Ahad, 7 Oktober 2012

PEMIMPIN DI SERU SELESAIKAN SENGKETA LAMA SESAMA MEREKA@NajibRazak.

Persengketaan politik lama Malaysia merujuk kepada sengekta-sengketa tradisi di antara peribadi-peribadi para pemimpin dan di antara parti-parti politik yang sedia ada. Bermula selepas kekalahan Jepun pada 1945 sehinggalah kemerdekaan pada 31hb Ogos 1957, berlaku sengketa politik paling sengit di Malaysia melibatkan perang saudara yang di sebut Darurat. Sengketa ini berpunca dari perebutan mendapatkan kemerdekaan daripada British dan kemudian perbezaan ideologi untuk membentuk sistem dan asas kenegaraan merdeka. 

Pertembungan amat sengit berlaku di antara golongan haluan kiri, golongan agama dengan golongan sederhana bagi merebut kemerdekaan bagi Tanah Melayu. Golongan haluan kiri bekerjsama dengan golongan agama mahu menubuhkan Republik dan menjayakan gagasan MALINDO/ MELAYU RAYA/INDONESIA RAYA. Manakala golongan sederhana mahukan sebuah model Raja Berperlembagaan dalam bentuk Persekutuan. 

Golongan haluan kiri dan agama menuduh gagasan haluan kanan sebagai penjilat British, anjing British dan barua British kerana tunduk kepada kemahuan British. Mereka mahukan kemerdekaan walau dengan cara pertumpahan darah. Haluan kanan mahukan kemerdekaan tanpa pertumpahan darah kerana rakyat sudah lama menderita teruk akibat perang dunia kedua. Persengketaan ini berlangsung selama 10 tahun. 

Selepas itu persengketaan berlarutan dengan pihak komunis dan Rejimen ke 10 PKM sehinggalah Perjanjian Damai. Di antara tempoh itu selepas penubuhan Malaysia sekali lagi berlaku persengketaan sengit di antara UMNO dengan PAP menyebabkan Singapura dikeluarkan dari Malaysia. Manakala semua cawangan PAP di Tanah Melayu menjadi sebuah parti politik baru bernama DAP. Gagasan politik DAP adalah sama dengan PAP sehingga sekarang. DAP masih mengapikan persengketaan lama antara PAP-UMNO.

Natijahnya dari tindakan Tunku Abdul Rahman tersebut berlakulah persengketaan politik di dalam UMNO kerana ramai yang menentang tindakan yang di ambil oleh Tuanku Abdul Rahman yang tersepit dengan peristiwa-peristiwa konflik antara kaum pada tahun-tahun 1964 dan 1965. Di tambah lagi dengan masaalah darurat dengan pihak komunis dan konflik Ganyang Malaysia yang di sebut zaman Konfrontasi Indonesia-Malaysia. 

Malangnya, tindakan Tunku Abdul Rahman mengeluarkan Singapura dari Malaysia bagi mengelak berlakunya konflik antara kaum menjadi lebih besar tidak kesampaian. Akhirnya tercetus juga konflik antara kaum pada 13 Mei 1969 setelah terjadinya beberapa siri pergaduhan kaum sebelum dan pada 1969. Selepas itu berlaku pertukaran kepimpinan di dalam UMNO. GERAKAN akhirnya menyertai BARISAN NASIONAL. Manakala PAS bergabung dengan UMNO juga dalam BARISAN NASIONAL. Hanya DAP sahaja kekal menyendiri tetapi masiih tetap bergeralk cergas. Tun Dr Mahathir telah mengecam hebat Tunku Abdul Rahman kerana tragedi 13 Mei 1969 mengakibatkan beliau di tahan di bawah ISA dan selepas itu dibebaskan. Beliau juga dikeluarkan dari UMNO. Kemudiannya beliau di terima masuk kembali ke dalam UMNO. Ini semua berlaku di awal 1970an. Pada waktu itu segalanya mengharapkan masa depan yang lebih cerah selepas konflik terburuk tragedi 13 Mei 1969 berlaku. 

Pada pertengahan 1970an bangkitlah gerakan anak-anak muda di Universiti Malaya yang dipengaruhi oleh idealisma sosialis-komunis akibat Perang Dingin antara blok Barat dengan blok komunis. Antara aktivis muda pada masa itu adalah Anwar Aib Braheem dan Isham Rais. Lahirnya Akta Universiti dan Kolej Universiti (AUKU). Isham Rais melarikan diri dan berkaya meloloskan dirinya mendapatkan suaka politik selama lebiih 20 tahun di Belgium. Semasa Anwar Aib Braheem berkuasa dalam UMNO maka tergedik-gedikslah Isham Rais balik ke Malaysia dengan alasan rindu dan sudah insaf. Rupanya haram beliau insaf. 

