BARISAN NASIONAL dan PAKATAN JAHAT DAP PKR PAS sedang berebut kuasa. Adat berebut kuasa ialah Siapa Kuat Pihak itu Menang dan Siapa Cepat Pihak itu Yang Dapat. Semasa hamba kecil seluruh warga kampung hamba di didik oleh sanak saudara dan orang-orang tua dengan pantun begini Pat Pat Nya .. Siapa Cepat Dia Punya.
Justeru itu kita melihat sejak sebelum 2008, Pakatan Jahat sentiasa saja menunjukkan kekuatan mereka melalui rapat umum, demonstrasi, sikap degil dan sumpah seranah. Mereka amat cepat dan pantas dalam menyebarkan fitnah-fitnah mega.
Malangnya, kumpulan pro anwar di dalam UMNO (Politik Baru) dan di dalam Barisan Nasional hanya cuba Tunjuk Pandai. Bila hanya Tunjuk Pandai maka segala tindak-balas menjadi perlahan dan kelihatan lemah.
Apabila Anwar Ibrahim melancarkan gerakan siri jelajah 901 melalui SMM dan BEBAS sepatutnya gerakan tersebut dineutralisasikan dengan pantas dengan menunjukkan kekuatan. Kepandaian bergerak pantas melalui kemahiran menguasai kekuatan jentera siber dan jentera nyata merupakan kunci utama kemenangan mana-mana pihak. Bukannya ramalan Feng Shui.
Lihatlah apabila bloger Sekupang Dua menunjukkan kekuatan beliau hadir di pejabat DAP bagi menyahut cabaran Nga Cock Meng. Apabila ugutan menimbulkan ketakutan telah gagal, Nga Cock Meng hanya mampu menyembunyikan dirinya saja. Hilang telur Nga Cock Meng.
Dalam perebutan kuasa jangan sesekali menunjukkan ketakutan dan perlu pantas menyahut cabaran bukan hanya tunjuk pandai.
TEPUK DADA TANYA IMAN!