Selasa, 11 Oktober 2011

KAK WAN JIJAH PUN TAK TAU MENGENAI HUTANG NEGARA.

Hutang Negara ... ..akaq .... raser lah .... salah bang Nuo nie ..

SEMALAM, rakan bloger hamba MKP (matkilaupenang) telah mengeluarkan artikel penjelasan mengenai Hutang Negara. Artikelnya begitu bagus dan kelas A1. Ini kerana dalam isu hutang negara, dakyah yang sering digunakan oleh pencacai 'tigasuku' DAP-PKR-PAS ialah persepsi kononnya bayi belum lahir pun sudah tanggung hutang. Negara berhutang untuk memajukan ekonomi dan hutang negara bukannya di bayar oleh rakyat jelata seperti membayar hutang kad kredit, hutang kereta dan hutang-hutang lain. Rakyat bukan penjamin hutang negara. Kaedah proaktif yang rakyat boleh membantu mempercepatkan langsainya hutang negara ialah berjimat cermat menggunakan sumber asli yang ada di samping kerajaan mengamalkan urustadbir kewangan jimat cermat.

Baca dan fikirkan mengenainya, petikan penuh:-

Pembangkang timbulkan isu Kerajaan BN banyak hutang dan negara boleh bankrupt. Kononnya setiap rakyat Malaysia, termasuk budak baru lahir, sudah tanggung hutang yang besar.
RINGKASAN
1. Kerajaan Malaysia (BN) berhutang kerana hendak membangunkan negara bagi faedah rakyat; bukan untuk joli. Hutang Kerajan Persekutuan kecil sahaja (7.7%) dari jumlah hutang atau 2% daripada KDNK. Hutang yang besar ialah oleh sektor swasta. Kerajaan mampu bayar – pada kadar 2 sen daripada setiap RM10 dari hasil eksport (0.2%).
2. Defisit Fiskal (Perbelanjaan melebihi hasil) – % KDNK (GDP)
Malaysia5.6% (Terendah)
UK12.8%
Greek12.0%
Ireland11.7%
Sepanyol9.3%
Portugal7.3%.
3. Hutang Negara – % KDNK (GDP)
Malaysia34% (Terendah)
Sepanyol60%
Portugal82%
USA90%
Singapura98%
UK158%
Greek160%
Jepun200%
4. HUTANG PER KAPITA
MalaysiaRM7,918
(US$2,514)/seorang - Terendah
USAUS$31,000/seorang
Belanda,
Switzerland dan
US$25,000/seorang
Luxemburg, Sweden
dan Kanada
US$17,000/seorang
AustraliaUS$11,400/seorang
5. Untuk memakmurkan rakyat, termasuk mengurangkan hutang negara, YAB PM DSN komited  untuk melonjakkan Malaysia ke tahap negara berpendapatan tinggi. Kita semua perlulah sokong usaha beliau itu.
ISU – Pembangkang timbulkan isu Kerajaan BN banyak hutang dan negara boleh bankrupt. Kononnya setiap rakyat Malaysia, termasuk budak baru lahir, sudah tanggung hutang yang besar.
PENJELASAN
1. Hutang Negara terbahagi kepada 3 komponen:
2009 (Bilion)2010 (Bilion)
1.1 Hutang Sektor Awam:RM   13.8 (16.2%)RM   17.1 (20.0%)
a) Hutang Kerajaan PusatRM   71.6 (83.8%)RM   68.3 (80.0%)
b) PABK*RM   85.4RM   85.4
1.2 Sektor SwastaRM   70.0RM   64.2
1.3 Hutang Jangka PendekRM   77.8RM   72.1
JumlahRM 233.1RM 221.7
• Perusahaan Awam Bukan Kerajaan (seperti TNB dan Telekom)
2. Hutang-hutang di atas dibayar oleh pihak-pihak yang berkenaan; bukanlah dibayar oleh rakyat (seperti kita bayar hutang kereta, hutang rumah dan sebagainya) sekalipun pihak-pihak tersebut tak mampu membayarnya. Rakyat bukan penjamin.
