kenyataan Kementerian Wilayah Persekutuan menjelaskan kuil seluas 1833.89 meter persegi yang dicadangkan di Presint 20 ini merupakan kuil untuk ganti 15 buah kuil yang telah dirobohkan sebelum ini bagi memberi laluan kepada pembinaan Putrajaya.
Putrajaya sebelum ini merupakan kawasan ladang dan mempunyai pelbagai kuil dari yang bersaiz besar hingga bersaiz sederhana.
Antara Kuil-kuil hindu yang telah dirobohkan dahulu adalah Kuil Sri Maha Mariaman di Ladang Sidgelley, Presint 14, Kuil Bukit Prang di Jln B15, Ladang Prang Besar 2, Kuil Sri Durga Kaliaman, Presint 20 serta kuil-kuil lain di Presint 7, 16, 15, 14, 13 dan Presint 11.
Cadangan pembinaan kuil itu terkandung dalam Pelan Induk Putrajaya pada tahun 1997.Pelan itu telah menetapkan plot-plot rezab agama-agama lain termasuk kuil di Presint 20.
Katanya ini selari dengan Perlembagaan Negara yang menjamin kebebasan amalan beragama.
Tidak lama dulu bekas Presiden MIC Datuk Seri Samy Vellu memberitahu kuil yang hendak dibina di Presint 20 adalah yang paling unik di negara ini.
Ia akan menelan belanja RM12 juta.
Katanya kuil itu menggabungkan ciri dari utara dan selatan India serta mampu menampung sehingga 10,000 orang ketika perayaan.
Menurut Samy Vellu ia dapat memenuhi keperluan penganut Hindu di Putrajaya, Cyberjaya dan kawasan sekitarnya yang terus meningkat.
Owh begitu Kisahnya. KUIL UNIK adalah Gantian kepada 15 Kuil Yang Dirobohkan.