Jumaat, 2 Disember 2011

APA MAKNANYA PAU TAHUNAN KEPADA ORANG UMNO?

Huh ... Kadangkala kedangkalan Yang Tidak Tahu Berpuncakan Apa Sebab Musabab Sehinggakan Tidak Prihatin Kepada Impak Simbolisma 'Backdrop' Pentas. 

INI APAKEJADAHNYA CAM BATU NESAN BESAR PLAK DOK TERCONGGOK  DI ATAS PENTAS???!!!
SEDIH HATI MELIHATNYA. 
SUDAH TAK SAYANGKAN UMNO LAGI KE?
PATUTLAH TIADA TERGERAK HATI MAHU KE SANA.

PERHIMPUNAN AGUNG UMNO
(PAU 2011)
Apakah Maknanya Kepada Orang UMNO?

Sekiranya ada pertanyaan daripada rakan-rakan dan urang-urang besar-besar belaka samada perotnya besar, kepala besar, pangkat besar, isteri besar, rumah besar, jawatan besar dalam UMNO bertanyakan soalan ini kepada hamba ' Kenapa Menulis Artikel Sebegini? ' Jawapan Hamba amat mudah, 'Biarlah Hamba Yang Berkata Daripada Musuh Yang Berkata Terlebih Dahulu' . Itulah adat Orangtuha BANI JAWI purbakala.


Ketahuilah Hamba menyokong perjuangan UMNO dan UMNO itu sendiri. Itu tidak bermakna Hamba adalah kuli batak mahupun pencacai murahan kepada kepentingan pemegang jawatan. Bagi Hamba pemegang jawatan tidak penting kerana pemimpin datang dan pergi tetapi sesebuah organisasi itu hanya sekali hidup dan matinya abadi. Itulah Petua Orangtuha BANI JAWI dahulukala.


Pertubuhan seperti UMNO bukan seperti adatnya pemimpin. Pepatah 'Patah Tumbuh Hilang Berganti' tiada terpakai kepada pertubuhan. Namun hidup dan matinya sesebuah pertubuhan adalah bersebabkan tindakan pemimpin dan ahli pertubuhan bukan kerana tindakan musuh. Itulah petua orangtuha BANI JAWI.


PERHIMPUNAN AGUNG UMNO bukanlah tempat untuk meminta sedekah daripada kepimpinan atasan bagi meraih simpati dan belas kasihan untuk kepentingan diri, pangkat, harta mahupun wanita. Itu bukan cara adat berjuang orangtuha BANI JAWI.


Esuk adalah hari penutupan majlis rasmi PAU 2011. Ada yang bakal balik tangan kosong? ada yang balik penuh saku? ada yang balik termangu-mangu? dan Ada yang balik bawa gelfren baru ?.... ATAU 


Masing-masing membawa SEMANGAT PERJUANGAN BANI JAWI ORANGTUHA DAHULU ? ATAU


TERIKATKAH KEMBALI JANJI SETIA SERTA SUMPAH SETIA ORANGTUHA BANI JAWI SEWAKTU BUMI INI BELUM BERNAMA MALAYSIA?


TEPUK DADA TANYA IMAN!

"ZIMBABWE TAK ANJUR SEKSUALITI MERDEKA" BIDAS PAK HIM. JOM GELAK.

Ceq Nak Habaq Mai .. Ceq Nak Pi Zimbabwe .. Ceq Nak Habaq Kat Depa... Malaysia Dok Hingaq Pasai Seksualiti Merdeka Takdak Kat Zimbabwe.

