Rabu, 17 Oktober 2012

KALAU DAP TAK JAGA HATI PAS, KELUARLAH PAKATAM.


Isunya MBAS kenakan syarat ke atas papan iklan agar model wanita beragama Islam menutup aurat dan menggunakan ayat-ayat yang tidak menyalahi ajaran Islam. DAP Kedah menentang keras sesuai dengan sifat mereka sebagai sebuah parti politik yang anti Islam.

Setiausaha Dewan Ulama PAS Kedah dah bersuara:-
Dewan Ulama Pas Kedah membidas sikap DAP yang selalu tidak tahu menjaga sensitiviti umat Islam khususnya hati’ ahli-ahli Pas apabila menentang undang-undang berunsurkan Islam dilaksanakan di negeri ini. 
Setiausaha dewan itu, Syeikh Zainol Asri Ramli berkata, DAP tidak sepatutnya bertindak demikian kerana terdapat perkara yang Pas boleh berpakat dengan DAP dan ada juga perkara yang tidak boleh, dalam pakatan pembangkang. 
"Pada saya, kita (Pas) nak jaga sangat DAP tetapi DAP tidak jaga hati kami. Sebenarnya kerjasama dalam pakatan (pembangkang) bersifat longgar dan fleksibel kerana ada benda yang boleh dan ada benda yang tidak boleh kita berpakat,” katanya.
Pengerusi DAP Kedah pun dah beri alasan:-
"Saya rasa tidak timbul soal Pas juga menganggap yang DAP anti-Islam kerana kami sendiri menghormati agama Islam mempunyai nilai suci dan sejagat dan kami tidak pernah menentang nilai-nilai ini," katanya kepada Sinar Harian
Cuma Pengerusi DAP Kedah tak sebutlah nak tarik balik bantahan. Katalain Pengerusi DAP Kedah kata "Its ok to bantah dan that bantah PAS takkan kata DAP anti Islam"

Apa yang ahli dan penyokong PAS boleh lakukan ialah mengundi BN dalam PRU 13 nanti sebagai pengajaran kepada kesombongan dan keangkuhan DAP Kedah dan DAP Pusat.

Kalau BN menang pun PAS tak rugi apa-apa. Anak Dara rebutan lah katakan.

Selasa, 16 Oktober 2012

KLIP VIDEO PROVOKASI BIADAP DAP DI PWTC.



Dua Helai Kain Yang Di Tulis Dengan Kata-kata berunsur Fitnah Mehnah dan Hasutan Kebencian Kepada UMNO Di pakai oleh wanita di bawah ini. 

Inilah wajah Wanita Provokator DAP Yang Berlaku Biadap di PWTC.

Pada 10hb Oktober lalu, DAP telah menghantar seorang provokator wanita ke PWTC untuk berlaku biadap. Mungkin percubaan awal pada PAU akan datang ini di bulan depan. Mujurlah beberapa orang otai lama menyedari kehadiran wanita provokator itu. Zaharin Mohd Yassin , Roslan Mokhtar dan YDP PERKASA WP telah bertindak mengiringi wanita provokator itu keluar dari PWTC.

Ini bukanlah kali pertama DAP berlaku biadap kepada UMNO dan BN. Pantang ada peluang, DAP akan melakukan pelbagai provokator untuk mencetuskan kembali insiden 13hb Mei 1969. Hanya dengan cara itu sajalah DAP mampu berkuasa di Malaysia dan membenarkan campurtangan asing ke dalam negara. 

DAP lah Bapak segala sentimen rasisma dan anti Islam di Malaysia ini. Kita saksikan klip video nie.



PENJELASAN MUHYIDDIN MENGENAI BANTUAN KEPADA S.A.R

Photo: Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata parti pembangkang khususnya PAS perlu mengenepikan fahaman politik dalam usaha memartabatkan sekolah agama rakyat (SAR) serta menjaga kebajikan pelajarnya.
   
