Rabu, 29 Ogos 2012

JOM #Merdeka55 TWEET MERDEKA @TwtUpMerdeka@NajibRazak


Apa Itu Tweet Merdeka?

Tweet Merdeka adalah satu program anjuran JASA di bawah Kementerian Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan sempena dengan Sambutan Hari Merdeka Ke-55 yang bakal dianjurkan pada 31 Ogos 2012 di Stadium Nasional Bukit Jalil.

Apakah Matlamat Tweet Merdeka?

Tweet Merdeka bertujuan untuk memecahkan rekod dunia dan menempa rekod baru di dalam Malaysia Book of Records berdasarkan kepada 2 kategori yang berikut:

A. Perhimpunan Pengguna Twitter Terbesar di Dunia

B. Jumlah Tweet Terbanyak dalam Tempoh 1 Jam Dengan Menggunakan Hashtag

Apakah Sasaran Tweet Merdeka Untuk Memecahkan Rekod Tersebut?

Untuk melayakkan Tweet Merdeka untuk menempa rekod baru di Malaysia Book of Records, Tweet Merdeka perlu mendapatkan sekurang-kurangnya:

A. 10,000 pengguna Twitter

B. 20,000 tweets dalam masa 1 jam menggunakan hashtag #Merdeka55

Siapa Boleh Sertai?

Sesiapa sahaja yang mempunyai akaun Twitter. Sekiranya anda belum lagi mempunyai akaun Twitter, masih sempat lagi untuk anda mendaftar di Twitter.com

Bagaimana Untuk Sertai?

Untuk kategori A:

1. Daftarkan diri anda di www.twtupmerdeka.blogspot.com

2. Hadir pada hari kejadian dan sahkan pendaftaran anda di kaunter pendaftaran. (Seperti rajah A)

RAJAH A

3. Pastikan anda menerima tag peserta beserta nombor siri, t-shirt Tweet Merdeka (selagi stok masih ada), topi Tweet Merdeka (selagi stok masih ada) dan lain-lain yang ada di dalam beg goodies.

4. Masuk ke dalam Stadium dan duduk di kawasan yang telah ditetapkan untuk program Tweet Merdeka. (Seperti rajah A)

5. Pengiraan peserta akan dibuat berdasarkan pengesahan yang dibuat di kaunter pendaftaran sehingga jam 8.00 malam.

6. Peserta akan turut serta menulis tweet untuk kategori B.

Nota tambahan: Peserta dinasihatkan hadir sebelum jam 6.00 ptg bagi mengelakkan kesesakan di pendaftaran.

Untuk kategori B:

1. Pada hari kejadian, tepat jam 8.15 malam, kesemua pengguna Twitter tidak kira di stadium ataupun di mana sahaja akan memulakan Tweet Merdeka dengan menulis tweet.

2. Perkara yang perlu ada di dalam tweet anda untuk melayakkan kiraan untuk kategori B adalah #Merdeka55 dan @NajibRazak. cth:

"Bersama kita jayakan #Merdeka55 bersama @NajibRazak"

3. Tweet Merdeka akan berlangsung selama 1 jam sehingga jam 9.15 malam.

4. Pengumuman akan dibuat setelah 1 jam.

Apakah Tarikan Lain Yang Ada Semasa Program Tweet Merdeka?

1. Selebriti tempatan seperti Fizo Omar, Lisa Surihani, Elfira Loy, Mia Sara Nasuha, Remy Ishak, Iqram Dinzly, Kamal Adli, Intan Ladyana, Adi Putra, Scha Al Yahya, Awal Ashaari, Kenchana Devi, Yana Samsudin, Amber Chia, Shaheizy Sam, Johan Asari dan ramai lagi akan turut serta bersama peserta di Stadium dan juga menulis tweet pada hari kejadian.

2. ****Cabutan bertuah yang sangat lumayan seperti Iphone 4s, New Ipad, Macbook, Blackberry Curve, dan banyak lagi termasuk sebuah kereta Proton Preve. Belum dapat dipastikan lagi!!!****

3. Sijil Pencapaian sebagai Penempa Rekod Dunia bagi kategori A.

4. Pada masa yang sama, terdapat juga sambutan hari raya peringkat kebangsaan yang diadakan di perkarangan stadium itu sendiri!

