Sabtu, 28 Julai 2012

HAMBA NAK NONTON TANDA PUTERA, LPN KASI LEPAS LAH.


 



Weyyyyyyy !!!!! 

Hamba Nak Nonton TANDA PUTERA 

LPN ... Lu Kasi Lepas lah Ini Filem !

Hamba Nak Nonton Filem Ini Yang TAKDE 30% POTONGAN !

Kalau Namewee Boleh Buat Filem Nasi Lemak Bahlol ...

Fahmi Rezza Buat Dokumentari Tolol .....

Ini Filem BAGUS !

Buat Apa Nak Sekat-sekat ????

Nak Potong-potong ???????

Kasi Lepas Tayang La ......

Ini RAYA HAMB NAK TENGOK !


CONTOH EXCO SELANGOR PERJUANGKAN ISLAM - KENCINGKAN RAKAN.


SHAH ALAM – Mahkamah Tinggi Shah Alam memerintahkan Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Selangor, Dr Ahmad Yunus Hairi, membayar RM100,000 kepada bekas rakan niaganya, Md Azmi Mohamed.

Jumlah bayaran tersebut adalah sebagai bayaran kepada wang yang dilaburkan oleh Md Azmi bagi membuka Pusat Dialisis Sijangkang (PDS) bermula tahun 2002.

Dalam tuntutan saman yang difailkan pada 8 September 2011, Md Azmi meminta mahkamah memutuskan bahawa beliau berhak ke atas syer PDS sebanyak 25 peratus.

Beliau juga menuntut kira-kira keuntungan tahunan berdasarkan jumlah pelaburan dari tahun 2005 hingga 2010.

Md Azmi yang juga seorang Pembantu Perubatan turut menuntut pembayaran balik wang sebanyak RM100,000 sebagai ganti rugi khas dan ganti rugi am yang akan diputuskan Mahkamah.

Keputusan penghakiman dibuat oleh Hakim Datuk Zainal Azman Abd Aziz di dalam kamar. Md Azmi diwakili peguam Syahredzan Johan, manakala Dr. Ahmad Yunus diwakili Hanipa Maidin.
sumber mysuara.net. 

Komen JS : Beginilah cara dan didikan para pemimpin PAS di mana jua di seluruh negara. Perjuanggkan Islam dengan mengencingkan semua orang yang rapat, kenalan dan memungkiri amanah kepercayaan orang lain. 

Pemimpin Pakatam turut 'sampai hati' menghalau isteri tua sendiri dalam bulan Ramadan. Kepada anda semua yang masih terbuai dengan persepsi 'Akhlak Serban dan Jubah' buka minda dan hati anda .... memakai serban dan jubah serta duduk dalam PAS atau PKR atau DAP serta membenci UMNO ... itu belum lagi cukup syarat dan kelayakan untuk menjadikan anda seorang yang lebih berakhlak daripada mana-mana orang di mukabumi ini. 

Jangan fikir orang Serban dan Jubah tak mampu melakukan kejahatan yang teramat jahat. Walaupun mereka nampak pergi ke masjid setiap waktu dan bersolat serta berwajah manis itu bukan jaminan bahawa mereka sentiasa 'Bersih lagi Suci'. 

Fikirkan, bila mereka mampu menganiayai dan melayani secara kasar dan kejam terhadap ahli keluarga dan rakan karib mereka sendiri .... apa kamu fikir mereka akan melayani baik dan menjaga amanah kepercayaan rakyat kepada mereka ?

TEPUK DADA TANYA IMAN WA CAKAP SAMA LU
DAP MUSUH ISLAM DAN MELAYU 
PKR KAKI PENIPU 
PAS JANGAN HARAP NAK PERJUANGKAN ISLAM & MELAYU


Khamis, 26 Julai 2012

ALAMAK ! PAKATAM SELANGOR MATI LEMAS DALAM ISU AIR.



Projek Langat 2 Talian Hayat Penduduk Lembah Klang

Keputusan tegas Kerajaan Pusat menolak rancangan kerajaan negeri yang mahu mengambil alih Syarikat Bekalan Air Selangor Sdn. Bhd (SYABAS) nyata tepat dan memenuhi kehendak majoriti penduduk Lembah Klang.

Serentak dengan keputusan tersebut, Kerajaan Pusat memutuskan untuk meneruskan projek Loji Rawatan Air Langat 2 (Langat 2) dan Projek Penyaluran Air Mentah Pahang Selangor (PPAMPS) walaupun tanpa kerjasama kerajaan negeri.

Langkah berani dan segera ini amat diperlukan demi menjaga kepentingan rakyat selain mengelakkan kesan buruk pada ekonomi negeri dan negara sekiranya masalah air terus dipolemikkan oleh kerajaan negeri yang hanya tahu berdolak dalik.

