Ahad, 25 Disember 2011

FITNAH MEGA PAS: ADUN WAKAF BHARU KELANTAN BALUN POK NIK?

TERKINI, di fesbuk telah terjadi satu pertanyaan antara pelayar fesbuk dengan ADUN WAKAF BHARU yang bertanyakan komen ADUN Wakaf Bharu Kelantan berkenaan masalah bilangan jemaah yang amat kritikal di masjid mukim CB, hanya imam dan bilal sahaja yang hadir. 



Jawapan yang diberikan oleh ADUN Wakaf Bharu sungguh memeranjatkan. Belaiu telah memfitnah UMNO bertanggungjawab ke atas masalah tersebut. 

Adakah ADUN wakaf Bharu Kelantan ini sedar bahawa seluruh masjid di negeri Kelantan di bawah naungan KDYMM Sultan Kelantan sebagai KETUA RASMI AGAMA ISLAM DI KELANTAN di bawah seliaan MAIK. 

Adakah ADUN Wakaf Bharu menuduh KDYMM Sultan Kelantan dan MAIK bersengkongkol dengan UMNO berkenaan hal ehwal masjid?

Bukankah masjid tersebut di bawah tanggungjawabnya sebagai ADUN untuk memastikan anak mukim hadir ke masjid?

Kenapa perlu memfitnah UMNO pula? Apa kaitan UMNO dengan kegagalannya sebagai ADUN dalam parti yang perjuangkan ISLAM untuk mendidik anggota masyarakat solat berjemaah?

Atau adakah para jemaah di mukim tersebut sudah merasa jemu dan bosan dengan ceramah politik yang diselitkan dalam kuliah Maghrib?

Inilah mentaliti pemimpin PAS Kelantan. Taksub melebihi muatan. Mulut tak jaga. Salah sendiri tapi mempersalahkan pihak lain. Amalan apakah ini?

TEPUK DADA TANYA IMAN!

KANTOI ! DAP PENYUMBANG BESAR KEPADA KENAIKAN INDEKS RASUAH DI MALAYSIA.

Haiyaaa ... Wa Sutak Kantoi Mohong Musat ! Cilakak Manyak Suwey wooooo ... Najib Lu Manyak Bagus Perintah Malaysia.

FITNAH MEGA PAKATAN:
INDEKS PERSEPSI RASUAH.

Persepsi paling jahat yang dimainkan oleh DAP rasis melalui badan tajaan induk sekutunya Socialist International klik di sini SOCIALIST INTERNATIONAL iaitu Transparency International klik di sini TRANSPARENCY INTERNATIONAL (Transparensi Internasional adalah sebuah badan yang ditubuhkan oleh gagasan Sosialis Internasional, justeru itu lapurannya adalah prejudis) ialah mengenai CPI (Corruption Perception Index ) - Indeks PERSEPSI Rasuah. Ini yang tertera pada Transparensi Internasional mengenai badan itu:-
Since its founding in 1993......Politically non-partisan, TI does not undertake investigations of alleged corruption or expose individual cases, but at times will work in coalition with organisations that do.
 Terjemahan bebas :- 
Sejak penubuhannya pada 1993 ..... non-partisan politik, TI tidak menyiasat dakwaan rasuah atau mendedahkan kes-kes individual ,tetapi adakalanya berkerjasama dengan organisasi yang melakukannya.) 
Pautan ke Transparensi Internasional Malaysia di sini TI-M anda semaklah sendiri satu persatu Ahli Eksekutifnya samada benar TI-M merupakan sebuah badan yang non-partisan politik.

Kita perlu meneliti samada CPI yang dikeluarkan oleh TI-M tersebut boleh dipercayai atau tidak dan jika dipercayai apakah perspekstif yang boleh disimpulkan? Lihat jadual di bawah ini:-

Tempoh 
2001 - 2007 
Sebelum Pakatan tadbir 5 buah negeri kedudukan Malaysia antara 44 -33 dengan kadar turun naik 1 -3 anak tangga setahun.

