Rabu, 1 Ogos 2012

AHLI DAP CALUN PKR & AHLI PAS CALUN DAP. OK TAK ?

Jangan terkejut.  Inilah yang bakal berlaku nanti semasa penamaan calon PRU 13. Perkara ini pernah di uji semasa PRU 12 lalu. YB Zulkifli adalah contohnya. Beliau adalah ahli PAS dan bukan ahli PKR tetapi bertanding di atas tiket PKR. Cuma YB Zulkifli sahaja belum menerangkan dengan jelas apakah strategi PKR dan PAS pada masa itu. 

Sebelum ini didedahkan bagaimana DAP bakal bertanding hampir 90 buah kerusi bagi pihak Pakatam. Pengagihan kerusi mudah sahaja. Untuk mengelirukan dan mengaburi para totoks dan pentaksub di dalam semua parti di dalam Pakatam, PKR kekurangan calun-calun yang berkaliber dan berwibawa. Calun yang menang pada PRU 12 kira boleh pakai lah balik pada PRU 13. Tapi tidak semua. 

Bagi membolehkan DAP mendominasi Pakatam dan memerintah Malaysia secara tidak langsung strategi ahli DAP jadi calun PKR adalah terbaik. Pengundi tak tengok dah keahlian calon. Apa yang penting ialah lambang parti calon tersebut bertanding. 

Anwar Ibrahim tak peduli apa-apa dah asalkan beliau mampu menjadi Perdana Menteri Malaysia. Beliau yang mengamalkan Machiavelli  memperkirakan bahawa kekayaan menimbun mampu mengalahkan dan mengekang DAP. Bukan susah pun Anwar Ibrahim nak telan DAP. Kalau setakat Dr Chan Man Heng dan Kit Siang apalah sangat pun. 

PAS pada Anwar Ibrahim hanya setakat celah gigi sahaja. Pak lebai PAS semua mata duitan belaka. Hulur sahaja sedikit kekayaan diamlah semua lebai PAS. Mat Syabu pun boleh menjadi Timbalan Presiden PAS menggantikan Nasaruddin, apa ada hal pun? Mat Syabu adalah lemah dan bersendirian. Amat mudah diperkudakan dan diperalatkan oleh Anwar Ibrahim. 

Pakatam memang memfokuskan semua kekuatan pada satu titik kelemahan di dalam Barisan Nasional. Apa Anwar Ibrahim nak risaukan pun? Semua rahsia strategi dan helah UMNO dalam poket Anwar Ibrahim. Pengundi India pun takda masaalah buat Anwar Ibrahim. 

Anwar Ibrahim memang mengharapkan agar PRU 13 ni diadakan selepas Aidilfitri. Beliau telah menyusun strategem untuk menunjukkan kelemahan. Mengujudkan suasana seolah-olah PKR takde calun. PKR lemah.  Anwar Ibrahim memang kaki tumpang kekuatan. Pada masa ini kekuatan itu ada pada DAP. 

Bagi menghancurkan DAP adalah perkara enteng buat Anwar Ibrahim. Pemberontakan dalaman DAP bakal dicetuskan oleh Anwar Ibrahim melalui agen-agennya. Anwar Ibrahim terbukti mampu memecahbelahkan UMNO suatu masa dulu. Pengalaman itu akan digunakan oleh Anwar Ibrahim terhadap DAP dan PAS bila tiba masanya nanti. 

Jangan fikir Anwar Ibrahim hendak membenarkan dirinya diperkotak-katikkan oleh DAP dan PAS. Dr Chan Man Hing dan Kit Siang hanya mampu bersorak sahaja. Dulu Anwar Ibrahim membela Vincent Tan, Nallakaruppan dan ramai lagi bilionir Malaysia. Dr Chan Man Hing dan Kit Siang ada kekuatan apa? 

Anwar Ibrahim ni egonya besar dan kuat. Mana boleh dia jadi kuli dan kuda tunggangan. Korang nak kutuk dan cela beliau yang pernah berkata sanggup jadi kuda tunggangan DAP tak kan memberi kesan kepada Anwar Ibrahim pun. 

Dr Chan Man Heng dan Kit Siang menyedari hal ini, Tapi apa yang mereka berdua mampu lakukan pun? Semuanya lakunan sahaja. Pada akhirnya, semua sekta di dalam Pakatam akan tunduk patuh kepada kehendak Anwar Ibrahim. 

