Isnin, 29 Oktober 2012

JOM TENGOK SATU LAGI TRAK PERANG DAP !





Di petik dari blog Lim Kit Siang:-
DAP has launched its very own war truck ahead of what pundits expect to be the most competitive general election ever, with fierce campaigning everywhere.
The red trailer launched in Seremban yesterday by party secretary-general Lim Guan Eng is wrapped with a giant image of DAP’s hornbill mascot Ubah, with the words ‘Ubah! Bersihkan Malaysia’.
“Basically, the truck will be a mobile ceramah stage that is equipped with a big back drop and some lighting,” Negeri Sembilan DAP chairperson Anthony Loke said when contacted.
Loke who is also DAP Youth chief, said the truck, dubbed “Dream Machine” is also aimed at grabbing attention whenever it hits the roads, particularly during the election campaigning period.
DAP dah beli truk perang untuk berkempen pada PRU 13.

PKR pun dah bas mewah dan treler perang untuk PRU 13.

Maka akan berulanglah kembali insiden sebelum tragedi 13 Mei 1969.

Patutlah Pakatam Ahzab cukup marah dengan kamera AES sebab takut kena saman dan diketahui segala pergerakan bas mewah, treler perang dan truk perang mereka.

Isu AES bukan mengenai kontrak AES atau kebajikan rakyat tapi sebenarnya Pakatam Ahzab taknak pergerakan mereka diketahui. 

Sebagai rakyat Malaysia yang cintakan keamanan dan kedamaian, moleklah jangan kita hampiri pun jentera-jentera perang Pakatam Ahzab ini, Namanya pun dah TRUK PERANG, memang DAP dah pasang niat awal-awal nak BERPERANG!

Akan berlakulah pelbagai provokasi dan cerita-cerita menarik simpati nanti.
Truk di pancitkan.
Truk dipecahkan
Truk dicacat cela kan
Truk di baling CAT MERAH!

BINASALAH PAKATAM SELURUHNYA!

Sabtu, 27 Oktober 2012

MALUNYA PAKATAM AHZAB BILA RAKYAT DESAK KAIN RENTANG PROVOKASI MEREKA DI TURUNKAN SEGERA!

Kain Rentang Propaganda Provokasi Pakatam Ahzab Yang Di Gesa Rakyat Setempat Agara Diturunkan Segera ! Membuktikan bahawa Sokongan kepada Pakatam Ahzab Hanya Tinggal Kenangan Semalam dan Rakyat Sudah Ucap SELAMAT TINGGAL KEPADA PAKATAM AHZAB KERANA POLITIK EKSTRIMIS YANG DIAMALKAN OLEH PAKATAM AHZAB.

Kejadian ini benar-benar berlaku dan terjadi di Selangor dalam kawasan Parlimen Kuala Langat DUN Sijangkang. DUN tersebut dikuasai oleh Pakatam Ahzab. Pada PRU 12 lepas kawasan itu menjadi kawasan panas. Malah di situ jugalah bermulanya penentangan rakyat setempat yang dulunya melakukan undi protes mula dizalimi oleh rejim Pakatam Ahzab. 

Seorang pemimpin setempat telah lama memendam rasanya kerana seringkali melihat perpecahan anak-anak buahnya akibat politik ekstrim pakatam ahzab. Beliau pun turut di fitnah dan di caci maki oleh penyokong-penyokong tegar Pakatam Ahzab walaupun beliau seorang pengundi atas pagar. Kesabaran ada batasan.

Akhirnya kesabaran beliau begitu tercabar apabila berlaku perang kain rentang yang dicetuskan oleh pakatam ahzab mengutuk dan memaki serta memprovokasi pihak BN melalui kain rentang di atas. Satu laporan polis telah di buat oleh beliau agar pihak berkuasa mengambil tindakan menyuruh pihak berkenaan (Pakatam Ahzab)  menurunkan segera kain rentang tersebut.

Malam semalam semasa umat Islam di Kuala Langat mnyibukkan diri memakmurkan masjid dengan bertakbir, puak pakatam Ahzab sibuk ceramah agama baru mereka. Doloh Sani dan beberapa pemimpin DAP setempat. Tapi tak dapat sambutan yang hadir hanya ahli berdaftar mereka sahaja yang ntah beberap kerat. 




Terdahulu cerama pas turut tidak mendapat sambutan di Teluk Panglima Garang termasuklah ceramah agama Baru Pakatam Ahzab oleh Dewataraya Utama mereka Anwar Aib Braheem di pantai Morib minggu lepas. 

Kini Pakatam ahzab tidak mampu lagi nak mendabik dada kononnya rakyat suka mereka.

Sekarang Pakatam Ahzab mendabik dada seperti tabiat gorila yang menepuk dada sebagai hiburan kepada pengunjung zoo.

BINASALAH PAKATAM SELURUHNYA !

DOLOH SANI-MADU DUA AHLI PARLIMEN PKR BIADAP KUTOK CLA & HINA TUN DR MAHATHIR @ NajibRazak



BIADAP DAN KURANG AJAR !

DI ATAS PENTAS CERAMAH DAP, DOLOH SANI-MADU DUA YANG MENGHALAU ISTERI PERTAMANYA KELUAR RUMAH DALAM BULAN RAMADAN LEPAS, MENGUTUK, MENCELA, MENCACI DAN MENGUMPAT TUN DR MAHATHIR NEGARAWAN ULUNG NEGARA !