2008 -2009
Malaysia mendadak naik ke paras 11 anak tangga . Ini semasa Pakatan tadbir Perak , Selangor, Pulau Pinang, Kelantan dan Kedah.

2009 - 2011 
Setelah Perak di ambil semula, tetapi Selangor, Pulau Pinang, Kedah dan Kelantan masih kekal di bawah tadbir Pakatan , Malaysia naik 4 anak tangga. 

Namun CPI score dari 2001 - 2011 menampakkan penurunan yang ketara kecuali pada tahun 2008 berlaku tsunami. 

Perhatikan juga jumlah negara-negara yang terlibat dalam bancian. Ada pertambahan dan pengurangan bilangan. 

Dengan menggunakan selektif data , Kit Siang dan DAP rasis memainkan FITNAH MEGA kononnya rasuah semakin meningkat semasa pentadbiran DS Najib. Helo, 4 buah negeri di bawah tadbiran Pakatan. Kita sendiri maklum mengenai kes TBH. Itu kes rasuah pihak mana? Begitu juga dengan dakwaan rasuah mengenai penyelewengan kuota kontrak bumiputera yang di sapu bersih oleh DAP rasis.

Sebelum 2008, kedudukan Malaysia tidak banyak berubah pun. Malah jika di lihat pada mata CPI ternyata semasa pentadbiran DS Najib, mata yang diperolehi oleh Malaysia semakin menunjukkan penurunan.

2008 - 5.1%  berbanding 180 buah negara
2009 - 4.5%  berbanding 180 buah negara
2010 - 4.4%  berbanding 178 buah negara
2011 - 4.3%  berbanding 178 buah negara.

Kalau rasuah semakin meningkat sudah tentulah mata CPI semakin meningkat kenapa pula semakin menurun ? Takkan Kit Siang pun gagal matematik dan tidak tahu membaca data? Alah kantoi alh apek tua Sosialis buat FITNAH MEGA. Menipu sahaja kerjanya.

Di sini kita melihat bahawa data CPI yang dikeluarkan mempunyai dua data bertentangan. Pertama, kedudukan anak tangga dan kedua jumlah mata CPI yang diperolehi. Hairan bukan?

Tapi yang nyata sebelum 2008, kedudukan Malaysia tidak banyak berubah tetapi selepas 2008 kedudukan Malaysia banyak berubah secara mendadak manakala mata CPI yang diperolehi semakin menurun.

Anda fikirlah sendiri. Apa yang nyata apek tua sosialis memang pandai putar belit seperti Anwar Ibrahim dengan data yang dikeluarkan oleh sebuah badan yang dilahirkan dari gagasan Sosialis Internasional yang mana parti apek tua sosialis (DAP rasis) itu menjadi ahlinya.

Siapa kelentong siapa? Baca seterusnya di sini OHPEMERHATI.

Kalau apek tua sosialis dan DAP rasis boleh menipu dalam bermacam isu, tidakkah ianya suatu indikasi bahawa mereka juga menipu melalui FITNAH MEGA data CPI , TI-M?

TEPUK DADA TANYA IMAN!

Sabtu, 24 Disember 2011

ANWAR & PKR BUKAN SEKUTU POLITIK YANG BAIK - DR CHEN?

Wa Tau Banyak Rahsia Maaaa .....

DR CHEN SEDANG GELABAH DAN TERAMAT RISAU.

Dr Chen yang diberikan gelaran oleh pemimpin DAP rasis sebagai Orangtua Hebat tidak lama lagi bakal di gelar sebagai Orangtua Habat. Beliau menjadi Penasihat Seumur Hidup bagi DAP dan jika beliau mati nanti CEC DAP akan menziarahi kuburnya untuk mendapat restu dari beliau. Begitulah kuatnya pengaruh Dr Chen ke atas pemimpin DAP rasis. Beliau sudah berusia lebih 80 tahun dan hampir kepada 90 tahun, lagi berbelas tahun cukup 100 tahun umurnya. Menurut sumber dari Guan Eng , Dr Chen ialah seorang Jesuit dari Tanah Besar China, lihat di bawah ini:

Dr Chen ibarat Pok Nik kepada DAP. Namun dalam pertelingkahan antara Karpal Singh dengan P.Ramasamy , Dr Chen gagal menyelesaikannya. 

