Isnin, 3 Februari 2014

MELIHAT "EPISOD KAJANG SODOMI" DARI "LUAR CAKERAWALA BIMA SAKTI."

Sapakata ,demokrasi tidak boleh di liwat dan sifar penyalahgunaan ? Dan buat apa melihat Episod Kajang Sodomi dari luar kotak saja? Cer kita melihatnya dari 'Luar Cakerawala Bima Sakti'. Yakni melihat Gambaran Besar dan gambaran kecil nya. Kita kaji dan kita nilai, apakejadahnya PKR bersama rakan sekutunya dalam Pakatan Rakyat (RASIS) mencetuskan drama sabun Episod Kajang Sodomi berkenaan. Kita perlu membaca apa yang tersirat dan apa yang tersurat. Sememangnya tidak dinafikan, tindakan PKR di DUN KAJANG adalah satu tindakan meliwat demokrasi secara terang-terangan. Hanya mereka yang bebal dan bangang saja menyokong tindakan meliwat demokrasi PKR tersebut seperti Rafizi dan macai PKR serta RBA. 

Kita juga perlu mengkaji segala rantaian peristiwa sebelum tercetusnya Episod Kajang Sodomi. Kita gunakan formulir, ' Kehidupan adalah perjalanan takdir yang panjang dan dalam takdir tiada persoalan; yang ada hanya JAWAPAN' (Kesimpulan pokok kepada Rukun Iman ke 6). Tapi untuk mencari Jawapan, kita perlu bertanya. Dan setiap pertanyaan bermula dengan persoalan kritis bersifat inteligen, kononnya. 

Pertama, kita lihat apa yang berlaku sebelum PRU 13 dan selepasnya. sebelum PRU 13, puak PRasis membuat provokasi kow-kow dalam isu kalimah ALLAH dan isu Al Buku berbahasa Indonesia. serta mencetuskan provokasi mengenai perundangan yang berbeza di antara Semenanjung Tanah Melayu dengan Sabah dan Sarawak. Dan mereka juga menurut maklumat-maklumat yang dilepaskan, terlibat aktif dalam Insiden Lahad Datu. Sebelum Lahad Datu, mereka mencetuskan soal Projek IC di Sabah yang diberikan kepada bangsa Sulu / Tausug dari Mindanao. Sebelum dari sebelum itu, tercetus pendedahan mengenai Agenda Negara Kristian oleh DAP. Dan sebelum PRU 13, puak PRasis giat memfitnah dan menghina Melayu serta agama Islam melalui kempen ASALKAN BUKAN UMNO. Bukan UMNO yang mereka benci tetapi Melayu dan Islam adalah sasaran utama kebencian mereka. PRasis juga turut menyerang institusi Raja-raja Melayu yang mempunyai kuasa-kuasa mutlak dalam pemilihan Menteri Besar dan pembubaran DUN. Serta selaku Ketua Agama Islam bagi setiap negeri-negeri. Kesemua, ius-isu provokatif itu tidak pernah selesai pun samada sebelum dan selepas PRU 13.

Sepanjang kempen PRU 13, dap bergiat cergas menghasut kaum cina agar tidak menyokong BN. Dap memberikan satu kesamaan yakni mengundi BN ialah mengundi Melayu dan perbuatan itu suatu pengkianatan kepada semangat Kecinaan Nanyang sejak sebelum merdeka. Di pihak PKR dan PAS pula, mereka giat menghasut Melayu agar membenci UMNO dan pemimpin mereka yang dituduh dan difitnah sebagai manusia bongkak, pemboros, perasuah dan hanya pentingkan kroni. Kononnya selama 56 tahun Melayu di tipu oleh UMNO. PAS pula terus menerus menabur fitnah yang UMNO anti Islam dan kafir.

Akibatnya, keputusan PRU 13 adalah diluar jangkaan dan jangkauan semua pihak. Berlakunya tsunami Cina. Peralihan sokongan Melayu kepada BN. Dan undi akumulatif dap pkr pas mengatasi undi kepada BN. Tapi BN masih mempunyai bilangan kerusi sejumlah 133 dengan kehilangan 7 kerusi. PKR kehilangan kerusi di DUN Selangor, manakala DAP memperkukuhkan kedudukan mereka berbanding PKR dan PAS. Sekaligus membuktikan, DAP mendapat laba terbesar daripada semua isu-isu politikal tanpa bekerja keras.

Dalam PRU 13, Tsunami Cina yang berlaku menjadi perbuatan sesia kerana pakatan dap pkr pas gagal menumbangkan BN. Menyebabkan tembelang dan helah sebenar Agenda DAP begitu terserlah amat nyata. Ianya tak membantu PAS dan PKR sikitpun. Pakatan dap pkr pas gagal menyatupadukan semua kaum dan mengharmonikan semua agama. Sebaliknya, jurang semakin besar di antara kaum dan di antara semua agama.

