Jumaat, 22 Julai 2011

ISU KEMATIAN BAHARUDDIN DIPERJELASKAN OLEH RAKAMAN CCTV DI BANGUNAN AVENUE K.

Sejak semalam, pihak PDRM telah mendedahkan secara ekslusif video-video berdasarkan kepada rakaman-rakaman cctv untuk menjawab segala isu-isu yang berbangkit dengan BEERSHIT RM200.00. Pada kali ini JS memperjelaskan secara ringkas mengenai isu kematian arwah Baharuddin yang menjadi fitnah kepada PDRM kononnya kematian arwah disebabkan oleh gas pemedih mata.

Berdasarkan kepada rakaman CCTV di Bangunan Avenue K bangunan yang terakhir arwah kelihatan berada selepas berlari bersama dengan peserta lain didapati bahawa arwah telah mengalami komplikasi jantung. Tiada kelihatan seorang pun anggota PDRM di situ mahupun kelihatan mengejar arwah. Ambulan tiba 17 minit selepas panggilan 999 di buat. Anggota Polis bantuan yang rebah adalah bukan anggota PDRM yang bertugas menyuraikan rusuhan awam terancang BEERSHIT RM200.00 oleh itu segala fitnah yang di buat oleh pihak pembangkang adalah tidak benar.

Kita semua maklum, pembangkang hanya tidak menipu apabila mengisi borang pencalonan SPR sahaja. Selebihnya mereka lebih suka mencipta rekayasa dan menokok nambah cerita asal. Al Fatihah kepada arwah dan takziah kepada keluarganya. Kami turut bersedih dengan pemergian arwah,

TEPUK DADA TANYA IMAN

ingat PAS ingat pelacur dan pembohong bersiri
ingat PKR ingat dajal al masikh
ingat DAP ingat sosialis cauvinis rasis komunis

MALAYSIA BUKAN HAK PEMIMPIN PEMBANGKANG ! ARTIKEL MENARIK UNTUK DI BACA.

JS bertemu dengan sebuah artikel menarik yang di tulis di dalam UTUSAN MALAYSIA akhbar yang amat ditakuti dan digeruni oleh pihak pembangkang.

Artikel tersebut amat menarik dan di sini JS mengambil kebebasan memetiknya semula demi kepentingan rakyat Malaysia seluruhnya agar dapat membacanya.





PETIKAN ARTIKEL DALAM UTUSAN MALAYSIA OLEH NOOR SULASTRY YURNI AHMAD (Pensyarah Kanan Sosiologi Politik Jabatan Antropologi dan Sosiologi Universiti Malaya) -UTUSAN MALAYSIA 22 JULAI 2011.

Malaysia bukan 'hak milik' individu!

"KAMI akan tawan Putrajaya!", "Malaysia milik rakyat!" dan bermacam-macam lagi laungan serta pekikan yang kedengaran untuk menarik sokongan rakyat berpihak kepada kumpulan-kumpulan tertentu.

Perbincangan pada kali ini bukan sekadar menjurus mempersoalkan hak atau desakan sesetengah pihak yang mahu memiliki tampuk pemerintahan negara tetapi berkongsi penjelasan tentang kedudukan 'pemilikan' negara yang sepatutnya difahami semua pihak.

Malaysia merupakan sebuah aset yang paling berharga dan tidak boleh dimiliki dengan mengenakan bayaran tertentu bagi memastikan Malaysia menjadi milik individu tertentu. Malaysia bukanlah 'barang' yang boleh diperdagangkan tetapi mempunyai nilai khazanah tidak ternilai yang terdiri daripada sekumpulan masyarakat yang bekerja keras dalam membentuk negara Malaysia seperti mana yang dapat dilihat pada hari ini.

Perebutan untuk mendapatkan Malaysia dalam arena politik terutamanya melalui sistem pilihan raya menonjolkan betapa rakusnya parti-parti politik berjuang atas pelbagai ideologi bagi meraih sokongan sehingga memperoleh kemenangan dalam pilihan raya tersebut.

