Ahad, 18 Disember 2011

DR NOVANDRI BELASAH ANWAR & KEADILANDAILY SAMPAI ICU.




 K.A.N.T.O.I 
ANWAR IBRAHIM & KEADILANDAILY DILONDEHKAN DR. NOVANDRI DALAM ISU IMF & BANK DUNIA.



Pertama sekali kita kenalpasti samada IMF dengan BANK DUNIA adalah entiti yang sama atau entiti yang berbeza. Maklumat yang tepat ialah daripada sumber laman sesawang rasmi keduanya. Mari kita baca dan fahami.

BANK DUNIA
Laman sesawang :- http://web.worldbank.org/



Jelaslah bahawa BANK DUNIA pun tidak mengakui mereka adalah milik atau subsidiari IMF. BANK DUNIA adalah sebuah institusi pembangunan unik dimiliki oleh 187 negara ahlinya termasuklah Malaysia. Sekarang kita lihat pula IMF.

IMF (INTERNATIONAL MONETARY FUND)
Laman sesawang rasmi:- http://www.imf.org/external/



Jelaslah keduanya IMF dan BANK DUNIA adalah dua entiti berbeza.

ISU YANG DIBANGKITKAN & PENYELEWENGAN FAKTA OLEH ANWAR IBRAHIM DAN KEADILAN DAILY.

Artikel Yang Keluar Topik & Sengaja Mengelirukan Fakta.

Isu berbangkit ialah mengenai KRISIS EKONOMI 1997-1998 di mana Anwar Ibrahim sudah mahu mengambil pakej IMF bukan BANK DUNIA. 

Tun Dr Mahathir telah menolak cadangan dan usul Anwar Ibrahim tersebut. Jadi apa kena mengena dengan BANK DUNIA pula? Bukan pakej BANK DUNIA yang di tolak tetapi pakej IMF. 

Pakej BANK DUNIA dan pakej IMF adalah berbeza samasekali. Ianya tidak sama langsung. Pakej IMF ialah pada krisis 1997-1998 dan bukannya pada tahun 1999.

Entiti yang berbeza, pakej yang berbeza malah tahunnya pun berbeza. 

Menolak pakej IMF dan kemudiannya mengambil pakej BANK DUNIA bukan bermakna mengambil pakej yang serupa dan sama. Jelaslah Anwar Ibrahim dan KeadilanDaily memperbodohkan diri sendiri pada tahap memalukan sungguh. 

Lihat prestasi Malaysia membayar balik kesemua pinjaman di bawah pakej BANK DUNIA.


HUTANG LANGSAI !

Baca seterusnya di sini DR NOVANDRI 

KESIMPULANNYA :
  1. Anwar Ibrahim dan KeadilanDaily lah yang memutarbelitkan fakta dan berbohong mengenai isu berbangkit.
  2. Pakej yang di tolak ialah PAKEJ IMF pada krisis ekonomi 1997-1998 dan bukan pakej BANK DUNIA.
  3. Krisis ekonomi berlaku pada 1997-1998 dan bukannya pada tahun 1999.
Bagaimanakah cabaran Tun Dr Mahathir kepada Anwar Ibrahim agar menunjukkan SURAT YANG DITULISNYA kepada BANK DUNIA? Ada ke? Setelah anda membaca artikel Dr Novandri dan penjelasan dalam artikel, tidakkah anda mahu ketawa kuat-kuat kepada pembohongan dan putar belit Anwar Ibrahim dan KeadilanDaily? sudah tentu!

TEPUK DADA TANYA IMAN!

NAK TANYA BETUL KE BLOGER BN/UMNO BERPECAH BELAH?

SOALAN TERBUKA & TIADA HADIAH MISTERI.

Artikel ini secara rambang (bukan seks rambang atau liwat rambang) berkenaan dakwaan mengatakan bloger BN/UMNO berpecah belah dan suka menyerang sama sendiri. 

Hamba nak tanya lah mengkritik dan menegur sesama sendiri pun kira bergaduh ke? Biasalah lagikan lidah tergigit inikan pula sesama bloger. Lagipun bukan semua terlibat. Bloger-bloger lain tidak ada yang terlibat. Takkanlah kerana hamba dan Papa Gomo menegur dan membuat kritikan keras terhadap BigDog dan Tun Faisal maka di buat deduksi bahawa  semua pejuang maya pro BN/UMNO bergadoh? Kenapa begitu takut kena kritik dan menerima teguran? Kenapa hendak membabitkan orang lain yang tidak ada kena mengena pun?

