Isnin, 15 Oktober 2012

STATISTIK GEMPAQ DARIPADA DR MIM. WAJIB BACA, HAFAL & TAHU.


Pensyarah Sains Politik dan Kajian Politik Malaysia dari Universiti Teknologi MARA Malaysia (UiTM), Prof Madya Dr Shaharuddin Badaruddin sebelum ini telah mebuat kajian mengenai kaedah orang muda mendapatkan informasi berkenaan politik tanah air. 
Di bawah adalah keputusannya :

(a) 60 peratus orang muda memperolehi maklumat daripada media alternatif.

(b) 25 peratus daripada media arus perdana seperti televisyen.

(c) 15 peratus yang menggunakan akhbar untuk mendapatkan maklumat berkenaan politik.

Kita juga perlu tahu bahawa jumlah pengundi muda dan kelas pertengahan meliputi 30 peratus daripada daftar pengundi.Dan golongan ini merupakan penentu kepada kemenangan sesebuah parti politik yang bertanding dalam PRU13 nanti.

Baca seterusnya di sini DR NOVANDRI

Dan Saifuddin Abdullah dikritik kerana menyedarkan semua mengenai peri pentingnya 30% kumpulan penentu :- 
"Menurut kajian-kajian, mereka 30 peratus daripada pengundi; menilai dari segi artikulasi idea dan dasar; tak minat serangan-serangan politik yang keterlaluan."
 Sesuatu yang perlu di baca, difahami dan dihafali.

JANGAN SALAH MENGERTI MAKSUD SAIFUDDIN ABDULLAH @ saifuddinabd

Dua Tokoh Melayu Yang Penuh Kontraversi Tapi Keduanya Memang Hebat.

Saifuddin Abdullah cuma memperingatkan agar jentera BN lebih menumpukan usaha untuk menjual produk BN. Banyak produk BN yang mampu melonjakkan dan meraih undi rakyat. Kita tidak perlu melatah dengan kenyataan jujur Saifuddin Abdullah kerana ternyata usaha-usaha beliau selama ini berjaya membuka minda mahasiswa/i untuk memilih kematangan ilmu dan kebijaksanaan dalam berpolitik. Menongkah arus memerlukan satu keberanian yang luarbiasa dan Saifuddin Abdullah sentiasa melepasi ujian-ujian getir.

Kita tidak perlu takut dan gentar dengan saranan Saifuddin Abdullah yang terbukti berjaya menawan hati-hati para mahasiswa/ i sehinggakan populariti Azhar Idrus tenggelam. Mengamalkan budaya politik secara ilmiah dan mempraktiskannya dalam bentuk artikulasi idea lebih mencabar daripada mengamalkan Budaya Politik Berpolemik seperti melakukan Pembunuhan Karekter yang mengundang lebih banyak polemik dan persengketaan sesama sendiri yang tiada titik noktah.  

KITA HENDAK MEMBUDAYAKAN POLITIK DENGAN ILMIAH MELALUI ARTIKULASI IDEA. TUUANNYA IALAH UNTUK MEMATANGKAN FIKIRAN. HANYA DENGAN KEMATANGAN MINDA SAHAJA MAMPU MELAHIRKAN MODAL INSAN BERNILAI TINGGI DAN MEMBENTUK MASYARAKAT BERTAMADDUN. KALAU ASIK BERGADOH DAN HENDAK MENCEKIK LEHER MASING-MASING KITA CUMA KE LUBANG KUBUR SAHAJA.

Sejak pentadbiran DS Najib memperkenalkan pakej Transformasi Kerajaan (GTP) melalui perlaksanaan Bidang Keberhasilan Negara, kita kini lebih fokus berbanding sebelumnya. NKRA banyak membantu kerajaan BN mendengar kehendak rakyat berbanding sebelumnya. Terhasilnya Model Ekonomi Baru (MEB) yang mengimbangi di antara polisi Meritokrasi dengan polisi Afrmatif berjaya memacukan daya saing ekonomi negara dengan kerjasama dan penglibatan semua pihak. 

Kita maklum bahawa bahasa ilmiah bukan mudah untuk dicernakan dan difahami kerana Bahasa itu memerlukan daya pemikiran yang amat kreatif dan inovatif melampaui sebarang amalan kebiasaan. Hanya orang berilmu sahaja yang mampu mengawal emosi dan membuat keputusan bijak dalam masa-masa tertekan.

Untuk maju ke hadapan dan mencapai kegemilangan serta mengekalkanya dan memperbaikinya lagi dalam masa-masa mendatang ini kita perlulah berani meninggalkan Budaya Polemik Politik dan mencorakkan kembali Budaya Politik dengan kaedah ilmiah melalui artikulasi idea.

daripada kita tumpukan usaha untuk mencekik leher memasing sehingga ke lubang kubur lebih baik kita menumpukan usaha berganding bahu membina sebuah mahligai yang indah.


LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...