Ahad, 11 Ogos 2013

Wajarkah Pengerusi SPR Bentang Usul Ubah Sistem Pilihanraya?

Utusan Malaysia melapurkan , Pengerusi SPR akan membentangkan cadangan mengubah sistem Pilihanraya. Usul itu akan dimaklumkan kepada semua parti politik. Antara lain, Pengerusi SPR akan mencadangkan:-


  1. Sistem Campuran menggantikan Majoriti Mudah. Menggunakan sistem.lain yang yang menurut Pengerusi SPR adalah lebih telus dan adil. Memasukkan Undi Popular. 
  2. Persempadanan Semula.
  3. Satu badan lain mendaftar pemilih.
  4. Penglibatan badan asing dalam sistem pilihanraya. 


Ambe mempertikaikan apa yang sedang dilakukan oleh Pengerusi SPR. Adakah wajar beliau mengemukakan cadangan tersebut?

Adakah cadangan tersebut di buat demi kepentingan umum atau sekadar 'apolitical game' bagi memuaskan hati' political masters' dan' warlords' Malaysia yang kebanyakannya tidak patriotik lagi?

Kenapa Pengerusi SPR perlu tunduk kepada tekanan dan ugutan pihak pembangkang? Tidakkah cadangan tersebut bila dilaksanakan bermakna mengurangkan lagi kuasa-kuasa YDPA? Dan sekaligus mengurangkan Kuasa Undi kita dan mencabuli hak kita selaku pemilih berdaftar ? Adakah kita harus berdiam diri bila diperkotak-katikkan sesuka hati oleh parti-parti politik dan BERSIH?

Ambe yakin dan percaya, pembentangan cadangan tersebut lebih cenderung bermotifkan 'menyelamatkan diri'. Memandangkan timbulnya isu berkenaan kontrak pembekalan dakwat kekal yang dibangkitkan oleh Rapiji. 

Ambe juga yakin dan percaya, perbuatan itu adalah salah dan sepatutnya usul berkenaan di bawa kepada pemilih berdaftar untuk untuk menentukannya. Bukan diputuskan oleh 222 dan 576 tunggul-tunggul kayu. 

Ambe menyeru semua kumpulan pemilih berdaftar seramai 13.2 juta bangkit dan menyatakan pendirian mereka. Kita tak boleh membiarkan 222 dan 576 tunggul kayu merobek-robekkan hak kita selaku pemilih. Adalah wajar hak mengubah sistem.pilihanraya ditentukan oleh kita dan bukan oleh 222 dan 576 tunggul kayu. Ini hak kita dan bukan hak mereka yang kita pilih untuk menjadi tunggul kayu di Parlimen dan di DUN. Kita perlu segera lancarkan kempen untuk mempertahankan hak kita selaku pemilih berdaftar!

Adakah anda bersama ambe?

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...