Rabu, 11 Mei 2011

ANWAR REBAH DI PANGKUAN DR NOVANDRI. MAKIN GANAS DOKTOR BLOGER!

Isunya mudah, Anwar mencarut. Carutannya ditujukan kepada DS Najib atas isu pendedahan video salahlaku seksual Anwar. Anwar carutkan DS Najib dengan gelaran Pandy Kutti [anak babi]. Setelah itu, para blogger Pro BN pula mengejek-ngejek Anwar kerana mencarut. Pada kali ini, walaupun Mahadewataraya Nik Ajih cuba mengindorskan cap Halal PAS pada carutan Anwar, ianya tidak dapat menyelamatkan maruah Anwar. Akhirnya, Dr Novandri, untuk entah berpuluh kali mengkantoikan lagi Anwar dalam twitter. Cayalah Dr. Novandri !

Video Anwar Mencarot
Kredit kepada blog M.i.M



1. Anwar sudah kehabisan modal dan helah untuk menipu rakyat Malaysia. Kebenaran demi kebenaran muncul dari segenap pelusuknya menghentam dan menghancurkan tembok penipuan serta pembohongan beliau secara maksimum.  Belum sempat dia menepis sudah datang lagi buah keras meluru deras ke arahnya, Bukan satu tapi bertubi-tubi menyebabkan Anwar punya langkah Silat Lidah Biawaknya terkehel. 


2. Di kala ini, Dr Novandri dalam entrinya  DAH INSAF KE ! ANWAR 'ANTI CARUT' mengkantoikan Anwar dalam twitter lagi. Lihat di bawah di petik daripada blog Dr. Novandri,




Aduhai, Anwar berkempen 'Anti Carut' di twitter dan kononnya carutan Anwar ini mendapat restu daripada semua rakyat Malaysia. Punyalah lawak. Ini bermakna secara tersirat Anwar mengakui memang dia mencarut dan kini dia malu sendiri, cuma pengakuan secara terbuka dia tidak berani lakukan. Anwar pun bukanlah seorang yang berani pun. Demi menjejaskan dan mencalarkan lagi imejnya, Anwar cuba mempersalahkan UMNO pula dalam hal pendedahan video salahlaku seksualnya.. Lihat di bawah ini. 




3. Selepas berkempen 'Anti Carut' , Anwar meneruskan tradisi memalukan dirinya sendiri dengan menuduh Datuk Eskay dan Datuk 'T' melakukan jinayat rogol. Lihat di bawah


"Nak sumpah beritahu suruh dia berhenti rogol dulu," katanya kepada hadirin yang rata-rata orang Melayu. seterusnya

Jelas, Anwar menuduh Datuk Eskay dan Datuk 'T' sedang dan masih melakukan rogol. Bak kata Dr Novandri, Anwar ada 4 orang saksi ke? Jika tiada 4 orang saksi, Anwar ini wajib dikenakan qazaf rotan 80 kali!

Jangan ketinggalan membaca entri dr Novandri tersebut. Memang lucu sekali perlakuan Anwar melindungi dirinya yang sudah malu. Kini ada tayangan selanjutnya video salahlaku seksual Anwar dari sudut pandangan ke 3 pula. Mutunya baik dan lebih jelas daripada sebelumnya. eloklah para hadirin yang hadir dalam ceramah beliau bertanya soalan ini, ' Bang Nuar ... jam omega mana?' Anda pasti mendapat Carotan berjenama Halal PAS. Tepuk Dada Tanya Iman.

EDISI SARAPAN: Usia Matang & Kematangan Selamat Ulangtahun ke 65 UMNO!



"Hidup Bermula Pada Usia 40 Tahun" Ungkapan yang seringkali kita dengar dan lihat. Akil Baligh merujuk kepada usia di mana segala kewajiban syarie' berlaku ke atas kita tetapi belum lagi matang. Kenapa? Dalam Surah Al 'Ahqaf , surah ke 46 ayat ke 15 amat jelas disebutkan oleh Allah Subhanahu wa Ta'ala bahawa usia matang manusia ialah 40 tahun. Perkiraan mengikut takwim Qamarriyah dan bukan Syamsiah. Ingatlah 5 perkara sebelum datangnya 5 perkara.