Muhyiddin, yang juga Menteri Pelajaran, berkata usaha menjaga kebajikan SAR secara lestari dalam tempoh jangka panjang akan lebih mudah dilaksanakan jika PAS boleh membantu SAR berdaftar dengan kementerian.
   
"Daftar dengan Kementerian Pelajaran. Saya dah buka tawaran ini sejak dulu, lebih mudah untuk kita bantu bukan saja infrastruktur, kualiti guru, kurikulum yang diajar dan lain-lain bentuk bantuan. Kalau itu boleh dipersetujui untuk kebaikan pembelajaran dan pengajaran...maka daftarlah. Kita boleh bantu secara terancang.
   
"Saya kemuka cadangan itu supaya diterima oleh mereka tapi malangnya sebahagian besar anggap tak boleh, tak mahu bersama dengan kementerian kerana dia anggap kementerian ini BN punya. Ini bukan soal politik...kalau boleh buat, boleh kurang masalah," katanya ketika menggulung perbahasan Rang Undang-Undang Perbekalan 2013 peringkat dasar bagi Kementerian Pelajaran di Dewan Rakyat di sini, hari ini.
   
Katanya RM10.5 juta peruntukan perkapita disediakan bagi SAR yang menjalankan Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (KAFA) pada tahun ini.
    
Pada tahun lepas, RM95 juta disalurkan secara dibayar sekali sebagai bantuan ihsan kepada 247 SAR di seluruh negara.

Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata parti pembangkang khususnya PAS perlu mengenepikan fahaman politik dalam usaha memartabatkan sekolah agama rakyat (SAR) serta menjaga kebajikan pelajarnya.

Muhyiddin, yang juga Menteri Pelajaran, berkata usaha menjaga kebajikan SAR secara lestari dalam tempoh jangka panjang akan lebih mudah dilaksanakan jika PAS boleh membantu SAR berdaftar dengan kementerian.

"Daftar dengan Kementerian Pelajaran. Saya dah buka tawaran ini sejak dulu, lebih mudah untuk kita bantu bukan saja infrastruktur, kualiti guru, kurikulum yang diajar dan lain-lain bentuk bantuan. Kalau itu boleh dipersetujui untuk kebaikan pembelajaran dan pengajaran...maka daftarlah. Kita boleh bantu secara terancang.

"Saya kemuka cadangan itu supaya diterima oleh mereka tapi malangnya sebahagian besar anggap tak boleh, tak mahu bersama dengan kementerian kerana dia anggap kementerian ini BN punya. Ini bukan soal politik...kalau boleh buat, boleh kurang masalah," katanya ketika menggulung perbahasan Rang Undang-Undang Perbekalan 2013 peringkat dasar bagi Kementerian Pelajaran di Dewan Rakyat di sini, hari ini.

Katanya RM10.5 juta peruntukan perkapita disediakan bagi SAR yang menjalankan Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (KAFA) pada tahun ini.

Pada tahun lepas, RM95 juta disalurkan secara dibayar sekali sebagai bantuan ihsan kepada 247 SAR di seluruh negara.

di petik drpd posting rakan fesbuk Akutau Apakobuat.

Isnin, 15 Oktober 2012

STATISTIK GEMPAQ DARIPADA DR MIM. WAJIB BACA, HAFAL & TAHU.


Pensyarah Sains Politik dan Kajian Politik Malaysia dari Universiti Teknologi MARA Malaysia (UiTM), Prof Madya Dr Shaharuddin Badaruddin sebelum ini telah mebuat kajian mengenai kaedah orang muda mendapatkan informasi berkenaan politik tanah air. 
Di bawah adalah keputusannya :

(a) 60 peratus orang muda memperolehi maklumat daripada media alternatif.

(b) 25 peratus daripada media arus perdana seperti televisyen.

(c) 15 peratus yang menggunakan akhbar untuk mendapatkan maklumat berkenaan politik.

Kita juga perlu tahu bahawa jumlah pengundi muda dan kelas pertengahan meliputi 30 peratus daripada daftar pengundi.Dan golongan ini merupakan penentu kepada kemenangan sesebuah parti politik yang bertanding dalam PRU13 nanti.