APA JASA DOLOH SANI NI BERBANDING TDM?

APA PENGORBANAN DOLOH SANI KEPADA NEGARA BERBANDING TDM?

APA SUMBANGAN BESAR DOLOH SANI KEPADA AGAMA BERBANDING TDM?

DOLOH SANI DAH LUPA KE DR CHAN MAN HENG LAGI TUA 

KARPAL SINGH PUN DAH O.K.U 

POK NIK PUN DAH TUA GANYUT 

ANWAR AIB BRAHEEM PUN DAH NAK MASUK KUBUR


DAN BELIAU MELAKUKANNYA DI HADAPAN PULUHAN RIBU KERUSI-KERUSI PLASTIK KOSONG !





Jumaat, 26 Oktober 2012

PERUTUSAN AIDIL ADHA 1433 H YANG AMAT BERHORMAT PERDANA MENTERI

Perutusan Y.A.B Perdana Menteri Malaysia Sempena Sambutan Hari Raya Aidiladha 1433 Hijrah

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

Salam Sejahtera dan Salam 1 Malaysia,Saudara dan saudari sekalian,الله اكبر الله اكبر الله اكبر ولله الحمد1.     Marilah kita memanjat kesyukuran ke hadrat Allah SWT kerana di atas taufik dan inayahNya dapat kita meraikan Hari Raya AidilAdha pada tahun ini dalam keadaan makmur, sejahtera dan penuh keberkatan.

2.     Hari Raya AidilAdha juga dikenali sebagai Hari Raya Haji kerana diperintahkan juga di dalam bulan mulia tersebut bagi umat Islam yang berkemampuan untuk menunaikan ibadat Haji ke Baitullah. Ibadah haji yang dilaksanakan pada setiap tahun ini membawa bersamanya seribu satu pengajaran dan pendidikan dalam kehidupan sejagat.

3.     Menelusuri sirah ibadah haji yang berlaku lebih 1400 tahun yang lalu, telah terpatrinya satu perjanjian yang dikenali Perjanjian Hudaibiyah antara Nabi Muhammad SAW dengan puak Kafir Quraisy di Kota Mekah. Hasil daripada perjanjian tersebut, umat Islam dapat mengerjakan haji pada tahun yang berikutnya. Iktibarnya, kita telah mengambil pendekatan yang sama dengan berperanan menjayakan pelan damai antara pihak Barisan Pembebasan Islam Moro (MILF) dan Kerajaan Filipina baru-baru ini.

4.     Pengorbanan Kerajaan Malaysia yang sanggup bertindak sebagai mediator bagi mengakhiri konflik berdarah lebih 40 tahun antara Manila dan Bangsamoro ini pastinya adalah satu pengorbanan yang amat membanggakan. Komitmen jitu kita dalam membantu menyelesaikan pelbagai konflik yang berlaku di sesebuah Negara menyebabkan kita diiktiraf oleh dunia sebagai sebuah negara Islam yang progresif dan dinamik. Ini terbukti dengan pengiktirafan ulama yang terkemuka dunia iaitu Sheikh Yusuf Al-Qardhawi yang telah melahirkan ucapan terima kasih dan penghargaan terhadap usaha Malaysia yang konsisten menyokong dan membantu perjuangan rakyat Palestin selama ini.

5.     Sesungguhnya konsep pengorbanan yang dituntut oleh Islam di mana kita sentiasa sanggup berkorban masa dan wang ringgit, berkorban jiwa raga, tenaga fikiran,perasaan, mengorbankan kepentingan diri bagi memperolehi keredhaan Allah SWT. Sebagaimana firman Allah SWT di dalam surah Al-Ankabut ayat 69 yang bermaksud :“Dan orang-orang yang berjihad untuk (mencari keredhaan) Kami, nescaya Kami tunjukkan kepada mereka jalan Kami. Dan sesungguhnya Allah benar-benar bersama mereka yang berbuat baik.”

6.     Marilah kita berdoa kepada Allah SWT agar Jemaah Haji kita di Kota Suci Mekah dapat menjalankan ibadah mereka dengan sempurna dan dikurniakan haji yang mabrur serta kembali ke Tanah Air dengan selamat.

7.     Saya dan seisi keluarga merakamkan ucapan Selamat Hari Raya AidilAdha kepada semua umat Islam Malaysia dan di mana jua mereka berada. Semoga AidilAdha tahun ini lebih baik daripada tahun sebelumnya dan AidilAdha yang akan datang akan menjadi lebih baik daripada tahun ini. Insya Allah

TAKBIR MULA BERGEMA



Bermula dari hari ini sehingga tiga hari bergemalah takbir Hari Raya Aidil Adha

Seluruh umat Islam melakukan ibadah sembelihan qurban.

Kisah pengorbanan Nabi Ibrahim a.s. dan nabi Ismail a.s.

Dalam bulan haji.

Pengorbanan adalah penting di dalam agama Islam.

Tanpa pengorbanan tiada kemanisan.

Lakukan pengorbanan kerana pada hari ini kita melihat bagaimana Pakatam Ahzab cuba menyebarkan Agama Baru mereka di kalangan rakyat Malaysia.

Binasalah Pakatam Ahzab.


LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...