Sabtu, 31 Mac 2012

38 SEN SELAMA 1460 HARI YANG SIA-SIA DI BAWAH REGIM ZIONIS PKR-PAS-DAP.


Tahukah anda bahawa sudah berlalu sebanyak 1460 hari selepas PRU 12. Mari kita bertanya kepada diri kita sendiri terutama yang berada di Selangor, apakah yang kita perolehi daripada regim zionis Pakatanista PKR DAP PAS selama mereka mentadbir Selangor selama 1460 hari (Tak termasuk cuti Umum dan cuti hari minggu).

Bagi perkhidmatan air, setiap hari rakyat cuma dapat 38 sen sahaja termasuklah EXCO dan pemimpin PKR DAP PAS yang ada kolam renang kat bungalo mewah mereka. Rakyat yang takde kolam mandi dan cuma ada kolam kumbahan IWK di hujung flat dan pangsapuri yang di bina semasa pentadbiran BN dulu tak dapat pun 38 sen dan cuma dapat KUPON sahaja. Itu pun entahkan sah atau pun tidak.

Ok apalagi ? RM100 buat warga tua yang terpilih sahaja. RM100 untuk setahun. Bermakna warga emas Selangor dapat 27.4 sen setiap hari untuk makan, minum, bayar bil air, bayar bil letrik, kos perubatan, kos pengangkutan dan perbelanjaan-perbelanjaan untuk menampung kehidupan mereka setiap hari. Nampaknya bukan warga emas yang untung sebaliknya tauke hypermarket yang terpilih dan EXCO yang makan komisyen lah yang untung besar.

Ok apalagi ? Aset untuk orang Melayu ? Err ... setahu kita semua mana ada satu unit bangunan di tambah atau di beli oleh Yayasan Selangor dan PKNS atau MBI atau KSSB atau apakejadahlagi dalam tempoh 1460 hari. Yang banyak di jual ada ler. 

Ok apalagi? Pendidikan percuma ? Ehh ada ke diamalkan oleh pentadbiran regim zionis PKR PAS DAP? Nak masuk UNISEL pun masih kena bayar. Nak masuk mana-mana IPTA atau IPTS mana ada EXCO dan pemimpin Pakatanista hulur kos pun. 

Ok apalagi? Kemudahan untuk para peniaga Melayu ? Sewa naik ada la. Tapak perniagaan orang Melayu kena sita dan ditutup atas pelbagai alasan ada ler. Mana tapak perniagaan baru untuk semua kaum di pusat bandar dan kawasan strategik ? Ada ? 

Banyak lagi la perkara-perkara sia-sia yang dilakukan oleh pentadbiran PKR DAP PAS selama 1460 hari ini, Yang banyak untung hamba tengok hanya sekelompok dan segelintir sahaja yakni kroni mereka dapat projek sampah dan rakyat dapat hidu sampah berlonggok-longgok di tepi jalan. Itu baru Selangor je diberikan contoh nyata, bayangkanlah apa jadi jika puak malaon itu semua perintah Malaysia. Habis lah rakyat kena jual di pasar hamba abdi di Baghdad. Ya la bak kata Kit Siang atas nasihat Dr Chan Man Heng ' Jual Rakyat lagi untunglah !"

TEPUK DADA TANYA IMAN!

JANGAN AIBKAN WANITA MELAYU ATAS APAJUA MOTIF.

Ada perbezaan dan jurang amat besar di antara mendedahkan kesalahan akhlak Anwar Ben Israel yang bercita-cita hendak menjadi Perdana Menteri bertaraf Porno dengan beberapa orang gadis-gadis Melayu yang nampaknya sengaja diaibkan di atas kesilapan mereka. Kalau iya pun buat apa nak tunjukkan muka-muka mereka di dada akhbar? Kalau Chinadoll dan lain-lain kemain dijaga dan dipelihara maruah buruk mereka dengan tidak didedahkan wajah-wajah sialan mereka. Kamonlah, ini soal maruah gadis Melayu.Kalau bencikan sangat MELAYU pun buat apalah hendak diaibkan dan dimalukan gadis Melayu yang bukan ahli politik pun? 

Kesianlah kat mak bapak diaorang, adik beradik dan saudara mara mereka. Kenapa tak diberikan kaunseling dan ditawarkan kerja-kerja lain yang lebih bermaruah kepada gadis-gadis Melayu tersebut? Mereka mungkin terjebak dalam kerjaya sedemikian kerana tipu daya dan diperdayakan oleh agen-agen pengusaha pusat maksiat. Dah takde cara lain ke selain mempaparkan wajah-wajah mereka di akhbar? Buat apa hendak dimalukan dan diaibkan mereka? Sebab mereka berbangsa Melayu? Begitu? Hina sangatkah mereka kerana mereka berbangsa Melayu? Takde faedah dan manafaat mengaibkan mereka. 

Jika hendak berikan kesedaran kepada mereka pun bukanlah dengan cara mengaibkan mereka.Diaorang bukan macam Anwar Ben Israel yang kaya raya dan mampu menyaman beratus juta untuk menutup aib yang didedahkan. Mereka mungkin akan menjadi bertambah liar kerana dimalukan dan diaibkan sebegitu rupa.

Suratkhabar berkenaan perlulah berlaku adil kepada semua wanita dan gadis tak kiralah apa bangsa dan agama sekalipun. Kalau bab maruah wanita kaum lain kemain mereka jaga dan pelihara. Kalau bab maruah gadis-gadis Melayu, mereka seolah-olah tak ambil peduli pun. Mereka perlulah juga mengambil tanggungjawab menjaga maruah dan harga diri mana-mana wanita dan gadis Melayu yang terjebak dalam kegiatan tak berapa molek. Perlulah berlaku sopan kepada wanita dan gadis Melayu tersebut. Mereka pun ada maruah dan harga diri waima apa pun kesilapan mereka. Baca seterusnya di sini PRAPUKARI

Kena ingatlah gadis-gadis tersebut bukan Anwar Ben Israel. Maaf lah jika tulisan hamba ini menyinggung perasaan dan tak berapa digemari oleh pihak-pihak berkenaan. Hamba menulis bukan mencari keuntungan dan populariti tetapi mahu menyedarkan semua pihak Tolonglah jaga dan pelihara maruah dan harga diri gadis dan wanita Melayu. Jangan aibkan mereka atas apajua motif. 

TEPUK DADA TANYA IMAN!

