Khamis, 19 Disember 2013

KEWELAHAN DENGAN RETORIK POLITIKAL LIBERAL PROGRESIF YANG PASIF & NEGATIF @NajibRazak

Rakyat sudah kewelahan , kepenatan maksimum, dengan retorik liberal progresif yang berimpak pasif serta negatif . Pertama, penyokong setia dan tegar BN/UMNO seperti ambe, dijadikan pasif dan defensif terhadap semua serangan fitnah-mehnah isu politikal yang lagha daripada pembangkang Hopeless. 

Kami tak lupa bagaimana Ketua Biro Media Sosial, Ibdil, cuba mematahkan semangat juang kami. Andai ianya dilakukan oleh pembangkang, kami maklum. Tapi, bila ianya datang daripada EXCO PEMUDA Liberal Progresif dibawah KJ, kami berpendapat, #Lifestyles bermaksud mengiyakan semua isu politikal pembangkang untuk menjatuhkan maruah dan imej BN/UMNO. Adakah ini yang YAB Dato Seri selaku PM mahukan?

Kedua, idea-idea Liberal Progresif bertentangan dengan asas kenegaraan dalam Perlembagaan Malaysia. Ianya sama saja dengan dasar politikal bawaan DAP PKR dan PAS. Jika Ketua Pemuda si KJ merangkap Menteri KBS beriya mahukan Liberal Progresif, mohonlah beliau letak jawatan dan menyertai DAP PKR PAS sahaja. Kerana kami selaku penyokong dan pengundi BN/UMNO sesekali tidak merestui Transformasi Politikal BN/UMNO kepada Liberal Progresif.

Kami menyokong dasar transformasi selagi mana ianya bukan bermaksud menjadi satu gerakan senyap Liberal Progresif. BN/UMNO sejak awal penubuhannya , sesekali tidak pernah melakukan transformasi ke arah Liberal Progresif.

Liberal Progresif bermakna, menyahtaraf kedudukan Islam selaku agama rasmi Persekutuan. Menerima semua gaya kehidupan baik yang dalam tabie' atau diluar tabie'. Menerima dan melupakan terus teras kerohanian yang selama ini membentuk budaya serta jatidiri Melayu.

Tiada jaminan dan tiada kepercayaan kami kepada Liberal Progresif. Kami masih percaya bahawa tanpa Liberal Progresif, BN/UMNO mampu meraih semula kepercayaan rakyat. Kami juga percaya tanpa konsultan asing, pihak YAB Dato Seri mampu sendiri memandu negara menjadi Negara Maju dengan kepakaran tempatan. 

Pihak pembangkang sememang sudah tidak boleh diharap lagi. Isu politikal mereka hanya menimbulkan seribu macam masalah tanpa penyelesaian. Kami percaya, pihak DAP sedang melakukan Agenda Penghapusan Etnik keatas bangsa Melayu. Dan kami juga percaya, Liberal Progresif juga merupakan satu gerak kerja halus selari dan seiring dasar kiasu cauvinis DAP berkenaan. 

Malaysia adalah kawah rasisma yang sedang mengelegak. Hanya kesantunan dan kesopanan Melayu sahaja yang menjadi penghalang kepada letusan yang mengerikan. Tapi kesabaran Melayu ibarat kisah memanjat pokok bayas untuk menyelamatkan diri dari lemas dalam banjir. 

PERSEPSI & ISU POLITIKAL KEATAS SPAD BERSIFAT PREJUDIS & TIADA HALATUJU @SPADChannel

Tempurung Politik adalah kecil dan sempit. Dan hanya spesis dua alam dalam kategori amfibia (haiwan berdarah sejuk) yang mampu berhabitat didalamnya. Kerana itu, dalam alam politik, segala persepsi dan khayalan adalah suatu kenyataan bersifat logika tapi tak munasabah. Ambil contoh seperti apa yang ditulis oleh Jebat Must Die dalam entrinya menyebarkan persepsi politikal di bawah tempurung politikal dan menjadikannya satu isu politikal yang kecil dan sempit.

S.P.A.D. (Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Darat) adalah sebuah Suruhanjaya dan bukan agensi atau kementerian. Namun begitu, ianya sebuah Suruhanjaya yang ditubuhkan dibawah sebuah Akta Parlimen dan diletakkan dibawah bidangkuasa Perdana Menteri selaku Ketua Eksekutif. Oleh itu, SPAD mewakili Perdana Menteri sendiri. Sebarang pengumuman dan tindakan oleh mana-mana pegawai SPAD adalah mewakili Perdana Menteri sendiri.

