Khamis, 7 Mac 2013

PENJELASAN TERBAIK MENGENAI ISU IC DI SABAH #PrayForSabah


KREDIT KEPADA RAKAN RESBUK NAZRUL HILMI MOHAMMAD.

INSIDEN DI LAHAD DATU BERMULA DARI ISU MENGENAI IC YANG DI-API-APIKAN OLEH PKR, DAP BAGI MERAMPAS SABAH.

SEBENARNYA ada kelemahan dari segi jentera Penerangan memperjelaskan isu IC di Sabah dengan baik. Sehingga memberikan ruang kepada DAP PKR terus memainkan isu ke tahap memberikan kelebihan banyak kepada DAP & PKR.

Sedangkan dalam isu IC tersebut, Tun Dr Mahathir melakukan perkara yang betul.

Berikut adalah PENJELASAN TERBAIK YANG PERNAH AMBE KETEMUI.


Nazrul Hilmi Mohammad ·

Isu Krisis Sabah ini PEMBANGKANG sentiasa ulang benda yang sama iaitu

MAHATHIR = IC.

Dalam kenyataan Tun Mahathir apabila ditanya wartawan awal tahun ini selepas satu siasatan Diraja dibuat, ada beberapa perkara yang perlu diambil PERHATIAN

1. Beliau MENGAKU beliau ada 'arahkan' supaya warganegara ini diberi kepada warga Tausug dan Moro ini

2. Mengikut undang-undang

3. Tausug dan Moro ulang-alik Sabah ke Selatan Filipina ini bertahun-tahun dan pandai berbahasa MELAYU

4. Dia ada kata Anwar mungkin TERLIBAT sebab ANWAR ni suka buat kerja tanpa disuruh

Saya suka bercakap mengikut fakta apa yang Tun Mahathir ucapkan, sebab beliau bukanlah seorang yang suka membuat keputusan yang membuta tuli.

Dalam PERLEMBAGAAN MALAYSIA bahagian KEWARGANEGARAAN BAB 1 (pemberian kewarganegaraan) tertulis di mana :

Perkara 14. Kewarganegaraan melalui kuat kuasa undang-undang.
Perkara 15. Kewarganegaraan melalui pendaftaran (isteri dan anak warganegara).
Perkara 15A. Kuasa khas untuk mendaftarkan kanak-kanak.
Perkara 16. Kewarganegaraan melalui pendaftaran (orang yang dilahirkan di Persekutuan sebelum Hari Merdeka).
Perkara 16A. Kewarganegaraan melalui pendaftaran (orang yang bermastautin di Negeri Sabah dan Sarawak pada Hari Malaysia).
Perkara 17. (Kewarganegaraan melalui pendaftaran (orang yang bermastautin di Persekutuan pada hari Merdeka)-Dimansuhkan).
Perkara 18. Peruntukan am tentang pendaftaran.
Perkara 19. Kewarganegaraan melalui penaturalisasian.

Yang dimaksudkan TUN MAHATHIR mengikut undang-undang ialah
PERKARA 19 : Kewarganegaraan melalui penaturalisasian

(1) Tertakluk kepada Fasal (9), apabila permohonan dibuat oleh mana-mana orang yang berumur dua puluh satu tahun atau lebih yang bukan warganegara, maka Kerajaan Persekutuan boleh memberi orang itu suatu perakuan naturalisasi jika Kerajaan Persekutuan berpuas hati—

(a) bahawa—
(i) dia telah bermastautin di Persekutuan selama tempoh yang dikehendaki dan berniat hendak berbuat demikian secara tetap jika diberi perakuan itu;
(ii) (Dimansuhkan);
(b) bahawa dia berkelakuan baik; dan
(c) bahawa dia mempunyai pengetahuan yang memadai dalam bahasa Melayu.
(2) Tertakluk kepada Fasal (9), apabila permohonan dibuat oleh mana-mana orang yang berumur dua puluh satu tahun atau lebih yang bukan warganegara, maka Kerajaan Persekutuan boleh, dalam apa-apa hal keadaan khas yang difikirkannya patut, memberi orang itu suatu perakuan naturalisasi jika Kerajaan Persekutuan berpuas hati—
(a) bahawa dia telah bermastautin di Persekutuan selama tempoh yang dikehendaki dan berniat hendak berbuat demikian secara tetap jika diberi perakuan itu;
(b) bahawa dia berkelakuan baik; dan
(c) bahawa dia mempunyai pengetahuan yang memadai dalam bahasa Melayu.

Jadi oleh kerana orang Tausug dan Moro ini beberapa kali memohon untuk menjadi warganegara kita tetapi tidak dipertimbangkan sehinggalah PERDANA MENTERI ketika itu TUN MAHATHIR campur tangan.

Maka, mengikut PERLEMBAGAAN memang orang Tausug dan Moro yang sudah bermastautin di Sabah - berulang alik Sabah-Selatan Filipina sejak begitu lama - berpuluh tahun dan pandai BERBAHASA MELAYU, jadi LAYAKlah mereka memohon untuk menjadi warganegara dan diberikan kad pengenalan

Mereka ini tidaklah ramai, kerana umum tahu, mereka hidup pun jrang berada di darat walaupun mereka ada tanah. Maka mereka banyak ditipu oleh bangsa-bangsa lain dan membina perniagaan di tanah mereka. Hanya mereka yang berpelajaran sahaja sedar pentingnya kewarganegaraan ini.

Selain itu, TUN MAHATHIR hanyalah berniat untuk membantu umat Islam (bangsa MELAYU dan ISLAM) seterusnya meramaikan bangsa dan agama ini di negara ini selain membantu sebilangan mereka yang menjadi PELARIAN di negara mereka akibat peperangan Bangsa Moro yang bakal menjadi negara BANGSAMORO. Kita sebagai PENDAMAI kerana usaha berterusan dari zaman TUN RAZAK, TUN MAHATHIR dan berakhir dengan jaya di ZAMAN NAJIB RAZAK.

Mereka yang berada di Sabah ini adalah mereka yang setia dengan negara ini, mereka bukan di kalangan yang menceroboh walaupun dari suku kaum yang sama.

Peliknya, rakyat MALAYSIA terutama pihak pembangkang suka memanipulasikan cerita dan hanya berdasar persepsi semata-mata. Suruhanjaya Diraja itu BELUM pun berakhir lagi, begitu juga dengan MAHKAMAH, orang tu belum lagi BERSALAH kerana RASUAH ke apa ke? tapi PERSEPSI itu PENTING.

Insya Allah, kalau niat baik, ALLAH tolong.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...