Selasa, 13 September 2011

GUAN ENG DI TAMPAR DENGAN SAMAN RM30 JUTA!

TAHNIAH KEPADA UMNO NEGERI PULAU PINANG YANG TELAH MENGORAK LANGKAH MEMULAKAN 'KELAS ADAB TATA SOPAN' TERHADAP GUAN ENG YANG SANGAT CELUPAR MULUTNYA MENUDUH UMNO NEGERI PULAU PINANG TERLIBAT DALAM INSIDEN KEBAKARAN BEKAS IBUPEJABAT DAP TIDAK LAMA DULU.

UMNO NEGERI PULAU PINANG TELAH MENYAMAN LIM GUAN ENG DI ATAS TUDUHANNYA YANG TIDAK BERASAS ITU. 

JUMLAH SAMAN ADALAH RM30 JUTA. KITA BERDOA AGAR MEREKA BERJAYA DI DALAM KES TERSEBUT. WANG TERSEBUT AKAN DIDERMAKAN KEPADA FAKIR MISKIN, IBU TUNGGAL DAN MEREKA YANG MEMERLUKAN JIKA KEMENANGAN DIPEROLEHI OLEH MEREKA. 


GAMBAR WA CILOK DARIPADA BLOGER EMPAYAR PEMUDA.

WA CAYA LAH UMNO NEGERI PULAU PINANG!


KLIP VIDEO 'BUATAN MALAYSIA' YANG BAKAL BUAT NAMEWEE SEPERTII KACANG LUPAKAN LIMAU?




MAMAT DALAM KLIP VIDEO INI MEMANG KREATIF

LEBIH KREATIF DARIPADA NAMEWEE

TAPI BELIAU AMAT BERSOPAN SANTUN

TAK SEPERTI NAMEWEE

YANG BIDADAP!

MUKANYA PUN LAGI HENSEM DARIPADA NAMEWEE

SIRI KLIP VIDEONYA matluthfi90

ada 35 klip video yang KREATIF!

SYABAS MERE BETEY !






XKLUSIF DEDAH! TAKRIFAN 'BERSIH RASUAH' & PENYELEWENGAN', KES STUDI YAYASAN SELANGOR.

ANGKUH & SELINGKOH! Berdasarkan kepada pendedahan GAP, kes studi kita pada kali ini ialah mengenai Pengurusan dan Pentadbiran urustadbir korporat Yayasan Selangor di bawah pentadbiran ' Bersih' 'Telus' 'Kredibiliti' Pakatan Pengganas Pro Komunis.

Pada hari ini YAYASAN SELANGOR menjadi lembu tenusu kepada PKR Selangor dan Pusat. Tempat mereka mengambil segalanya untuk mengisi kocek masing-masing.


DARI SUDUT PENGURUSAN PERBELANJAAN

1.      Sambutan Majlis Ulang Tahun Ke 40 Yayasan Selangor.

Belanjawan tahun 2010 yang diluluskan oleh Mesyuarat Lembaga Pemegang Amanah Yayasan Selangor tidak menyediakan peruntukan untuk Sambutan Majlis Ulang Tahun ke-40 Yayasan Selangor. Aktiviti dirancang oleh Timbalan Pengurus Besar (Pengurusan) dan diluluskan oleh Pengurus Besar dan tidak dibawa kepada mesyuarat Lembaga untuk diluluskan.Jumlah sebenar aktiviti ini adalah berjumlah RM996,472.00 seperti butiran dibawah.

Bil
Perkara
Amaun (RM)
1
Pertanding memancing
178,200
2
Pembelian cenderahati dan pakaian
206,040
3
Pembelian 10 ribu naskah Al Quran
225,000
4
Jamuan Makan Perdana
387,232

Jumlah
996,472

Kos Majlis Jamuan Makan Perdana dicadangkan oleh Tetuan Drift Z Enterprise dengan anggaran kehadiran seramai 1000 orang.Majlis diluluskan oleh Pengurus Besar melalui surat Bil.91210dlm.YS/HEK/05/023 bertarikh 14 Sept 2010. Kos cadangan sebanyak RM 285,000 diluluskan tanpa ada pindaan dan baucar bayaran mendapati YS telah membuat pembayaran sebanyak  RM270,750 (95%) sebelum majlis berlangsung.