Rakan bloger GAP dok gelak guling-guling sampai senak perot. Ini semua gara-gara kenyataan Pak Him. Nak tahu apakebendanyer? Meh baca sini (petikan daripada blog GAP).
Bila Nak Insaf
Letihlah dengan dia ni. Habis orang letih dengan kawan kita ini. Bila hendak insaf dan sedar pun saya tidak tahu.
Sebut Libya, tengok dia hendak bandingkan kenapa kebangkitan rakyat Libya..Ini kerana ditekan, dizalimi, begitu begini, begitu begini.
Kalau ada kezaliman di Libya, Muammar Gaddafi dengan rakyatnya, biar rakyat dialah urus. Selesai. Ini apa yang NATO masuk campur ini? Yang kita menentang NATO masuk campur. NATO ini pembelakang Amerika.
Memanglah Ketua Pembangkang pun Amerika di belakang. [Ketawa]
Hasut Indonesia
Yang pergi hasut di Indonesia ini – inilah dia. Mana dia tidak nampak, mana pergi? [Ketawa] Yang pergi hasut ialah Ketua Pembangkang, Anwar!
Yang Berhormat Dato’ Seri Anwar Ibrahim dari Permatang Pauh keluar gambar. Bercakap setiap dua bulan sekali pergi hasut orang Indonesia. Orang-orang Indonesia kena tangkap, kena rotan, kena hamun, kena baling, macam-macam. Jadi dia juga. Selepas itu dia banding Burma dengan Zimbabwe.
Burma dengan Zimbabwe ini saya belum dengar lagi ada orang anjur Sekualiti Merdeka. [Ketawa] Belum saya dengar lagi!
Jadi adakah kita hendak bebas, hendak ukur benchmark negara kita dari segi demokrasi ini, hendak buat perhimpunan mesti dua hari…Demokrasi kita ada waktu terpimpin. Kita kena tengok latar belakang sejarah negara kita. Jangan kita sewenang-wenangnya hendak banding dengan pihak-pihak ini.
Ha ha ha ha Kenapa lah UMNO Tak Nak Pak Him ????

TEPUK DADA TANYA IMAN!

AKIBAT MAKSIAT & PEMERINTAHAN ZALIM PAKATAN HARAMJADAH SELANGOR MULA DI TIMPA MUSIBAH.cxxxxxxx

MUSIBAH .............




KERANA INI ........

DAN INI ..............




MELAKUKAN YANG INI ....................


TONTONILAH AKIBATNYA DI SINI .....


TEPUK DADA TANYA IMAN!

MENCERAIKAN ISTERI HANYA KERANA MENGUNDI BARISAN NASIONAL?

BILA SELO' BEROK DI SANGKA ORANG 'ALIM.
(Doktrin PAS - Mengubah Yang Halal Menjadi Haram)


PAS didaftarkan pada November 1951 yang diluluskan pendaftarannya oleh seorang pegawai Inggeris berketurunan Tamil beragama kristian. Pada awalnya PAS adalah serpihan Biro Agama UMNO. Oleh kerana berlakunya pertentangan antara pemimpin UMNO yang di anggap ELIT dengan pemimpin UMNO yang berpendidikan agama di Mesir beraliran kaum Muda ( kerana salahfaham dan silaptafsir ke atas hadis Rasul s.a.w. mengenai bangkitnya seorang mujaddid bagi setiap 100 tahun) berlakulah pemisahan dua kelompok tersebut. Kelompok terkemudian menuduh kelompok Elit sebagai kebaratan dan tidak Islamik.

Pemisahan itu telah memberikan peluang kepada anasir kelompok nasionalis komunis Melayu untuk menyusup masuk ke dalam kelompok agama tersebut. Maka lahirlah sebuah pertemuan di Gunung Semanggol yang disifatkan oleh arwah Dato' Onn sebagai Bahaya Dari Gunung. Tujuan anasir jahat (Komunis) menyusup masuk adalah kerana melaksanakan dasar komunisma yang akan merosakkan akidah umat Islam bagi menerima fahaman komunisma.

Apabila PAS menyertai BARISAN NASIONAL selepas 13 Mei 1969, kumpulan yang paling berpengaruh di dalam PAS adalah mereka yang bukan berpendidikan agama. Unsur sosialisma komunis di dalam bentuk doktrin sosialis religus masih berakar umbi di dalam PAS pada masa itu. Bermula lah episod pengembangan pengaruh fahaman sesat PAS sehingga tercetus konflik 1977 di mana Nik Aziz seorang ustaz di KEMAS merampas kuasa. 

Sejak itulah PAS menjadi agen perosak akidah. Ramai golongan terpelajar agama terpedaya. Kemuncaknya apabila rakan-rakan seperjuangan Anwar Ibrahim di dalam ABIM terjun ke dalam PAS. Bermulalah episod malang buat umat Islam di Malaysia. Tercetusnya tragedi Memali. Bercambahnya sekta ajaran sesat. Timbulnya gerakan dakwah yang menyeleweng. Kesemuanya adunan Anwar Ibrahim dan unsur sosialisma komunis yang diterajui oleh Melayu yang melupakan asal usul mereka. 