Dr Chen sudah terlalu lama di dalam politik negara sejak sebelum Persekutuan Tanah Melayu 1948. Ini bermakna Dr Chen cukup mahir dan berpengalaman dalam sejarah politik negara. Terfikirkah anda bahawa sudah tentu beliau memerhatikan mana-mana pemimpin muda Melayu yang berpotensi untuk dijadikan alat tunggangan selama ini?  Sudah tentu juga beliau amat arif dengan segala pemikiran, tindak tanduk serta semangat mana-mana pemimpin politik di negara ini. Hukum akal tidak menolak kemungkinan besar beliau amat mengenali Anwar Ibrahim luar dan dalam. 

Jika demikian, Dr Chen sudah tentu amat tahu sikap Machiavelli Anwar Ibrahim. Sudah tentu beliau tahu Anwar Ibrahim adalah sekutu politik yang amat merbahaya bagi satu tempoh masa yang panjang. Jadi, pada fikiran anda adakah DAP rasis benar-benar mempercayai PAS dan PKR sebagai sekutu politik yang setaraf dengan mereka? 

Ingat, beliau juga hidup pada masa rusuhan kaum 13hb Mei 1969 dan fikirkan siapakah yang mentor kepada Lim Kit Siang pada waktu itu untuk melaungkan 'Malai Si ' (Mati Melayu)?

Berdasarkan kepada biodata Dr Chen Man Hin, beliau di bawa keluar dari Tanah Besar China ke Tanah Melayu pada tahun 1946. Pada tahun itu 1946 berlaku perang saudara antara Koumintang dengan Parti Komunis China pada skala yang besar. Jadi fikirkanlah apa yang telah menjadi acuan kepada pemikirannya yang diserapkan kepada perjuangan DAP rasis.

Justeru itu adakah anda berfikir bahawa DAP rasis akan memperjuangkan hak anda yang bukan berketurunan dari Tanah Besar China dan mempunyai hubung kait dengan Kuomintang? Fikir baik-baik. Siapakah anda di mata Dr Chen Man Hing yang lahir di Tanah Besar China?

TEPUK DADA TANYA IMAN!

KARPAL HALAU RAMASAMY, DR CHEN SAKIT KEPALA.

APO NAK DI KATO. Pada 2008 mereka berpakat untuk menyebar fitnah jahat. Berkempen keterlaluan. Mencetuskan dan membangkitkan kemarahan rakyat. Menghasut kaum India Malaysia berdemo dan bergaduh dengan Polis. Menuduh UMNO dan pemimpin UMNO dengan bermacam-macam tuduhan. Memaki hamun, sumpah seranah serta mengutuk UMNO. Mengadu domba MCA -MIC dengan UMNO. Melabelkan MCA sebagai pak turut dan di buli UMNO. Fitnah Terancang konon. 

Kini segala kejahatan yang mereka lakukan kembali semula kepada diri mereka. Pemimpin DAP sendiri yang berlagak sombong sentiasa bacul dan bersikap kurang ajar kepada pengundi Melayu dan India. 

Setelah 40 bulan mereka mula berantakan sesama sendiri. Beri lagi mereka tempoh 4 bulan. Insya Allahu Ta'ala anda akan melihat kemusnahan besar-besaran pakatan DAP PKR PAS.  Tiada gerakan subversif mahasiswa seperti SMM, BEBAS dan mana-mana NGO tajaan mereka atau mana-mana orang dan pihak mampu menyelamatkan Pakatan DAP PKR PAS dari kehancuran tersebut.

