Isnin, 16 Julai 2012

PAKATAM SELANGOR TAK RETI MALU CATU AIR & JUAL TANAH.

Samalah Peel Dengan Lambang Mereka Bernaung Di Bawahnya
Malu Orang Melayu Kerana Mereka.

Lembu di Padang kalau dikatakan tak tau malu memang patutlah. Sebab lembu tak reti pakai baju dan seluar. Semua orang nampak kemaluan lembu jelas terpampang. Bila lembu nak berak kemain eksyen sang lembu. Dinaikkan ekornya ke atas kemudian keluarlah najisnya bertompok-tompok sambil sang lembu berjalan ke sana ke mari. Begitulah perumpaan bidalan kepada pemimpin Pakatam Selangor. Digelarkan sebagai Kerajaan PapanTanda yang tak tau cara nak tunaikan janji kecuali hanya dinyatakan pada PapanTanda sahaja. 

Samalah dengan perbuatan Pakatam Selangor memperbanyakkan pusat maksiat. Bila di tanya, mudah je mereka menjawab "Itu salah PBT' Habis tu, salah PBT salahlah EXCO nya. macamlah PBT ada saham dalam pusat maksiat. Dulu masa PBT rampas bir EXCO nya dok mengamok sakan macam lumbu naik minyak. 

Begitu juga dalam isu air. SYABAS terpaksa memohon agar catuan air diluluskan. Kritikal sungguh krisis Air. Bila diajukan kepada Pakatam PapanTanda, puak Kapla Lumbu Hitam jawab 'Air melimpah kat empangan' ya la ... air kumbahan banyak lah melimpah termasuklah air nikmat di pusat-pusat maksiat. Bila di tekan dan di desak lagi, mereka cuma buat Seminar sahaja, Habis seminar, air bersih tak tambah-tambah juga. Buat bazir air liur basi Xavier Jeyakumar dok tidur dalam sidang DUN Selangor. Air liur tu pun rakyat Selangor kena tanggung.

Belum habis cerita air, dah tanah pulak 100 ekar kena jual. Tanah premium. Tanah yang disediakan untuk rakyat. Habis kena jual belaka. Kompleks Sukan pun kena jual. Bila buat JUAL-KUCING (SELLCAT) buat pendengaran mulalah masing-masing dah kecoh. Orang sini kata orang sinun tak pergi mesyuarat. Orang sini pulak tuduh orang sinun yang yang tak tau prosedur. Walhal pesalah utama itulah  yang jadi Pengerusi Siasatan. Cukup pandai pemimpin Pakatam adu domba dan memalukan orang bawahan. Bergadoh sesama sendiri disebabkan oleh kejahatan orang yang menghakimi sidang siasatan. Penjahat jadi Hakim. Rakyat pun terlopong mulut tengok orang Melayu diperbodohkan oleh Pakatam Selangor. Baik punya drama. Habis siasatan puak jahat dok ketawa gelakkan orang bawahan yang diperbodohkan oleh mereka. Orang bawahan juga yang dimalukan. 

Begitulah cara Pakatam selangor perintah dan tadbir Selangor. Diaorg yang tak tahu malu buat jahat, memalukan pula orang bawahan yang terima arahan jahat daripada mereka. Ada patut ke? Ada orang kata Khalid G nie orang peramah. Pergi sana sini. Buat muka tak malu. Jumpa rakyat tunjuk muka baik. Serupalah dengan bidalan lembu di atas. Kepada Pakatam Selangor kalau dah takde malu dan hanya tahu memalukan orang bawahan lebih baik lah tutup kemaluan itu daripada rakaman cctv dalam bilik air. Tak tahu malu ke?

Kata orang kampung di Hulu yang baru belajar bahasa Ingeris "Buat Malu Kompeni Je".


KLISE HIMPUNAN HIJAU & OREN YANG MENGAIBKAN PAKATAM SELURUH NEGARA.