Soal pertindihan dan kerelevanan wujudnya SPAD sering diperkatakan. Ada yang bertanya, apa perlunya SPAD diwujudkan dan bertindih bidangkuasa? Kita sudah ada agensi JPJ, Polis Trafik dan Kementerian Pengangkutan serta PUSPAKOM. Ambe cuma nak bertanya, Tak Bolehkah SPAD DiWujudkan disamping JPJ, PUSPAKOM, Polis Trafik dan Kementerian Pengangkutan? Polis Trafik tak boleh saman keretapi atau pemandu teksi diatas kesalahan lesen dan permit. JPJ tidak mengeluarkan permit dan lesen. PUSPAKOM hanya memeriksa kenderaan sahaja. Kementerian Pengangkutan pula sudah besar bidangkuasa dan tugas nya meliputi kenderaan di laut dan di udara. Jadi apa salahnya ada sebuah Suruhanjaya yang memfokus kepada Pengangkutan Awam Darat?

Apa salahnya ada sebuah Suruhanjaya yang menasihati PM berkenaan hal-hal berkaitan penambahbaikkan mutu perkhidmatan Pengangkutan Awam Darat? Tidakkah soal perkhidmatan pengangkutan awam darat pernah menjadi satu isu politikal yang amat panas? Kenapa pula, bila tertubuhnya Suruhanjaya ini, maka dipersoalkan itu dan ini?

Apakah salah Pengerusi dan CEO SPAD mengeluarkan sidang media dan bercakap mengenai kajian tarif tambang? Sedangkan perkara itu didalam bidangkuasa SPAD. Tidakkah perkara-perkara sebegitu menyelamatkan maruah para Menteri yang dikatakan sebagai semakin lembik dan tak bertenaga? At least, Pak Menteri tak le kena balun bila silap cakap atau beri amaran.

Adalah mudah melontarkan persepsi politikal ke atas SPAD, terutama jika ada niat tersirat dan tersembunyi. Persepsi Politikal biasa bermotifkan keuntungan wang ringgit dan kontrak jawatan. Untuk mencuri perhatian. Atau dengan katalain, Nak Tumpang Semangkuk Plis. 

Adakalanya, persepsi politikal dilontarkan kerana prejudis terhadap sesuatu perkara. Prejudis memang wujud dimana-mana. Bila unsur prejudis dijadikan motif untuk melontarkan persepsi politikal, ianya tak membawa sebarang manafaat kepada sesiapa pun. Sebaliknya, akan tercetus kontroversi dan polemik yang lagha.

Dalam situasi sekarang, kita perlu lebih fokus kepada prestasi dan mengurangkan kontroversi. Belum tentu lagi pihak yang melemparkan persepsi politikal mampu melaksanakan dengan jujur dan amanah setiap tugas dan tanggungjawab Pengerusi dan CEO SPAD.

Janganlah kita melontarkan persepsi politikal yang bersifat prejudis terhadap pihak yang melakukan tugas dengan baik. Semata-mata hendak sepinggan nasi berlauk kari ayam. 

Namun begitu, kritikan membina  yang sifar prejudis dan sifar presepsi politikal amat dialu-alukan demi kebaikan dan manafaat bersama. Cuma, jika hendak makan nasi, ambe boleh belanja kat kedai mamak yang menu Rakyat 1 Malaysia. Starbuck dan kafe di hotel taraf lima bintang, tiadalah ambe mampu.

SPESIS POLITIKUS & KONSULTAN SUDAH BANYAK MELAKUKAN KEROSAKAN DI MALAYSIA @NajibRazak

Selaku rakyat biasa yg sudah terbiasa dengan suasana aman damai sebelum pentadbiran Pak Lah dan Najib, ambe merasakan banyak yang tak kena pada sikap dan pemikiran politikus pada masakini. Dizaman Tun Dr Mahathir, bukan tiada spesis politikus, tapi mereka tenggelam kerana aura Negarawan yang ada pada Tun dr Mahathir. Beliau faham benar bagaimana hendak mengawal dan mengekang puak politikus dari membaiki labu.