3. Hutang Kerajaan Pusat (HKP) yang sebenar adalah KECIL sahaja iaitu hanyalah RM17.1 Bilion (2010) atau 17.1% daripada hutang Sektor Awam atau 7.7% daripada keseluruhan Hutang Negara ataupun hanyalah 2% daripada KDNK.
4. HKP – Dari segi Nisbah Khidmat Hutang Luar Negeri (bayaran balik hutang), hanyalah 1.2% (2009) dan turun kepada 0.2% pada tahun 2010; jauh di bawah threshold 20%. Maksudnya, dari segi konsep berhemah, as a rule of thumb, jika kita berhutang, bayaran balik seelok-eloknya janganlah melebihi RM20 sebulan kalau pendapatan kita adalah sebanyak RM100 sebulan.
5. HKP adalah bagi tujuan pembangunan / pelaburan seperti membina jalan, hospital, sekolah dan seumpamanya yang akan mendatangkan faedah kepada rakyat. Bermkna bukan bagi tujuan operasi / consumption seperti bayar gaji dan elaun yang tak ada pulangan. Rakyat tentulah mahukan jalan, hospital, sekolah, bekalan air dan api. Pembangkang tak mahu?
6. Kerajaan Pusat amat berhemah dalam membelanjakan wang rakyat – sentiasa ada lebihan dalam akaun semasanya (2009 = RM1.2 bilion; 2010 = RM10.0 bilion). Maksudnya hasil kerajaan (2010 – RM162.1 bilion) melebihi perbelanjaan mengurus (2010 – RM152.1 bilion) seperti gaji, elaun, pencen, api dan air.
7. Jika dicampurkan dengan perbelanjaan pembangunan, kedudukan kewangan/fiskal Kerajaan Pusat terhutang (defisit) sebanyak RM47.4 bilion (2009). YAB PM berjaya menurunkannya kepada RM43.3 bilion pada tahun 2010.
8. Dari segi ukuran standard dunia (IMF, World Bank), defisit fiskal Malaysia hanyalah 7% daripada nilai Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) atau GDP (2009) dan turun kepada 5.6% (2010); diunjurkan akan turun lagi kepada 5.4% (2011). Lebih rendah daripada UK (12.8%), Greek (12%), Ireland (11.7%), Sepanyol (9.3%) dan Portugal (7.3%).
9. Dari segi hutang negara, ukuran standard yang digunapakai adalah berapa % hutang itu dari KDNK. Hutang Negara Malaysia adalah lebih rendah (34%) berbanding Sepanyol (60%), Portugal (82%), USA (90%), Singapura (98%), UK (158%), Greek (160%) dan Jepun (200%).
10. Hutang Negara Malaysia, jika dipuratakan setiap seorang = RM7,918 (US$2,514); jauh lebih rendah dari USA (US$31,000/seorang), Belanda, Switzerland dan Denmark (US$25,000/seorang); Luxemburg, Sweden dan Kanada
(US$17,000/seorang) dan Australia (US$11,400).
11. Untuk memakmurkan lagi rakyat dan negara, termasuklah mengurangkan hutang negara, YAB PM DSN komited untuk melonjakkan Malaysia ke tahap negara berpendapatan tinggi. Melalui pendapatan yang tinggi ini, nilai KDNK akan melompat dan hasil cukai (pendapatan Kerajaan Pusat) akan bertambah. Maka hutang negara dapat dikurangkan lagi. Justeru kita semua perlulah menyokong usaha DSN itu bagi kebaikan kita juga.
Bacaan tambahan Hutang Negara
TEPUK DADA TANYA IMAN!

KHALID SAMAD AKUI ANAKNYA MENERIMA DUIT ZAKAT.

Ada aku kesah pun? ..... Aku kan ASNAF 8 ........
Elaun Ahli Parlimen mana cukup ......
Nuor anak beranak celake TAK NAK ELAUN NAIK!
BARANG NUOR NAIK TAKPE ...