Klise Himpunan .. macam-macam kaler dah. dari Hijau ke Oren ... tapi balik-balik kaler yang sama ... Hijau dan Oren.. lepas Hijau ... Oren ... lepas Oren .. Hijau ... Itulah peranan puak lebai jadian PAS dalam Pakatam dan sumbangan 'beso' dalam so-called 'Perjuangan Islam' ... lepas Himpun ... ceramah ... kutuk sana ... kutuk sini .... Bila habis modal ... mula lah cerca DS Rosmah tak tutup aurat. Bila di tegur ... mula lah puak Lebai Jadian berceramah mengenai betapa 'Hudud Tak Dilaksanakan' .. bila kena sergah dek Karpal Singh .. sanggup cabar orang Islam lain yang hentam Karpal Singh untuk 'Langkah Mayat Lebai Jadian PAS Dulu'. Akibat dari pencemaran pemikiran dalam otak Kapla Lumbu Hitam Legam Pekat Zulmat.

Nak bagi power Himpunan ... jemput mana-mana bekas pemimpin lama yang masih bernostalgia mengenai masa lampau mereka. Sedarlah, zamannya sudah berlalu pergi.Klise Himpunan cuma  nak bagi nampak kononnya sokongan kuat. Ramai datang. Ramai sokong. Ya la tu. Balik-balik muka yang sama. Grup yang sama. Malah nombor plat bas yang sama. Yang berbeza ialah lokasi berhimpun. Klisenya nak tunjuk Kuat. Kalau nak tunjuk Kuat kepada musuh-musuh ok lah jugak. Tapi nak tunjuk Lagak dan Kuat Sesama Sendiri. Sungguh merugikan ! Sungguh mengaibkan ! Duit beratus ribu habis cuma nak tunjuk Hero Sesama Sendiri. Kalaulah duit itu dibelanjakan untuk Memperkuatkan Sesama Sendiri Itu Lagi Bagus!


Matlamat dan tujuan Himpunan itupun dah salah dan silap. Banyak lagi sebab-sebab utama untuk membuat Himpunan. Biarlah matlamat dan tujuan itu membawa kepada kesepakatan dan perpaduan bagi manafaat umum. Bukannya untuk cari populariti dan mencari gaduh sesama sendiri. Untuk apa memalukan diri sendiri dan kelompok sendiri di mata dunia? Tak malu ke bila media asing melaporkan sekian sekian ramai orang berhimpun untuk tumbangkan bangsa sendiri yang seagama???!!! Kalau sedikit pun tak ada perasaan malu .. elok rujuk balik hadis yang berbunyi bahawa Malu Itu sebahagian dari Iman. Kemudian semak sendiri. Tak sedar juga.. itu petanda dan alamat nak jadi pengkhianat kepada agama. eloklah cepat-cepat istighfar dan bertaubat serta kembali kepada memegang kukuh Tali yang disebutkan Allah Ta'ala dan Rasul Nya. 


Teramat rugi kepada agama, bangsa dan negara jika sesama sendiri bergadoh. Bak kata pepatah orangtua Bani Jawi dulu .. 'Gajah Berperang, Kancil Mati Tengah-tengah' tak sempat kancil nak jadi Mercedez Benz. Kan rugi. kalau bergaduh sesama sendiri jadi binasa sesama sendiri, Yang menang kena kutuk  ...  yang kalah pun kena kutuk dek generasi terkemudian. 


Lebih baik kita meredakan dan merelakan keadaan dan terima lah takdir Allah Ta'ala siapa yang menjadi pemimpin di antara kita. Tak perlulah kita nak berlumba-lumba dan bersaing sesama sendiri mencari pengaruh di kalangan sendiri semata-mata terliur sangat nak duduk di kerusi empuk di Putrajaya. 


Siapa yang dah lama sangat berada di takhta kekuasaan, silalah berundur dan beri peluang bakat-bakat baru memimpin. Tapi jangan lah kita membuang pemimpin yang sudah ditakdirkan Allah Ta'ala menjadi pemimpin. Terima saja baik dan buruknya. Baiknya kita terima ... buruknya kita sama tegur cara beradab ..bukan dengan memaki hamun. Tapi janganlah naikkan pemimpin yang ada keraguan besar pasal nilai dan amalan moralnya.

