Perusuh di UM berjaya masuk ke dalam UM dan seorang pesalah seksual tabie' berjaya memberi ceramah. Menambahkan lagi parah di luka masyarakat, seorang mahasiswa berikrar sanggup dipecat dari UM hanya untuk membantu seorang pesalah jenayah seksual luar tabie'. So, apa nak jadi dengan Politik Malaysia? Tapi kita mesti bersangka baik.
Menariknya, rusuhan berkenaan turut dihadiri oleh beberapa orang Politikus dari parti pembangkang. So, Politikus sendiri mengajar kepada generasi muda agar menjadi perusuh dan di pihak satu lagi seolah-olah menggalakkan ianya berlaku. Tapi kita mesti bersangka baik.
Pada kacamata seorang anggota masyarakat yang tak angkat pot sangat nak mempertahankan seorang penjenayah seksual luar tabie', kejadian di UM di lihat sebagai suatu 'Permainan Politikal' yang penuh keji dan jijik.
Kita melihat betapa lemahnya penguatkuasaan dengan hanya 'berpagarkan' yang mampu dirempuh dan di buka oleh perusuh. Apa yang berlaku sebenarnya? Adakah sememangnya, pesalah seksual luar tabie' itu memang dirancang agar boleh berpidato jua? Tapi kita mesti bersangka baik.
Kita tak nampak pun sebarang kesungguhan di pihak berkuasa mahupun politikus di pihak kerajaan komited menghalang rusuhan dari berlaku. sebaliknya mereka kelihatan seperti merestui dan meredhoi ianya berlaku dan memang berharap ianya terjadi ??? Adakah begitu???? Tapi kita mesti bersangka baik.
Suatu kemusykilan di mana arahan tertinggi di pihak pengurusan sebuah IPTA dibiarkan berkeseorangan menghadapi rusuhan dan karenah unsur-unsur anarkis dan subversif dikalangan pelajar mereka. Tapi kita mesti bersangka baik.
Apakah, pengurusan UM akan dipersalahkan oleh politikus kerajaan nanti? Nampaknya begitulah. Bagaimana pula Menteri yang jaga KDN? Apa pula kisahnya IGP kita? Bagaimana pula reaksi pak AG? Kita harus berbaik sangka seperti kita berbaik sangka pada malam ini yang menyaksikan sekumpulan anarkis dan subversif berjaya merobohkan undang-undang. Tapi kita mesti bersangka baik.
Kejayaan perusuh pada malam ini sudah tentu menjadi Obor Semangat untuk mereka melakukan perkara sama di Istana Kehakiman di Putrajaya. Lalu apakah tindakan dan pelan tindakan politikus di pihak kerajaan untuk menanganinya? Hanya hantar pagar dan sekumpulan pak gad warga Nepal dan Bangla ? Tapi kita mesti bersangka baik.
Tindakan pasif politikus di pihak gomen dalam rusuhan malam ini seolah-olah memberikan suatu gambaran bahawa, 'Its ok lah .... rempuh lah apa pagar pun ... kita gomen amat sporting pasal Kebebasan Mutlak". Tapi kita mesti bersangka baik.
Ambe jangkakan dan ramalkan, akibat kejadian pada malam ini, esok di Istana Kehakiman keadaan menjadi amat Havoc. Dan Tindakan Pasif akan diambil oleh pihak politikus di pihak gomen. Kerana mereka memang takuti Anwar Ibrahim. Tapi kita mesti bersangka baik.
Kita boleh menjangkakan senario di mana perusuh anarkis dan subversif 'berjaya' menawan istana Kehakiman. Dan kita boleh menjangkakan tiada pendakwaan akan dibuat terhadap para perusuh anarkis dan subversif. Tapi kita mesti bersangka baik.
Jika Anwar Ibrahim dibebaskan dari sabitan hukuman pada hari esok kemudian politikus di pihak gomen memberikan alasan-alsan dan hujah-hujah kebudak-budakan, ambe fikir politikus di pihak gomen mungkin sudah terlalu letih menjadi gomen selama 57 tahun dan teringin sangat nak menjadi Pembangkang pula. Tapi kita mesti bersangka baik.
Kita selaku rakyat yang masih tahu hormati undang-undang negara dan bersangka baik dengan Politikus di pihak gomen; tak perlu bimbang dan risau apa-apa. Semuanya berada dalam kawalan seperti insiden di Lahad Datu dan sebagainya. Tapi kita mesti bersangka baik.
Dan sudah tentunya, kita perlu akur kepada kata-kata politikus di pihak gomen dan pembangkang bahawa, "....Tapi kita mesti bersangka baik. "
Bak kata seorang watak dalam filem MADU 3, " Baik ada Makna....." ehhh.... Tapi kita mesti bersangka baik.