Baca sendiri apa yang di tulis  oleh Lim Kit Siang;


Baik DAP, PKR dan PAS tidak akan dapat menyelesaikan kemelut pertelingkahan dan perbalahan sesama mereka sendiri. 

Terkini cabaran berbentuk ugutan Karpal Singh kepada P Ramasamy untuk meletak jawatan amat jelas. Jika sasarannya adalah untuk meraih simpati dan meletakkan kesalahan itu kepada UMNO itu merupakan tindakan yang mempercepatkan lagi pakatan DAP PKR PAS berkubur. 

Jelas dari twitter Lim Kit Siang beliau hanya mahu 'Kepercayaan Popular' dan bukan berkhidmat kepada rakyat.

Flip - Flop sebegini akan bertambah banyak terjadi di dalam 4 bulan ini yakni 120 hari. Jika ini difikirkan oleh kepimpinan Pakatan DAP PKR PAS untuk mencetuskan dan memangkin gerakan REVOLUSI BUNGA RAYA dengan LAUNGAN BERSATU DAN BERPADU pada KONVENSYEN PAKATAN DISEMBER INI , nyatalah laungan itu merupakan TALQIN buat mereka. 

FITNAH TERANCANG TIDAK AKAN MAMPU MENGALAHKAN WALAUPUN SEBUTIR KEBENARAN SEBESAR PASIR YANG BERTERBANGAN.

TEPUK DADA TANYA IMAN!

SEBAB ITU HAMBA BERBANGGA DENGAN PAPA GOMO .. KEJUJURANNYA.

Porsche ini sebenarnya Milik Hamba Bukan Milik Papa Gomo Tapi Pinjam sekejap Untuk Papar Dalam Blog. Bukan Hasil Duit Merompak Tapi Hasil Titik Peluh Bekerja Keras Sejak 1991 Dan Melibatkan diri Dalam Industri Gaharu.

Silalah baca artikel PAPA GOMO mengenai kontroversi yang cuba ditimbulkan oleh Nik Nazmi mengenai peruntukkan yang di terima oleh Rocky Ngah sejumlah RM10 juta daripada DS Najib. Menurut Papa Gomo setahunya Rocky Ngah hanya menerima RM4 juta untuk portal THE MOLE bagi memujuk undi golongan atasan. 

Hamba bersetuju dengan pendapat Papa Gomo bahawa itu adalah rezeki Rocky Ngah. Malah Kickdefella pun pernah mengakui menerima RM4 juta daripada PAS untuk tumbangkan BN. Kumpulan Jingga 13 pun menerima peruntukkan RM100,000 sebulan daripada pentadbiran Khalid Gagap. Topeng Perak menerima RM2 juta daripada Pakatan DAP PKR PAS. 

UMB di bawah Tun Faisal pun menerima RM300 ribu sebulan sebagai sayap jentera rasmi parti. Apa ada hal pun? UMB Sarawak pun menerima RM2 jua semasa PRN Sarawak sebagai jentera rasmi parti. Apa ada hal pun?

Kami pejuang maya tidak bertuan tidak ambil kisah atau hendak sakit hati pun. Apalah yang hendak disembunyikan sangat menerima peruntukkan. Hari ini mereka menerima rezeki esuk lusa kalau kami pula yang menerimanya jangan lah marah-marah sebab selama ini kami berusaha sendiri.

Bagi hamba pula apa hamba hendak kisah pun berapa banyak mereka dapat. Itukan sudah rezeki mereka. Hamba cuma menuntut KEJUJURAN. Selama ini mereka asik bercakap tidak pernah mendapat peruntukkan. Itu menipu namanya. Tak baiklah.

Hamba tidak berminat hendak duduk dalam mana-mana kem yang hamba berminat ialah bersama dengan mereka yang JUJUR dalam BERJUANG.

TEPUK DADA TANYA IMAN!

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...