Ahad, 13 Mei 2012

PILIHAN-RAYA UMUM DATANG LAGI ! TAPI BILA?

Klip video ini mampu melegakan lagi pemikiran anda yang sering dicelarukan oleh Pakatan Rakyat mengenai pilihan-raya. Teka-teki tarikh pilihan-raya Umum adalah permainan minda yang lebih mencabar dari bermain sebarang permainan dalam talian internet. Sebut betul-betul, Pilihan-Raya Umum dan bukannya Jalan-Raya Awam yang sering digunakan oleh regim sekular republik Pakatan DAP PKR PAS. Patutlah regim sekular republik Pakatan DAP PKR PAS mahu menghapuskan tol. Kerana mereka adalah pengguna tegar jalan-Raya bagi maksud politik mereka.Apa pun kita saksikan klip video ini:-



TEPUK DADA TANYA IMAN WA CAKAP SAMA LU
DAP ANTI ISLAM & MELAYU
PKR PAKAR MENIPU
PAS SEMAKIN LEMAH KUYU

BN SEMAKIN KUAT, PAS SEMAKIN SESAT, DAP SEMAKIN RASIS, & PKR SEMAKIN TOLOL.

PERTEMBUNGAN IDEOLOGI di antara Demokrasi Raja Berperlembagaan dengan puak anarkis Sekular Republik semakin hangat dan semakin tegang. Puak PAS yang mendakwa menyokong gagasan Negara Islam pun sudah terkedu. Bila DS Najib menempeleng pemuka-pemuka puak anarkis sekular republik kerana menghalang Durian Runtuh kepada peneroka, ternyata PKR menjadi bertambah tolol di mata rakyat. 

Rakyat DAP telah menilai sikap hipokrit rasis cauvinis DAP menganiayai dan menzalimi ahli Melayu nya  senator Tunku Abdul Aziz Rahman Timbalan Pengerusi DAP kerana tidak menyetujui BUSUK 3.0. Kenyataan beliau ditafsirkan oleh penasihat seumur hidup ( tak tau lah berapa lama umurnya) Dr Chen Man Hin dan Lim Kit Siang sebagai menyalahi dasar perjuangan DAP. Kebebasan bersuara amalan DAP hanya setakat manis di bibir sahaja. Penganiayaan dan kezaliman DAP ke atas Tunku Abdul Aziz tidak terhenti setakat itu saja dan hanya terpencil kepada Tunku Abdul Aziz. Itu adalah amalan DAP ke atas semua rakyat Malaysia yang tidak menyokong aspirasi dan perjuangan peribadi cauvinis DAP.

Di pihak PAS pula, kita menyaksikan pelbagai gelagat memesongkan akidah dan kepercayaan umat Islam. Akhirnya Pok Nik dikritik dan dilabelkan sebagai Bapa Kafir oleh Tan Sri Rahim Noor bekas Ketua Polis Negara. Lalu PAS memberikan tempoh 24 jam kepada Tan Sri Rahim Noor untuk menarik balik kenyataan beliau. Notis 24 jam tersebut seharusnya juga diberikan oleh PAS kepada Hj Hadi Awang dan Pok Nik yang selama hampir berpuluh tahun mengkafirkan UMNO. Malah selama ini PAS melakukan amalan TAKFIR mengikut hawa nafsu serakah mereka. Barulah tindakan tersebut di lihat sebagai bijak dan bukan lelucon pak lebai malang. Hasan Ali lebih arif mengenainya kerana beliau di pecat serta merta kerana menghalang usaha-usaha pihak DAP mengkafirkan orang Islam. Bertambah malang bila lebai malang PAS sendiri mengatakan usaha mengkafirkan umat Islam tidak sepenting pengundi hantu.

Di pihak PKR pula kita melihat bagaimana Azmin eskrem dan Khalid G bergelut dengan skandal seks. Penasihat agama Khalid G pun di tangkap khalwat. Skandal-skandal tersebut membawa PKR ke jalan buntu bagi mengembalikan semula kepercayaan rakyat awam kepada mereka. Ketua Umum PKR tidak berada dalam zon selesa lagi. Setiap kali mulutnya berbicara, limapuluh jenis bencana menimpa PKR. Setiap bencana menyebabkan lima ratus ribu undi hilang dari PKR. Masaalah simpanan air bersih, banjir kilat, janji-janji yang belum tertunai serta skandal penyelewengan hasil pasir dan banyak lagi; menyukarkan lagi PKR ke Putrajaya.

Di pihak BN pula? Walaupun ada usaha-usaha mensabotaj DS Najib, namun rakyat dapat melihat dengan jelas program Transformasi Kerajaan adalah sebuah kejujuran yang boleh diyakini dan dipercayai. Lihat sahaja pada 11hb Mei lalu di mana seramai seratus duapuluh ribu orang menghadiri perhimpunan aman di stadium Bukit Jalil menyatakan sokongan kepada kepimpinan UMNO yang diterajui oleh DS Najib.

Jadi apa mao kata lagi? Undi je lah BN untuk kesejahteraan semua.

TEPUK DADA TANYA IMAN WA CAKAP SAMA LU
DAP ANTI ISLAM & MELAYU
PKR KAKI PENIPU
PAS MATI KUTU DI BULI SEKUTU

Sabtu, 12 Mei 2012

100,000 LAWAN 30,000 PERUSUH BUSUK 3.0. POLIS SANTAI .. TAK KENA PUKUL PUN.