Baca seterusnya di sini DR NOVANDRI

Dan Saifuddin Abdullah dikritik kerana menyedarkan semua mengenai peri pentingnya 30% kumpulan penentu :- 
"Menurut kajian-kajian, mereka 30 peratus daripada pengundi; menilai dari segi artikulasi idea dan dasar; tak minat serangan-serangan politik yang keterlaluan."
 Sesuatu yang perlu di baca, difahami dan dihafali.

JANGAN SALAH MENGERTI MAKSUD SAIFUDDIN ABDULLAH @ saifuddinabd

Dua Tokoh Melayu Yang Penuh Kontraversi Tapi Keduanya Memang Hebat.

Saifuddin Abdullah cuma memperingatkan agar jentera BN lebih menumpukan usaha untuk menjual produk BN. Banyak produk BN yang mampu melonjakkan dan meraih undi rakyat. Kita tidak perlu melatah dengan kenyataan jujur Saifuddin Abdullah kerana ternyata usaha-usaha beliau selama ini berjaya membuka minda mahasiswa/i untuk memilih kematangan ilmu dan kebijaksanaan dalam berpolitik. Menongkah arus memerlukan satu keberanian yang luarbiasa dan Saifuddin Abdullah sentiasa melepasi ujian-ujian getir.

Kita tidak perlu takut dan gentar dengan saranan Saifuddin Abdullah yang terbukti berjaya menawan hati-hati para mahasiswa/ i sehinggakan populariti Azhar Idrus tenggelam. Mengamalkan budaya politik secara ilmiah dan mempraktiskannya dalam bentuk artikulasi idea lebih mencabar daripada mengamalkan Budaya Politik Berpolemik seperti melakukan Pembunuhan Karekter yang mengundang lebih banyak polemik dan persengketaan sesama sendiri yang tiada titik noktah.  

KITA HENDAK MEMBUDAYAKAN POLITIK DENGAN ILMIAH MELALUI ARTIKULASI IDEA. TUUANNYA IALAH UNTUK MEMATANGKAN FIKIRAN. HANYA DENGAN KEMATANGAN MINDA SAHAJA MAMPU MELAHIRKAN MODAL INSAN BERNILAI TINGGI DAN MEMBENTUK MASYARAKAT BERTAMADDUN. KALAU ASIK BERGADOH DAN HENDAK MENCEKIK LEHER MASING-MASING KITA CUMA KE LUBANG KUBUR SAHAJA.

Sejak pentadbiran DS Najib memperkenalkan pakej Transformasi Kerajaan (GTP) melalui perlaksanaan Bidang Keberhasilan Negara, kita kini lebih fokus berbanding sebelumnya. NKRA banyak membantu kerajaan BN mendengar kehendak rakyat berbanding sebelumnya. Terhasilnya Model Ekonomi Baru (MEB) yang mengimbangi di antara polisi Meritokrasi dengan polisi Afrmatif berjaya memacukan daya saing ekonomi negara dengan kerjasama dan penglibatan semua pihak. 

Kita maklum bahawa bahasa ilmiah bukan mudah untuk dicernakan dan difahami kerana Bahasa itu memerlukan daya pemikiran yang amat kreatif dan inovatif melampaui sebarang amalan kebiasaan. Hanya orang berilmu sahaja yang mampu mengawal emosi dan membuat keputusan bijak dalam masa-masa tertekan.

Untuk maju ke hadapan dan mencapai kegemilangan serta mengekalkanya dan memperbaikinya lagi dalam masa-masa mendatang ini kita perlulah berani meninggalkan Budaya Polemik Politik dan mencorakkan kembali Budaya Politik dengan kaedah ilmiah melalui artikulasi idea.

daripada kita tumpukan usaha untuk mencekik leher memasing sehingga ke lubang kubur lebih baik kita menumpukan usaha berganding bahu membina sebuah mahligai yang indah.


LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...