Sekarang ini terpulang kepada semua rakyat Malaysia samada mahu menerima Anwar Ibrahim seorang yang terkenal sifat pendendam, kuat menipu, tikam belakang kawan-kawan, manipulatif dan egoistik sebagai Perdana Menteri.

Anwar Ibrahim tidak akan berkongsi sesen pun kekayaan beliau yang kini berjumlah hampir USD 1 trillion dengan DAP dan PAS sebaliknya Anwar Ibrahim akan melakukan tipu helah supaya DAP dan PAS kehabisan wang dan sumber untuk PRU 13 nanti. Masa tu baru lah DAP dan PAS tahu tinggi ke rendah langit ini. 

DAP dan PAS nak ugut Anwar Ibrahim dengan pendedahan-pendedahan skandal seksual? Jangan buat lawaklah. Anwar Ibrahim mana makan saman pun. Anwar Ibrahim sudah kebal dan lali dengan semuanya itu. 

Jangan benarkan Anwar Ibrahim untuk menjadi Perdana Menteri tapi biarkan beliau menikam DAP dan PAS dari belakang. 

DAP MUSUH ISLAM & MELAYU 
PKR KAKI PENIPU
PAS JUAL HUDUD, ISLAM & MELAYU 

KLIP VIDEO : NAH AMIK KO GUAN ENG !



Memang hebat pemidato nie. Anak muda yang mahukan Gagasan Barisan Nasional Menerajui Masadepan generasi muda Malaysia. 

Antara poin yang menarik ialah:-

DAP PKR amalkan Budaya Politik Kronisma Kronik 
(Bapak, anak, ibu dan menantu pegang jawatan penting dalam parti)

Kebebasan Media Amalan PAKATAM adalah mengarot.

TEPUK DADA TANYA IMAN WA CAKAP SAMA LU
DAP MUSUH ISLAM & MELAYU 
PKR KAKI PENIPU
PAS JUAL HUDUD, ISLAM & MELAYU 




AKHIRNYA DAP TERIMA HUDUD ... DENGAN BOTOL ARAK.


Sudin Sahak

Replika botol arak terbesar dibuat di bandar george town.beranikah pas untuk menegur khalifah kesayangan mereka sheikhul lim guan eng atau sekadar tutup muka dan buat2 bodoh saja. yang tersangatlah bangsatnya promosi arak tu bersebelahan dengan promosi bulan syawal(lihat dalam gambar).Dap ternyata tidak menghormati bulan ramadhan, yang sedihnya pas turut bersekongkol dengan mereka.

Inilah yang PAS dok sebut-sebut tu DAP TERIMA HUDUD. 

Dahsyat sungguh kan cara DAP MENERIMA HUDUD dan ISLAM. 

Cayalah Kalipah Guan Eng. Lainkali terus je buat REPLIKA BABI MINUM ARAK KT DEPAN MARKAZ PAS DI PULAU PINANG BARU BERIMPAK BESAR.

TEPUK DADA TANYA IMAN WA CAKAP SAMA LU
DAP MUSUH ISLAM & MELAYU
PKR KAKI PENIPU
PAS JUAL HUDUD, ISLAM & MELAYU


Selasa, 31 Julai 2012

REGIM PAKATAM TAK SUKA KAKITANGAN AWAM DAPAT BONUS RAYA.



Terdesak dan tertekan sungguh para pemimpin pembangkang tika ini apabila melihat keprihatinan berterusan Kerajaan Pusat dalam membantu meringankan beban rakyat dan di masa yang sama tidak lupa menghargai jasa golongan penjawat awam.

Ramai pemimpin pembangkang melihat keprihatinan Kerajaan Pusat yang diterajui Barisan Nasional (BN) itu sebagai satu bala yang bakal menjahanamkan propaganda politik persepsi yang sedang mereka galak jalankan sekarang.

Riuh rendah dan kehangatan kem pembangkang yang bernaung di bawah Pakatan Rakyat (PR) dapat dilihat jelas dari komen ramai pemimpin mereka yang cuba meremehkan setiap usaha dan program bermanfaat yang dijayakan oleh Kerajaan BN.

Tidak terkecuali, jentera propaganda maya mereka juga tumpang semangkuk untuk merencatkan keberkesanan usaha-usaha pemimpin BN dengan menabur seribu satu tohmahan.