Jumaat, 30 Mac 2012

BAFIA NAK TANGKAP RAFIZI, ZURAIDA & NURUL IZZAH.

alt

NFCorp telah membuat laporan polis terhadap Rafizi, Zuraida dan Nurul Izzah. Aduannya? Ketiga-tiga malaun tersebut di dakwa oleh NFCorp telah melanggar kerahsiaan maklumat akaun milik NFCorp dengan mendedahkannya kepada umum. Di bawah BAFIA ( Bank And Financial Institutions Act 1989) maklumat dan kerahsiaan akaun pelanggan bank tidak boleh didedahkan kepada umum oleh mana-mana pihak ketiga. Berikut adalah petikan peruntukan dalam BAFIA mengenainya:-
PART XIII
 INFORMATION AND SECRECY
Restriction on inquiring specifically into affairs of a particular customer
96.Except as provided in section 43 (2), and without prejudice to the powers of inspection, examination, investigation or inquiry conferred on the Bank or on an investigating officer under this Act, nothing in this Act shall — 
(a)  authorise the Minister to direct the Bank; or 
(b) authorise the Bank, to inquire specifically into the affairs of any individual customer of any licensed institution. 
Secrecy
97. (1) No director or officer of any licensed institution or of any external bureau established, or any agent appointed, by the licensed institution to undertake any part of its business, whether during his tenure of office, or during his employment, or thereafter, and no person who for any reason, has by any means access to any record, book, register,correspondence, or other document whatsoever, or material, relating to the affairs or, in particular, the account, of any particular customer of the institution, shall give, produce, divulge, reveal, publish or otherwise disclose, to any person, or make a record for any person, of any information ordocument whatsoever relating to the affairs or account of such customer.
97. (3) No person who has any information or document which to his knowledge hasbeen disclosed in contravention of subsection (1) shall in any manner howsoever disclose the same to any other person.
Ianya adalah sebuah kesalahan jenayah yang jika disabitkan kesalahan membawa hukuman penjara 3 tahun. Rafizi adalah berkelulusan akademi di bidang perakauanan. Seorang akauntan yang terlatih, seorang ahli Institute Chartered Accountants England dan Wales dan ahli Malaysia Instituteof Accountants (MIA) sewajar tahu mengenai kesalahan jenayah menyebarkan dan mendedahkan sebarang dokumen sulit dan  maklumat akaun milik pelanggan bank kepada umum. Baca seterusnya di sini KLPOS.

Adalah wajar bagi pihak berkuasa menyiasat lapuran NFCorp tersebut dengan kadar segera. Jika didapati ketiga-tiga malaun PKR itu telah melakukan kesalahan jenayah maka moleklah mereka di dakwa di mahkamah. 

Tapi macam biasalah kita bakal melihat macam-macam drama dan dio-drama di pihak PKR nanti, Maklum pepepuak Regim Zionis PKR nie mana boleh tahan kalau mereka dikatakan melakukan kejahatan sebab mereka kan sudah disucikan dengan air liur Pok Nik dan kibasan tangan Anwar Ben Israel.

TEPUK DADA TANYA IMAN!

ANWAR BEN ISRAEL ENGGAN TERIMA SEPINA. SKANDAL RM445 JUTA!

Seot ! Habis lah Punah Ranah Kali Ini .. Apa alasan nak beri taknak Terima Sepina HLFB dan Low Thiam Hoe ? Kang abis semua rahsia RM445 juta terbongkar pasai ceq tipo semua orang! Jijaaahhhhhh ... Mai Tulun Abang !!!!!!!!!

Pada 1998, Anwar Ben Israel selaku Menteri Kewangan dan Timbalan Perdana Menteri melakukan sesuatu yang menyebabkan pada hari ini Hong Leong FinanceBerhad (HFLB) menyaman Low Thiam Hoe. Siapa Low Thiam Hoe? Low Thiam Hoe ialah seorang ahli perniagaan yang telah diperalatkan oleh Anwar Ben Israel di dalam satu transaksi yang mencurigakan membabitkan pembelian Kewangan Bersatu Berhad yang dimiliki oleh Arus Murni Corporation Sdn. Bhd. 

Pada tahun itu (1998)  pinjaman RM445 juta diluluskan oleh HLFB kepada Low Thiam Hoe bagi pembelian KBB yang tak pernah berlaku. Wang tersebut dimasukkan terus ke dalam akaun AMC. Ini dilakukan dengan tergesa-gesa dan secara cepat kerana maklumlah pada masa itu (1998) Tun Dr Mahathir sedang melengkapkan siasatan ke atas Anwar Ben Israel mengenai dakwaan Ummi Hafilda mengenai salah kelakuan seksual Anwar Ben Israel meliwat. Malah pada masa itu Mat Syabu amat lantang berceramah di seluruh negara melabelkan Anwar Ben Israel sebagai Al Juburi. Manakala di Parlimen, ahli-ahli Parlimen DAP seperti Karpal Singh menjadikannya sebagai isu terhangat untuk menjejaskan kredibiliti kerajaan Barisan Nasional.

Siapakah pemilik AMC pulak? AMC dimiliki oleh Hamzah Harun dan Mohd Faiz Abdullah yang merupakan penulis ucapan bagi Anwar Ben Israel pada waktu itu. Jeng .. jeng .. jeng ..... Ok ada lagi kejutan. Transaksi RM445 juta dilakukan tanpa melalui prosedur biasa. Ianya dilakukan dengan pengaruh Anwar Ben Israel dan hubungan baiknya dengan Tan Sri Quek Leng Chan, Pengerusi Hong Leong Finance Berhad (HLFB).

Wow ! Bayangkanlah dengan wang sebanyak itu RM445 juta ! Pada pendapat dan pandangan anda ... apakah yang mampu dilakukan oleh Anwar Ben Israel pada waktu itu (1998). Bukankah pada waktu itu Anwar Ben Israel memulakan gerakan REFORMASI? Dari mana gerakan REFORMASI 1998 mendapat wang untuk bergerak ke sana dan ke mari ? Tenaga sukarelawan? Ha ha ha .. jangan nak buat lawak derrr ! 

Pada 1998 dan selepas itu ,gerakan tersebut dan Anwar Ben Israel  mendapat liputan meluas dari wartawan dan media asing. Ya la RM445 juta di tabur yea tak? Mao tak berlari media dan wartawan asing macam Road Runner buat liputan. Sebab tu pada tahun 1998 punya la banyak drama boleh diterbitkan oleh Anwar Ben Israel. 