5. PM DS Najib Razak akan memilih 3 tweet bertuah pada hari tersebut untuk diberikan hadiah istimewa. (Mungkin makan malam bersama PM)

Bagaimana Untuk Mendapatkan Maklumat Terkini?

Pastikan anda follow @TwtUpMerdeka di Twitter dan Like FanPage 55 Merdeka, Janji Ditepati di Facebook.

Sekiranya anda mempunyai sebarang kemusykilan, bolehlah e-mail kepada twtupmerdeka@gmail.com ataupun terus bertanyakan di twitter ataupun Facebook seperti link di atas.


Read more: 

HUBAYA HUBAYA LAJIM NAK LOMPAT BALIK MASUK BN,

"Bagaimana aku mau beli mereka jika wang yang Anwar janji tidak masuk?. 
Hanya air liur sapa mau masuk?"
"Aku bukan tentang DS Najib, kalau CM tukar, ini jam aku lompat balik sama BN, 
enda da hal bah"

Berita yang baru diterima dari Sabah memaklumkan, kegagalan Lajim membawa masuk YB-YB UMNO dan BN ke dalam Sabah Front dan seterusnya menyokong Anwar telah membuatkan Anwar kembali melenting dan membuli Lajim.

Lajim gagal menarik YB Datuk Ghapur dan 4 ADUN UMNO, Lajim juga gagal menarik YB Bung, malah kegagalan Lajim menarik Datuk Osu Sukam, Datuk Hajiji, Datuk Karim Bujang, Datuk Datu Amir Kahar menyertai Anwar pada 12 Ogos yang lalu menunjukkan kelemahan Lajim yang membuatkan Anwar melenting.

Mantan SU Lajim memberitahu kita bahawa Lajim telah diperdaya dan terpedaya, janji-janji Anwar untuk membawa masuk jutaan Ringgit ke dalam saku Lajim sebenarnya hanya janji. Kata Lajim, "bagaimana aku mau beli mereka jika wang yang Anwar janji tidak masuk?. Hanya air liur sapa mau masuk?"

Akibat dari itu, Lajim telah menyampaikan kepada seorang wakil rakyat UMNO untuk kembali semula kepada BN, malangnya dengan syarat Ketua Menteri ditukar. "Aku bukan tentang DS Najib, kalau CM tukar, ini jam aku lompat balik sama BN, enda da hal bah".

Bagaimana pandangan anda?

* Laporan dari wakil mymassa  di Kota Kinabalu.

JSE: Rupa-rupanya Anwar Ibrahim tawar wang ringgit beratus juta yea untuk menarik keluar YB-YB UMNO Sabah. Selama ini cacai pakatam jahanam menuduh UMNO membayar wang tapi sebenarnya PKR lah yang mengamalkan Rasuah Politik Wang.

Bermakna Pakatam bukanlah Malaikat sebalik Setan.


SETAN APA DAN MALAIKAT APA ?


KALAU NAK BERCERITA TENTANG ISU KEBURUKAN PERIBADI DAN FAMILI PEMIMPIN PAKATAM JAHANAM, IANYA MEMERLUKAN PALING TIDAK SERAMAI 4,000 BLOGER UNTUK MENCERITAKANNYA SELAMA 100 TAHUN. PEMIMPIN PAKATAM JAHANAM SENTIASA MENAMPILKAN WATAK 'MALAIKAT' DI DEPAN RAKYAT DAN MENYEMBUNYIKAN SIFAT 'SETAN' SEBENAR MEREKA. 

Tidak hairanlah para pemimpin Pakatam Jahanam dan pencacai mereka menggelepur bilamana Tun Dr Mahathir mengeluarkan kenyataan berbentuk bidalan Inggeris " It is Better To work With the Devil You Know Than The Angel You Do Not Know" . Ini adalah kata bidalan dan membawa maksud tersirat. Barangsiapa yang memahamkannya dalam bentuk harfiah itu petanda orang tersebut hanya berniat hendak putar-belit alam luas ini. 

Apakan tidak, bila idiom/ kata bidalam bahasa Ingeris tersebut di putar belitkan oleh puak pakatam. Nampak sungguhlah mereka tidak berpelajaran tinggi tapi bercita-cita tinggi nak takluk Putrajaya.