Di zaman Tun Dr Mahathir, semua lapisan rakyat mempunyai peluang-peluang yang banyak. Tak perlu sangat mengikuti mana-mana parti politik secara khusus namun semua berpuashati dengan cara pentadbiran kerajaan. Waima tiada BRIM, KLIM, KLUM,PLIM dan macam-macam IM dari kertas kajang konsultan, rakyat tetap beri mandat dua pertiga kepada BN. Pada masakini, terlalu banyak retorik politik yang menjadi punca permasalahan demi permasalahan tanpa sebarang penyelesaian. Setiap penyelesaian akan mencetuskan seratus masalah baru lain.

Rakyat bukan sahaja terbeban dengan bebanan sara kos hidup yang masih terus meningkat setiaphari, waima ada KRIM dan BRIM, tapi terbeban dengan pelbagai isu politikal yang merimaskan mereka. Kegagalan gerak kerja di media sosial bukan lagi satu rekaan, Kegagalanya adalah nyata. Begitu juga kegagalan PEMANDU. Ambe berani katakan, 99 peratus masalah kos sara hidup berpunca dari kesilapan teknikal bermacam 'Makmal GTP dan ETP' yang sentiasa menyambut isu-isu politikal rekaan pembangkang. Sebenarnya, isu-isu politikal yang dibangkitkan pembangkang tak wujud langsung untuk diambil perhatian serius.

Rakyat juga semakin hari semakin menyampah dan keciwa dengan prestasi pembangkang yang gagal mengimbangi Check N Balance. Mereka juga turut kecewa dengan sikap "Jadikan Hari Esok Lebih Baik Dari Hari Ini" kerana sudah tiada lagi Hari Esok bagi rakyat. Yang jelas nampak ialah Hari Esok lebih baik hanya kepada konsultan asing dan puak pembangkang sahaja. 

Majoriti isu politikal dan isu melawan fitnah mehnah pembangkang yang diterajui oleh beberapa individu yang dipercayai oleh bahagian media sosial PMO, nampaknya hanya seperti menyimbah petrol diatas api yang sudah sedia marak. Pada hari ini, ternyata, kedua belah pihak samada pembangkang atau pemerintah sudah gagal membangunkan negara dan memanafaatkan modal insan rakyat.

Sudah tiba masanya untuk Najib buka mata semula dan gosok kedua matanya sendiri. Pembangkang sudah tidak dapat diharap lagi dan jangan pula kerana kepercayaan kepada beberapa individu yang mengupah rakan-rakan mereka menjadi konsultan, menjadi penyebab pula pentadbiran Najib sama taraf dengan pembangkang yang sudah 'HOPELESS'.

Bilamana rakyat sudah membuat keputusan yang kedua belah pihak TAK BOLEH PAKAI, disaat itu rakyat akan tidak berusaha keras. Akibatnya, produktiviti negara semakin menurun. Pembangkang sudah pincang tugas dan fungsi. PEMANDU pun begitu juga. Masih belum terlambat untuk Najib memperbetulkan semula keadaan.

Adalah benar, tidak akan ada pengakuan bersalah daripada mana-mana pihak. Tapi rakyat akan tetap menyalahkan UMNO, BN, Rosmah dan Najib. Rakyat tidak akan membuat perincian dan kajian kerana mereka pun bukan dalam keadaan mereka mampu berbuat demikian sepertimana konsultan-konsultan yang bermaharajalela dalam PEMANDU. 

Apa yang rakyat perlukan bukanlah hasil 'Makmal', Politik Kebencian Pembangkang, PEMANDU atau sebarang IM lagi. Tapi rakyat mahukan melihat dan turut merasai dengan bebas semua polisi fiskal. Rakyat tak mahu dengar isu Anwar Ibrahim minta naik gaji, isu kenaikan tol, isu BR1M naik, atau isu Makmal Kaji Kos Sara Hidup. Tapi, rakyat mahu gaji mereka naik, harga barangan rendah, kuasa beli mereka tinggi dan kredit rating mereka mendapat kepercayaan bank. 

Ini bukanlah soal rakyat kurang beristighfar, kurang bersolat, kurang bersyukur, kurang itu dan ini, tapi ini soal politikus dan konsultan terlalu banyak sangat kekurangan mereka. Dan bagi menutup kekurangan itu, mereka mencipta pelbagai isu politikal untuk mencetuskan seribu satu macam masalah dan bebanan kepada rakyat.

Adakah ini yang dimahukan dalam Keterbukaan, Transformasi, Jom Ubah, Reformasi, PEMANDU, GTP, ETP dan seribu satu macam retorikal politik yang lagha?

So do something positif la Najib. Kesian kat rakyat macam kami ini.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...