Dalam satu rencana di blog suarapakatanrakyat.com pada 27 Julai lepas, blog tersebut telah memanjangkan hasad dengki pemimpin PR dengan secara terbuka menuduh Kerajaan BN telah meminjam wang dari IMF (Tabung Kewangan Antarabangsa) semata-mata untuk melunaskan bonus Aidilfitri tempohari.

Selain itu, semua program transformasi dan agenda membantu rakyat yang diterjemahkan melalui beberapa program seperti BR1M, KR1M, KAR1SMA, bantuan persekolahan dan lain-lain juga didakwanya datang dari wang pinjaman IMF.

Tanpa satu pun fakta dan bukti jelas, blog tersebut meneruskan tradisi kelaziman pembangkang dengan menuduh semberono dan membuat dakwaan serong yang tidak jelas hujung pangkalnya. 

Sedangkan Kerajaan BN melalui kenyataan PM, Dato' Seri Najib yang juga Menteri Kewangan acapkali menjelaskan apa sahaja program bantuan mahupun pemberian bonus yang telah, sedang dan akan dilaksanakan semuanya dilakukan mengikut kemampuan kantung kerajaan.

Kerajaan BN takkan mencari nahas dengan sengaja meminjam wang dari IMF apatah lagi sejarah merekodkan saat negara dihimpit dengan masalah ekonomi berikutan serangan penyangak matawang pada 1997/98 dulu pun tidak sesekali kita tunduk dengan bantuan kewangan yang mahu dihulur oleh IMF.

Jika adapun pinjaman yang pernah kita buat ialah melalui Bank Dunia, sebuah institusi kewangan antarabangsa yang berbeza fungsinya dengan IMF.  

Bank Dunia boleh diibaratkan sama seperti bank-bank tempatan yang memberi pinjaman jangka masa pendek dan panjang untuk pelanggannya manakala IMF saling tak ubah seperti along yang gemar mencekik darah orang susah yang terperangkap dengan janji manisnya.

Ringkasnya, beza kedua-duanya umpama jauhnya langit dari bumi. Pun begitu, walau kedua-duanya jelas berbeza peranannya, rasanya ramai yang tidak lupa pemimpin pembangkang pernah juga mempolemikkan isu pinjaman dengan Bank Dunia untuk menggambarkan kantung kerajaan telah kempis dan tak berduit.

Walhal, bagi yang celik akal, urusan kita dengan Bank Dunia sudah bermula sejak tahun 1950-an malah tatkala Anwar Ibrahim memegang jawatan Menteri Kewangan pun pernah beberapa kali Anwar mewakili kerajaan melakukan urusan pinjaman dengan Bank Dunia.

Apapun, satu perkara yang perlu kita faham nawaitu utama pembangkang melontarkan tuduhan terhadap kerajaan bersabit soal kewangan, tujuannya tak lain tidak bukan hanyalah semata-mata mahu rakyat kebanyakan menjadi ragu dan was-was dengan keupayaan urus tadbir Kerajaan BN yang memerintah.

ABBY ABADI ? GADIS CINA INI LAGI HOT.

ABBY ABADI, bekas anggota kumpulan ELITE. Janda kepada Norman Hakim. Pelakon Gerak Khas. Bekas Duta Tudung. Oopss. Kejap .... apa ? Bekas Duta Tudung?  Oh .. oooo .... Ok lah ... patot lah ...mungkin kerana Abby Abadi fikir pasaran tudung ini hanya bergantung 100% dalam PAS. Tapi Abby Abadi tau ke berapa ramai tauke wanita dalam PAS yang turut menjual tudung?

 

Terfikir juga di fikiran ... adakah Abby Abadi sertai PAS kerana hendak mempromosikan Tudung? 

Atau adakah penyertaan Abby Abadi di atas pentas ceramah PAS sebagai salah satu sumber pendapatan beliau ?  

Betul ke Abby Abadi nak perjuangkan Islam atau nak promosikan Tudung dalam Islam?


Jom kita dengar pendapat gadis Cina yang hot ini ....



Nak tahu siapa gadis tersebut sila ke pautan ini 


TEPUK DADA TANYA IMAN WA CAKAP SAMA LU
DAP MUSUHI ISLAM & MELAYU
PKR KAKI PENIPU
PAS BUKAN PEMBELA ISLAM & MELAYU

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...