Bukan susah pun nak buat begitu. Nawaitu itu diperbetulkan. Cukuplah ... menyingkap kain sesama sendiri, Duk telek-telek seluar dalam siapa yang lebih banyak lobang. Perbuatan itu sia-sia sahaja. Lebih baik pergi supermarket belikan spender baru dan hadiahkan kepada orang yang kita fikir seluar dalamnya berlobang. Takpun sendiri beli .. sendiri pakai. Itu lagi baik. Untuk mencapai ke tahap itu ... kita kenalah selalu berasa MALU KEPADA ANAK CUCU.

Jumaat, 13 Julai 2012

KARISMA Bantuan Kepada Rakyat.



















KAR1SMA bukan Rasuah Politik tapi BANTUAN KEPADA RAKYAT.

SOK..SYEK.SOK..SYEK... RAKYAT MALAYSIA LUAR NEGARA BOLEH MENGUNDI TAPI BERSYARAT - SPR.


BERNAMA melapurkan :-
PUTRAJAYA: Selain pelajar dan penjawat awam dengan pasangan masing-masing, rakyat Malaysia di luar negara yang ingin mengundi pada Pilihan Raya Umum (PRU) akan datang, dibenarkan berbuat demikian.
Namun, Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) Tan Sri Abdul Aziz Yusof berkata ia dibenarkan dengan syarat mereka pernah berada dalam negara sekurang-kurangnya sekali dalam tempoh lima tahun sebelum Parlimen dibubarkan. 
Beliau berkata perkara itu adalah syarat tambahan selain mereka perlu mendaftar dan memohon sebagai pengundi pos bagi memastikan mereka mengetahui perkembangan politik dalam negara.
"Kami sedang meneliti perkara ini dan jika ia memerlukan sebarang pindaan undang-undang, ia akan dibawa ke Parlimen dalam sesi akan datang yang bermula September ini," katanya pada sesi taklimat bersama media di sini hari ini. 
Abdul Aziz berkata syarat tambahan itu adalah biasa kerana ia turut dilaksanakan di negara lain seperti Singapura, Australia dan United Kingdom. 
Beliau yakin perkara itu dapat direalisasikan sebelum PRU ke-13, namun bergantung kepada tarikh Parlimen dibubarkan. 
Abdul Aziz berkata pada masa ini, hanya pelajar sepenuh masa dan penjawat awam dengan pasangan masing-masing dibenarkan mengundi secara pos iaitu mereka yang telah berdaftar sebagai pengundi dan memohon melakukan undi pos. 
Beliau berkata mengikut rekod, daripada 20,000 rakyat Malaysia di luar negara yang berdaftar di kedutaan Malaysia di seluruh dunia, jumlah yang berdaftar sebagai pengundi pos adalah kecil iaitu seramai 2,700 orang. 
Justeru, katanya SPR memutuskan untuk memudahkan urusan permohonan pengundian pos yang mana mereka boleh menghantar borang permohonan secara pos beserta dokumen diperlukan. 
Beliau berkata langkah itu lebih mudah berbanding sebelum ini yang mana mereka perlu pergi sendiri ke pejabat kedutaan bagi membuat permohonan tersebut. 
Puashati sekarang ? 

Apekehal Plak Dua Polisi SPA Nie?

Memetik luahan hati dua orang rakan bloger mengenai DUA POLISI TERBARU SPA ,ORANG LULUS TINGGI MOHON KERJA ORANG LULUS RENDAH. 