Tarikh

No Baucer
Jumlah(RM)
27 Sep 2010
Bayaran 50% daripada jumlah peruntukan
20102738
20102739
20102740
50,000
50,000
42,500
5 Sept 2010
Bayaran 45% daripada jumlah peruntukan
20102782
20102783
20102784
50,000
50,000
28,250


Jumlah
270,750

Baki akhir RM 14,250 belum dibayar selepas majlis dibatalkan melalui surat bertarikh 9 Nov 2010. Bil.(97)YS/HEK/05/023(B)


Yayasan Selangor juga telah membelanjakan sebanyak RM 396,370 bagi tujuan lain seperti dibawah.

Tarikh
Perkara
No Baucer
Jumlah (RM)
27/7/2010
Pendahuluan tempahan kain ela sutera dan songket
20102186
36,750
6/8/2010
Bayaran membekal kain helaian ela sutera digital dan sampin
20102278
36,750
27/9/2010
Pendahuluan 50% membekal baju rasmi lelaki dan perempuan serta sejadah kepala
20102737
7,400
27/9/2010
Pendahuluan 50% membekal baju rasmi lelaki dan perempuan serta sejadah kepala
20102736
50,000
9/11/2010
Bayaran akhir membekal baju rasmi lelaki dan perempuan serta sejadah kepala
20103112
22,240
18/10/2010
Bayaran 50% membekal Al Quran sempena 40 tahun yayasan
20102321
112,500
18/10/2010
Bayaran 50% membekal Al Quran sempena 40 tahun yayasan
20102322
112,500
26/10/2010
Pendahuluan membeli peralatan pameran sempena 40 tahun yayasan
20103005
14,700
3/11/2010
Pendahuluan bagi latihan koir sempena 40 tahun yayasan
20103093
1,230
9/11/2010
Pendahuluan untuk operasi pemasangan banner ke 40 tahun yayasan
20103120
2,300


Jumlah
396,370

Pengurusan Yayasan tidak mengambil sebarang tindakan untuk menuntut semula perbelanjaan tersebut walaupun majlis telah dibatalkan.

YS telah melantik TL Tinala Enterprise untuk menguruskan pembelian cendarahati. Sebanyak RM52,900 telah dibelanjakan tetapi tiada rekod disimpan untuk membuktikan cenderamata telah diterima oleh Yayasan.

BACA SETERUSNYA DI SINI GERAKAN ANTI PKR


PERKHIDMATAN KESIHATAN: ZALIMNYA KERAJAAN BN!

Memang zalim! Sungguh zalim! Kerajaan BN memang zalim terhadap rakyat jelata terutama dalam perkhidmatan kesihatan. Ketidakadilan berlaku di mana layanan berbeza diberikan mengikut peringkat umur pesakit. 

Memang sungguh tak patut kerajaan BN TIDAK MENGENAKAN SEBARANG CAJ DAN MEMBERIKAN SECARA PERCUMA KOS RAWATAN DAN UBATAN BERMUTU TINGGI KEPADA KANAK-KANAK DAN ORANGTUA! 

Lagi tak patut Klinik 1 Malaysia cuma mengenakan caj RM1.00 !

