Ahad, 4 Mac 2012

WUJUDKAN PERSEPSI SALAH .. KORANG HENGAT HAMBA TAK TAU KE APA ILMU KORANG PAKAI?

 

Dalam tangan Hamba sekarang ialah segala taktik dan cara FITNAH TERANCANG pepuak jahat dalam Malaysia.Hamba nak kasitau kepada semua orang lah ada berpuluh Cara yang pepuak jahat gunakan untuk tunjuk mereka sentiasa betul dan benar. Benda ini takde sekur pun katak lompat kasitau. Akhirnya entah macam mana rahsia mereka jatuh juga ke tangan Hamba. Amacam Tukang-tukang Masak di Restoran Bangsar Utama, agak-agak korang lepas ni apalagi ilmu yang korang nak pakai?

Baiklah masuk cerita pasal Laksamana bersara awal, pasal LYNAS, pasal NFCorp, pasal Mat Maslan, pasal Rais Yatim dan terkini pasal Farid Ridzuan dan Amhari. Pepuak jahat tulis apa mengenainya? Meh kita kaji dan analisa berdasarkan kepada ILMU yang pepuak sinun gunakan. Wooo, lama tu pepuak jahat belajar kat Universiti Bangsar Utama dan di IKD.  Tu la pasal korang berhujah dengan diaorang pun korang kalah. Selama ini korang asik kena tipo jek.

Pepuak jahat menulis:-
This posting is referring to a Cabinet briefing on February 22 on 'social media network'. Yes, the one which PM's junior officer Amhari briefed (many questioned why a rookie was engaged for such an assignment).
This DS condemned new media such as blogs, news portals and twitters as 'being irrelevant and do not have any significant impact on readers'. Even pro-Umno and pro-BN bloggers, he said (as I was told by a minister who attended the briefing) are not helping the government at all, especially UMNO.
"This posting is referring to a Cabinet briefing on February 22 on 'social media network"
Tahukah anda bahawa setiap Mesyuarat Kabinet adalah RAHSIA? Dan setiap perbincangan didalamnya tertakluk kepada AKTA RAHSIA RASMI?

Hari dan bulan mangkuk tu ada sebut tapi tahun mangkuk itu tak sebut. Tengok balik apa mangkuk tu tulis: "This posting is referring to a Cabinet briefing on February 22"

Macamana mangkuk hayun itu plak boleh tau? Dah tentu mangkuk hayun tu tak tau! 

Kalau mangkuk hayun itu boleh tau , dari mana plak mangkuk hayun tu dapat tau? Kamon lah mangkuk hayun tu bukan Menteri Kebinet pun. Mangkuk tu pun tak ada dalam MESYUARAT KABINET walaupun mangkuk tu adalah wartawan.

Kalau mangkuk tu boleh tahu apa butiran dalam MESYUARAT KABINET sapa yang kasitau mangkuk tu?
Mangkuk tu tulis:-
he said (as I was told by a minister who attended the briefing) are not helping the government at all, especially UMNO.
Oit ! Kejap kata Amhari yang beri briefing pegawai junior yang mentah... pastu kata 'Datuk Seri ' plak yang buat briefing. Cepat betul Amhari dapat gelaran Datuk Seri yea.

Menteri mana plak tu mangkuk ooiiiiii. Mangkuk tu tulis cerita tak habis. Sekerat-sekerat nampak beno mangkuk tu nak nipo.

Kenapa dalam ramai wartawan yang aktif dan terkenal di Malaysia hanya mangkuk tu sahaja yang dapat tahu?

Mangkuk tu pegang jawatan MENTERI WARTAWAN ke?

Mangkuk tu boleh dipercayai ke?

Tidak ke benda ini semua PERSEPSI mangkuk tu sahaja?

PERSOALAN.
  1. Siapa suruh mangkuk tu buat cerita persepsi camtu?
  2. Apakah tujuan persepsi itu diwujudkan?
  3. Betul ke ada Briefing/ Taklimat Kabinet pada Febuari 22 (errr tahun mangkuk tu tak sebut lah)
Korang perhatikan betul-betul segala auta yang mangkuk tu tulis. Kemudian korang fikirlah sendiri. Benda yang sama digunakan oleh Rafizi dan Mak Lempira dalam memfitnah Kak Ijat dalam Isu NFCorp.

Benda yang sama pepuak jahat gunakan untuk memfitnah Papa Gomo.

Jadi korang faham-fahamlah kenapa Mat Maslan, Rais Yatim, Farid Redzuan dan seorang Menteri (Menteri apa tak tau lah sebab mangkuk tu tak cerita siapa sebab mangkuk tu saja nak buat cerita) mangkuk tu nak pekenakan. 

Hamba bagi klu lah sikit kat korang, cuba korang tengok kat wikipedia dan cari siapakah mangkuk tingkat yang selama ini menjadi penulis ucapan Hishamuddin Hussein Onn. Lepas tu korang email kat Papa Gomo tanya Papa Gomo sapa plak jadi PENASIHAT STRATEGI bagi kumpulan mangkuk tingkat tu. Amacam Panas tak Kerusi ?

TEPUK DADA TANYA IMAN!

YANG PENTING DS NAJIB DAPAT MANDAT BARU.

Hamba akan berpihak kepada pihak yang benar dalam semua isu berbangkit  tidak kira lah samada pihak yang benar itu tidak disukai oleh sahabat, rakan dan kawan dalam pasukan pejuang maya pro kerajaan , UMNO dan BN.  Matlamat Hamba sekarang ialah memastikan kemenangan dan mandat baru buat DS Najib walaupun Hamba tidak menerima satu sen atau di upah oleh DS Najib. Hamba melakukannya di atas kerelaan hamba sendiri.  