1.  EDISI SARAPAN SENAMAN MINDA & AKAL sengaja memilih untuk membincangkan mengenai usia matang dan kematangan, Kematangan amat penting dalam peringkat kehidupan manusia. Begitu jugalah usia bagi sesebuah organisasi dan pertubuhan. 

2. Bayangkan, dalam sesbuah oraganisasi , kesemua ahlinya telah mencapai usia matang dan kematangan di samping mempunyai lapisan muda-mudi yang turut bakal mencapai usia matang dan kematangan. Sudah tentu, kematangan itu berterusan, Kematangan berterusan melahirkan pula kebijaksanaan dan pengalaman berharga dalam semua bidang penghidupan. 

3. Kematangan, kebijaksanaan dan pengalaman berharga adalah sesuatu yang tidak TERNILAI dan amat BERHARGA. Kita sudah tentunya mahu bersama kelompok manusia yang mempunyai kematangan, kebijaksanaan dan pengalaman berharga dan sudah tentu kita mahu berada dalam pertubuhan yang mempunyai ahli-ahli yang matang, bijak dan berpengalaman. 

4.  Kita renungkan, adakah orang yang tidak matang, tidak bijak dan tidak berpengalaman mampu menilai dan menghargai orang yang matang, bijak dan berpengalaman? Sudah tentu tidak. Fikirkanlah.



Selamat Ulangtahun ke 65 UMNO, sebuah pertubuhan dan organisasi yang telah matang dan mempunyai kematangan, kebijaksanaan dan berpengalaman. Tidakkah anda mahu menyertainya? Tidakkah anda mahu berada dalam pertubuhan sedemikian yang mempunyai ramai ahli yang matang, bijak dan berpengalaman? Tepuk Dada Tanya Iman.

EDISI WAJIB BACA: Isu Negara Kristian, Isu Yang Di Putar Belit.

Baru-baru ini negara dikejutkan dengan pendedahan oleh 2 orang bloger bebas, bigdogdotcom dan Marahku mengenai ikrar menjadikan Kristian sebagai Agama rasmi Negara  pada Mei 4, 2011 di Pulau Pinang yang melibatkan DAP. Utusan Malaysia menjadikan pendedahan tersebut sebagai Tajuk Utama di muka depan. DAp telah bertindak membuat lapuran Polis terhadap Utusan Malaysia, musuh media tradisi mereka, Namun isu yang ditimbulkan oleh kedua bloger bebas tersebut ternyata mempunyai agenda tersembunyi. Ikuti lanjutan analisa mengenainya berdasarkan kepada blog Papagomo dan entri terdahulu dalam blog ini.
1. Mengikuti blog papagomo dalam entrinya yang mendedahkan mengenai kisah sebenar isu Agenda Kristian ini. Berdasarkan kepada entri papagomo, DAp sememangnya mempunyai Agenda Kristian, tetapi bukan untuk Semenanjung Malaysia. Agenda itu adalah untuk Sarawak. 

2. Berikut adalah petikan daripada blog papagomo:-
Ini kisah sebenarnya yang maklumat Tepat dan Sahih bukan macam Cerita Anjing besar.

DAP memang merancang untuk membentuk Koloni Kristian dalam Negara dan target utama mereka adalah Sarawak dan ini lah yang berlaku sepanjang kempen Pilihanraya Negeri yang lalu di sarawak.

Untuk makluman semua DAP menjanjikan kepada penganut Kristian bahawa jika Pakatan rakyat menang pada PRN Sarawak tempoh hari maka mereka Kerajaan Baru Pakatan Rakyat akan menukar agama rasmi negeri Sarawak kepada Kristian.


