Pada hari ini , SPR akan buat pengumuman penting mengenai pengosongan kerusi DUN Kajang. Sejak dari awal lagi, semua bertanya dan hairan apakah sebab utama Lee Chin Cheh mengosongkan kerusi DUN tersebut. DI pihak PR, jelas tindakan itu sudah diketahui oleh dap-pkr tapi PAS menerima kejutan terperanjat maksimum. Imbas kembali, pengosongan kerusi DUN Selangor berlaku dikemuncak polemik Kalimah Allah di Selangor.
Pada 28hb Januari 2014, jam 12.05 tengahari, SPR mengaku terima pemakluman rasmi daripada speker DUN Selangor (Hannah Yeoh-DAP) berhubung dengan perletakan jawatan DUN N,25 Kajang . Dan pada hari ini, 5hb Febuari 2014, SPR akan mengadakan mesyuarat khas berhubung kedudukan DUN N.25 Kajang berkenaan dan semua perkara yang berkaitan. Selepas itu, satu sidang media akan dibuat. - Kenyataan Media SPR bertarikh pada 28hb Januari 2014.
PKR melalui mulut Rafizi memberikan alasan bahawa pengosongan kerusi DUN Kajang untuk menyelamatkan regim PR di Selangor. Ini jelas yea. Tidak disebutkan sedikit pun ianya dibuat atas kepentingan rakyat Selangor. Rafizi jelas menyebutkan kerisauan PKR atas apa yang mereka katakan 'Perebutan Jawatan MB Selangor'. PKR bimbang, ianya akan menjadi punca kejatuhan regim PR di Selangor. Maka penjelasan dibuat bersama PKR-DAP mengenai perkara berkenaan. Dan seperti biasa, UMNO/BN dipersalahkan kerana nak mengambil kembali Selangor. Tak ke lawak punya alasan yang diberikan? Menggadaikan dan meliwat demokrasi kerana ketakutan kepada bayang-bayang sendiri?
Ada pula yang mengatakan, ini berkait rapat dengan kes liwat II Anwar Ibrahim yang akan disebut pada 11 dan 12 hb Febuari ini. Tapi bagi ambe, itu tidak berapa relevan kerana terbukti Anwar Ibrahim bukan lagi menjadi keutamaan kepada PR.
Cuma ambe agak hairan bagaimana pula boleh muncul pemecatan 20 orang staf PKNS. Rentetan daripada pemecatan Azmin Ali dari PKNS yang kemudiannya menjadi kecoh. Apa yang sebenarnya berlaku dan terjadi di dalam PKNS sekarang ini? Adakah penguasaan dan hegemoni dap sudah tergugat ?
Kajang is not about Anwar’s or Azmin Ali’s ambitions. It’s about the potential failure of Pakatan Rakyat as a political alliance in the state.
The problem started in 2008 when Anwar—jubilant that Tan Sri Khalid Ibrahim the corporate millionaire had agreed to join PKR—promised that Khalid would be Menteri Besar if the Pakatan captured Selangor. Anwar had previously promised Azmin the same position and credit is due to Azmin for accepting the change gracefully.
So, when Khalid became Menteri Besar, he did not take kindly to the decisions and directives made by Anwar or the party as a whole. In fact, he mostly ignored them. In my brief sojourn at PKR, I saw clearly that Khalid was “uncontrollable” from the political point of view.
One of the reasons why Datuk Salehuddin Hashim (the former Secretary-General of PKR) left in a huff in 2009 was Anwar’s inability to prevail over Khalid on key issues such as how party funds should be managed and the way Selangor could help PKR politically.
Anwar’s penchant for avoiding difficult decisions and procrastinating on important issues is the real reason for the present trouble in Selangor. Political parties that want to remain viable need adequate funds and the state must be able to provide that funding if democracy is to function.
Selangor had to find legitimate ways to channel funding to all political parties—including the Barisan Nasional—in proportion to the votes obtained at the general election. Khalid openly rebuffed this idea and Anwar didn’t have the stomach to contradict him.
Unfortunately, we have come to the point where Selangor Pakatan Rakyat members must be prepared to break ranks, if necessary, in order to forge real political unity.
Neither Anwar nor the Pakatan Rakyat can survive without that unity.
Bila kita gunakan hujah Zahid Ibrahim, barulah kita dapat menyambung rantaian fakta pemecatan 20 orang staff PKNS Holdings dengan pengosongan kerusi DUN Kajang. Ianya tiada kena mengena dengan kes liwat II. Sebaliknya ianya berkenaan, regim PR Gagal Berfungsi Sebagai Sebuah Pakatan Tetapi Hanya Berfungsi Sebagai entiti-entiti berbeza.
Ianya ada kaitan dengan Dana Politik yang mahu dimanafaatkan daripada simpanan RM3 bilion. Khalid Ibrahim tidak bersetuju wang negeri digunakan dan disalurkan kepada parti politik dan kegunaan politikal regim PR.
Sekaligus, kita dapat melihat gambaran sebenar, Regim PR di Selangor adalah terlalu rapoh disebabkan keangkuhan dan kebongkakan kepimpinan Anwar Ibrahim dan dap kiasu. Dengan itu boleh kita simpulkan bahawa takde makna ler selama ni pengundi Selangor dok sokong dap pkr pas.
Namun begitu, pengundi dan penyokong dap pkr pas berkewajiban untuk memberi kemenangan mudah kepada Papa yang hebat anugerah Tuhan donia pemimpin. Tapi perlu mengekalkan Khalid Ibrahim selaku MB Selangor yang berwibawa dan berintergeriti. Pemimpin PAS di Selangor tak layak menjadi MB Selangor. Kasilah peluang kepada Papa untuk memanaskan kerusi DUN Kajang dan mengkritik hebat cara Khalid Ibrahim handel duit RM3 bilion. Tak rugi, nanti semua dapat merasa duit rakyat RM3 bilion itu.