Rabu, 27 Jun 2012

REPUBLIK SAMPAH SARAP PAKATAM: APA YANG TAK KENA DENGAN LORI KOMPEKTOR SAMPAH DALAM GAMBAR INI ?

Kemain Sukanya Bergambar Depan Lori Kompektor Baru Jenama Dongfeng Dari China. 
Tapi Boleh DiGunakan Ke ? 
Spesifikasinya lebih baik ke Dari Lori Kompektor Sampah Yang Digunakan Oleh Alam Flora?




Item
unit
parameter
Vehicle model

CLW5082ZYS Garbage compactor
Chassis model

EQ1071G2ADJ3
Overall dimensions
mm
7000×2200×2700
Body internal dimensions
/
Fact cubage
L
6000-8000
GVW
kg
Appro×7800
Rated loading capacity
Appro×2000
Mass in working order
Appro×5605
Wheel base
mm
3800
F/R track base
1750/1586
Front/rear overhang
1110/2090
Approach/departure angle
°
18/12
Max speed
km/h
90
Engine
Engine model
Engine manufacturer
Exhaust
Power
EQ6102DT-20
Dongfeng Motor Co. engine plant for commercial vehicles
5638
103
Fuel type
Diesel
Number of axles
2
Axle-load
2650/5150
Pieces of spring
7/8+5
Number of tires
6
Tire specification
7.50-16
Equipment
Equipped with hermetic dustbin, hydraulic system and operating system.
Automatic compress and uninstall, sewage can be collected by the dump tank.
Pressure is large, leakproofness is good, operation is convenient and security is dependable.
Matching function
Matching a barrel after the hanging flip flip bucket or refuse bodies.
Performance parameters
Loading cycle time :12-30s; discharge garbage time: ≤ 30s; filler upgrade point of view: ≥ 95 °; oil: 19.6 (200) (Mpa) (kg); compression ratio: 1/3-1/2.

Lanjutan daripada pendedahan oleh BN Selangor dalam sidang media pada 26hb Jun 2012 yang menyentuh mengenai dakwaan dalam hal Ronnie Liu menjadi kaya kerana Sampah dan Pasir. Seorang rakan fesbuker memberi komen berikut:-
Saiful Torres RONNIE LIEW BELI LORI COMPACTOR SAMPAH SEBANYAK 50 BUAH DGN HARGA 14.5JUTA. JATUH SEBUAH BERHARGA 290,000. SETAKAT LORI DONGFENG CHINA, TONG CHINA HYA BERHARGA 120,000 JER LA. LOCAL SPEC PUN LEH DPT LG BAIK DR TU. TP LORI RONNIE LIEW TU MANA LEH REGISTER. MAMPOS XLEPAS. SPRM SILA SIASAT LA.
Saiful Torres LORI DONGFENG. kat sini ada agen dia tp ronnie liew langgar jer, mana mungkin dia leh bwk masuk jika xder AP. info kata diorg belum declare. lori tu xleh operasi pun.
Kita desak Ronnie Liu dan Khalid G serta MBSA memberikan penjelasan mengenai perkara ini. 

KLIP VIDEO PANAS ! PKR SELANGOR PERLU MAKAN UBAT DELIRIUM.

Sidang Media BN Selangor  Md Zin dan Azman Ching Mendedahkan Kemelut & Penyelewengan PKR Selangor Yang Semakin Tenat. 

SHAH ALAM, SIDANG MEDIA BN SELANGOR: Banyak penyelewengan dan spekulasi yang didedahkan di dalam sidang Media BN Selangor. Setiap bulan, satu Sidang Media BN Selangor diadakan bagi  menyebarkan maklumat dan fakta tepat isu-isu semasa di Selangor. Pada kali ini BN Selangor di bawah pimpinan DS Najib yang diwakili oleh Noh Omar dan Md Zin mendedahkan kepada umum berkenaan, antara lain, isu-isu mengenai :-

Penyelewengan Geran SelangorKu RM300 Juta.

