Ahad, 16 Oktober 2011

PAPA GOMO BERCERITA FASAL NENEN RM200,000.00.


Papa Gomo menceritakan sebuah cerita hangat (bukan prono) mengenai seorang VVVIP telah membayar sejumlah RM200,000.00 untuk menutup kesalahan anak lelakinya mencabul kehormatan rakan sekolahnya. Hendak tahu lebih lanjut? Klik di sini EMPAYAR PEMUDA. Papa Gomo, video zina siam bang Nuo bila nak keluar? 

TEPUK DADA TANYA IMAN!

GENERASI MUDA MENOLAK DAP-PKR-PAS.


Anak kecil ini juga bertanya, " BILAKAH PAS AKAN LAKSANAKAN HUDUD DI KELANTAN? Kan nenda Tun Dr Mahathir sudah tiada dalam kerajaan'

TEPUK DADA TANYA IMAN!


BILAKAH DAP-PKR-PAS BERLAKU ADIL SAKSAMA?



DS NAJIB. Ini seorang Pemimpin bukan Pembunuh Altantuya. Sebagai seorang pemimpin berwibawa sudah tentu ramai yang mencemburui kejayaan, kedudukan dan kewibawaan DS Najib. Seorang pemimpin baik memang ramai berusaha hendak menjatuhkan, mengaibkan dan memalukannya. Resam budaya Melayu seperti cerita ketam dalam bakul.  DS Najib mengotakan setiap janji yang beliau buat kepada RAKYAT. Berlaku adil saksama kepada semua lapisan masyarakat. Belaiu menyedari peri penting menjadi seorang pemerintah adil saksama.Berfikiran jauh dan bertindak pragmatik. Beliau melaksanakan tuntutan untuk berlaku adil saksama kepada orang Islam dan orang bukan Islam di negara ini. BAJET 2012 merupakan penzahiran kepada komitmen tinggi DS Najib mengetuai UMNO/BN. BARISAN NASIONAL kini menyambung legasi sebagai pemerintah Adil dan Saksama sejak 54 tahun dulu.

Pernahkah DAP-PKR-PAS selama ini menzahirkan sebarang bentuk polisi awam, halatuju politik dan kemuafakatan untuk menjadi sebuah pemerintah adil dan saksama? Buku Jinggay bukanlah penzahiran bagi sebuah pemerintahan adil dan saksama. Ianya adalah penzahiran kontradiksi-kontradiksi yang membawa kepada kemusnahan, ketidakadilan dan kesengsaraan. Menyuburkan nepotisma, kronisma dan rasuah dalam jangkamasa pendek dan panjang.

SELAMAT MENOLAK DAP-PKR-PAS PADA PRU 13 NANTI YEA.

TEPUK DADA TANYA IMAN!

Sabtu, 15 Oktober 2011

ANWAR IBRAHIM SAKIT HATI BUKANNYA SAKIT BELAKANG.

GAMBAR ADALAH SERIBU PERKATAAN. 



Tak boleh membongkok?
Tak boleh memusingkan badan?
Ha ... ha ... ha .....
Tengok !


siakap senohong
gelama ikan duri
Sikap berbohong
lama-lama K A N T O I sendiri.

TEPUK DADA TANYA IMAN!

MELAYU

MELAYU. Macam-macam hal. Apa yang hendak diceritakan di sini? Ada Melayu hendak Melayu. Ada Melayu tidak mahu Melayu. Anihnya, ada Melayu tak nak mengaku Melayu. Apa sudah jadi? Ada Melayu tuduh UMNO penyebab Melayu jadi lemah. Kalau dimusnahkan UMNO maka Melayu jadi kuat semula. Hairannya, di Selangor, di Perak, di Pulau Pinang dan di Kedah tempat di mana UMNO dikalahkan dalam PRU 12 lalu, Melayu masih tidak kuat juga. Jadi UMNO bukanlah faktor utama kelemahan Melayu.

Lebih anih lagi, di mana UMNO dikalahkah di situ Melayu kena halau secara terang-terangan. Lihat apa terjadi di Pulau Pinang. Kg Sg. Kerandang di Selangor.Malah di Perak hampir-hampir lagi Melayu merempat bila UMNO dikalahkan.

Terlebih anih ialah selama 21 tahun Kelantan di perintah oleh puak Melayu yang tidak mahu mengaku Melayu nasib Melayu tidak sebaik mana-mana Melayu di mana UMNO kuat. DAP-PKR-PAS tuduh UMNO ini Rasis. Diskriminasi. Menindas kaum lain. Ajaibnya jika benar begitu kenapa ramai Cina dan India boleh menjadi kaya raya semasa UMNO kuat?

Apakah dan dimanakah punca masalah Melayu sebenarnya? Pada UMNOkah? PASkah? PKRkah? DAPkah? Isu ini akan di kupas kerana pada masa ini dan sejak dulu lagi isu ini sentiasa di kupas tapi tiada jawapan yang memuaskan.

Tun Dr Mahahtir kata dalam sepuluh tahun lagi Melayu bakal menghadapi masalah kehilangan ekonomi, kuasa politik dan budaya jika corak perpecahan yang berlaku pada hari ini masih berterusan.

Cuba kita renungkan ini, dalam perlawanan bolasepak, Melayu sama Melayu pun boleh bergaduh. Pelik kan.

TEPUK DADA TANYA IMAN! 

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...