Jumaat, 14 Oktober 2011

PAPA GOMO BUAT HAL LAGI.


PAPA GOMO. Pembaca semua patut mengikuti pendedahan demi pendedahan yang di buat oleh Papa Gomo mengenai muslihat PAS meraih undi. Walaupun artikelnya panjang , silalah luangkan masa anda untuk mencerna dan membacanya, Ianya penting kerana selepas ini PAS akan menerbitkan sebuah kilp video seks. Kemudiannya akan menyalahan UMNO mengenainya. 

Kontradiksi yang cuba dicetuskan oleh PAS ini adalah kaedah sama yang pernah digunakan oleh kelompok PAS semasa pilihanraya kampus tidak lama dulu. Anda tentu masih ingat mengenai isu kepala babi dalam surau UM tidak lama dulu? Itu semua kerja orang PAS. Ini didedahkan dengan begitu baik oleh Papa Gomo. Ikuti siri pendedahan Papa Gomo di sini EKSKLUSIF PENDEDAHAN KONSPIRASI PAS MERAIH UNDI

Hamba akan menyusuli pendedahan tersebut selepas Papa Gomo selesai melakukan tugasnya terlebih dahulu. Seterusnya, ada lagi pendedahan mengenai kelakuan buruk Anwar Ibrahim. Itu juga akan hamba susuli. 

Begitu juga mengenai pendedahan gambar superimposed DS Najib bagi menajamkan lagi kontradiksi yang telah dicetuskan oleh DAP dalam isu DUMC.

Terakhir, pendedahan mengenai Konpirasi Jahat DAP Mendalangi Murtad bagi menimbulkan Kontradiksi di antara institusi Raja-raja, penganut agama Islam dengan penganut agama Kristian. Ianya berkait rapat pula dengan sentimen yang cuba dicetuskan melalui gambar superimposed DS Najib. 

Hamba menyeru semua pemilih dan anak muda Malaysia agak tidak terpengaruh dengan kontradiksi-kontradiksi yang cuba dicetuskan oleh Pakatan Tipo Rakyat terutamanya DAP. Anda semua mencari KEBENARAN. Anda hanya akan menjumpainya bukan di dalam kontradiksi-kontradiksi isu berbangkit tetapi di dalam diri masing-masing. 

Hapuskan prejudis dan syak wasangka dalam hati dan pemikiran anda barulah anda ketemui KEBENARAN.

SELAMAT MENOLAK DAP-PKR-PAS PADA PRU 13 NANTI YEA.

TEPUK DADA TANYA IMAN!


EKSKLUSIF: RAHSIA BESAR BERSIH 2.0 DIRUNGKAI. SIRI 3 (AKHIR)

 DIALEKTIKA & KONTRADIKSI IDEOLOGI POLITIK DI MALAYSIA. 


وَكَيْفَ تَصْبِرُ عَلَىٰ مَا لَمْ تُحِطْ بِهِ خُبْرًا
Dan bagaimana engkau akan bersabar ke atas perkara yang engkau  tidak mengetahuinya secara meliputi 
(ayat 68 Surah Al Kahfi- Peringatan daripada Nabi Khidir a.s. kepada Nabi Musa a.s.)

Tun Dr Mahathir (TDM) telah mengeluarkan Amaran mengenai bahaya kontradiksi dalaman yang sedang berlaku di dalam UMNO. Amaran TDM ini yang dikehendaki oleh Pakatan Tipo Rakyat sepertimana yang di tulis oleh pemikir mereka yang menulis: 
Kontradiksi-kontradiksi kecil didalam parti ini menjadi besar dan bertambah tajam. Umum mengetahui tentang Muhyiddin Yassin yang memiliki cita-cita untuk duduk di kerusi Presiden party. Ini bukan dongeng. Ini realpolitik. Politik jalan raya 9 Julai dahulu telah menajamkan lagi kontradiksi antara Najib dengan Muhyiddin. 
Umum tidak mengetahui bahawa kontradiksi antara DS Najib dengan Muhyiddin sebenarnya tidak wujud. Tetapi pemikir Pakatan Tipo Rakyat sengaja menimbulkannya bagi mengujudkan kontradiksi di antara ahli-ahli UMNO. Bila kontradiksi berlaku sudah tentulah satu suasana dialektika akan terhasil. Di mana mereka mengharapkan akan berlakunya satu perubahan.