Parti politik yang mendapatkan kemenangan dan membentuk sebuah kerajaan untuk memerintah harus mengambil kira konteks Malaysia dalam ruang lingkup yang lebih luas di mana pemilikan negara ini juga meliputi rakyat yang berlindung di dalam negara tersebut. Masyarakat tidak pernah terkecuali dalam proses ini kerana merekalah komuniti yang bertanggungjawab terhadap kemenangan itu.

Persoalannya, mengapa terdapat parti-parti politik tempatan yang sangat teruja dan rakus untuk menawan Putrajaya dan mahu mengekalkan kedudukan mereka di sana sedangkan pendekatan yang perlu diambil oleh parti politik ini adalah dengan bergerak secara agresif dan progresif dalam menambat hati penyokong dan bukan sahaja membuktikan bahawa mereka juga boleh menjadi pemerintah yang baik sekiranya Putrajaya menjadi milik mereka.

Contoh dan teladan yang baik dan efektif dari segi pengurusan pentadbiran dan politik perlu dibuktikan di setiap peringkat sama ada dalam kerajaan negeri, organisasi parti dan lain-lain.

Sebagai contoh, kerajaan negeri Kedah telah diminta supaya membenarkan premis hiburan untuk beroperasi pada bulan Ramadan adalah antara perkara yang signifikan dalam menjelaskan betapa serius dan tegas keputusan kerajaan negeri untuk menghadapi isu ini serta mengambil kira pandangan masyarakat di Kedah tentang perkara tersebut.

Khabar-khabar angin yang mengatakan bahawa Pilihan Raya Umum Ke-13 yang bakal menjelang sedikit sebanyak memberi impak terhadap keterujaan parti-parti politik untuk mengasah strategi yang lebih mantap, memperkasakan jentera parti serta memastikan tampuk pemerintahan politik tempatan bakal membawa perubahan pada masa akan datang. Seringkali kes-kes berkaitan dengan jatuh bangun sesebuah kepimpinan parti itu akan dituding kepada individu-individu tertentu.

Kelemahan sesebuah parti politik itu bukan sekadar memberi kesan kepada struktur parti tetapi turut mengharungi masalah sama adalah ahli parti politik tersebut. Lihat apa yang berlaku kepada kebanyakan negara Timur Tengah seperti Mesir, Syria, Iran dan lain-lain, Afghanistan, Pakistan, Afrika juga menerima impak daripada pemerintahan yang tidak stabil sehingga membawa kepada masalah kepada semua pihak terutamanya rakyat.

Lihat betapa gembiranya rakyat Sudan yang menantikan kemerdekaan negara mereka setelah sekian lama berjuang ke arah pembebasan dan kesejahteraan sejagat. Iktibar yang dapat diambil daripada peristiwa ini menjadikan masyarakat lebih matang, bersemangat kental dan lebih berdikari dalam menghadapi sebarang kemungkinan pada masa depan.
Setidak-tidaknya, Malaysia sudah lama merdeka dan pada hari ini kelihatan seolah-olah kepimpinan politik terumbang-ambing mencari hala tuju dengan desakan bagi memenuhi permintaan di sekelilingnya. Isyarat ini sangat 'bahaya' jika berada dalam keadaan yang tidak dapat diperbaiki sehingga membawa kepada mana-mana parti politik itu kepada era 'kegelapan'.

Inilah yang sangat digeruni dan perlu dijauhkan supaya rakyat tidak lagi tertipu dengan janji-janji manis akibat kegelojohan pihak-pihak tertentu yang terlalu mendambakan kuasa untuk menjadi pemerintah sehingga sanggup menggelapkan mata dengan kuasa rakyat yang diberikan.

Niat perlulah diperbetulkan kerana kemenangan pasti akan berpihak kepada pihak yang menegakkan kebenaran tetapi bukan kepada yang sentiasa memesongkan perkara yang sebenar.

