Di atas adalah Batu Pualam Berwarna Hijau Yang amat Bernilai
SEMPENA MAULIDUR-RASUL, pada hari ini hamba akan bercerita tentang CINTA. Berbetulan pula bulan Febuari dikaitkan dengan Bulan Cinta. Maafkan hamba kerana Hari kekasih pada 14hb Febuari berbetulan dengan bulan Maulidur Rasul. Hamba tidak menyambut Hari Kekasih tetapi hamba sentiasa meraikan kekasih-kekasih dan cinta selagi hayat di kandung badan.
CINTA adalah fitrah setiap seorang manusia. Tidak ada manusia lahir tanpa ada genetik cinta dalam hatinya. Itu suatu perkara yang amat mustahil.
TANPA CINTA manusia itu kehilangan salah satu fitrahnya sendiri. Mana mada manusia yang mahu menjadi begitu kan?
SETIAP HARI manusia bercinta dan menzahirkan cinta. Tanpa ada cinta dan penzahiran cinta dunia ini akan musnah. Kehidupan manusia akan menjadi huru hara. Manusiawi akan hilang.Tidak ada seorang manusia pun sanggup menjalani kehidupan mereka tanpa cinta.
LIMA KALI sehari semalan, muazzin melaungkan CINTA di menara-menara masjid. Kita juga mengucapkan cinta setiapkali kita berselawat ke atas baginda Rasullullah s.a.w. di dalam dan di luar solat.
CINTA juga turut dizahirkan setiapkali kita mengucap istighfar, berwirid dan mengalunkan bacaan al Qur'an mahupun hadis-hadis sohih.
CINTA ada di mana-mana pada setiap perbuatan, pengucapan dan pemikiran kita. Kita merasai cinta, kita menzahirkan cinta, kita mengucapkan cinta, kita berfikir mengenai cinta dan kita sebenarnya sentiasa dikuasai cinta.
Adalah agak malang bilamana di dalam senario politik kita pada hari ini betapa nilai cinta itu semakin hari semakin berkurangan. Namun begitu cinta sentiasa saja mencari jalan tersendiri untuk muncul dan kembali mengalahkan kebencian.
Di masa Pakatan membawa politik kebencian dalam setiap isu-isu semasa......ada pihak yang menyeru semua rakyat Malaysia agar kembali berkasih sayang.
Mulai saat ini, anda buatlah pilihan samada mahu mengikuti dan bersama kebencian atau bersama dengan kecintaan. Hamba pilih untuk sentiasa berada dalam kecintaan.
"HIDUPLAH DI DALAM KECINTAAN DAN BUKAN DI DALAM KEBENCIAN."
TEPUK DADA TANYA IMAN!