Dalam keghairahan pepuak pakatam memutarbelitkan idiom tiba-tiba muncul berita memeranjatkan semua. Melibatkan pemimpin Melayu di dakwa berlaku sumbang mahram terhadap anak perempuannya. Entahlah Melayu ini. Semakin tinggi kedudukan mereka dalam politik semakin kurang pula akhlak mereka.

Di puak pakatam pula menafikan yang terbabit adalah dari puak mereka. Mereka mendakwa pemimpin berkenaan adalah dari parti politik lain. Apa pun lah dakwaan masing-masing pihak, di sini kita melihat bagaimana orang Melayu berpolitik.

Kenapalah kita masih hendak mewarisi persengketaan politik peribadi para pemimpin ? Tak bolehkah kita mengubah haluan dan halatuju dari persengketaan kepada perdamaian sesama kita? Adakah kita hendak tunggu bila kuasa hilang di tangan barulah kita nak berdamai?

Selasa, 28 Ogos 2012

FAKTA YANG MEMPENGARUHI POLITK MALAYSIA.







Fakta-fakta di atas di petik dari laman sesawang Jabatan Statistik Negara bagi kompilasi data demografi penduduk 2010-2011.  Tifa faktor utama yang begitu mempengaruhi senario politik negara :-

1. Faktor Etnik
2. Faktor Agama
3. Faktor berapa ramai bercerai dan berapa ramai masih dalam ikatan perkahwinan. 

Ketiga-tiga faktor ini memainkan peranan yang begitu besar bagi menentukan kemenangan sesebuah parti politik. 

Realitinya ada satu lagi faktor yang turut memberikan impak dan mempengaruhi keputusan PRU. Tapi itu biarlah Hamba rahsiakan dulu. He.. he ..he. sendiri fikirlah apakah faktor itu. 

Akhirnya faktor kelima yang mempunyai pengaruh yang besar ke atas tiga faktor dan satu faktor rahsia di atas ialah di bawah ini:-


Beruntunglah dan bertuahlah bagi mereka yang nampak KEBENARAN ITU. 

AKHIRNYA CAI PAKATAM JAHANAM MENGAKUI .........


Sejak sekian lama kita dimomokkan dengand akyah jahat dan berniat curang daripada cai-cai Pakatam Jahanam yang berupah lumayan. Antara lain, cai-cai pakatam jahanam selalu mendakyahkan:-

1. Malaysia bukan sebuah negara Islam.
2. UMNO bukan sebuah perjuangan Islam.
3. Pemimpin UMNO bukan kepala Negara Islam. 

Tapi ALLAH MAHA BESAR. Dalam ketaksuban cai-cai pakatam jahanam mahu membuat pembunuhan karekter dan berbuat fitnah ke atas UMNO dan pemimpin UMNO seperti Tun Dr Mahathir, akhirnya mereka terpaksalah mengakui seperti berikut :-
UNTUK PENGETAHUAN CAI UMNO , KELEBIHAN PEMIMPIN NEGARA NEGARA ISLAM DIBERI KAN OLEH PEMERINTAH ARAB SAUDI UNTUK MEMASUKI KAABAH .. KALAU ANWAR JADI PM PUN DIA BOLEH MASUK JUGA , KALAU NIK AZIZ JADI PM PUN BOLEH JUGA .. JANJI KETUA KERAJAAN DI NEGARA ISLAM ... BUAT2 BAHLOL YE PUAK PUAK UMNO NI .. HEHEHEHE -

Nah siapakah yang paling bahlol sekarang? 

Bukankah itu bermakna cai pakatam jahanam mengakui bahawa Pok Nik tidak diiktrafkan sebagai Ketua Kerajaan Negeri Bagi Sebuah Negeri Islam? dan Anwar Ibrahim tidak diiktiraf sebagai Pemimpin Islam?

Bukankah cai Pakatam Jahanam sudah mengakuinya Di Bawah Sedar bahawa Pemimpin UMNO adalah Ketua Kerajaan Bagi Sebuah Negara Islam.

Kebenaran mempunyai cara tersendiri untuk di nampak oleh semua orang.

Anda nampak KEBENARAN ITU? 

BERTUAHLAH ANDA ! 


LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...