Helo ! Siapa BigDog dan Tun Faisal sehinggakan mengkritik mereka disamakan dengan bergaduh dengan semua bloger pro BN? Kritik dan menegur pun di kira bergadoh ker? Kata bawak Pembaharuan dan Politik Baru. Pembaharuan dan Politik Baru apakejadahnya ini?

Bila kena kritik dan di tegur keras kenapa beri alasan tak masuk akal? Welaweh macam sotong je peelnya. Tak layak jadi pemimpin camtu.

Sepatutnya pihak yang kena kritik lah pertahankan pendirian mereka. Mampukah mereka mengkritik dan pada masa yang sama boleh ngeteh bersama? Hamba dah banyak cuba, setakat ini hanya Papa Gomo , bloger otai dan bloger APA serta Double Y  termasuklah gerombolan bloger Pulau Pinang yang boleh camtu. 

Air dicincang takkan putus kecualilah air keruh di Kelantan dan di Selangor. Masa kecik-kecik dulu berapa biji penumbuk singgah di muka adik beradik sendiri? Tapi putus saudara tak? Siapa pulak yang bertanding jadi calun ? Hamba dari dulu pun tak nak jadi Wakil Rakyat , nak mampus berjawab di akhirat kelak. Be matured please. 

TEPUK DADA TANYA IMAN!

KONVESYEN MEDIA DAP GAGAL TARIK PENYERTAAN.

50 ORANG SAHAJA YANG DATANG MENGABIHKAN DUIT PEMBAYAR CUKAI!


Orang Tak suka Tengok muka Cantik Saya ker?
Lu Sutak Kawin Tatak Cun Lagi Maa

Itu dua ekor tu tengah ngutuk aku lah .....
Tensyen betul la .... Tak Ramai yang Datang.


Bosan Betul Lahh Apa lah Yang Diaorg merepek tur?


Gua korek Hidung Lagi bagus


Bila Mahu Habis ?.....
Tak Ramai yang hadir kan 

Wajah-wajah yang hadir semuanya berwajah ketat dan tidak ceria seolah-olah terpaksa hadir untuk mengisi kerusi-kerusi yang ada. Kemungkinan besar yang hadir pun tidak semua mempunyai akaun fesbuk, twitter dan blog. 

PEMBACA BLOG DOUBLE Y KRITIK H2O HISHAMUDDIN.

ADUAN PEMBACA BLOG.