Jadi, ada berani ka Anwar Ben Israel mahu terima itu sepina beri keterangan di dalam mahkamah dalam kes saman HLFB dengan Low Thiam Hoe? Tak mampos Anwar Ben Israel beri keterangan dan semua benda keluar ? Dah tentu semua reformis pun akan meloncat sama kerana akan terdedah segala pembohongan mereka kononnya berjuang secara suka dan rela. Itu dulu, sekarang ini suka-sama-suka. Ini semua pasal duit ler. Suci sangat ke mereka itu semua? Jangan fikirlah masa Anwar Ben Israel dalam penjara, akaq Wan Jijah anak beranak hidup dalam kesempitan dan susah payah, RM445 juta beb!

Percayalah, Anwar Ben Israel akan melewat-lewatkan kes tersebut sehingga selepas PRU 13. Kerana itulah kemenangan Pakatanista amat penting buat Anwar Ben Israel. Bukan kerana rakyat atau menghabis hapuskan kezaliman ke hapa tetapi untuk menyelamatkan dirinya. sebab itu Anwar Ben Israel kerahkan semua jentera PKR dan Pakatanista untuk menghancurkan UMNO dan BARISAN NASIONAL. Kalau tak dihancurkan habis semua rahsia-rahsia kejahatan dan penyelewengan beliau akan terdedah satu persatu.

Jom tanya sama Anwar Ben Israel, mana mao lari brader ???? Tak nak terima sepina ke ? Takut ke ??? Brader Nalla dah bersedia untuk dedahkan semua aktiviti songsang Anwar Ben Israel, tapi mengapa saman tak muncul-muncul jugak?

TEPUK DADA TANYA IMAN!

RAHSIA BESAR TAJAAN DANA ASING DALAM KEMPEN ANTI-LYNAS.


Pihak pembangkang khususnya PKR telah menjadikan isu kilang memproses nadir bumi di Gebeng, Pahang yang dibina oleh Lynas Malaysia Sdn Bhd sebagai isu politik.

Penyokong pembangkang serta rakyat tempatan telah digembeleng sejak setahun lalu untuk menentang projek tersebut.

Tujuan utamanya ialah untuk menutup kilang Lynas yang yang menelan belanja dan pelaburan asing lebih RM700 juta bagi negeri Pahang.

Bermacam-macam tohmah dan dakwaan dilemparkan terhadap projek tersebut antara lain bahawa projek tersenut membahayakan rakyat Pahang serta alam sekitar kerana kononnya risiko bahan buangan beradioaktif hasil pemprosesan bahan mentah nadir bumi yang dilombong dari Australia.

Bagaimana pihak kerajaan pusat dan kerajaan negeri termasuk semua agensi yang bertanggungjawab dalam pelesenan dan pemantauan kilang tersebut telah memberi jaminan bahawa kilang tersebut selamat dan tidak berisiko tinggi seperti mana yang didakwa oleh pembangkang.

Malah ahli parlimen Hulu Langat, Dr Che Rosli Che Mat yang merupakan pakar kajian nuklear telah mengesahkan tapak loji memproses nadir bumi Lynas adalah selamat dengan pemantauan yang mengikut prosedur.

Sekaligus kenyataan yang datangnya dari seorang pakar dan professional seperti Dr Che Rosli menyanggah dakwaan-dakwaan berbaur politik dan tidak berasas daripada kumpulan kempen anti-Lynas yang diketuai oleh Ahli Parlimen Kuantan, Fuziah Salleh.

Jka dikaji sejarah kempen anti-Lynas, agak menghairankan mengapa DAP yang juga rakankongsi PKR dan PAS dalam Pakatan Rakyat membantah penubuhan jawatankuasa bagi menilai penubuhan kilang Lynas.

DAP mahu menampakkan bahawa parti itu tidak anti-pembangunan dan pelaburan tetapi secara senyap dan sembunyi memberi dokongan kuat kepada kempen tersebut.

Ini terbukti dengan kehadiran dalam setiap demonstrasi dan bantahan yang diadakan sama di Kuantan atau di Kuala Lumpur.

Lebih daripada 90 peratus yang hadir terdiri daripada ahli dan penyokong DAP, hanya segelintir kecil penyokong PKR dan PAS menyertai mana-mana perhimpunan anti-Lynas.

Ini membuktikan bahawa wujud agenda tersembunyi yang tidak mahu didedahkan oleh DAP.

Menurut sumber dalaman kempen anti-Lynas sendiri, Fuziah dan kuncu-kuncunya mampu menerajui kempen mampu bertahan lebih setahun kerana sokongan dana yang besar.

Dana tersebut dikatakan diberikan oleh sebuah negara Asia yang juga merupakan antara pengeluar terbesar nadir bumi dunia.

Kalau tidak, masakan Fuziah dan kumpulan anti-Lynas yang besar mampu mengadakan kempen yang tersusun dan teratur, malah mampu membawa aktiviti-aktiviti mereka hingga ke Australia.

Semuanya ini memerlukan kewangan yang besar dan pembiayaan hanya mampu diberi oleh pihak yang mempunyai kepentingan dan berasa terancam dengan wujudnya kilang Lynas di Gebeng.

Ertinya DAP dan PKR telah menjadi kuada tunggangan negara asing untuk menjejaskan ekonomi dan iklim pelaburan Malaysia.

Tindakan Fuziah dan kumpulan anti-Lynas merupakan usaha berkhianat terhadap negara mereka sendiri dan sudah tentunya pihak berkuasa harus menyiasat sumber dana yang diperolehi serta agenda tersembunyi pembangkang yang memanipulasikan rakyat.

PAS telah menghidu agenda jahat PKR dan DAP dan oleh kerana itu sejak awal lagi telah menunjukkan sikap dingin terhadap usaha menentang projek tersebut.

Hakikatnya kempen anti-Lynas adalah contoh yang menjadi bukti kukuh kepada dakwaan pihak pembangkang menerima dana asing bagi mewujudkan ketidakstabilan politik di negara ini.

Pembangkang menggunakan apa jua cara untuk merampas kuasa politik hatta bersekongkol dengan negara asing melalui penerimaan tajaan dana-dana dalam jumlah besar.

TEPUK DADA TANYA IMAN!

Khamis, 29 Mac 2012

ANWAR BEN ISRAEL MELONCAT KERANA KERALIABILITINYA DIPERSOALKAN.