BN Selangor mempersoalkan ketelusan pengagihan dana RM300 juta. Dana sebesar itu tidak pernah dimaklumkan kepada umum sumbernya, Malah, Khalid G mempunyai kuasa mutlak ke atas pengagihan dana tersebut. Menurut sumber yang dipercayai, Faekah Supol Khalid G menjadi orang yang membuat keputusan bagi pihak Khalid G. Peranan Faekah tersebut mengenepikan kuasa eksekutif  Pegawai Kewangan Negeri dan Ketua Setiausaha Negeri. Belum pernah terjadi di negara ini di mana kuasa seorang Supol MB mengatasi dan memintas kuasa eksekutif Pegawai Kewangan Negeri dan Ketua Setiausaha Negeri. 

Sehingga ke hari ini Khalid G berdolak dalih mengenai sumber Dana RM300 juta. Tidak dapat dipastikan samada dari sumber kutipan hutang Talam atau dari sumber yang mencurigakan. Berkemungkinan besar ianya melibatkan skandal RM3 bilion Anwar Ibrahim yang di bawa masuk secara legitimasi melalui saluran-saluran amalan korporat seperti membeli hutang Talam Corporation. Kemungkinan besar sumber dana RM300 juta adalah sebahagian kecairan daripada dana RM3 bilion Anwar Ibrahim. 

Dipercayai kekecohan dan konflik dalaman serius dalam PKR di antara kem Khalid G-Faekah, Rafizi-Azmin Ali- Anwar Ibrahim berpunca dari pengurusan dan kuasa menentukan pengagihan Dana RM300 juta tersebut. Manusia dalam PKR hanya bergaduh besar bila melibatkan soal wang ringgit. Bukan kerana perebutan kuasa. Azmin Ali hanya akan bersuara jika melibatkan kepentingan kewangannya terjejas. 

Tidak mustahil konflik dalaman PKR kini ada kaitan kukuh dengan Dana RM3 bilion Anwar Ibrahim yang berhubungkait pula dengan Dana RM300 juta. Usul Penstrukturan Semula Konsesi Air pun kemungkinan besar merupakan salah satu jalan mencairkan Dana RM3 bilion Anwar Ibrahim. Masih ingat Skandal KUBB dengan seorang usahawan Cina yang telah menyaman ?

Penyelewengan Campurtangan DAP Dalam Pentadbiran PBT.

Pendedahan paling mengejutkan bilamana Timbalan Ketua Pemuda MCA Selangor, Penyelaras DUN Pandamaran mengenai salah laku pemimpin DAP, saudari Tiew Way Keng seorang ahli Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ). 

Cik Tiew Way Keng telah menyalahgunakan kausanya sebagai ahli MBPJ dalam pemberian kontrak kepada firma guaman untuk mengutip hutang bagi pihak MBPJ. Firma guaman tersebut Stella, Lim & Co adalah milik seorang lagi ahli DAP Segambut seorang Ahli Parlimen Segambut iaitu Lim Lip Eng. Nilai kontrak yang diberikan ialah RM55,000.00. Kontrak tersebut sebelum ini telah diberikan kepada sebuah firma guaman lain Daim & Gamany dengan tawaran lebih rendah RM15,000.00 sahaja. 

Salah laku penyelewengan kuasa itu dilakukan dalam satu mesyuarat pada 16hb Jun 2010 yang hanya dihadiri oleh cik Tiew, Chan Chee Kong dan Derek Fernandez walaupun jumlah anggota MBPJ ialah seramai 17 orang. Buktinya tercatit dalam Laporan Audit dan dari sumber Penolong Pengarah Undang-undang MBPJ.

Di samping itu didedahkan mengenai ketidakpuashati ahli DAP dengan Pengerusi DAP Negeri Selangor melalui pendedahan Surat daripada ahli-ahli DAP Selangor yang keciwa.. Banyak persoalan belum terjawab oleh kepimpinan DAP Negeri Selangor. Sebaliknya kepimpinan DAP Selangor menikam sekutu-sekutu mereka PKR dan PAS bagi menutup kelemahan dan kejahatan mereka sendiri. Kita tontonilah klip video ini!


Selasa, 26 Jun 2012

UNDI PAKATAM TAK DAPAT APA-APA TAPI UNDI BN DAPAT ........


Segala bantuan di atas tidak akan diteruskan oleh Republik Kuat Menipu Pakatam jika mereka menguasai Putrajaya. 

Tapi BN akan menambahbaikkan lagi segala bantuan di atas bila RAKYAT memperbaharui mandat kepada BN.