Khalid Samad menulis:-
Menurut anak saya, dia telah menerima BANTUAN UMUM dari LZS sebanyak RM 1 000 setahun ..... dari tahun 2001- 2008 dan RM 5,000 bagi tahun 2009.
Persoalannya:-

  • Layakkah anak Khalid Samad menerima sumbangan tersebut?
  • Adakah Khalid Samad ini tergolong dalam ASNAF 8?
  • Khalid Samad tak tahu anaknya menerima sumbangan LZS selama ini? Bapa jenis apa nie?
  • Bayangkan anaknya gunakan duit zakat untuk beli buku dan pergi UMRAH. Fikir ... jangan tak fikir.
  • Khalid Samad abaikan perbelanjaan anaknya sendiri?


Sendiri fikirlah. Terlalu sangat hendak menutup 'kejahatan sendiri' sehinggakan Allah SWT membuka 'KEBENARAN' dalam tulisan Khalid Samad.

Pendedahan ini berdasarkan kepada Hj Hadi kata ianya WAJIB dan TANGGUNJAWAB AGAMA mendedahkan PERIBADI CALON. 

SELAMAT MENOLAK DAP-PKR-PAS PADA PRU 13 NANTI YEA. 

TEPUK DADA TANYA IMAN!

SEDAP MULUT KAK WAN JIJAH MENGUMPAT.

Kontrol .. kontrol .. kita nak BOHONG nie .. buat muka KONPIDEN .. Anthony
Ok bro Khalid ... Wa janji wa buat LAKONAN TERBAEK

SEMALAM, tiga Dajal kecil dari DAP-PKR-PAS menuduh UMNO atas penyebaran Risalah Kontroversi. Risalah itu mengenai Hudud. Gambar Pok Nik sedang memotong leher Guan Eng dan Chua Jui Meng di potong tangan. Apabila wartawan  menanyakan komitmen tiga Dajal kecil untuk membuat laporan Polis, tiga Dajal kecil enggan menjawabnya. Kenapa?





ANALISA.

Pegang betol-betol kasi nampak
Ana gerenti .. ornag Percaya
Ok Bro Khalid .... canteek tu lu pegang
Sama aras sama wa punya gambar.
Kontrol MACHO... nanti kantoi.


1. Fakta Kejadian.
  • 10hb Oktober 2011
  • Tempat : Di lobi Parlimen.
  • 3 Dajal Kecil: Khalid Gereja (PAS), Anthony Loke (DAP), Siti Zailah (PAS)


2. Tuduhan:-
  • Anthony Loke dan Khalid Gereja menunjukkan dua keping risalah (Lihat dalam klip video di atas).
  • Risalah dalam Bahasa Cina.
  • Satu risalah mengambarkan Tentera Jepun mengangkat Pedang samurai memotong tangan Chua Jui Meng-Tema Kezaliman Tentera Jepun.
  • Satu risalah menggambarkan Pok Nik tengah sembelih leher Guan Eng.(Teknik superimposed)
  • Teknik yang digunakan adalah Teknik Superimposed.


3. Bukti Atas Tuduhan:-
  • Hanya dua keping risalah itu sahaja dijadikan Bukti atas tuduhan.
  • Tiada sebarang bukti lain dikemukakan oleh ketiga-tiga Dajal kecil.
  • Tuduhan di buat atas Kapasiti Lisan ketiga Dajal kecil sahaja.


KESIMPULAN.