Mula-mula berita sensasi. Buat pertama kalinya Ketua Pembangkang dalam Parlimen dipertikaikan kredibilitinya sebagai Ketua Pembangkang. Nallakaruppan dan rakan-rakan beliau lain akan melobi untuk menyakinkan Ahli-ahli Parlimen lain mengusulkan kepada Dewan Rakyat untuk mempertimbangkan dan mempersoalkan kredibiliti Anwar Ben Israel sebagai Ketua Pembangkang. Ha ha ha ... sori hamba tergelak.Hamba bukan apa, hamba senak perot ni gelakkan Anwar Ben Israel dan nasib malang Pakatanista. Dulu kemain berkokok dalam Dewan Rakyat .. itu kredibiliti ... ini kredibiliti sampai jadi sarkis sidang Dewan  Rakyat, Akhirnya, ludah Pakatanista menimpa muka mereka sendiri. Sekarang Anwar Ben Israel sudah menjadi KERA-LIABILITI bagi Pakatanista. Dengan pelbagai palitan skandal salah laku seksual dan penyelewengan kuasa, Pakatanista tak mampu lagi maju ke hadapan membawa 'Obor Kebebasan' sebaliknya 'Obor itu membakar hangus seluruh tubuh badan Pakanista sampai rentung. Adakah anda masih terpinga-pinga lagi ? Anda kan lebih bijak daripada Anwar Ben Israel dan Pakatanista.

TEPUK DADA TANYA IMAN!

RAHSIA BESAR KENAPA KHALID G IZINKAN PKNS KUBURKAN KOMPLEKS SUKAN KELANA JAYA.

 
LU KHALID JANGAN LAWAN TOKEH SAMA GUA ! NANTI WA REPOT SAMA PAK SEKS ANWAR BEN ISRAEL .. MASAK LA LU NANTI KENA JENTIK.
tokeh
AZMIN ALI ini power sebenarnya di Selangor. kalau bukan kerana soal helah politik beliau lah MB Selangor tapi kerana maruah dan namabaik beliau tak bagus sangat jadi letaklah boneka Khalid G. Anda masih ingatkan mengenai isu pembangunan Kompleks Sukan Kelana Jaya ?

Baiklah, Azmin Ali ini ialah Pengerusi Jawatankuasa Kerja EXCO PKNS. Takde dalam carta PKNS tapi memang ada sejak Pakatanista mentadbir Selangor. Biasalah kan penyamun negeri, macam-macam cara mereka buat nak merompak. Khalid G cuba berlakon tunjuk lagak profesional dalam menjawab soalan yang diajukan di dalam sidang DUN bahawa pembangunan Kompleks Sukan Kelana Jaya diserahkan kepada PKNS bermakna Khalid G cakap "Gua takleh lawan tokeh sama Azmin Ali. Itu projek habuan Azmin Ali nak tambah kekayaan peribadi  ... gua makan sikit komisyen untuk bayar hutang Bank Islam kira ok la"

Jawatankuasa Kerja EXCO PKNS atau akronimnya JAWS &-KERA, mempunyai kuasa yang amat digeruni dan ditakuti oleh Ahli Lembaga Penagrah PKNS. Tu la pasal Khalid G tatak berani lawan tokeh. Berani lah lawan 'kesayangan' Anwar Ben Israel tu. Tak cukup tanah Khalid G nak lari nanti.

 
PEMBANGUNAN YANG BAKAL MENJADIKAN AZMIN ALI & KRONI PKR SELANGOR BERTAMBAH KAYA -RAYA .. ...  Isu Pembangunan Kompleks Sukan Kelana Jaya.

Begitulah cara pentadbiran PKR atau Pentadbiran Pakatanista di Selangor. Regimnya Punah Ranah. habis punah ranah jahanam masa depan Selangor di bawah mereka.

TEPUK DADA TANYA IMAN!

CIMB JANGAN MALUKAN UMNO SELANGOR & DS NAJIB & UMNO.

Sebagai menyambut kegusaran mengenai unsur-unsur parasit di dalam GLC seperti CMB yang disuarakan dua orang rakan bloger seangkatan yakni Papa Gomo dan Akar Umbi, hamba turut menyeru agar UMNO Malaysia dan UMNO Selangor perlu mengambil perhatian segera. Dari dulu lagi sebarang polisi kerajaan dar mana-mana pentadbiran kerajaan BN yang baik selalunya di sabotaj oleh kegiatan parasit yang menyusup masuk dalam jentera kerajaan, agensi kerajaan dan badan-badan GLC. Diaorg buat taik, UMNO dan BN dapat nama busuk. Kepincangan ini tidak boleh dibiarkan lagi. Sebaik-baiknya biarlah semua jentera kerajaan, agensi dan jabatan kerajaan serta badan-badan milik kerajaan dipenuhi oleh ahli-ahli parti sendiri. Kamonlah, ahli UMNO sendiri sudah 3.3. juta orang belum lagi ahli MIC , MCA , GERAKAN dan parti-parti komponen lain. Paling tidak pun 70% jawatan diisi oleh ahli parti. Pastikanlah yang mempunyai kelayakan dan pengalaman yang sesuai bagi mengisi jawatan-jawatan tersebut. Peranan dan fungsi jentera kerajaan bagi melaksanakan polisi pentadbiran BN. Mari kita membaca apa yang telah di tulis oleh Akar Umbi :-
Ada desas-desus mengatakan CIMB Shah Alam yang terletak di Bangunan UMNO Selangor akan berpindah. Alasan yang didengar ialah masalah parkir dan yang kedua, fengshui.
Kalau BN gagal di Selangor pada PRU13, rasanya gerenti CIMB akan keluar dari bangunan milik UMNO Selangor tersebut.
Jangan main-main, ini bakal jadi satu tamparan kepada PM Najib.
Untuk kepastian cuba-cubalah pegawai-pegawai UMNO Selangor bertanya pada kakitangan bank berkenaan.
Tanda-tanda CIMB buat kerjasama sosial (bukan bisnes?) telah pun terbukti awal tahun lepas.
 
baca seterusnya di sini AKAR UMBI

UMNO dan BARISAN NASIONAL tidak boleh lagi membiarkan puak Pakatanista mengambil kesempatan di atas kebaikan UMNO dan BARISAN NASIONAL. Dalam mana-mana program CSR GLC jika hendak sangatlah tunjuk tak pilh bulu buat je camnie ..dalam sepuluh program CSR , tiga buat kerjasama secara terhad dengan Pakatanista. tapi bila difikirkan balik lah buat apa beri peluang kepada Pakatanista nak tumpang tui kan? Pakatanista pun tak pernah menceritakan kebaikan UMNO dan BARISAN NASIONAL pun.