PUAK NGO PAS PAKATAM KELANTAM MENIPU .. BERDOSA TAU MENIPU. Cukup-cukuplah Menipu



Ini lapuran Harakah mengenainya :-
KOTA BHARU: Suasana tegang di hadapan pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri (SUK) di sini pagi ini apabila kumpulan menyokong royalti bertembung dengan Majlis Tindakan Rakyat Kelantan (MTRK).
Kumpulan menyokong tuntutan royalti berpuluh kali ganda daripada MTRK. 
Seorang penyokong menuntut royalti dicedera di muka dipercayai ditumbuk oleh penyokong Umno. 
Ketika pemimpin tuntutan royalti berucap, kumpulan satu lagi memasang kaset dikir barat. 
Ramai anggota polis berkawal di situ dan memberitahu kedua-dua pihak mendapat keizinan polis. 
Ssementara itu, jalan raya sesak kerana kehadiran orang ramai semakin bertambah. 
Semalam, aktivis Gabungan Profesional Tuntut Royalti, Pendaratan Minyak dan Gas ke Negeri Kelantan (Royalti), Jeming Hassan berkata, perhimpunan pihak tertentu dikatakan didalangi Tukar dan Majlis Tindakan Rakyat Kelantan. 
“Perhimpunan dianjurkan Royalti (R) mendapat kelulusan polis bagi menyokong titah baginda Sultan mendaratkan gas di Kelantan. 
“Sedangkan satu lagi didalangi Tukar dan MTRK yang cuba menyaingi perhimpunan anjuran Royalti. Jadi saya mahu Ulama Muda Umno, Ustaz Fathul Bari menjelaskan perhimpunan yang mana haram,” katanya
Kamonlah .... tengok gambar dulu dengan yang sekarang. Kesan darah pun sama. Yang dulu konfem tipu dan sekarang gerenti tipu jugak. Lapuran Harakah pula kantoi. Harakah lapur cedera di muka, tapi kecederaan dalam gambar bukan di muka pun. Kalau kecederaan begitu sepatutnya si mangsa tak mampu nak senyum pun dan angkat dua jari. Harakah lapur ramai anggota polis bertugas. Jadi mustahil insiden seperti itu boleh berlaku. PAS Kelantam memang terkenal dengan putar belit dan kuat menipu. Cukup pandai mencipta cerita. Jadi korang fikirlah sendiri yea. Dulu dan masa BERSIH pun Anwar Ibrahim dok tipu sakit. Akhirnya kantoi. Pada kali ini puak PAS Kelantam pun nak menipu juga.  Cukup-cukuplah menipu wahai puak PAS Kelantam.

RAKYAT INDONESIA PUN MENYESALI REFORMASI.


Kaji selidik rasmi yang dilakukan oleh Indo Barometer pada 25 April sehingga 4 Mei 2011 menemukan jawapan yang tentu sahaja sukar untuk diterima oleh para reformis Indonesia yang terlibat secara langsung dalam gerakan reformasi jalanan pada tahun 1998.Mengikut kajian tersebut yang dijalankan di sejumlah 33 wilayah merumuskan Order baru yakni polisi pemerintahan zaman bekas Presiden Suharto yang digulingkan ternyata jauh lebih baik berbanding Pasca Reformasi 1998.Sejumlah 28.2 peratus responden dari seramai 1,200 orang yang ditemubual menyatakan pasca reformasi menyebabkan tahap kehidupan rakyat lebih buruk dan amat tidak memuaskan.Manakala sejumlah 27.2 peratus lagi menyifatkan pasca reformasi 1998 lebihkurang sama sahaja seperti sebelumnya. Hanya 22.8 peratus sahaja bersetuju pasca reformasi adalah lebih baik berbanding Orde baru zaman Suharto.Kenyataan hasil kajian tersebut ada benarnya kerana tiga tahun sebelumnya yakni pada tanggal 20 Mei 2008, ribuan mahasiswa dan rakyat Indonesia telah memprotes kegagalan pemerintahan pasca reformasi yang gagal membantu kehidupan rakyat.