Selepas PRU 13, kita menyaksikan dap semakin lantang dan biadap menghina Melayu dan Islam sesuka hati mereka. PKR dan PAS hanya berpeluk tubuh dan mendiamkan diri mereka. PAS yang mempunyai jumlah kerusi DUN sama banyak dengan DAP akhirnya terpinggir dan menjadi melukut ditepi gantang sahaja dalam PRasis. PKR terus berlakon dengan melancarkan kempen Blackout yang akhirnya tidak mencapai apa-apa matlamat. Setelah gagal dengan Blackout dan berakhir dengan episod Anwar Ibrahim relahati mengangkat sumpah sebagai ahli Parlimen; PKR mencari ide dengan memulakan kempen TURUN. Apabila ianya berakhir dengan keganasan vandalisma (suatu kegagalan), mereka kembali mencetuskan isu polemik Kalimah Allah melalui rampasan al kitab berbahasa Melayu yang tak mempunyai izin. Sebelum itu, puak sosialis religus enggan mematuhi keputusan mahkamah rayuan yang memutuskan kalimah Allah tidak boleh dicetak oleh majalah the Herald.

Akhirnya, tindakan itu juga gagal. Kepercayaan rakyat kepada regim cacamarba PRasis semakin meruncing. Orang Melayu mula mempersoalkan dan mempertikaikan kewibawaan dan intergeriti PAS yang dilihat TAK ADA KUASA CUMA ADA KERUSI . Apabila berlaku pertukaran MB Kelantan, ini mendatangkan keresahan dihati DAP dan PKR. Lalu mereka pun berfikir, apakah cara untuk menguji sejauhmana kepercayaan rakyat Selangor kepada mereka. Sebelum itu, ambe lupa nak sebut mengenai lumpuhnya PKR di Sabah dan di Sarawak. Kita jangan lupa mengenai kejayaan BN mengekalkan mandat di Perak dan berjaya merampas Kedah.

Walaupun berlaku dan terjadi kritikan hebat kepada PM Najib, tapi itu tidak menjejaskan perpaduan didalam UMNO dan BN. Biasa ler, dalam UMNO ne, bunyi je gempak kritik sana sini, tapi takkan sampai berpecah belah. Hanya mereka yang takut hilang jawatan sahaja masih menjadi defensif dibelakang alasan pecah belah bila di kritik hebat.

DAP dan PKR cuba melaga-lagakan Najib dan Tun Dr Mahathir. Tapi usaha itu juga gagal.Kerana para pengkritik tegar kepada kepimpinan DS Najib seperti ambe tidak ada niat pun nak golingkan dan gantikan najib dengan sesiapa. He's doing a great job what ! Bila RBA dan macai PKR DAP gagal mempengaruhi minda pengkritik najib dan gagal memarakkan api dalam sekam, akhirnya DAP PKR akur mereka terpaksa melakukan PERLIWATAN DEMOKRASI DI KAJANG. Maka tercetuslah EPISOD KAJANG SODOMI.

Persoalan seterusnya ialah MENGAPA DAN KENAPA , dap -pkr -pas beriya mempertaruhkan Anwar Ibrahim di Kajang?

Apakah OBJEKTIF DAN SASARAN UTAMA dap pkr pas ?

Apakah tanpa EPISOD KAJANG SODOMI, pkr-dap-pas tidak kuat dan tidak ampuh ?

MENGAPA & KENAPA.

Sejak 1969, matlamat utama DAP ialah menghapuskan MCA. Mereka berjaya melakukannya pada 1969 dengan kerjasama GERAKAN. Bila GERAKAN masuk BN, DAP berterusan kekal relatif dan relevan dalam isu-isu yang GERAKAN dan MCA tak boleh berbunyi.

Kesetiaan MCA selepas Chua Soi Lek ambil alih dari tampuk kepimpinan terdahulu, ternyata begitu mencurigakan. Malah sejak 1969, pengaruh MCA tidak pernah pulih dan sentiasa merundum di kawasan di mana DAP bertanding. Namun, UMNO tetap mengekalkan MCA selaku rakan kongsi utama dalam BN. Dengan keyakinan palsu, bahawa MCA mampu berubah dan pulih sepenuhnya. Which is never happen at all since 1969.

Apa jadi bila MCA terus hilang pengaruh dan menjadi biawak dan liabiliti terbesar dalam BN ? Adakah UMNO dan parti komponen lain mampu meraih dan menarik sokongan kaum Cina? PRU 13 telah membuktikanya bahawa UMNO masih berkuasa dengan undi Melayu dan Bumiputera Sabah dan Sarawak sahaja.

Pada masakini, DAP mengekalkan sokongan hampir 97 peratus undi Cina. Manakala, MCA hanya mengekalkan 3% sahaja. Dan ianya tidak akan naik kerana ratio itu amat menguntungkan MCA dan pengundi Cina. Kaum Cina mampu menguasai lebih banyak bidang dan kawasan 'Turf' dengan pengekalan dan percaturan sebegini. Bermakna, Sumber Kuasa Politikal kaum Cina mampu survive dan mampu berdominan ke atas majoriti Melayu.