TEPUK DADA TANYA IMAN!

KALAU BUKAN YB UMNO GERENTI CALON PKR UNTUK PRU 13.

Agak lama jugak lah satu isu sensasi mengenai kononnya satu serbuan di buat pada jam 2.30 pagi di sebuah pusat maksiat dan kononnya seorang YB BN Melaka kantoi. Tapi tahukah anda tidak ada bukti kukuh mengenainya yang ditampilkan oleh para tukang fitnah pakatanista selain gambar sahaja ? Berikut adalah jawapan balas Rustam Ali KM Melaka mengenainya (errr harap-harap Rustam Ali sedar mengenai gambar yang dijadikan bahan asas kepada ramuan fitnah Pakatanista):-
KM Melaka Datuk Seri Mohd Ali Rustam mencabar pembangkang supaya menunjukkan bukti menunjukkan ada wakil rakyat BN diperiksa polis ketika serbuan di sebuah pusat hiburan hujung minggu lalu.
Beliau turut meminta media sekiranya menyimpan sebarang maklumat atau rakaman foto dan video yang menunjukkan wakil rakyat terbabit berada di pusat hiburan tersebut dalam serbuan jam 2.40 pagi itu.
"Saya tidak menerima sebarang laporan pun seperti apa yang didakwa pihak pembangkang dan setakat ini tiada laporan polis dibuat.
"Dakwaan itu hanyalah fitnah yang dilontar pembangkang. Mereka memang suka membuat fitnah, padahal sebelum ini pun pembangkang pernah menuduh kita sebagai kafir," katanya hari ini.-MK

Bila menjawab tuduhan dan fitnah Pakatanista kena berhati-hati nanti kalau tersilap cakap mampu dijadikan bahan oleh Pakatanista bagi ftinah lain pulak. Memandangkan di fesbuk gambar tersebut tersiar. Cuma tak dipastikan samada ianya adalah kaedah superimposed atau tidak.

TEPUK DADA TANYA IMAN!

Rabu, 28 Mac 2012

VIDEO BILA NALLAKARUPPAN DEDAH SEKSUAL ORIENTASI ANWAR BEN ISRAEL IANYA BERNILAI RM100 JUTA.

A HUNDRED MILLION RINGGIT  SEXUAL ORIENTATION.
NASIB KAU LAH LABU ..... ... 

Apabila Nallakaruppan yang selama ini banyak mendedahkan mengenai salahlaku seksual Anwar Ben Israel di saman oleh Anwar Ben Israel ianya bernilai RM100 juta. Begitulah hebatnya pendedahan tersebut. Tapi begitu murahnya Anwar Ben Israel menilai dirinya sendirinya. Huh, kalau maruah hanya bernilai RM100 juta jika di tukar kepada USD pun baru berapa jek atau Euro atau Pound Sterling. Alahai takat RM100 juta nilai maruah Anwar Ben Israel. Lembu NFC pun nilainya RM250 juta.Habislah ko Raffzi dan Mak Lempira. Hancus korang. Nilai maruah pemimpin korang lebih murah daripada nilai lembu NFC. Patutlah korang beriya-iya meroyan pasal NFCORP dan lembu NFC. Sekarang barulah hamba faham kenapa. Selain daripada itu Nallakaruppan turut mendedahkan mengenai hubungan intim dan istimewa Anwar Ben Israel dengan Shamsidar. OOOOO .. patutlah dalam 'CeritaKakWan'  akaq Wan Jijah tulis:-

Akaq Fenin dengan Nallakaruppan nie ..
"Terfikir juga saya, sampai bilakah semuanya harus saya pendam sahaja?
Indah, manis, sedih, geram,
marah, kasihan, meluat dan jijik
semuanya ada. Ia adalah sebahagian daripada aturan Allah kepada kami sekeluarga dan saya
redha, cuma di sana ada tuntutan bagi kita sebagai hambaNya agar sentiasa berusaha
membuang segala kefasadan dan mengambil segala kebaikan. Saya adalah seorang wanita
biasa yang mempunyai keinginan dan impian tersendiri. Bezanya cuma, saya adalah isteri
kepada seorang lelaki bernama Anwar Ibrahim."
Sungguh mendalamnya kata-kata akaq Wan Jijah bila di analisa dalam konteks pendedahan salahl kelakuan seksual Anwar Ben Israel. Berat mata membaca berat lagi tanggungan emosi akaq Wan Jijah. Tapi silap beliau sendiri. Isteri mana yang mampu bertahan ooooiiiii ! 

Nallakaruppan turut di ugut oleh para pembodek dan penjilat tegar Anwar Ben Israel agar berhenti membuat pendedahan. Ok lah kita dengar apa Nallakaruppan hendak katakan dalam video ini, fikir guna kepala otak yang waras dan bukan kepala lutut atau kepala lembu sosialis.


TEPUK DADA TANYA IMAN!

AL FATIHAH & TAKZIAH. 2 ORANG AJK PEMUDA UMNO HULU LANGAT MAUT DALAM KEMALANGAN.

Orang ramai termasuk Ahli Dewan Undangan (ADUN) Semenyih, Datuk Johan Abdul Aziz (kanan) membantu mengangkat mayat Khairul Hisham Janarudin

AL-FATIHAH & TAKZIAH kepada dua orang arwah AJK Pemuda UMNO Hulu Langat yang maut dalam kemalangan. Mereka ialah arwah Khairul Isham Janarudin dan Saifuddin Kandar. Petikan berita dari blog Kamaluddin Idrus, :-

PUTRAJAYA 28 Mac – Dua Ahli Jawatankuasa (AJK) Pergerakan Pemuda UMNO bahagian Hulu Langat, Selangor maut manakala tiga lagi cedera, termasuk seorang parah apabila kereta yang mereka naiki terbabas lalu merempuh sebatang tiang lampu di Persiaran Timur, berhampiran susur keluar Desa Pinggiran Putra di sini, hari ini.Mereka yang terbunuh ialah Khairul Isham Janarudin dan Saifuddin Kandar yang merupakan penumpang kereta berkenaan.Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Semenyih, Datuk Johan Abdul Aziz berkata, beliau menerima panggilan daripada salah seorang mangsa yang terselamat dalam kemalangan itu yang memaklumkan bahawa kereta yang dinaikinya terlibat dalam satu kemalangan ngeri.Katanya, mereka dalam perjalanan pulang ke Kajang selepas menghantar Ketua Penerangan Pemuda UMNO bahagian itu, Al Dita Aladin ke Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur untuk menunaikan umrah.