Pemikir Pakatan Tipo Rakyat mengambil kesempatan membina sebuah persepsi kononnya berlaku kontradiksi berdasarkan kepada perbezaan pendapat yang berlaku dalam pimpinan UMNO, menulis:
Kontradiksi didalam United Malay National Organisation semakin meruncing. Perbalahan antara mereka sesama sendiri semakin dilihat jelas oleh umum. Najib sesudah 9 Julai kelihatan lebih terpinggir. Kontradiksi ini telah menjemput sosok-sosok yang telah diketepikan atau dinafikan projek oleh Najib menjadi berani untuk bersuara. Mereka mula berkumpul di bawah payung Muhyiddin. Semua ini tidak akan berlaku jika tidak ada politik jalan raya 9 Julai dahulu. 
Pemikir tersebut berusaha menimbulkan persepsi berlakunya kontradiksi di kalangan pemimpin UMNO dengan menaburkan Fitnah ke atas mereka. Fitnah itu di tulis:
Sesudah 9 Julai kita lihat bagaimana Tengku Razaleigh, Khairy Jamaluddin dan Saifuddin Abdullah memiliki pandangan yang berbeza dari Najib. Kita juga lihat bagaimana Muhyiddin sendiri tidak berkata apa apa tentang Bersih. Tuduh menuduh ini semakin kalut apabila Hishamudin Hussein mengeluarkan kenyataan bahawa kuasa telah diberikan kepada pihak polis untuk menangani dengan cara polis. Hishamudin kemudian diikuti pula oleh sepupunya. Satu minggu sebelum 9 Julai kelihatan Malaysia telah menjadi negara anak bini dan sepupu. Kontradiksi yang dibawa oleh tunjuk perasaan 9 Julai semakin tajam. 
Akhirnya pemikir Pakatan Tipo Rakyat itu menampakkan NIAT JAHAT mereka dengan menulis:-
Apa yang saya gambarkan disini ialah politik jalan raya dan tunjuk perasaan telah melahirkan kontradiksi dikalangan elit politik. Lebih lama demonstrasi berlaku lebih tajam kontradiksi yang akan mucul dikalangan elit politik, elit ekonomi dan elit tentera. Apabila orang ramai semakin berani bersuara dan anak anak muda terus keluar ke jalan raya maka semua ini akan menjadi tekanan kepada elit politik. Tekanan ini menjadi kontradiski. Kontradiksi ini akan pecah apabila elit politik akan mula tuduh menuduh sesama sendiri. 
Memecahbelahkan manusia adalah perkara yang di larang dalam ISLAM. Ternyata Pemikir tersebut bukanlah orang Melayu tetapi ahli politik DAP. Ini berdasarkan kepada Sasaran Utama nya ialah pemimpin UMNO yang di anggap sebagai Elit. Hanya seorang Sosialis Tegar akan membicarakan kontradiksi, kelas elit dan dialektika dengan gaya penyampaian sedemikian. 

Justeru itu, DAP merupakan unsur yang paling merbahaya kepada keamanan dan kesejahteraan negara.  Memecahbelahkan Perpaduan Melayu adalah TEMA UTAMA perjuangan DAP. Jadi adakah semua mahu memberikan sumbangan dan menjayakan PERJUANGAN DAP tersebut? Fikirkan.

TEPUK DADA TANYA IMAN

EKSKLUSIF: RAHSIA BESAR BERSIH 2.0 DIRUNGKAI. SIRI 2

DIALEKTIKA & KONTRADIKSI IDEOLOGI POLITIK DI MALAYSIA. 