Usaha penyebaran menjadikan Agama Kristian sebagai agama rasmi di Sarawak di jalankan oleh DAP dan ini di lakukan secara terang terangan. Organisasi OHMSI (Oriental Hearts and Mind Studies) merupakan sebuah pertubuhan yang merupakan penyebar dan menjadi alat kepada agenda DAP.


Siapa individu yang berada di belakang Pertubuhan OHMSI ini? Gomo rasa ramai yang tidak terkejut kerana penaung dalam mengerakkan OHMSI ini adalah Teresa Kok dan Hanna Yeoh.


Bukan Jeff Oi sebagaimana yang Anjing Besar maksudkan tapi Teresa Kok dan Hanna Yeoh lah yang mengerakkan OHMSI sebagai nadi menjadikan Kristian agama rasmi Sarawak.


Sebab itu Jeff Oi melenting dengan kebodohan Anjing Besar kerana yang sepatutnya di Terjah adalah Teresa Kok dan Hanna Yeoh dan pertubuhan yang kononya bebas OHMSI. Memang DAP mempunyai agenda besar dalam hal ini namun sepertimana Gomo maklumkan bahawa DAP juga berpijak di bumi yang nyata kerana mereka tahu Semenanjung ini tidak akan dapat di tawan mereka dengan menjadikan sebuah Negara Islam.

Berbalik kepada soal Bodoh yang Anjing Besar momokkan di Pulau Pinang adalah sama sekali tidak benar. Dan ini mendatangkan satu ancaman besar kepada Negara Malaysia. Bayangkan sudah berapa hari isu ini hangat di perkatakan dan semakin terancam perpaduan kita yang berbilang Agama dan bangsa di Malaysia ini. Bagaimana hendak kita semua mengharungi isu Negara Kristian yang memang tak wujud ni?

Gomo mempunyai cadangan kepada pihak Kerajaan Malaysia terutama Kementerian Dalam Negeri. Siasat semua pihak terutama Blogger Anjing Besar ini dan jika ada yang salah maka Tahan di bawah ISA.



Jika Blogger Anjing Besar ini terbukti menyebarkan Fitnah sehingga menggugat keselamatan negara maka adalah satu kewajaran untuk Big Dog ini di tahan di bawah ISA bagi mengelakkan kekacauan dan ketenteraman Awam tergugat.

Kerajaan harus memandang serius isu yang di Momok kan Blogger Big Dog ini kerana yang menanggung beban dalam hal ini adalah Kerajaan BN dan bukannya Pakatan Pembangkang. Bagaimana hendak kita bela seekor Blogger yang merosakkan keharmonian Kaum di Malaysia?

Apa guna 1 Malaysia jika hal sebegini tidak dapat di bendung oleh Kerajaan Malaysia? Gomo yakin dan amat pasti pihak Pembangkang juga akan turut sama bersetuju agar ISA di kenakan ke atas Blogger Big Dog ini jika terbukti beliau salah menyebarkan Cerita.

Sudah sampai masanya KDN bertindak tegas dalam hal ini bagi menjamin Ketenteraman Awam. Pada Gomo ianya berbaloi menahan Anjing Besar di bawah ISA kerana dapat menyelamatkan Malaysia dari terus haru biru dengan seekor Anjing Besar yang Bengap ni.

ISA MEREKA YANG MENGGUGAT KETENTERAMAN AWAM!!! 
JS bersetuju dengan saranan Papagomo ini, kerana isu yang sengaja diberikan maklumat salah bagi menggangu gugat ketenteraman awam dan negara bukanlah sesuatu yang ringan. Jangan lupa tangkap juga mereka yang membawa Agenda Kristian ini dnegan kadar segera ! Tepuk Dada Tanya Iman ! 

