Sidang Media BN Selangor Md Zin dan Azman Ching Mendedahkan Kemelut & Penyelewengan PKR Selangor Yang Semakin Tenat.
SHAH ALAM, SIDANG MEDIA BN SELANGOR: Banyak penyelewengan dan spekulasi yang didedahkan di dalam sidang Media BN Selangor. Setiap bulan, satu Sidang Media BN Selangor diadakan bagi menyebarkan maklumat dan fakta tepat isu-isu semasa di Selangor. Pada kali ini BN Selangor di bawah pimpinan DS Najib yang diwakili oleh Noh Omar dan Md Zin mendedahkan kepada umum berkenaan, antara lain, isu-isu mengenai :-
Penyelewengan Geran SelangorKu RM300 Juta.
BN Selangor mempersoalkan ketelusan pengagihan dana RM300 juta. Dana sebesar itu tidak pernah dimaklumkan kepada umum sumbernya, Malah, Khalid G mempunyai kuasa mutlak ke atas pengagihan dana tersebut. Menurut sumber yang dipercayai, Faekah Supol Khalid G menjadi orang yang membuat keputusan bagi pihak Khalid G. Peranan Faekah tersebut mengenepikan kuasa eksekutif Pegawai Kewangan Negeri dan Ketua Setiausaha Negeri. Belum pernah terjadi di negara ini di mana kuasa seorang Supol MB mengatasi dan memintas kuasa eksekutif Pegawai Kewangan Negeri dan Ketua Setiausaha Negeri.
Sehingga ke hari ini Khalid G berdolak dalih mengenai sumber Dana RM300 juta. Tidak dapat dipastikan samada dari sumber kutipan hutang Talam atau dari sumber yang mencurigakan. Berkemungkinan besar ianya melibatkan skandal RM3 bilion Anwar Ibrahim yang di bawa masuk secara legitimasi melalui saluran-saluran amalan korporat seperti membeli hutang Talam Corporation. Kemungkinan besar sumber dana RM300 juta adalah sebahagian kecairan daripada dana RM3 bilion Anwar Ibrahim.
Dipercayai kekecohan dan konflik dalaman serius dalam PKR di antara kem Khalid G-Faekah, Rafizi-Azmin Ali- Anwar Ibrahim berpunca dari pengurusan dan kuasa menentukan pengagihan Dana RM300 juta tersebut. Manusia dalam PKR hanya bergaduh besar bila melibatkan soal wang ringgit. Bukan kerana perebutan kuasa. Azmin Ali hanya akan bersuara jika melibatkan kepentingan kewangannya terjejas.
Tidak mustahil konflik dalaman PKR kini ada kaitan kukuh dengan Dana RM3 bilion Anwar Ibrahim yang berhubungkait pula dengan Dana RM300 juta. Usul Penstrukturan Semula Konsesi Air pun kemungkinan besar merupakan salah satu jalan mencairkan Dana RM3 bilion Anwar Ibrahim. Masih ingat Skandal KUBB dengan seorang usahawan Cina yang telah menyaman ?
Penyelewengan Campurtangan DAP Dalam Pentadbiran PBT.
Pendedahan paling mengejutkan bilamana Timbalan Ketua Pemuda MCA Selangor, Penyelaras DUN Pandamaran mengenai salah laku pemimpin DAP, saudari Tiew Way Keng seorang ahli Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ).
Cik Tiew Way Keng telah menyalahgunakan kausanya sebagai ahli MBPJ dalam pemberian kontrak kepada firma guaman untuk mengutip hutang bagi pihak MBPJ. Firma guaman tersebut Stella, Lim & Co adalah milik seorang lagi ahli DAP Segambut seorang Ahli Parlimen Segambut iaitu Lim Lip Eng. Nilai kontrak yang diberikan ialah RM55,000.00. Kontrak tersebut sebelum ini telah diberikan kepada sebuah firma guaman lain Daim & Gamany dengan tawaran lebih rendah RM15,000.00 sahaja.
Salah laku penyelewengan kuasa itu dilakukan dalam satu mesyuarat pada 16hb Jun 2010 yang hanya dihadiri oleh cik Tiew, Chan Chee Kong dan Derek Fernandez walaupun jumlah anggota MBPJ ialah seramai 17 orang. Buktinya tercatit dalam Laporan Audit dan dari sumber Penolong Pengarah Undang-undang MBPJ.
Di samping itu didedahkan mengenai ketidakpuashati ahli DAP dengan Pengerusi DAP Negeri Selangor melalui pendedahan Surat daripada ahli-ahli DAP Selangor yang keciwa.. Banyak persoalan belum terjawab oleh kepimpinan DAP Negeri Selangor. Sebaliknya kepimpinan DAP Selangor menikam sekutu-sekutu mereka PKR dan PAS bagi menutup kelemahan dan kejahatan mereka sendiri. Kita tontonilah klip video ini!