Jika 10 tahun sebelum itu mereka berhimpun di jalanraya menuntut pengunduran Suharto sebagai Presiden, tanggal 20 Mei 2008 mereka seperti menyesali penyertaan rakan-rakan mereka dalam demonstrasi jalanan era reformasi yang ternyata hanya indah khabar dari rupa.Dari segi ekonomi pula nyata tiada perubahan yang berlaku walaupun tampuk pemerintahan berkali-kali bertukar tangan sejak era pasca reformasi. Indonesia terus kekal sebagai penyumbang terbesar dalam sektor pembantu rumah kepada negara-negara lain.Satu-satunya kejayaan mereka disebalik gerakan jalanan reformasi 1998 ialah kebebasan yang lebih baik berbanding zaman Suharto namun natijahnya pula membawa keburukan dari segi hubungan sesama rakyat berbilang kaum dan agama.Sudah 14 tahun era reformasi 1998 di Indonesia berlalu dan dalam jangka masa tersebut ratusan peristiwa berdarah terjadi yang memburukkan suasana hubungan kaum dan agama.

Reformasi 1998 terbukti gagal merubah nasib rakyat, realitinya hingga kini agak ramai rakyat Indonesia seakan merindui kembali ketegasan Suharto memimpin negara mereka.Jika demikian hakikat selepas 14 tahun orde reformasi Indonesia gagal sama sekali dalam merubah nasib rakyatnya, mana mungkin untuk kita rakyat Malaysia menyambut baik gerakan reformasi yang sama acuannya.Umum menyedari,sejarah reformasi di Malaysia khususnya yang dipelopori oleh Anwar Ibrahim segalanya diceduk dan diciplak dari Indonesia.Saat Indonesia dilanda permulaan kelam zaman reformasi pada bulan Mei 1998, sebulan kemudiannya yakni pada 18 Jun 1998 Anwar mula melaungkan teori reformasi dengan harapan tempias di Indonesia akan menyemai ke sanubari rakyat seterusnya membantu dirinya ke puncak kuasa.

Selepas kehilangan jawatan Timbalan Perdana Menteri, bermula 2 September 1998 Anwar memanipulasi sepenuhnya semangat gerakan reformasi Indonesia yang akhirnya menyaksikan ibukota Kuala Lumpur hampir lumpuh dengan demonstrasi jalanan di merata tempat.Gedung perniagaan dan premis kerajaan terpaksa di tutup, huru hara dan rusuhan bermaharalela di sekitar Kuala Lumpur.Tika itu sebahagian besar mahasiswa universiti yang terpengaruh dengan adu domba slogan anti KKN (korupsi, kronisme dan nepotisme) yang dilaungkan oleh Anwar beramai-ramai turun ke jalanan.Manakala masyarakat Cina Malaysia telah mengambil langkah berhati-hati memandangkan sejarah hitam reformasi di Indonesia yang menyebabkan berlakunya peristiwa berdarah pembantaian kaum Cina Indonesia masih segar dalam ingatan.

Bagaimanapun setelah kalut ribut rusuhan di Kuala Lumpur seakan hampir mirip dengan apa yang berlaku di Indonesia, menyebabkan mereka secara total menolak perlakuan ganas yang diimport dari negara jiran tersebut.Mereka sedar,jika sudah buruk permulaan sesuatu gerakan yang menyebabkan ramai nyawa tidak berdosa menjadi mangsa hingga ramai gadis dirogol dan dilapah kulitnya kerana prasangka kaum dan agama,tentu sahaja sukar sekali untuk mengambil teladannya untuk diimplementasikan dalam negara sendiri.Malah kalut malut era reformasi Indonesia diikuti kejadian sama di Malaysia nyata hanya merosakkan suasana pemulihan ekonomi negara selain mengancam nyawa dan harta benda rakyat.

Majoriti rakyat Malaysia,baik Melayu, Cina,India dan lain-lain akhirnya sependapat perubahan ganas di negara jiran bukan jawapan terbaik apatah lagi ianya disemai oleh seorang politikus yang hanya mengutamakan kepentingan diri sehingga sanggup menggadaikan ketenteraman negara.Justeru itu,budaya politik ciplak dan songsang yang dirintis oleh Anwar telah terbukti gagal dan tidak sesuai untuk diamalkan di negara kita yang tercinta ini. Tiada sebab untuk kita meneladaninya apatah lagi untuk dibudayakan di negara ini.Reformasi jalanan bukan cara kita dalam membangunkan negara yang pelbagai kaum dan agama, hanya transformasi yang berhemah dan kepimpinan yang berdaya saing, jitu pemikiran dan cakna rakyat sahaja yang mampu membawa kita makmur dan maju ke depan.

http://www.freemalaysiakini2.com/?p=34836

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...