(Artikel ini berdasarkan kepada Takrifan 'Pemerintah Zalim' oleh Pakatan Pengganas Pro Komunis yang mana mengikut fahaman mereka sebuah PEMERINTAH ZALIM adalah:-)
1. Perkhidmatan Kesihatan dengan caj RM1.00 kepada ibu mengandung sehinggalah anak itu membesar, meningkat dewasa dan tua. Seumur hidup setiapkali pergi ke hospital bayar RM1.00. 
2. Perkhidmatan Kesihatan percuma kepada semua kanak-kanak warganegara Malaysia tanpa mengira bangsa dan agama (ini polisi Rasisma) 
3. Menyediakan kemudahan perkhidmatan kesihatan di semua daerah, bandar-bandar kecil dan desa. Hospital Daerah, Pusat Kecil Kesihatan Daerah , Klinik Pergigian dan banyak lagi. 
4. Memberikan perkhidmatan kesihatan dengan doktor pakar untuk ibu-ibu mengandung dan kanak-kanak pada caj kurang daripada RM50.00 
5. Ubat-ubatan yang bermutu tinggi pada kadar percuma dan jauh lebih rendah daripada harga sepatutnya melalui subsidi kepada 27 juta penduduk tanpa mengira warna kulit dan agama.
KERAJAAN BN YANG ZALIM ATAU PENGKRITIK TOLOL PAKATAN PENGGANAS PRO KOMUNIS YANG MENZALIMI DIRI MEREKA SENDIRI?

SEJARAH, RASISMA, KOMUNISMA & NAMEWEE

Hambe amat suka tinggal di Malaysia. Hambe suka bermastautin di Malaysia. Hambe suka menjadi rakyat Malaysia. Ada perbezaan kepada ketiga-tiga ayat di atas? Jika pada pandangan anda ada perbezaan, silakan terus membaca artikel ini. Jika pada pandangan anda tiada perbezaan jangan buang masa anda membaca artikel ini. 

ISU SEJARAH.

Malaysiakini telah memutarbelitkan kenyataan Datuk Dr Zainal Kling atau sebenarnya beliau hendak menafikan dakwaan Mat Syabu, Isham Rais dan Aziz Bari bahawa masa sebelum 1957 merupakan masa di mana negara tidak berada dalam penjajahan British kecuali hanya untuk tempoh dua tahun sahaja.

Jadi dengan mengatakan negara terjajah di bawah Malayan Union dan tidak semasa Persekutuan Tanah Melayu 1948, beliau berharap dapat menafikan terus dakwaan Mat Syabu Isham Rais dan Aziz Bari. Suatu tindakan yang kurang bijak. 

Ada banyak cara untuk menafikan dakwaan Mat Syabu Aziz Bari dan Isham Rais. British menjajah melalui penguasaan ke atas pentadbiran negeri. Sistem Residen yang diperkenalkan oleh British merupakan cara British menjajah negeri-negeri Melayu. Baca seterusnya di sini TUN FAISAL.

ISU RASISMA.

Siapakah sebenarnya melabelkan UMNO sebagai sebuah parti rasis?

Bukankah tafsiran itu diberikan oleh DAP, PAS dan PKR atas dasar politik semata-mata?

Adakah tafsiran itu benar? Sudah tentu tidak.

Bukankah semangat DAP lebih rasis dan terserlah daripada UMNO sendiri?

DAP sentiasa bermain sentimen perkauman untuk menimbulkan kebencian kepada UMNO dan BARISAN NASIONAL. Di hadapan wartawan dari suratkhabar berbahasa Cina, beliau mengutuk dan menghina MELAYU.

ISU KOMUNISMA.

Siapakah Parti Komunis Malaya yang sebenarnya?

Adakah disebabkan hanya ada Rejimen ke 10 PKM yang merupakan sayap kepada PKM maka PKM adalah pejuang kemrdekaan?

Berapa ramaikah jumlah anggota PKM sebenarnya?

Apakah yang diperjuangkan oleh PKM di Tanah Melayu?

Apakah status Tanah Melayu semasa PKM mengangkat senjata?

ISU NAMEWEE.

Kenapa Namewee diberikan layanan istimewa?

