Helen Ang Bloger Prolifik Yang Pragmatik. Penulisan Mampu Di Cerna Semua Lapisan Masyarakat. Tulisan Beliau Adalah Suara Hati Cerminan Anak Malaysia Sejati.
Tulisannya Menyentuh Hati Dan Mempunyai Daya Kekuatan Mempengaruhi Pembaca.
Kalaulah Ramai Bloger Melayu Mampu Menulis Sepertinya ....
Helen Ang bila menulis sentiasa mendekati pembacanya dengan kaedah Lgik Mudah. Cara itulah yang betul dan benar. Tidak ramai golongan profesional membaca blog termasuklah golongan korporat. Mereka sibuk 24 jam dengan kerjaya mereka. Yang membaca blog ini hanya mereka yang mempunyai minat sahaja. Rata-rata mereka suka membaca tulisan yang membawa mesej mudah dan ringkas serta menggunakan Logika Mudah. Ikuti penulisan Helen Ang ini mengenai sikap kepuraan DAP Rasis dan amalan budaya global mengenai pengenalan jatidiri berdasarkan etnik. Memang menarik kerana perbandingan yang diberikan oleh beliau mudah, ringkas, tepat dan logik mudah.
Masih ingat lagi ruangan Tinta Pengarang Buletin Mutiara yang tidak lama dahulu menggelar mamak sebagai “Melayu celup kopi”. Sekarang ini, timbul tweet kontroversi oleh Senator DAP pula.Serangan DAP ke atas golongan mamak mengandaikan bahawa pemimpin dan pengikut parti itu tidak merestui usaha mengasimilasi bahasa, budaya setempat dan adab Melayu.Memandangkan DAP memperli golongan mamak, maka wajar kita persoalkan kaum minoriti bukan-Islam tersebut menganggap diri mereka Malay-sian First berdasarkan kriteria apa?Kenapa Cina ditolak?Negara jiran kita Brunei tidak menerima sebahagian penduduknya yang berketurunan Cina sebagai warga. Orang Cina ini hanya diberikan taraf pemastautin tetap (PR).Sungguhpun golongan orang Cina ini sudah generasi kedua atau ketiga lahir di Brunei, mereka masih lagi PR sahaja (bermakna tidak memegang paspot Brunei).Brunei agak luarbiasa. Ia mempunyai sistem pemerintahan beraja di mana Sultan Brunei adalah Muslim dan Brunei ialah sebuah negara Islam yang agama rasminya Islam. Akan tetapi taburan penduduk Muslimnya sekadar 51.9 peratus sahaja, mengikut anggaran oleh Pew Research Center pada tahun 2008.Hampir separuh (kira-kira 48 peratus) daripada penduduk di Brunei bukan Muslim kerana mereka kaum minoriti yang berstatus ‘stateless people’.Kebanyakan penduduk bukan warga di Brunei adalah etnik Cina yang tidak mempunyai hak-hak penuh dan faedah yang dinikmati seorang warga biasa. – laporan tahun 2012 oleh badan hak asasi Freedom HousePenduduk bukan warga (stateless people) tidak dibenarkan untuk memiliki tanah di Brunei. Mereka tidak mendapat rawatan kesihatan yang dibiayai penuh oleh kesultanan kaya-raya itu. Mereka tidak layak mendapat pendidikan percuma tahap pengajian tinggi. – laporan amalan hak asasi oleh Jabatan Negeri Amerika Syarikat (24 Mei 2012).Brunei adalah sebuah negara kecil yang jumlah penduduknya pun kecil, iaitu 390,000 orang: Melayu (67%), Cina (15%), pribumi (6%) and Lain-lain (12%).Jumlah stateless people 21,000 orang (5.4%) dan seperti yang disebut tadi, kebanyakan mereka Cina. Kewarganegaraan tidak diberikan secara automatik.Sesiapa yang ingin memohon untuk menjadi warga Brunei dikehendaki lulus ujian yang mana calon tersebut wajib menunjukkan bahawa dia memahami budaya dan bahasa Melayu.Jus sanguinisKewarganegaraan Brunei ditentukan melalui prinsip jus sanguinis (mengikut kerakyatan ibubapa). Istilah tersebut adalah bahasa Latin dan bermaksud “right of blood” atau hak keturunan.Talian ‘darah’ amat mustahak bagi banyak negara bangsa.In Brunei, seorang menjadi warga mengikut operasi undang-undang sekiranya dia Melayu — merangkumi Belait, Bisaya, Dusun, Kedayan, Murut dan Melayu Tutong” (sumber sini).Pada lumrahnya, manusia mementingkan etnik.seterusnya klik disini