Keadaan kenderaan pelbagai guna (MPV) jenis Toyota Estima yang rosak teruk akibat kemalangan di Persiaran Timur berhampiran susur keluar Desa Pinggiran Putra.

TEPUK DADA TANYA IMAN!

PAKATANISTA MAHU BUBAR DUN SEBELUM 32HB JUN 2012 INI?


Kembali serius membantai Pakatanista dalam isu politik. Ok lah berita terbaru dengarnya dah heboh satu Malaysia pasal kenyataan Pengarah SPR. Sebagai menjawab soklan maut wartawan berkenaan hak pemilih yang mendaftar pada suku tahun pertama 2012      ( Jan - 31hb Mac 2012), Pengarah SPR berkata jika mereka mendaftar pada atau sebelum Ahad ini 31hb Mac 2012 , mereka layak mengundi jika PRU 13 diadakan pada bulan Jun tahun ini. Itupun bersyarat jika sekiranya tiada bantahan ke atas senarai pemilih yang melibatkan mereka. Petikan lapuran berita Bernama :-
PUTRAJAYA 28 Mac – Rakyat Malaysia yang mendaftar sebagai pemilih sebelum Ahad ini berpeluang mengundi pada Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13), jika pilihan raya diadakan selepas bulan Jun tahun ini.
Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya Malaysia (SPR), Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof berkata, daftar pemilih bagi suku pertama tahun ini akan berakhir pada 31 Mac dan Daftar Pemilih Tambahan Suku Tahun (DPT ST) 1/2012 dijangka diwartakan pada bulan Mei ini.
"Kalau (pemohon) tidak terlibat dengan bantahan, mereka layak mengundi,” katanya kepada Bernama ketika dihubungi di sini hari ini.
Beliau berkata, demikian apabila diminta mengulas sama ada rakyat Malaysia yang mendaftar sebagai pengundi pada suku tahun pertama tahun ini layak untuk mengundi pada PRU-13 sekiranya pilihan raya umum diadakan pada bulan Jun dan ke atas. - BERNAMA
Jadi elok lah sangat kepada siapa yang belum mendaftar silalah mendaftar pada Ahad ini 31hb Mac 2012. Janganlah pulak bila sudah mendaftar taknak pergi mengundi. 

Andaikata lah PRU 13 pada Jun 2012 , Hamba gerenti dengan penuh yakin tanpa rasa was-was dan syak wasangka Pakatanista Regim Punah Ranah akan membubarkan semua DUN yang dikuasai oleh mereka secara serentak pada 32hb Jun 2012. Cuma dalam kalendar yang digunapakai oleh kita pada hari ini dan di mana-mana jua pelusuk dunia ini ada ke 32hb Jun 2012 ? Kalau takde, jangan nak ngada kata PRU 13 pada bulan Jun 2012. Hamboi !

TEPUK DADA TANYA IMAN!

GUA SANTAI JAP BEB, LAYAN GAMBAR NEELOFA ATAS KATIL.


Hari ini mood gua nak berpolitik agak hambar dan sedikit tawaq habiaq. Apa sebab ? Ini semua gara-gara MPP Online yang dok gatai tangan dan mata tampal gambar Neelofa awek Kelate yang sedang ngetops di persada seni tanahair. Huh ... Siapa bilang gadis Melayu tak cantik ? Yang tak cantik cuma Elizabeth Wong dan Teresa Kok jek. Nurul Izzah ? Bagi gua ... mana-mana bini orang tak cantik bro ! Lainlah Badrulink Amin, ADUN PAS dan Anwar Ben Israel .. jangankan bini orang ... anak jantan orang pun diaorg boleh terbukak selera.


Gua agak musykil gak bila MPP Online kata Maya Karin lagi cun daripada Neelofa. Ini yang buat gua nak buang jek pautan MPP Online.. tapi atas semangat setia dalam berkawan gua fikir elok gua buang saja perasaan dengki dan tak puashati gua masuk dalam mana-mana lombong pasiaq yang KSSB tinggalkan untuk masa depan gelap generasi rakyat Selangor yang terkemudian. Helo... gua bukan macam TBH yang berani buang emosi ikut tingkap bangunan SPRM. Apa pun wa respek lah selera nafsu nafsi MPP Online dok syok kat Maya Karin. 

Wa suka bukan jatuh cinta ... pada mana-mana gadis Melayu yang cun melecun. Janda ? Ahaks ... jangan di sebut nanti abis ilang semua undi .. masalaah beso plak gua nak berjawab. Cuma wa terfikir lah kalau lah Neelofa ini jadi Calon Winnable kat tempat Parlimen gua ... gua jamin akan suka dan rela jadi jentera pilihanraya walaupun tak di mintak oleh Neelofa .. ahaks ! Tapi musykil lah ... gua mungkin tak berpeluang langsung nak bertemu atau belanja Neelofa makan roti canai kat warung sebelah KLCC ( ya lorh .. gua bukan bloger berbayo macam pencacai Pakatanista ) Nasib lah kalau Neelofa terbaca dan terbukak hati kan nak belanja gua makan roti canai .. ahaks.

Tapikan gua ni bukan jenis romantika d'amore ... sebab jiwa gua nie asik nak berperang jek siang malam pagi petang ... itu yang buat gua teruja kan .... Jadi amatlah mustahil dalam julat formula E=MC2 bahawasanya keinginan gua nak belanja atau dibelanja oleh Neelofa makan roti canai dalam masa terdekat atau terjauh mampu mengatasi kelajuan cahaya.. ahaks. 

Alarh, gua tak kesah pun sebab gua dah ada yang lagi cun daripada Neelofa. Ha ha ha ha ..... Dafi kata " Baekkk Punyeerrrrr !" terimakasih kat daddy Dafi kasi tambah seploh sen subsidi untuk kekalkan harga RON 95 di pasaran pada RM1.90. Kalau Neelofa ajak dan pelawa gua gerenti tak tolak punya .... favorit gua roti canai ... bukan banjir macam kat IKBN Hulu Langat atau Kajang sampai buaya pun boleh berenang-renang riang ria. Oklah kita layan jap lagu nie ... bukan buat Neelofa tapi untuk yang lagi cun daripada Neelofa ... ahaks ... layanzzzz .... (blog ini masih blog politik, artikel ini kira nak cari ide hantam Pakatanista .jek ... santaii !!!! ) lagu Yuna - Terukir Di Bintang.