Tidakkah anak haramjadah itu banyak menghina negara dan agama Islam?

Pernahkah Namewee mempertahankan mana-mana pemimpin negara?

Kenapakah pada masa sekarang rakyat yang melakukan kejahatan dalam negara di pandang mulia?

Adakah kerana peminat Namewee di fesbuk mencecah angka puluhan ribu?

Kerajaan BN di bawah pentadbiran DS Najib perlu ingat dan ingat sentiasa bahawa berbaik-baik dengan Namewee ibarat bermakna membela se ekor ular senduk berbisa.


ANWAR IBRAHIM HADIRI PERSIDANGAN KRISTIAN


Gambar ini pada 4hb Oktober 2010 Rom Itali Church of Sant'Egidio 
Persidangan bukan Pertemuan.

Anwar menghadiri PERSIDANGAN KRISTIAN lagi? Itulah pertanyaan yang sedang berkisar di kalangan bloger pro BN. Ini bukan kali pertama ANwar Ibrahim menghadiri PERSIDANGAN seumpamanya. Belaiu pernah menghadiri PERSIDANGAN KRISTIAN pada 2010. 

Kita mengatakan PERSIDANGAN dan bukannya PERTEMUAN. Persidangan adalah jauh berbeza dengan PERTEMUAN. PERSIDANGAN adalah sebuah majlis yang bersidang memperkatakan agenda-agenda khusus penganut Kristian. 

Pada kali ini Anwar Ibrahim menghadiri sebuah persidangan kristian 'INTERNATIONAL MEETINGS OF PRAYERS FOR PEACE' di Munich Jerman dari 11hb September 2011 - 13hb September 2011. Apakejadahnya Anwar Ibrahim menghadirinya? Adakah PKR sekarang ini turut berfungsi sebagai sebuah parti politik yang berpartisan Kristian?


Baca seterunya di sini http://www.anwaraidc.com/?p=16499AIDC

Bang Nuor hendak mohon Pengampunan ke?


NASIHAT TUN DR MAHAHTIR LEWATKAN PRU 13.

Ramai yang gelisah dan resah menanti hadirnya PRU 13. Mandat bagi kerajaan Pusat dan semua negeri-negeri akan berakhir pada 14hb April 2013. Pihak Pengganas Pro Komunis tidak akan menyerahkan mandat yang mereka nikmati jika Parlimen dibubarkan sebelum pada 14hb April 2013. 

Menurut Tun Dr Mahahir dalam satu temu bual RTM berkata sebagai jawapan kepada pertanyaan oleh Penolong Ketua Pengarang Kumpulan Utusan Datuk Zaini Hasan wajarlah PRU 13 dilewatkan bagi membolehkan DS Najib membuat penilaian siapakah yang layak menjadi calon yang memenuhi syarat' Calon Boleh Menang'

Saranan Tun Dr Mahathir tersebut ada kebenarannya. Memilih calon yang layak dan sesuai serta disukai ramai oleh rakyat memerlukan masa yang lebih panjang. Menguji kesetiaan para pesaing di dalam parti juga turut memerlukan masa yang panjang.

Dalam tempoh masa yang masih ada selama 18 bulan sebelum 14hb April 2013 adalah mencukupi bagi penilaian dan menguji kesetiaan. lagipun kerajaan barisan Nasional memunyai masa yang cukup untuk mengembalikan semula keyakinan dan kepercayaan rakyat.

Pakatan Pro Komunis tidak berada dalam keadaan selesa jika PRU 13 dilewatkan. Langkah-langkah kerajaan Barisan Nasional untuk menangani isu kenaikan harga barangan belum dapat dirasai impaknya secara menyeluruh oleh rakyat jelata.

Kini timbul pula isu pendustaan terbaru Pakatan Pro Komunis yang menuduh bahawa segala keterangan dalam kes perbicaraan rasuah Anwar Ibrahim telah dipalsukan.


LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...