Selasa, 10 Mei 2011

KEMASKINI TERKINI KG SG KERANDANG HULU SELANGOR: KETUANAN RAKYAT MERAMPAS HAKMILIK RAKYAT MISKIN


Kg Sungai Kerandang, Hulu Selangor merupakan sebuah pertempatan majoriti orang Melayu yang menduduki tanah tersebut sejak 25 tahun lalu dan menjadi tempat mereka menari rezeki bagi menampung penghidupan mereka seharian selama ini. Terdapat 40 buah keluarga Melayu di bawah katergori Miskin Luar Bandar. Selama ini mereka diberikan hak TOL menduduki oleh kerajaan Barisan Nasional tanpa di ganggu gugat, kini setelah PKR, DAP & PAS Selangor mengambilalih, Hak Rakyat Misin di injak-injak dan tidak diberikan sebarang hakmilik pegangan kekal sepertimana yang diberikan kepada penduduk-penduduk minoriti kaum DAP yang mendapat layanan isitimewa jauh berbeza dengan orang Melayu di Kg Kerandang. 

1. Berikut adalah dipetik dan di ambil daripada entri blog Kamaluddin's blog NASIB ORANG KG KERANDANG HULU SELANGOR DI TANGAN KERAJAAN KETUANAN RAKYAT PASDAPKR  lihatlah bagaimana Kerajaan Ketuanan Rakyat menindas dan menzalimi rakyat miskin dan betapa wakil-wakil Tuan Rakyat di bawah kerajaan Ketuanan Rakyat melayani dan menyelesaikan masaalah rakyat yakni dengan merobohkan dan menghapuskan terus pertempatan mereka tanpa perikemanusiaan!

Dan lihatlah ( dalam gambar ke 2) bagaimana kerajaan 1 MALAYSIA yang selama ini di tuduh sebagai Rasis dan Zalim, berusaha dan membantu rakyat miskin ! Inilah SEMANGAT 1 MALAYSIA YANG SEBENARNYA!


Rintihan Rakyat Miskin Yang Tidak Didengari oleh
Pakatan Jahat PASDAPKR
Apakh Dosa mereka sehingga mereka dizalimi oleh PKR Selangor?


YB Kamal, AP Hulu Selangor [BN] sedang berbincang dengan
rakan-rakan lain dalam BN , Dato Idris [UMNO] dan Woon {MCA]
Mengenai Masalah Rakyat Kg Kerandang
Membuktikan bahawa Barisan Nasional bukan RASIS !
1 MALAYSIA IN ACTION!



Segala kekuatan jentera kerajaan Negeri dipergunakan oleh PKR Selangor untuk menzalimi Rakyat Miskin di Kg Kerandang
Seperti Rejim Zionis Menghalau rakyat Palestin


Keangkuhan Rejim PKR Selangor
Jentera Berat di Bawa masuk untuk menindas dan menzalimi rakyat miskin
Kebun, Dusun dan Rumah Kediaman selama 25 Tahun 
Mahu di ratah dan di mamah oleh jentera berat Rejim PKR Selangor!



Setelah Berjaya Menipu Rakyat
Rejim Ketuanan Rakyat PKR Selangor
Merampas Hak Rakyat Sesuka Hati mereka!



Rakyat Ditinggalkan Sendirian oleh Rejim Ketuanan Rakyat PKR Selangor
Dimanakah Laungan REFORMASI ?
Di manakah Ketuanannya Rakyat bila berhadapan dengan
REJIM KETUANAN RAKYAT INI?




KINI TANAH INI MILIK SIAPA?
RAKYAT ATAU KRONI REJIM KETUANAN RAKYAT PKR SELANGOR?

2. Kita masih ingat bagaimana Rejim Ketuanan Rakyat Pakatan Jahat PASDAPKR mempersoalkan mengenai kesusutan jumlah hektar Tanah Rizab Melayu dan secara membabi buta tuli menuduh UMNO penyebab keusustan itu sedangkan pada masakini dalam banyak hal keadaan berlaku di Selangor, Pulau Pinang, Kedah dan Kelantan malah di Perak semasa Rejim Ketuanan Rakyat Pakatan Jahat PASDAPKR ialah tidak ada 1 pun usaha mereka menambahkan bilangan Tanah Rizab Melayu yang dikatakan sebagai menyusut malah dalam kejadian penzaliman ke atas rakyat di Kg Buah Pala dan terkini di Kg Sg Kerandang terbukti Rejim Ketuanan Rakyat Pakatan Jahat PASDAPKRlah yang merompak HAK RAKYAT yang sepatutnya menjadi TUAN dalam KETUANAN RAKYAT sebaliknya menjadi HAMBA KEPADA TUAN RAKYAT PAKATAN JAHAT PASDAPKR! KEMBALIKAN HAK RAKYAT!