Ramai rakyat Selangor serta penduduk sekitar Lembah Klang yang mengurut dada berasa lega atas keputusan tersebut yang dikira sebagai petanda baik dan hikmah sempena bulan Ramadhan Al-Mubarak.

Bagi mereka, kepayahan hidup yang terpaksa dilalui sewaktu krisis air 1998 agak perit untuk diharungi sekali lagi. Malah sekiranya krisis seperti itu terjadi lagi sebagaimana diramalkan, tidak mustahil situasinya akan lebih teruk.

Projek Langat 2 bukan sekadar bakal mencegah risiko krisis air yang digeruni itu malah tidak salah jika diibaratkan umpama talian hayat penting bagi penduduk sekitar Lembah Klang.

Reputasi buruk kerajaan negeri pimpinan Menteri Besar, Khalid Ibrahim yang masih gagal menyelesaikan masalah kutipan sampah sarap, jalan berlubang dan lain-lain tidak menyukarkan kita untuk membayangkan nasib SYABAS sekiranya berjaya diambil alih oleh kerajaan negeri.

Kemampuan sebenar Khalid hanya sekadar gah beretorik sahaja. Cukuplah dua tahun dibazirkan begitu sahaja gara-gara terpaksa melayan kerenah Khalid Ibrahim yang masih berselindung disebalik tarif air dan penstrukturan semula syarikat bekalan air sedangkan kedua-dua perkara tersebut boleh dibincangkan kemudiannya.

Keutamaan sekarang ini ialah segera menyelesaikan masalah bekalan air bersih untuk kegunaan rakyat, itu yang sewajarnya menjadi prioriti kerajaan negeri sejak dulu lagi tapi malangnya Khalid lebih rela mempertaruhkan masa depan rakyat Selangor & penduduk Lembah Klang.

Tepuk Dada Tanyalah Iman Wa Cakap Sama Lu
DAP Musuhi Islam & Melayu
PKR Kaki Penipu
PAS Plak Satu Sen Tak Guna.

INI KUBAH MASJID SUDAH JATUH. APA TAFSIRAN ANDA?


Kubah Masjid Mukim Padang Pauh, Pasir Mas, Kelantam. 
Tafsiran Hamba Ini Berlaku Kerana PAS, PKR & DAP Melakukan Perkara-Perkara Berikut:-

Berhala-berhala Besar Di Kelantam Dan Menerima Bantuan PAS Kelantam Berbanding Dengan Masjid Di Padang Pauh, Pasir Mas Kelantam.











dan akhir sekali kerana kesesatan ini dan ini :-







Rabu, 25 Julai 2012

PKR KUALA LANGAT BERGOLAK KERANA POLIS REPOT INI.


Ahli Parlimen Kuala Langat yang telah kesurupan sindrom 'Haramjadah' jangkitan Anwar Ibrahim dalam kem Azmin Ali akhirnya terpaksa akur dan mengakuinya bahawa beliau memang mempunyai sifat Haram Jadah. Hj Hadi dalam temuramah selepas kemenangan di PRK beberapa tahun lepas menyatakan bahawa pengundi mempunyai tanggungjawab untuk memilih calon yang berakhlak tinggi. Jika beginilah akhlak seorang pemimpin PKR yang mewakili pengundi Kuala Langat di Parlimen, kita mampu menafsir mengenai kebolosan dan keboborokan PKR menapis dan memilih calon-calon mereka. Sementelahan, PKR Selangor juga kini memegang potfolio Hal Ehwal Agama Islam. Repot polis di atas jelas membuktikan PKR hipokrit dan gagal melahirkan serta mendidik ahli-ahli Parlimennya menjadi insan berintergriti dan bermaruah tinggi. 

Malah Ketua Umum PKR turut terpalit dengan pelbagai masaalah moral. Selain dari itu pemimpin PKR seperti Badrul Amin yang menjadi Penasihat kepada Penasihat EXCO Hal Ehwal Agama Islam Selangor mempunyai kes moral. 

Pemimpin PKR baik dari kalangan orang Melayu mahupun dari kalangan orang Cina dan India belum pernah terbukti mempunyai rekod baik dalam pencapaian akhlak dan moral. Hampir kesemuanya mempunyai rekod buruk dalam pencapaian akhlak dan moral. 

Kesimpulannya PKR ini sebuah parti yang mempunyai masaalah moral dan akhlak. 

Persoalan kepada semua pengundi, " Adakah anda ingin meneruskan sokongan kepada sebuah parti politik yang menjadi kawah eskapisma bahan-bahan rejek sosial yang mempunyai rekod buruk dalam akhlak dan moral?



LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...