 
SPA ni suka buat kerja gila. Tak habis habis menyusahkan rakyat. Sapa bos besar SPA ni. Campak dia ke bawah suruh buat kerja kerja menyapu sampah tepi jalan, kutip sampah, turap jalan biar dia berakal sikit.
Ini dia pergi kerja balik kerja naik kereta mewah, pakai baju mahal mahal, dinner hotel mewah, duduk pejabat sejuk ada aircond, memanglah dia tak merasa kerja susah. Orang dah susah nak cari kerja, dia lagi nak menyusahkan orang.
 Medan Infokita  menulis :-

Mungkin dikalangan penggemar Blog MIK agak kaget dengan tajuk penulisan kali ini…
Disebalik kejayaan menyaksikan Himpunan Jutaan Belia Negara 2012 yang baru berakhir, kenapa harus persoalan seperti ini pula mahu dibawa kepada perbincangan..?
Sebenarnya kita seharusnya ada keupayaan dan sedikit keberanian melihat perkara yang tersirat disebalik apa yang tersurat. Insiden dan beberapa peristiwa yang berlaku memberikan sedikit “tempias” kepada kepimpinan YAB Datuk Seri Najib menjelang Pilihanraya Umum ke 13 [PRU 13], dalam bahasa Inggeris disebut ‘read between the line’.
Dimulakan dengan berita menyaksikan bekas Pengarah CID Datuk Fauzi Shaari menyertai PAS seolah olah beliau tidak marah dan sedikit pun tidak sensitif dengan bukti bukti keganasan yang ditunjukkan oleh demonstrator Bersih 3.0 yang membelasah teruk beberapa anggota PDRM…
Apakah Datuk Fauzi tidak peka dengan peristiwa keganasan tersebut..? Apakah Fauzi menyokong tindakan ganas barua barua Ambiga yang bertindak luar batasan malah tidak keterlaluan kita katakan peristiwa ganas 28 April itu ada usaha mahu menjadikan Dataran Merdeka menjadi Dataran Tahir yang bertujuan menggulingkan kerajaan secara revolusi…!
Marilah kita melihat dari sudut yang lain…, tidakkah kita mahu melontarkan persoalan kenapa Datuk Fauzi ‘tergamak’ mahu menyertai juak juak murahan yang menjulang Ambiga sebagai Imam Bersih 3.0 dan juga barua barua Anwar yang menurut perintah membuka halangan polis menyerbu masuk bertempur dengan anggota FRU, sebuah pasukan secara tidak langsung yang pernah berada dibawah struktur kepimpinan Fauzi sendiri…
Dimanakah letaknya asas keputusan Datuk Fauzi..? Kita harus perhalusi keputusan beliau yang meneruskan agendanya menyertai sebuah parti Pembangkang yang menjadi musuh kepada kerajaan Barisan Nasional.. Ayuh..! Carilah dimana persoalan dan apakah jawapannya…
Apakah ada sekelumit atau sebakul rasa “tidak puas hati” berbuku dalam hati bekas orang nombor satu CID Bukit Aman ini..? Pernahkah Fauzi menyuarakan rasa tidak puas hatinya itu TETAPI langsung tidak diendahkan oleh peringkat atasan..???
Iya.., mungkin dikalangan kita mahu merumuskan dan menyatakan bahawa Fauzi sudah tergolong dalam kumpulan yang kecewa maka itulah keputusannya, sertai parti Pembangkang.
TETAPI kita juga harus mencungkil dan mencari persoalan serta jawapannya… Apakah perkara yang menjadi ‘tidak puas hati’ itu benar benar sesuatu yang sangat berasas [legitimate issue] dimana pihak atasan hanya berdiam diri dan mengambil sikap tidak peduli…?
Mahukah kita menyaksikan lebih ramai lagi bekas bekas Pengarah kerajaan membuat pengumuman menyertai parti Pembangkang..? Apakah akan ada lagi.., hanya menantikan waktu yang sesuai memecah muka depan persada berita tanahair…?
Bekas kakitangan Awam dan Penjawat-penjawat Tertinggi dalam SPA  serta pembuat polisi yang membabitkan kepentingan kakitangan Awam di peringkat rendah perlulah peka kepada kepentingan orang bawahan. Sepatutnya SPA fikirkan macamana nak tingkat MUTU PERKHIDMATAN dan bukan memikirkan bagaimana nak letak orang lulus tinggi ke tempat yang tak sepatutnya.  

Cukuplah tu. Buatlah Polisi yang mampu membawa negara ini ke depan dan menjaga kebajikan kakitangan awam pula. 

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...