Kecurigaan.
  • Bagaimanakah ketiga Dajal kecil memperolehi dua risalah itu?
  • Kenapa risalah itu hanya ada pada tangan mereka bertiga?
  • Kenapa mereka bertiga tidak terus membuat laporan Polis?
  • Kenapa mereka bertiga enggan menjawab soalan wartawan berkenaan 
  • Manakah bukti sokongan lain yang menyokong tuduhan tiga Dajal kecil itu?
  • Teknik Superimposed hanya digunakan oleh DAP-PKR-PAS sahaja.
  • Hanya puak Sosialis -Komunis yang masih FOBIA dengan keganasan Tema Tentera Jepun.
  • Kenapa Khalid Gereja menuduh MCA terlibat?
Pendapat Hamba & Rakan Bloger lain.
  • Isu Hudud adalah isu yang dimainkan oleh DAP-PKR-PAS bukan UMNO/BN
  • Isu Hudud timbul atas lapuran angka penghidap HIV yang tinggi di Kelantan.
  • Pok Nik membidas kenyatan itu menyalahkan ketiadaan Hudud.
  • DAP naik berang sehingga suatu mesyuarat tergempar diadakan.
  • Namun kerosakan teruk telah berlaku akibat kesilapan Pok Nik sendiri.
  • Anthony Loke, Siti Zailah dan Khalid Gereja memang terkenal selalu KANTOI.
  • Intergriti dan kebolehpercayaan Anthony Loke, Siti Zailah & Khalid Gereja sentiasa dipersoalkan bukan sahaja di pihak BN/UMNO malah di pihak mereka sendiri.
  • Bila diteliti segala mesej-mesej tersembunyi di dalam kedua risalah tersebut didapati tema-tema yang digunakan amat bersangkut paut dengan isu-isu yang telah menjejaskan imej PKR-DAP-PAS dengan begitu terok sekali. Adalah mustahil UMNO mahupun parti komponen Barisan Nasional menggunakan tema-tema tersebut.
  • Sebaliknya tema-tema tersembunyi itu lebih bermanafaat digunakan oleh DAP-PKR-PAS bagi memulihkan imej terjejas mereka. 
Persoalan.
  • Adakah sikap yang diamalkan oleh DAP-PKR-PAS ini adalah amalan Politik Matang yang selalu mereka sendiri laungkan?
  • Adakah kita mahu DAP-PKR-PAS yang mengamalkan kaedah 'menyucikan kesilapan & kejahatan sendiri' melalui 'Menyalahkan Pihak Lain?' Bayangkan jika mereka menjadi Kerajaan Pusat. Di jamin tiada Kebebasan langung.
  • Sendiri buat kemudian menyalahkan orang lain? Inikah jenis Pemerintah yang kita mahu? Selalu mengambil jalan pintas menyalahkan orang lain untuk menutup kejahatan dan kesilapan sendiri.
  • Perbuatan mereka adalah sekeji perbuatan. MEMFITNAH!
SELAMAT MENOLAK DAP-PKR-PAS di PRU 13 nanti.

TEPUK DADA TANYA IMAN!

XAVIER REMBAT DUIT ? AZMIN ALI MB BARU? KAK WAN JIJAH TERKEDU.

Pakcik ... ini saya kasi ... yang lain saya rembat juga....
itu LEXUS mao kasi bayar juga laa ..

SAH! Sebelum ini Xavier Jeyakumar dikaitkan dengan LEXUS RM500,000.00. Ramai agak skeptik. Maklumlah ramai bertanya dari mana sumber kewangan diperolehi oleh ia. Akhirnya, rakan bloger Double Y mendedahkan satu maklumat, Maklumat yang diperolehi daripada blog pembangkang sendiri. 

Petikan daripada blog pembangkang tersebut mengenainya:-

Persatuan Ibu bapa dan Guru (PIBG) Daerah Klang meminta polis menyiasat Dr. Xavier A. Jayakumar yang didakwa menyalah guna kuasa dalam pengagihan Tabung Dana Sekolah-Sekolah Tamil Selangor berjumlah RM1.67 juta. 
Laporan dibuat oleh anggota jawatankuasa PIBG Daerah Klang, G. Jeganathan, 44, di Ibu Pejabat Polis Daerah Klang. Xavier merupakan Exco Kerajaan Selangor didakwa mengagihkan wang tabung tersebut yang diperuntukkan oleh kerajaan negeri kepada tiga pertubuhan bukan kerajaan (NGO). 
Tiga NGO yang didakwa menerima peruntukan itu adalah Pusat Pembangunan, Pembelajaran dan Maklumat Kanak-Kanak (CHILD), Yayasan Penyelidikan, Kebajikan dan Pendidikan (EWRF) serta Yayasan Tamil. 
Adakah tindakan dan prosedur penyaluran Dana untuk sekolah Tamil yang diamalkan oleh PKR dilaksanakan oleh Xavier Jeyakumar (ADUN) merupakan Pentadbiran Baik  (Good Governance)? Dimanakah pemantauan kepimpinan tertinggi PKR ke atas perlaksanaan Xavier itu?