TEPUK DADA TANYA IMAN!

DIRECT NEGO - CEKIK DARAH BETUL PKR SELANGOR.

Dulu ... dulu lah .. sebelum Pak Kaduk naik junjung dan sebelum Luncai jumpa labu-labu nya serta sebelum penerjunan berani mati TBH, Khalid G berjanji ... ya .. tuan-tuan dan puan-puan .. BERJANJI ... bukan MENGOTAKAN JANJI... tapi MENGAUTAKAN JANJI mahu menghapuskan terus amalan pemberian kontrak secara runding terus ( direct nego).  Pada hari ini adakah ianya berlaku ? Ataupun masih diamalkan mengikut hawa nafsu dan selera beso dan luar tabie PKR ? Lihat di bawah .......




Samada kecil atau besar, sedikit atau banyak, persoalannya ialah kenapa janji hanya tinggal di gusi dan di gigi Khalid G? Kenapa janji-janji mudah dimungkiri oleh Pakatanista Regim Punah Ranah ? Kenapa begitu mudah Pakatanista Regim Punah Ranah menjustifikasikan kemungkiran janji-janji mereka dengan menyalahkan pihak lain yang tak pernah menjanjikan sejuta bintang di langit seperti mereka janjikan? Adakah ini ketelusan? Adakah ini kredibiliti ? Adakah ini akauntabiliti ? Atau adakah ini dusta semata-mata?

Sebab itulah Anwar Ben Israek berani menjanjikan untuk menurunkan harga petrol dan disel dalam tempoh 24 jam jika Pakatanista Regim Punah Ranah menang. Ya la apa susah .. turun 1 sen pun dah kira turun harga minyak. Tapi apakah terjadi selepas 24 selepas harga minyak diturunkan? Sebab Anwar Ben Israel tak berjanji akan mengekalkan dan terus menurunkan harga petrol dan disel selepas itu. Ya tak? 

TEPUK DADA TANYA IMAN!

KLIP VIDEO BUKTI BUDAYA KEGANASAN PAKATANISTA SELANGOR.



Tengok video di atas di atas molek-molek kemudian nilaikan sendiri ler kenapa Budaya Samseng Pakatanista menjadi pilihan utama mereka dalam menguruskan konflik politik mereka (Pakatanista)
Anda juga perlu berfikir kenapa pembohongan dan pendustaan digunakan oleh Pakatanista. 

TEPUK DADA TANYA IMAN!

Selasa, 27 Mac 2012

ISU SMS - BILA AMANAH SEBAGAI SPEKER DUN DIKHIANATI KUASA DISALAHGUNA.


Bunyinya macam lekeh sangat. Isu nya macam kecil sangat. Tapi sedarkah anda perbuatan seorang speker DUN yang menyebelahi parti politik dan sekutu parti politik adalah satu perbuatan mengkhianati amanah yang diberikan. Walaupun perlantikannya sebagai speker DUN adalah di atas sebab persengkongkolan parti politiknya dengan sekutu parti politiknya itu tidak memberikannya hak untuk bertindak menjangkaui dan melangkahi tugas dan peranannya sebagai speker DUN. Pada setiap masa dalam tempoh perlantikan jawatan speker beliau wajib memperlihatkan sikap neutral. Begitulah konsep amalan demokrasi di negara ini. Beliau adalah speker bagi sebuah dewan yang mewakili kepentingan rakyat jelata samada yang menjadi pengundi ataupun tidak. Beliau bukan seorang speker bagi sebuah Dewan Makan, Dewan Badminton, Dewan Tari-Menari, Dewan Main Guli atau Dewan Futsal mahupun Dewan SMS. Selama ini parti politiknya menjerit terpekik terlolong mengenai ketelusan, kredibiliti dan Akauntabiliti yang menjurus kepada amalan tidak pilih kasih dan bulu. Jadi ianya bukan berbunyi lekeh mahupun ianya adalah satu isu yang kecik. Ini berkaitan dengan kredibiliti seorang speker DUN bukannya kredibiliti seorang pengadil congkak-congkik atau polis sentri. Si speker ternyata terbelit dengan kata-katanya sendiri. SMS yang di hantar olehnya yang menjadi isu ialah sms yang menggesa ADUN Pakatanista mengambil peluang bercakap mengenai apa yang telah dilakukan oleh Pakatanista selama 4 tahun ( mana lah ADUN Pakatanista nak cakap pun sebab takde apa yang di buat selama 4 tahun ini). Oklah. mula-mula speker tu kata hantar kat Hasan Ali sebab beliau 'Terlupa' Hasan Ali tak jadi EXCO... wahhhh ini macam punya Alzheimer punya orang pun boleh jadi Speker ? Jangan plak nanti beliau dakwa beliau 'Terlupa' beliau adalah Speker DUN ! Kemudian beliau kata sms di hantar kepada semua ADUN samada BN atau Pakatanista ... dia cuma tunjuk Blackberry nya saja lah .. Wow ! Blackberry tu kira elaun Speker ke? Huh mana satu nie ? Dah kantoi biasa ler ... meh dengar sendiri apa beliau kata dalam klip video ini .. Anda nilaikan sendiri ...


TEPUK DADA TANYA IMAN!

RAKYAT YANG BISING ATAU PAKATANISTA YANG BISING?



Kita seringkali di  tipu dan dibohongi oleh Pakatanista Rakyat. Setiap masa, setiap detik dan setiap saat sejak dulu lagi. Penipuan dan pembohongan tersebut menjadi semakin hebat dalam beberapa tahun selepas PRU 12 tapi kemudiannya momentum tersebut beransur-ansur kurang kerana begitulah adat dunia yakni pembohongan dan penipuan takkan mampu bertahan lama. 

Kemarahan rakyat menjadi reda bila kerajaan BN di bawah pentadbiran DS Najib mula bertindak balas dengan melaksanakan polisi-polisi transformasi. Sedikit demi sedikit keyakinan rakyat kembali semula kepada BN. Kalau dulu apasaja yang dikatakan oleh pemimpin Pakatanista kepada rakyat akan di terima bulat-bulat. Akhir-akhir ini apabila terdedah dan terbongkar dengan sendirinya segala penipuan dan kejahatan Pakatanista, rakyat mula membuka mata dan mempersoalkan setiap fakta dan maklumat yang di terima daripada Pakatanista.