Kita turut bersimpati dan merasa sedih dengan perkara yang berlaku kepada orang Kg Sg Kerandang keran di tipu , di tindas dan dizalimi oleh Rejim Ketuanan Rakyat Pakatan Jahat PASDAPKR . Sebelum ini kita pernah mendengar keangkuhan Khalid MB Selangor dari Rejim Jahat mahu mengurniakan hakmilik sekian sekian banyak kepada rakyat tapi rakyat kelas yang mana satu? Kelas Kroni atau kelas Marhaen ? Jelas bukan? Ketuanan Rakyat bukan untuk Rakyat Marhaen ! Tepuk Dada Tanya Iman.

PKR SELANGOR SEMAKIN DUNGU DAN ZALIMI RAKYAT! KEMASKINI RINGKAS TERKINI KG KERANDANG HULU SELANGOR.

Pagi tadi pada hari ini, penduduk Kampung Kerandang Hulu Selangor dikejutkan dengan tindakan Zalim dan Tidak berperikemanusiaan PKR Selangor yang memperjuangkan KETUANAN RAKYAT dengan cara pemerintahan penindasan zalim ke atas rakyat. Maklumat berikut di petik daripada laman facebooker yang hadir di masa kejadian PKR Selangor mahu merobohkan perkampungan Melayu Kg Kerandang.

1. Sila baca dan lihat catitan ini, dan bayangkanlah betapa zalimnya PKR Selangor ini dan betapa dendamnya PKR Selangor kerana kekalahan mereka dalam PRK Parlimen DI Hulu Selangor. Rakyat marhaen mahu dihukum dengan begitu kejam oleh PKR Selangor sama seperti terjadi kepada penduduk kg Buah Pala Pulau Pinang,


  • Wong Koon Mun
    jom! 10/5/11 tlng kumpul di Bkt Tagar Tol Jam 8.00am krn Kerajaan PKR Selangor akan meroboh dusun dan kediaman di Sg Kerandang yg telah usaha selama 20 tahun ! apalah kerajaan merakyatkan rakyat?? semua tipu!! mari semua dtng mempertahankan penduduk & pengusaha dusun yg telah tumpah darah kawasan memajukan Kg Sg Kerandang
    10 minit yang lalu ·  · 
    • Mohd Hasnor Hasnan sukakan ini.
      • Mummy Rita Hebat tu hebat...tanda kehebatan.....dan Lelaki Anugerah Tuhan itu memang sedang memacu ANUGERAHnya....hahhahahaahhahaah
        beberapa saat lalu · 
  • Wong Koon Mun Sdng bttang pgkuasa Phutanan Sel di Kg Kerandang sejak jam 8.30am krn nak meroboh rmh kg & Dusun udah 25Thn busaha ! krj PKR yg zalim!
    http://bit.ly/jkxAGP
    12 minit yang lalu ·  · 


2. Adakah ini perlaksaanaan polisi terbaru PKR Selangor dalam MERAKYATKAN EKONOMI dan menjulang tinggi KETUANAN RAKYAT? Nah ! Sekarang ini jelas siapa TUAN dan siapa HAMBA ABDI!

Anda masih mahu mempercayai PKR Selangor dengan KETUANAN RAKYAT dan MERAKYATKAN EKONOMI? Adil konon, Telus konon, Kredibiliti konon, semuanya BOHONG BELAKA! JOM PERTAHANKAN HALK RAKYAT YANG DIZALIMI OLEH PKR SELANGOR DI BAWAH SLOGAN KETUANAN RAKYAT DAN MERAKYATKAN EKONOMI !MEREKA BOHONGI RAKYAT!

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...