Dengan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) yang semakin mencabar dalam menjalankan tugas dan tanggungjawab dalam memastikan keadilan dan ketelusan dipelihara dalam proses pilihan raya, sudah semestinya kepercayaan daripada semua pihak perlu diberikan kepada suruhanjaya itu. Kerjasama SPR dengan parti politik yang bertanding dalam setiap pilihan raya akan menjanjikan kemenangan, keadilan dan ketelusan yang dituntut oleh semua pihak.
Walaupun BERSIH 2.0 mempertikaikan tentang pilihan raya yang adil, SPR sentiasa bersedia untuk membuka pintu kepada perbincangan. Tidak timbul lagi isu siapa benar dan siapa salah, sikap salah-menyalahkan satu sama lain perlu dihentikan dan tidak lagi dimomokkan dengan cerita dongeng yang sentiasa berusaha merencatkan perjalanan demokrasi negara.

Sekiranya keadilan, ketelusan, perjuangan hak asasi manusia yang dilaungkan atas nama demokrasi sebenar selama ini, memperbetulkan kiblat dan perjalanan masing-masing dan jangan terlalu asyik dibuai dengan kesalahan pihak lain yang tidak membawa kepada sesuatu yang pasti.

Bukan mudah hendak membeli nilai harga setiap pengundi itu kerana mereka tidak lagi boleh dirasuah, dimomokkan dengan mitos, ditipu sehinggalah dibutakan mata sekalipun mereka tetap tidak akan memilih parti yang hala tujunya songsang dan beranggapan bahawa Malaysia hanya milik sesebuah parti politik sahaja.

Malaysia adalah milik bersama yang diperolehi hasil daripada keringat perjuangan semua kaum membebaskan tanah air daripada belenggu penjajah yang tamak dan akhirnya dinakhodai oleh barisan kepimpinan politik yang diamanahkan oleh rakyat bagi menjamin kesejahteraan bersama.

JS : MEMANG BENAR APA YANG DIKATAKAN OLEH PENULIS.

TEPUK DADA TANYA IMAN

MILIK SIAPAKAH GADIS INI?

Bintang baru yang menyinar dalam bidang lakonan di tanahair (bukan Abang Mat Sabu Wilchar ataupun Johari Bedol yang sudah kantoi awal-awal) jantinanya perempuan dan sepertimana perkara baru sudah tentulah mendapat perhatian umum dan juga perhatian JS ...he he he.

Bukan apa, JS suka beno tengok air mukanya. Pelakon wanita yang dimaksudkan ialah SITI SALEHA, namanya pun seolah-olah dicipta untuk menjadi lagenda da diva debom dalam bidang senilakun negara. Jom layan gambar-gambarnya yang cun melecun, dan jikaLAH SITI SALEHA membaca artikel ini, ASSALAMUALAIKUM WBT diucapkan. Lakunan anda dalam NORA ELINA membuatkan tauke cina menjual cakera padat kosong semakin laku.


siti saleha

siti saleha

siti saleha

siti saleha

pssst, kepad apembaca lelaki korang jangan jadikan gambar-gambar di atas sebagai modal untuk beronani... jangan babitkan JS dalam syubahat .... ha ha ha ha.

TEPUK DADA TANYA IMAN

KERJAYA LAKONAN ABANG MAT SABU WILCHAR TAMAT LEBIH AWAL.

Syokya dapat membalun kow-kow mendedahkan penipuan lakonan wilchar Abang Mat Sabu, terimakasih kepada PDRM yang amat bijak mengambil strategi cerdik kerana membiarkan terlebih dahulu pembangkang menyebar luas fitnah  agar pemabngkang terperangkap kanoti maksimum dengan pembohongan mereka sendiri. TAHNIAH PDRM ! ANDA telah belajar dengan cukup baik daripada pengalaman anda yang sudah-sudah dan tentu pada kali ini sebarang demonstrasi jalanan yang pembangkang hendak buat pasti akan menghadapi serangan balas saikologi daripada PDRM yang bakal membungkamkan pembangkang sejuta bahasa!