Keadaan ini menyebabkan Pakatanista berada di dalam keadaan defensif pada setiap hari menghampiri PRU13. Segala janji-janji dan penyelewengan Pakatanista menjadi bukti Pakatanista hanya berjanji tetapi tidak menunaikannya langsung. 

Apabila Pakatanista mempersoalkan mengenai cincin dibuktikan bahawa cincin itu tidak di beli pun, Apabila Pakatanista mempersoalkan NFCORP, Kak Ijat letak jawatan dan ternyata jumlah itu bukanlah 'hadiah istimewa' sebaliknya adalah pinjaman yang perlu di bayar balik. Pemberian pinjaman tersebut melalui proses-proses yang ditetapkan dan bukan kerana Kak Ijat bukak mulut. 

Apabila Pakatanista mempersoalkan BR1M, KR1M dan pelbagai pakej bantuan kepada rakyat terbukti rakyat yang menerimanya tidak mempersoalkannya langsung. Malah tidak dibuktikan bahawa wang KWSP telah digunakan bagi maksud tersebut. 

Ini bukanlah membodek terlampau. Tapi apa yang betul diperkatakan dengan betul. Apa yang salah diberikan teguran yang baik. Apa gunanya pada lahir nampak mengamalkan apa yang di suruh tetapi hakikatnya hanya mahu mencari populariti? 

Betul, Politik ialah mengenai nombor dan bilangan tapi apa gunanya nombor dan bilangan jika ianya sama seperti buih di lautan?

Apa gunanya kuasa jika tidak digunakan secara amanah, bijaksana, menyampaikan hak dan melakukan perkara yang benar belaka?

Apabila kita mempertimbangkan sesuatu maka 4 perkara tersebut perlu di lihat dan bukannya hanya melihat dan menilai kepada apa orang lain mahu kita pertimbangkan. Kita perlu pandai menilai sesuatu dan percayalah kebenaran itu hanya ada pada sisi Allah Ta'ala sahaja. Tidakkah selepas beribu orang melakukan solat berjemaah hajat perdana anjuran Pakatanista segala keburukan dan kejahatan Pakatanista terdedah? Apakah maknanya itu? Sendiri mahu fikir lah brader.

TEPUK DADA TANYA IMAN!

Isnin, 26 Mac 2012

BAPAK KOMUNIS NAK SIASAT PEGUAM NEGARA & BEKAS KETUA POLIS NEGARA ??? !!!.

 
Dulu Mereka Adalah Pengacau ...... 
Dulu Mereka Takde Moral ....
Dulu Mereka Suka Memaki Hamun Sumpah Seranah & Mencarot

 
Sekarang Mereka Pun Masih Pengacau, Masih Tak Bermoral , Masih Memaki Hamun, Menyumpah Seranah & Mencarot ...
Diri Mereka Sendiri punTak Pernah Berubah Langsung ..
Macamana Nak Ubah Negara ? 

RAPAT RAKYAT (LIPAT RAKYAT) PAKATANISTA ROUGE Regim Punah Ranah berstatus haramjadah (sebab tak berdaftar) mengadakan majlis memaki hamun, menyumpah seranah dan mencarot di pentas sambil menjual janji-janji yang tak tertunai. Kali ini para pembodek dan penjilat tegar mereka yang di impot dan yang diberikan upah datang seramai 5 000 orang untuk turut serta mendapat saham dosa-dosa fitnah pemimpin tak bermoral pojaan mereka. Bertempat di Kuala Selangor. Dengan penggunaan segala kelengkapan PBT (tak tau samada ianya diberikan secara percuma atau di bayar sebab majlis fitnah itu bukan program kerajaan negeri) maka bermulalah penyebaran fitnah dan sumpah seranah dari pemimpin tak bermoral Pakatanista Rouge regim Punah Ranah Haramjadah. 

Mula-mula Bapak Fitnah Malaysia yakni Bapak Kepala (ikut stail Indon sebab mereka suka guna istilah Indon)  Anwar Ben Israel mula merapu dan meroyan mengenai pendedahan perbuatan tak bermoralnya siang malam di media arus perdana (padan muko ko Anwar Ben Israel). Kemudian, Bapak Kepala hotak Anwar Israel mengulangi janji menurunkan harga minyak dalam tempoh 24 jam walaupun Pakatanista Regim Punah Ranah Haramjadah, gagal melakukan apa jua tindakan bagi menampung subsidi petrol dan disel secara bersama dengan kerajaan Pusat. 

Sekali lagi Bapak Kepala Hotak ANwar Israel mengulangi mengenai IPP. dan menariknya pada kali ini hartawan dan jutawan Melayu Syed Mokhtar menjadi sasaran beliau. Sedangkan sebelum itu beliau mengherdik dan memaki hamun kerajaan BN tidak mahu memertabatkan orang Melayu menjadi jutawan dan hartawan. Bapak Kepala Hotak Anwar Israel menuduh Syed Mokhtar menjadi kaya kerana merasuah para pemimpin UMNO/BN. Beginilah caranya kepimpinan Pakatanista Regim Punah Ranah memamposkan Melayu dan Islam. Muak sungguh lah dengan pembohongan pemimpin Pakatanista Regim Punah Ranah , balik-balik benda yang sama jek. Itu sahajakah kemampuan Pakatanista Regim Punah Ranah mampu lahirkan pemimpin-pemimpin tak bermoral seperti mereka?

Agenda memaposkan Melayu ini di sambung pula oleh Bapak Komunis Lim Kit Siang apabila menuduh dan berikrar untuk menubuhkan sebuah Tribunal Kehakiman untuk menganiayai dan menzalimi Peguam Negara dan bekas Ketua Polis Negara. Ada patot ke ? Kenapa beliau tak menyarankan agar Tribunal Kehakiman menyiasat beliau dan segala aktiviti haram Pakatanista Regim Punah Ranah  yang berkaitan dengan kongsi gelap?

Dulu Bapak Komunis itulah yang menyeru agar orang Cina bangkit dan menghalau keluar orang Melayu sehingga tercetus tragedi 13 Mei 1969. Jelaslah bahawa Pakatanista Regim Punah Ranah jika mentadbir dan memerintah negara mereka akan hanya menghalau orang Melayu, membalas dendam dan menjahanamkan negara sahaja. Tolaklah Pakatanista Regim Punah Ranah !

TEPUK DADA TANYA IMAN!

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...