Persoalan sama berkaitan ketelusan amalan demokrasi pemilihan pemimpin dalam PKR -DAP-PAS. Perebutan jawatan Menteri Besar Selangor adalah contoh paling klasik. Dimanakah peranan IKD dalam hal ini? Adakah ianya Pentadbiran Baik?

Begitu juga dalam soal urustadbir kewangan negeri Selangor dan Cabang Kuala Selangor. Adakah penyelewengan yang berlaku merupakan Pentadbiran Baik?

SELAMAT MENOLAK DAP-PKR-PAS dalam PRU 13 nanti.

TEPUK DADA TANYA IMAN!

Isnin, 10 Oktober 2011

AMAT PREJUDIS BISKOP PAUL TAN INI.

Semua pembaca di minta ke blog DARUL EHSAN TODAY ke pautan ini BISKOP PERTIKAI KENYATAAN DYMM SULTAN SELANGOR.  Di bawah ini petikan kenyataan Biadap Biskop tersebut dari etnik CINATOKRASI-Ultra Kiasu.
Inilah Wajah si Paul Tan Bahlol
Biskop Katolik Paul Tan Chee Ing menyifatkan kenyataan Sultan Selangor berhubung laporan Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Selangor (JAIS) mengenai cubaan memurtadkan umat Islam oleh orang Kristian di Gereja Methodist Damansara Utama pada 3 Ogos lalu sebagai "kekaburan yang akan membuat tuduhan melampaui ke atas orang Kristian tidak lebih sukar pada masa hadapan berbanding sekarang."

"Ampun Tuanku, bagaimana mungkin untuk mengatakan bahawa terdapat cubaan untuk memesongkan akidah umat Islam pada majlis makan malam di DUMC itu tetapi tidak ada bukti yang mencukupi bagi membuat pendakwaan,” kata pemimpin agama Katolik dari bahagian Melaka-Johor, dalam reaksinya berhubung perkara itu.

"Jika bukti tidak mencukupi, sepatutnya tidak perlu ada sebarang dakwaan salah laku," kata Tan yang kini juga adalah presiden Persidangan Biskop Katolik Malaysia.

"Berdasarkan kenyataan sultan, penganjur majlis makan malam Kristian itu telah diberi pelepasan yang tidak menjamin pembebasan daripada tuduhan mereka memurtadkan umat Islam,.

"Saya lebih suka tiada kenyataan dikeluarkan sama sekali berbanding kenyataan yang tidak jelas,” katanya.
BIADAP! Perenggan terakhir itu menggambarkan sifat tidak hormat Biskop Derhaka kepada KDYMM Sultan Selangor selaku Ketua Agama Islam Selangor. Siapa Biskop ini hendak mengajar KDYMM Sultan Selangor mengeluarkan kenyataan mengenai kepentingan agama Islam?

Bak kat DET lah .. Siapa yang hendak mengaku kalau sudah berak di tengah jalan.

Komen hamba mudah saja, ini membuktikan bahawa si Paul Tan sudah mengelabah berok kerana KANTOI! Tapi hamba cukup geram dengan sikap prejudis bongkak angkoh dan biadap si Paul Tan Bahlol dalam perenggan terakhir tersebut.

Mujurlah KDYMM Sultan Selangor hanya memberikan amaran keras dan JAIS tidak melakukan pendakwaan ke atas pengurusan gereja DUMC. Jomlah kita hantam balik kenyataan Prejudis si Paul Tan bahlol tersebut.

Hamba Lebih Suka Paul Tan Tutup Mulut dan Mohon Maaf daripada Mengeluarkan Kenyataan Prejudis Paling Bahlol.

TEPUK DADA TANYA IMAN!

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...