Kita mampu menjangkakan selepas ini pelbagai penafian dan lawak bangang bakal dikeluarkan oleh pihak pembangkang melalui siri-siri menjaja ceramah. Pada kali ini nasib abang Mat Sabu Wilchar tidak seperti kes khalwatnya mahupun kes skandal seksual Aljuburi dengan China Doll kerana bahan bukti adalah daripada pihak PDRM.

Kepada abang Mat Sabu wilchar adalah diseru kepadanya agar meletak jawatan sahaja sebagai Timbalan Prresiden PAS serta sebagai ahli Parlimen kerana pendedahan skandal yang sebesar ini jika di luar negara sudah pasti ahli politik terbabit dengan segera meletak jawatan untuk menjaga maruah mereka, tetapi adakah budaya mulia seperti itu diamalkan oleh pihak pembangkang?

TEPUK DADA TANYA IMAN

NASI LEMAK SINGGIT KARIPAP LIMAPLOH SEN


GST atau GOODS SALES TAX yang pernah diwar-warkan untuk dilaksanakan sebagai langkah kerajaan BARISAN NASIONAL berlaku adil dan saksama kepada semua rakyat Malaysia termasuklah warganegara dari Bangla, Indon, China, Nepal, India, Sri Lanka, Republik Uganda, Kenya, Singapura, Maldives, Republik Filipina, Vietnam, Myanmar termasuklah para pelancong eksekutif , beg galas (backpackers) sepatutnya sudah boleh dilaksanakan pada peringkat ini memandangkan pagi tadi semasa membeli nasi lemak dan karipap, JS sudah lama dapati harga sebutir karipap adalah lebih mahal nilai ekonominya berbanding dengan sebungkus nasi lemak.

Lima butir karipap sama nilainya dengan dua bungkus nasi lemak sedangkan tahap manafaat kekenyangan perut tidak dapat dipuaskan dengan lima butir karipap berbanding dengan dua bungkus nasi lemak. Tambahan lagi saiz nasi lemak yang berharga satu ringgit Malaysia adalah lebih kecil berbanding dengan lima butir kairpap. 

Manakala nilai sebungkus nasi lemak di campur dengan dua butir karipap lebih besar  nilainya dengan seliter petrol RON 95. di pasaran tetapi dua bungkus nasi lemak dengan tiga butir karipap nilainya lebih besar daripada seliter RON 95 dan RON 97 serta disel bersubsidi. Bulan Ramadan sudah hampir tiba in, perkara-perkara sekecil harga nasi lemak dan sebutir karipap kalau Kementerian yang bertanggungjawab yang mana ahli Parlimennya adalah dari BERA, PAHANG hanya memandang kepada Skim Kedai 1 Malaysia RM6.00, ianya merupakan langkah yang masih belum dapat memuaskan hati majoriti pengundi berdaftar yang gemarkan makan nasi lemak dan karipap setiap hari.


Kepada Pak Menteri berkenaan walaupun nasi lemak dan karipap boleh di masak sendiri tapi jika itu berlaku ianya bakal menjejaskan pula peluang ekonomi dan pendapatan peniaga-peniaga kecil-kecilan di sepanjang jalan-jalan yang terdiri kebanyakannya dari makcik-makcik bertaraf janda dan ibu tunggal dalam kategori miskin bandar dan mudah miskin. Ada juga terpaksa menjual nasi lemak dan karipap untuk menampung cukai pintu yang semakin tinggi akibat gara-gara polisi RONNIE LIU " Lu tak bayar cukai pintu, PBT tarak heran sama Lu'

Alangkah baiknya jika semua Menteri BARISAN NASIONAL bertindak lebih kreatif daripada sekarang untuk memenangi hati pengundi berdaftar pada masa pemimpin-pemimpin pembangkang sedang bergelut dengan para pengundi berdaftar dengan kaedah taksob mereka dan pembohongan bersiri yang semakin hari semakin pudar sokongannya. Ehem, kena ingatlah majoriti rakyat jelata tidak mempunyai elaun keraian dan elaun melancung ke luar negara.

Sekian dimaklumkan,

TEPUK DADA TANYA IMAN

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...