Tertarik dengan artikel rakan bloger DOUBLE Y yang menerbitkan semula aduan seorang pembaca blog mengenai Sistem Pemutihan. Pada pendapat hamba ianya perlu diberikan perhatian serius oleh pihak berkenaan untuk memperbetulkan keadaan agar tidak mempalitkan kepada Barisan Nasional -UMNO. Untuk kebaikan dan manafaat bersama, Hamba terbitkan semula di sini;-
Shahrul Azman Bin Alang Saidi said... 
Kenyataan sebelum ini, KDN buntu kerana PATI tidak respons program pemutihan ini. Sebenarnya, Bukan Salah PATI, dan bukan Salah Majikan, ini salah KDN sebab, dari mula KDN tidak konsisten dalam membuat keputusan.  
Apabila tidak tegas, ramailah yang besar kepala memberi idea ini dan itu... akhirnya timbullah segala macam peraturan yang perlu di patuhi. Katanya one stop centre, tetapi Majikan kena juga menghadap Jabatan Tenaga Kerja. 
Sebagai seorang yang terlibat dari mula program ini sehingga kini, saya menilai SISTEM yang digunapakai tidak pernah diujiguna terlebih dahulu. Sepatutnya dengan penggunaan segala kemudahan ICT semuanya semakin mudah dan user friendly, tetapi hakikatnya perbagai redtape yang dilalui. 
Sebagai pemain kecil dalam program ini saya merasa pihak MAMPU perlu memberi pandangan. 
Pusat pemprosesan Program ini hanya di buka di Putrajaya (kelmarin baru mula di Johor Bahru) tidak mungkin menampung kesemua majikan. Tidak semua yang benar-benar mempunyai kemampuan untuk turun dan naik berkali-kali sepanjang program pemutihan ini. Maka akibatnya hanya kurang 5% sahaja PATI yang berjaya diputihkan sehingga kini.  
Penempatan pegawai pegawai pemproses yang muda dan tidak berpengalaman. Ini juga menyulitkan proses permohonan yang menyebabkan proses menjadi rigid dan tidak mesra pelanggan. 
Apabila susah, ada redtape untuk mendapat kelulusan mesti ada kosnya. Maka segala redtape inilah yang meningkatkan kos pengurusan buruh asing. Dikatakan bahawa sekarang ini , bagi kos mengurus kelulusan ini meningkat hampir 100%. Tidakkah ini akan membebankan lagi para Majikan? 
Faktor masa juga tidak bersesuaian. Nampak sangat KDN tidak sensitif terhadap bulan ramadan (proses pendaftaran PATI dahulu) dan juga hujung tahun. Pada masa inilah Majikan memerlukan belanja yang lebih bagi tujuan-tujuan perayaan, belanja buka sekolah , pembayaran bonus pekerja dan lain-lain lagi. Masa untuk Program Pemutihan ini juga agak singkat (adalah diharapkan dilanjutkan lagi untuk beberapa bulan). 
Lagi satu siapa dibelakang NERS ini- peralatan tumbprint yang dikatakan tercanggih itu? Harap-harap adalah pihak yang menyiasat siapa mereka dan apa faedah yang mereka dapat. Tetapi sebelum itu apa dia kretaria untuk memilih sistem NERS ini? Tiadakah sistem yang lebih baik dan terbaharu lagikah sekarang ini? 
Akhirnya, diharapkan pihak KDN lebih bertanggungjawap dan jangan syok sendiri. Bila terdesak barulah pandai cari semua Stakeholders tanya pendapat, masa itulah panggil orang kedutaan, panggil syarikat pengurusan, panggil majikan dsbnya. 
Sebelum itu mereka angkuh dan syok sendiri dengan angka-angka pencapaian semasa proses pendaftaran terdahulu, tanpa sedar bahawa pencapaian terdahulu tidak mungkin tercapai tanpa kerjasama dan usaha bertungkus lumus pihak swasta baik pihak majikan , agen, syarikat pengurusan malah PATI itu sendiri! 
P/s : saya tweet DS Hisham menteri KDN pasal program 6p dia tak jawap, tapi orang lain tweet pasal makan biskut munchy, pasal motor besar, pasal bini dia lawa dia jawap. 
Hapa punya menteri! Tak pelik kenapa KDN tak sensitif dan tidak bertanggungjawap, sebab MENTERInya macam itu!,  
Maaflah saya pun orang UMNO tapi Menteri UMNO macam ini merosakkan negara!Atau mungkin bukan orang UMNO yang buat keputusan ini, sebaliknya puak-puak PTD sahaja nak buat eksperimen, jika 'ok" nama diorang naik, jika "tak ok" Menteri yang kena (boleh jadi jugak!!!). Sebab kes terdahulu sudah banyak budak-budak PTD ni Sabotage program kerajaan.  
Whatever yang pasti Menteri dan Penasihat-penasihatnya termasuk budak-budak mentah PTD ini been ill-advised dan slow learner! 
Saya berharap pihak yang bertanggungjawap mengotak katik kan program ini di kenakan tindakan tatatertib kerana mencaca merbakan program kerajaan , merugikan masa rakyat, menyusahkan rakyat, merugikan duit tax payer, menjadikan program besar ini bahan ketawa peringkat antarabangsa dan merosakkan nama baik kerajaan Barisan Nasional!

 TEPUK DADA TANYA IMAN!

KELDAI PUN LEBIH CERDIK DARI SOLIDARITI MAHASISWA MALAYSIA (SMM)

BERHENTI BELAJAR JIKA KEMARUK SANGAT HENDAK BERPOLITIK RAMAI LAGI ANAK MUDA MELAYU YANG HENDAK BELAJAR DI IPTA.


Tun Dr Mahathir telah memberikan nasihat kepada para mahabahlol yang sangat kemarok hendak berpolitik daripada belajar.  Buat malu agama bangsa dan negara sahaja. diberikan peluang untuk belajar sampai menjadi cerdik pandai tetapi memandai-mandai hendak berpolitik sampai terabai pelajaran. Bahlol yang amat sangat. Nasihat hamba kepada segelintir mahabahlol yang kemarok hendak berpolitik ialah BERHENTI SAJA BELAJAR BERIKAN PELUANG ITU KEPADA ANAK-ANAK MUDA MELAYU YANG TAHU NILAI SEBUAH PELUANG BELAJAR DI IPTA. 

Berpolitiklah selepas itu sepuas kamu asalkan saja tempat yang dikosongkan oleh kamu itu diisikan oleh anak muda Melayu lain yang benar-benar hendak belajar dan menjadi lebih cerdik daripada kamu semua. Kamu semua dalam SMM dan kemarok hendak berpolitik bukannya cerdik tapi amat bahlol sehinggakan keldai pun lebih cerdik daripada kebahlolan kamu. Berhentilah belajar! Biar anak muda Melayu lain mengisi tempat anda !

TEPUK DADA TANYA IMAN!

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...