وَكَيْفَ تَصْبِرُ عَلَىٰ مَا لَمْ تُحِطْ بِهِ خُبْرًا
Dan bagaimana engkau akan bersabar ke atas perkara yang engkau  tidak mengetahuinya secara meliputi 
(ayat 68 Surah Al Kahfi- Peringatan daripada Nabi Khidir a.s. kepada Nabi Musa a.s.)

BERSIH digunakan sebagai satu gerak kerja atau Alat Politik bagi menghasilkan Kontradiksi bertujuan melahirkan sesuatu yang baru. Inilah juga yang di bawa oleh pemikiran Politik Baru. Sasaran Utama ialah menajamkan lagi kontradiksi-kontradiksi yang sedia ada dalam 'golongan elit' UMNO dan antara rakyat dengan UMNO.

Seterus di tulis:-
Adalah salah jika kita berpendapat bahawa tunjukan perasaan telah menjatuhkan Sukarno, Raja Iran, atau Mubarak di Mesir. Ini tidak betul. 
Tidak ada kerajaan jatuh kerana tunjukan perasaan. Ahmad Reza Pahlevi di Tehran jatuh bukan kerana tunjuk perasaan. Mubarak di Khaerah jatuh bukan kerana tunjuk perasaan. First Lady Leila Trebelsi bersama Ben Ali lari dengan 1 tan jongkong emas ke Saudi Arabia bukan kerana tunjuk perasaan. Kalau bukan kerana tunjuk perasaan kerana apa rejim-rejim ini runtuh? 
Tunjuk perasaan itu hanyalah alat politik yang paling ampoh untuk melahir satu kontradiksi dikalangan elit pemerentah. 
Untuk memahami ini mari kita lihat apa yang terjadi sebelum, ketika dan sesudah 9 Julai yang lalu. Dengan melihat dan memahami 9 Julai diharapkan para pembaca akan dapat memahami apa itu kontradiksi dan apa itu dialektika. 
Apabila orang ramai mula turun ke jalan raya apa yang berlalu ialah kontradiksi bertambah tajam. Ertinya berlaku pertentagan anatara dua pihak – rakyat dengan United Malay National Organisation – semakin tajam. 
Suasana ini adalah dialektika yang baik dalam perjuangan politik. Pada 9 Julai lalu, Najib Razak yang mewakili United Malay National Organisation kini berhadapan dengan ujian dan dugaan dari rakyat. 
Bukan BERSIH sahaja yang digunakan oleh Pakatan Tipo Rakyat untuk menghasilkan dan menajamkan Kontradiksi sedia ada bagi menghasilkan suasana dialektika. Bahkan isu-isu berikut juga digunakan oleh mereka bagi menghasilkan suasana dialektika melalui kontradiksi, seperti berikut:

  • Isu Hudud.
  • Isu Murtad
  • Isu Institusi Raja-raja
  • Isu Ketuanan Melayu
  • Isu SPR
  • Isu Kuota Bumiputera
  • Isu PDRM.
Bersambung ke Siri 3 (Akhir)

TEPUK DADA TANYA IMAN!

EKSKLUSIF: RAHSIA BESAR BERSIH 2.0 DIRUNGKAI. SIRI 1

DIALEKTIKA & KONTRADIKSI IDEOLOGI POLITIK DI MALAYSIA. 


وَكَيْفَ تَصْبِرُ عَلَىٰ مَا لَمْ تُحِطْ بِهِ خُبْرًا
Dan bagaimana engkau akan bersabar ke atas perkara yang engkau  tidak mengetahuinya secara meliputi 
(ayat 68 Surah Al Kahfi- Peringatan daripada Nabi Khidir a.s. kepada Nabi Musa a.s.)

Pada kali ini hamba mengajak semua merenungi dan memahami apakah yang sedang berlaku dalam Politik di Malaysia ini. Bagaimana kita mampu bersabar jika kita tidak mempunyai pengetahun (ilmu secara mendalam dan terperinci) mengenai pemikiran Pakatan Tipo Rakyat?