Pada akhir 1970an, PAS keluar Barisan Nasional kerana perebutan jawatan Menteri Besar Kelantan. Berlaku demo besar-besaran. Di antara yang terlibat ialah Pok Nik. Tenaga pengerak demo tersebut ialah Anwar Aib Braheem dengan geng-geng nya.

Pada dekad 1980an menyaksikan persengketaan sengit lagi hangit dalam kem UMNO. Pada masa itu Tun Dr Mahahtir adalah Presiden UMNO dan Perdana Menteri Malaysia. Manakala Anwar Aib Braheem keluar ABIM dan masuk UMNO. Rakan-rakan Anwar Aib Braheem yang lain menyertai PAS. Pada masa ini lah keluar Amanat hj Hadi mengkafirkan orang UMNO. Di dalam UMNO pula berlaku perebutan jawatan di antara Ku Li dengan Tun Dr Mahathir manakala Anwar Aib Braheem menyibukkan diri dengan program cantas mencantas segala pemimpin otai di dalam UMNO. Ramai menjadi mangsa permainan politik kotor dan politik wang Anwar Aib Braheem. 

Kemuncak konflik di dalam UMNO pada dekad 1980an ialah pengharaman UMNO dan kelahiran semula UMNO (baru) serta Semangat 46. memanglah amat kecoh pada masa itu, sehinggakan MCA diberikan kepercayaan untuk menerajui kerajaan BN sementara waktu sehingga kemelut UMNO selesai. Hebatnya persengketaan pada waktu itu. Kawan menjadi lawan dan lawan menajdi musuh ketat. Masing-masing berebutkan kuasa. Itulah penangan Ku Li kepada UMNO yang mungkin di bantu secara diam-diam oleh Anwar Aib Braheem. Kerana itulah Kelantan terlepas ke tangan PAS sehingga sekarang. Akhirnya konflik tersebut pada permukaannya didamaikan kembali dengan pembubaran Semangat 46. Tetapi selama berpuluh tahun Kelantan berada dalam genggaman PAS. Banyak kerosakan yang berlaku. 

Sengketa kedua terbesar di dalam UMNO berlaku semasa pemecatan Anwar Aib Braheem dari UMNO kerana skandal seks dan liwat berpunca daripada pengaduan Ummi Hafilda. Berlaku pada penghujung 1990an. Ramailah yang trekejut dan terperanjat kerana selama ini Anwar Aib Braheem di anggap pemimpin harapan masa depan kerana imejnya yang alim dan wara' rupanya indah khabar dari rupa. Bangkitlah gerakan Reformasi meniru gerakan Reformasi Indonesia. Pendokong Anwar Aib Braheem seperti Isham Rais menyokong Anwar Aib Braheem dan ramai lagi. Namun Tun Dr Mahathir berjaya mengawal keadaan dan anwar Aib Braheem masuk penjara selama 6 tahun. Macam-macamlah cerita yang keluar. Ramai pemimpin UMNO tarik nafas lega kononnya segala-galanya sudah berakhir. 

Tetapi kecaman terhadap Tun Dr Mahahtir berterusan sehingga memaksa Tun Dr Mahahtir berkorban dan meletakkan jawatannya. Pada perkiraan Tun Dr Mahathir tindakan ini mampu meredakan keadaan semula dan mendamaikan sengketa di dalam UMNO. Rupanya tidak. Setelah Pak Lah ambil alih selama hampir 7 tahun cukup banyak kerosakan berlaku. Tertubuhnya PKR dengan kemasukan PRM (sosialis). Keluarnya Anwar Aib Braheem dari penjara.. 

Pada 2008 berlaku kekalahan yang sudah di rancang awal-awal akibat sengketa lama, akhirnya sekali lagi berlaku pertukaran kepimpinan daripada Pak Lah kepada DS Najib. Bermula lah era Transformasi. Namun sengketa lama dalam politik masih jelas kelihatan dan masih terasa di sana sini. 

Jadi apa yang berlaku pada hari ini ialah kerana sengketa-sengketa lama berpunca dari rentetan sejarah yang disebutkan di awal tadi. Sebenarnya jika semua pemimpin lama dan baru bersepakat untuk menamatkan semua sengketa lama mereka, percayalah negara ini mampu mencapai lonjakan kemajuan dalam masa tidak sampai 3 tahun sahaja mengalahkan Singapura dan mana-mana negara maju.

Persoalannya, adakah pemimpin-pemimpin yang ada mampu berkorban dan melakukan pengorbanan untuk menamatkan semua sengketa-sengketa lama mereka? 




LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...