Ehh kenapa awek kumpulan limkokwing 1Malaysia koir ini tunjuk jari ?
Owwhhhh sebab ini rupanya ...

antara 100,000 orang yang hadir secara aman ...
ada yang duduk
ada yang berdiri
takde nak kecoh-kecoh pun cam BUSUK 3.0

lagi sebahagian peserta yang hadir dalam Perhimpunan Aman Tenteram
Polis pun dok senyum ...

Balik-balik UMNO jugak yang kena beri tunjuk ajar kepada pepuak Regim Pakatan Haramjadah Bejadah mengenai adab sopan dan tatasusila.
Kalau nak berhimpun tunjuk kekuatan beginilah caranya.
Orang awam pun tak jadi susah
Peniaga pun tak susah

Yea tak?
Bila Pakatan haramjadah nak belajar nie dan tukar sikap orang gasar mereka?
TEPUK DADA TANYA IMAN WA CAKAP SAMA LU
DAP ANTI ISLAM & MELAYU
PKR KAKI PENIPU
PAS MATI KUTU DI BULI SEKUTU

Jumaat, 11 Mei 2012

SELAMAT ULANGTAHUN PENUBUHAN UMNO KE 66 !

 

Menyoroti kembali sejarah UMNO yang tertubuh pada 11hb Mei 1946 kerana Melayu bangkit menentang gagasan Malayan Union. Akhirnya, perjuangan itu membawa kepada kemerdekaan pada 31hb Ogos, 1967. Tidak terhenti setakat itu, kemerdekaan itu diperpanjangkan ke Sabah dan Sarawak serta Singapura. Lahirlah MALAYSIA. Namun begitu, Singapura keluar dari MALAYSIA pada 1965.

Pada 1988 mahkamah memutuskan untuk membatalkan pendaftaran UMNO kerana kes UMNO 11. Pada waktu itu kecoh lah sikit. Pendaftaran UMNO diperbaharui kembali pada tahun yang sama dengan majoriti ahli lamanya didaftarkan semula dalam UMNO (BARU). Kontroversi ini menimbulkan banyak hujahan  mengelirukan orangramai mengenai status UMNO sekarang. Persoalan yang biasa ditimbulkan ialah adakah UMNO Baru ini UMNO lama? Pada pandangan anda sendiri bagaimana?

Pada pandangan hamba, ianya adalah sama dan serupa kerana ahli yang sama perjuangan yang sama dan semangat yang sama. Diberikan kehidupan kedua yang baru. Mana ada mana-mana parti di dunia ini mempunyai kehidupan kedua pun? Hanya UMNO sahaja terbukti berjaya sampai kepada kehidupan kedua. Kita pernah mendengar berlakunya kes 'kematian klinikal' dalam istilah perubatan.Itulah yang berlaku kepada UMNO. Sukar bagi musuh orang Melayu memusnahkan dan mematikan UMNO. Itu sudah terbukti pada 1988.


Sepanjang 66 tahun UMNO sentiasa diberikan nafas baru dan suntikan semangat baru bersesuaian dengan kehendak masa. Ulangtahun ke 66 sebenarnya adalah ulangtahun memperingati bagaimana kaum Melayu bersatu di bawah satu panji dengan satu tekad, satu semangat dan satu suara.

Sambutan ulangtahun ke 66 yang bermula pada 1hb Mei, 2012 - 13hb Mei 2012 yang kemuncaknya selama tiga hari bermula pada 11hb Mei, 2012 - 13hb Mei 2012 di Stadium Bukit Jalil adalah simbolisma mengumpulkan kembali orang Melayu Islam sepertimana pada tahun 1946 dahulu. Malah diharapkan ianya menjadi satu perhimpunan raksaksa perpaduan dan kesatuan Melayu Islam mengalahkan siri BUSUK. 

Berikut adalah acara majlis tersebut:-

Acara Sambutan Ulang Tahun UMNO 

8.45 mlm: 
- Penyerahan Bendera oleh YB DS DR Zahid & Pasukan bermotor
- Upacara menaikian bendera UMNO
8.55 mlm:
Ucapan YAB TPM

9.10 mlm:
Ucapan YAB PM
10.10 mlm
- Penyampaian Anugerah Tokoh Melayu Terbilang
10.20 mlm:
-Potong Pulut Kining
-Bunga Api

Bersurai

Jadi adakah anda mahu menilai sambutan ulangtahun sambutan ke 66 tersebut pada kacamata politik atau pada kacamata perpaduan dan kesatuan orang Melayu Islam ?

TEPUK DADA TANYA IMAN WA CAKAP SAMA LU
DAP ANTI ISLAM & MELAYU
PKR KAKI PENIPU
PAS MATI KUTU DI BULI SEKUTU 

12 HARI LAGI HIMPUNAN KE 10 TERBESAR .. JOM ADIK ABANG KAKAK.

 23hb Mei lagi dalam 12 hari je. Hari ini 11hb Mei 2012, ulangtahun ke 66 UMNO. Himpunan ini sudah diiktiraf sebagai Himpunan ke 10 Terbesar di dunia. Kalau tahun lepas sejuta lebih belia hadir, pada tahun ini dijangkakan lebih dari 2 juta belia dan pengunjung akan membanjiri setiap inci dan ruang yang disediakan. Selama lima hari sebanyak seribu persembahan, duapuluh dua persembahan pentas, lima ratus acara, tigapuluh lapan segmen dan acar paling ngetops ialah 6km bertemu belakang semua acara! 6km tu bersamaan dengan 6,000 meter. Kumpulan koir limkokwing 1 Malaysia pun turut hadir di program tersebut. Kalau sesiapa hendak bertemu muka lagi dengan mereka ... jangan segan silu hadirlah ke HBN pada 23hb Mei ini sehinggalah 27hb Mei ... Jom kita meriahkan suasana !




LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...