Kita amat perlu memahami secara meliputi dan mendalam pemikiran Pakatan Tipo Rakyat untuk mengatasi mereka dalam semua isu-isu berbangkit.  Segala isu-isu yang dibangkitkan oleh Pakatan Tipo Rakyat adalah kontradiksi yang terhasil daripada gerakkerja pemikiran bagi menghasil suasana dialektika.

Dialektika bermaksud 'Dialog' iaitu 'Komunikasi dua hala'. Istilah ini telah wujud sejak zaman Yunani Purba dalam memahamkan bahawa segala sesuatu berubah. Bagi penganut Pakatan Tipo Rakyat (DAP PKR Sosialisma) pemahaman dialektika adalah amat penting. BERSIH adalah sebuah gerak kerja pemikiran dialektika yang telah dilakukan bagi menghasilkan kontradiksi yang disasarkan kepada UMNO. Di bawah adalah sebuah petikan di ambil dari sebuah tulisan anggota Panel Pemikir Pakatan Tipo Rakyat, menulis:-
Tunjuk perasaan 9 Julai 2011 dahulu adalah satu dialektika yang telah mengubah lanskap politik negara kita. Dialektika iailah hukum semula jadi alam ini. Hukum alam ini lahir dari kontradiksi. Kontradiksi ini wujud disekeliling kita. Semua wujudiah dihadapan mata kita ini wujud dengan kontradiksi. Hanya kita kurang sedar akan kewujudan kontradiksi ini. Ini kerana kontradiksi tidak dapat dipegang atau dilihat tetapi boleh dianalisa untuk difahami.
Apakah kepentingan pemahaman dialektika dan kontradiksi pada Pakatan Tipo Rakyat? Seterusnya di tulis
Tidak memahami kontradiksi bermakna tidak memahami bagaimana dunia dan alam ini bergerak. Apabila dua pekara berkontradiksi/bertentangan maka akan muncul satu pekara yang baru. Pertentangan dua pekara ini pasti akan melahirkan satu yang baru.

Hukum ini lahir semenjak alam bermula. Kita sebagai makhluk yang befikir boleh menggunakan akal dan fikrah untuk memahami hukum hukum dan kontradiksi ini. Mengenal dialektik dan kontradiksi amat penting untu memahami politik negara.
Tanpa pemahaman kosep dan falsafah kontradiksi ini maka semua pemahaman politik akan salah. Ini sama juga seperti memganalisa politik tanpa memahami kelas. Apa sangkut paut dialektik dan kontradiski dengan 8 tuntutan Bersih? Jawabnya –tunjuk perasaan Bersih 2.0 telah menajamkan pelbagai kontradisksi-kontradiksi kecil yang sedia wujud . Sebelum berpanjangan biar saya terangkan disini tentang peranan tunjuk perasaan.  
Apabila air dimasak - api berkontradiksi dengan air - maka wap akan lahir. Wap adalah pekara yang baru yang dimaksudkan itu. Apabila orang ramai turun ke jalan raya maka berlaku bertentangan antara para demonstran di jalan raya dengan elit politik yang berkuasa. Tidak dapat tidak akan lahir sesuatu yang baru.

Bermakna, BERSIH digunakan sebagai satu gerak kerja atau Alat Politik bagi menghasilkan Kontradiksi bertujuan melahirkan sesuatu yang baru. Inilah juga yang di bawa oleh pemikiran Politik Baru. Sasaran Utama ialah menajamkan lagi kontradiksi-kontradiksi yang sedia ada dalam 'golongan elit' UMNO.


Jelaslah bahawa Pakatan Tipo Rakyat berusaha mengujudkan suasana dialektika bagi menajamkan kontradiksi-kontradiksi di dalam masyarakat Malaysia. Bukankah ini sesuatu yang disengajakan di atas sebuah NIAT JAHAT? 


Bersambung ke SIRI 2.

TEPUK DADA TANYA IMAN!

Khamis, 13 Oktober 2011

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...