DAP MCA dan GERAKAN amat arif mengenai kelemahan dan ketakutan kepimpinan UMNO. Ditambah lagi dengan bantuan pembocoran rahsia daripada Anwar Ibrahim. Dan puak yang berpaling tadah daripada UMNO ke PKR.

41 peratus pengundi Cina di Kajang lebih rela mengundi Anwar Ibrahim berbanding mana-mana calun BN. Waima calun MCA sekalipun atau Datuk Lee Chun Wei. Kemenangan PKR (Anwar Ibrahim) adalah PASTI kerana itu DAP merestuinya.

Manakala 48 peratus pengundi Melayu, itu sap-sap sui sahaja nak kalih dan pecahkan kerana PAS hanya berlakon sahaja. DAP PKR tahu Najib akan tetap letak calun MCA. Oleh itu, pengundi Melayu akan mengundi Anwar Ibrahim kerana tak suka calon MCA.

10 peratus India, ini macam makan kek lapis Sarawak je bagi DAP PKR. Semua bajet PRK dan peruntukan akan mereka dapat daripada BN dan undi mereka akan tetap kepada Anwar Ibrahim. DAP PKR sudah melakukan eksesais senario-senario, dan kerana itu mereka konpiden , objektif dan sasaran utama mereka akan TERCAPAI DENGAN MUDAH.


OBJEKTIF DAN SASARAN UTAMA.
Ringkasnya, ambe nukilkan di sini :-

  1. Melebarkan dan mempertajamkan lagi konflik dalaman dan ketidakpercayaan akar umbi UMNO MCA sesama sendiri. Yup, belum pun SPR umumkan samada ada PRK atau tidak, akar umbi UMNO-MCA sudah bercakaran dalam diam. MCA tetap dengan Pelan Induk bersama Kecinaan Nanyang. Mereka tak rugi apa-apa dari segi politikal dan ekonomi pun. Yang menanggung kerugian ialah UMNO dan BN. 
  2. Mengurangkan dan memusnahkan kredibiliti kepimpinan najib agar akar umbi UMNO dan Melayu percaya dan yakin, Najib perlu digantikan dan di tukar dengan pemimpin lain. 
  3. Memberikan tekanan kepada Melayu agar Melayu berputus asa dan akhirnya mengambil sikap TIDAK PEDULI. 
  4. Memperlihatkan jentera BN terutama UMNO akan terus hilang semangat juang mereka bagi menghadapi PRU 14 kerana akan timbul rasa tidak puashati kepada keputusan kepimpinan dan calon MCA. 
  5. Memperlihatkan betapa lemah najib terpaksa tunduk akur kepada ugutan MCA dan sekaligus persepsi kebacolan najib akan menjadi alat kempen terbaik menjatuhkan moral jentera BN. 
Selepas episod Kajang Sodomi, dap pkr akan memperkukuhkan lagi gagasan mereka dan mendakwa kemenangan mereka adalah Kemenangan Rakyat. Oleh itu, propaganda ini akan digunakan bagi memaksa dan menundukkan Sultan Selangor dalam soal pemilihan Menteri Besar Selangor.Akan berlaku NEGOSIASI BARTER KUASA sepertimana dalam sejarah Magna Carta. Secara halus, larangan penggunaan perkatan-perkataan kepada penganut agama lain akan DIHAPUSKAN.

Membuka peluang dan ruang kepada DAP PKR PAS meminda dan kemungkinan besar menggantikan kesemua Undang-undang Tubuh Selangor. Dan mungkin dalam sejarah, Sultan Selangor menjadi mangsa pertama regim Liberal-Kiasu menghapuskan Kuasa-kuasa Sultan.

Akan berlaku Krisis Perlembagaan. Dan bagi mengelakkan persengketaan, tawaran anwar Ibrahim untuk Rekonsiliasi terpaksa diterima oleh Najib. Dan ini akan mencetuskan dan mempertajamkan lagi keetidakpercayaan akar umbi kepada UMNO. Akibatnya, Pemberontakan dalaman akan berlaku. Bila ini berlaku, BN akan tumbang dengan sendiri akibat pemberontakan dalaman sesama mereka. 

Ini adalah pendapat peribadi ambe sendiri. BN kena fikirkan cara terbaik untuk masuk jerat Episod Kajang Sodomi tapi kena pandai macam cerita Sang Kancil dengan Pemburu, Sang Kancil dengan Harimau dan Sang Kancil dengan Buaya. 

Perlu diingat SETIAP PERANCANGAN MANUSIA ITU TETAP TERTAKLUK KEPADA PERJALANAN TAKDIR. DI DALAM TAKDIR ADA SEBAB DAN MUSABAB BAGI QADAR KEPADA QADA'. SEMUANYA JAWAPAN DAN BUKAN PERSOALAN. 

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...