkan oleh Nurul Izzah. Nak kata diputar belit oleh media ianya adalah mustahil. Nurul Izzah sendiri yang putar belit kenyataannya. Sekejap A..sekejap B ..lepas itu plak C. bila media lapor, Nurul izzah nak saman. Jadi hapekebendanyer nie? Kecualilah jika Nurul izzah ada bela hanturaya kemudian belaan sakanya itu yang berkata-kata.


LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...