Sesekali hamba tidak akan menanam mana-mana sahabat, rakan dan kawan dalam pejuang maya UMNO. Kritikan dan teguran pedas Hamba hanya bertujuan memberikan kesedaran kepada mereka agar memilih jalan Wassatiyah sesama kita. Semuanya samada yang baru atau yang lama atau yang otai, hamba enggan bermusuh dengan kalian semua. 

Musuh hamba adalah jelas yakni hanya dari kalangan pencacai PAS PKR DAP sahaja. Inilah pendirian Hamba. Sepertimana yang pernah Hamba suarakan berkali-kali dalam semua perjumpaan, Hamba tidak meminta upah dan Hamba tidak peduli jika ada yang mengambil upah. Sebenarnya hamba tumpang gembira bagi mana-mana kawan yang memperolehi upah. Hamba tumpang bersedih bagi mana-mana kawan yang tidak mendapat upah.

Hamba tidak memaksa mana-mana orang untuk mengambil pendirian ini kerana pendirian ini tidak sesuai bagi sesetengah pihak. Pendirian ini memerlukan keyakinan yang amat tinggi kepada sifat. nama dan perbuatan Allah Ta'ala sebagai PEMBERI REZEKI. Kerana Hamba benar-benar yakin dan percaya bahawa rezeki berada dalam kekuasaan Allah Ta'ala dan disalurkan melalui  manusia-manusia lain. Bahkan Hamba juga benar-benar yakin dan percaya bahawa rezeki itu mampu datang ke rumah jika diizinkan oleh Allah Ta'ala. Asalkan saja kita mengmalkan "Jadda man Jadda" dengan penuh kejujuran. 

Kepada sahabat, rakan dan kawan seperjuangan pernahkah Hamba meminta upah walaupun satu sen selama ini daripada mana-mana pemimpin dan grup yang ada? Tapi pernah ada satu grup meminta izin menggunakan nama Hamba untuk meminta upah daripada pemimpin. Oleh itu kesimpulan Hamba adalah mudah mungkin rezeki mereka disalurkan melalui keizinan Hamba tersebut. Jadi fikir-fikirkanlah.

TEPUK DADA TANYA IMAN!

PKR ARAHKAN MB KEDAH BERCUTI DI HOTEL GAY NEW YORK.???!

Ada dua perkara yang menarik perhatian hamba. Pertama entri mymassa mengenai Hotel Gay Pertama di dunia di New York. Kedua entri GWM mengenai pergolakan terkini PAS Kedah, 

Di Selangor sejak Porno Regim mentadbirnya semakin banyak pusat hiburan yang menggalakan pelbagai jenis maksiat luar tabie tumbuh bagaikan cendawan. Sebelum ini ada beberapa entri mengenai bagaimana Porno Regim bakal mengutip Dana RM300 juta SelangorKu melalui industri pusat hiburan yakni bayaran yang dikenakan (RM50). Tambahan lagi Ketua Umum PKR Anwar Ibrahim pula kian rancak berkempen agar undang-undang melarang kegiatan seks luar tabie' dimansuhkan terus.Beliau pun sudah ke Mumbai India di negeri di mana kegiatan seks luar tabie' sudah dihalalkan. Belaiu juga kuat menyokong regim Zionis di mana Haifa terkenal sebagai Bandaraya Gay Terkemuka di Dunia. Jadi apa kaitannya dengan isu PAS Kedah pula?

Menurut GWM, Jawatankuasa PAS Pusat telah becadang mengusulkan MB Kedah Azizan bercuti. Manakala Sapudin Nasution atas arahan Anwar Ibrahim telah bertemu dengan Pahrolrazi secara tertutup. Rundingan damai antara puak Pahrolrazi dengan Azizan sentiasa menemui jalan buntu. Pada kali ini Azizan bertekad tidak akan tunduk kepada sebarang tekanan dan arahan PAS Pusat. 

Mahfuz Omar semakin galak kerana mengidamkan jawatan MB Kedah melalui proksinya Pahrolrazi Zawawi. Dikatakan beliau bercadang meletakkan Mohamed Taulan sebagai pengganti Azizan.Ianya sebagai satu tindakan wayang kulit sementara waktu memberikan laluan kepada Mahfuz Omar menjadi MB Kedah.

Jadi, kemanakah agaknya destinasi percutian berbayar penuh yang bakal di taja oleh PKR sepertimana tajaan PKR kepada Helmi Malik? Pada pandangan hamba kemungkinan besar ialah ke New York dan sudah tentulah ke Hotel Gay di New York. Kenapa? 

Korang pun sendiri maklum cara Modus Operandi PKR, buat baik sebab nak perkenankan orang. Siapa yang tahu pasal Hotel Gay di New York pun? Kalau benda tu tak didedahkan oleh mymassa, hamba pun tak tau. 

Dah tentulah PKR akan perkenakan Azizan nanti. Taja Azizan pergi bercuti ke New York duduk kat Hotel Gay sinun kemudian PKR pun pecah stori lah kat sapa-sapa yang  mereka kenal di kalangan UMNO. Macam DAP dengan MCA lah dalam isu PKFZ. Samalah dengan Modus Operandi dalam isu NFCORP. 

Bukankah dalam isu DUMC yang membawa kepada pemecatan Hasan Ali modus operandi yang sama juga digunakan oleh PKR untuk campurtangan di dalam PAS menghapuskan dan menguburkan semua pro Ulama' ?

TEPUK DADA TANYA IMAN!

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...