Kini benih-benih yang di tanam oleh agen sosialisma komunis di dalam PAS sejak 1951 berubah -ubah bentuk dan wajah sehinggalah ke hari ini. Oleh itu kita melihat bagaimana PAS tidak pernah mendakap fahaman Wassatiyyah sebaliknya menjadi radikal melalui jalan Tahaluf Siyasi yang diharamkan. Wajah sebenar PAS ialah anti ISLAM dalam kepuraan memperjuangkan ISLAM. Inilah juga wajah sebenar perjuangan Anwar Ibrahim semasa di dalam ABIM. Inilah juga semangat yang diberikan oleh IKD kepada para lulusannya yang kini turut ramai kedapatan di dalam UMNO.

TEPUK DADA TANYA IMAN!

HENSEM TAK I ? # JANGAN KASI TAU SAMA LISA ,UNKER KIT SIANG JELES,

MEMBUDAYAKAN POLITIK SYOK SENDIRI
PAKATAN HARAMJADAH PUNYA GAYA.

Kita fikir bahawa Budaya Politik Syok Sendiri ini hanya Sindrom Orang Politik UMNO. Sebenarnya TIDAK! Ianya merupakan Sindrom Tak Terubat di dalam Pakatan Haramjadah terutamanya di dalam PKR DAP dan PAS. Lihat gambar di bawah bagaimana Sindrom Tersebut terzahir pada Nizar Jamaluddin. Sendiri memakai baju gambar sendiri , apa tak cukup ke gambar sendiri pada kad pengenalan dan lesen memandu serta kad nikah?




Unker Kit Siang pula mengamok bila DAP dikatakan ANTI ISLAM. Ya la, sejak bila pula DAP ini Anti Islam? DAP tidak anti ISLAM tapi DAP CUKUP AMAT BENCI ISLAM. Itulah mesej yang unker Lim hendak sampaikan kepada semua.Unker Lim Kit Siang tolong nafikan ini klip video khas untuk unker Lim. Selepas ini unker boleh itu minum susu beracun yang DAP baru ketemui. 


Masihkah Unker Ingat Sidang media Karpal Singh pada 12 November 2011 di Kedai Kopi Ju Huat, No. 616A Jalan Air Itam, Pulau Pinang. Masa sidang media ini diadakan dari pukul 11.00 pagi hingga 11.25. pagi.

TEPUK DADA TANYA IMAN!

PENJENAMAAN & PEMUDAAN UMNO? BIAR BETUL ROSNAH OIII!

KETUA PUTERI UMNO
MAHU MEMUDAKAN & MENJENAMAKAN SEMULA UMNO?

Alang kepalang inilah dinamakan 'di suruh lain di buatnya lain'. Apkejadahnya hendak dijenamakan dan dipermudakan UMNO? UMNO ini sebuah organisasi sahaja. Umur tidak menjejaskan mana-mana organisasi dari segi usia. Malah organisasi bukan seperti individu di mana individu sememangnya terjejas dengan usia. UMNO juga bukan bangunan. 

Saranan Rosnah berbunyi dangkal dan cetek. Tiada alasan munasabah mewajarkannya. UMNO mempunyai dua sayap khusus untuk golongan muda-mudi yakni PEMUDA UMNO dan PUTERI UMNO. Jika kedua sayap ini mempunyai keahlian melebihi apa yang ada dalam UMNO dan WANITA sudah tentulah UMNO itu secara otomatis menjadi pilihan dan bergerak ke arah pemikiran muda. Jadi, Rosnah sepatutnya menjenamakan semula dan memudakan kepimpinannya di dalam PUTERI UMNO. Jangan dok asik dengan setereotaip punya label Gediks. 

Petua orangtua Bani Jawi dalam soal jemaah ialah jika sesuatu jemaah itu nampak lemah dan tak terurus maka salahnya pada ketua. 

So Rosnah, pesanan ikhlas buat hamba kepada anda .. jenamakan semula dan permudakan kepimpinan anda terlebih dahulu!

TEPUK DADA TANYA IMAN!



RATING HAPRAKDAILY MERUNDUM PETANDA RAKYAT BUKA MATA.


RATING PORTAL PAS HARAKAHDAILY SUDAH MENURUN.
(Rakyat Sudah Membuka Mata)

Di dalam al Quran dan Hadis sudah dinyatakan bahawa pembohongan dan berita fitnah adalah kebatilan. Apabila Kebenaran tiba maka hancur luluhlah kebatilan. Itu janji Allah SWT. 


Inilah yang berlaku kepada HarakahDaily yang sejak ditubuhkan bukanlah menyebarkan berita benar atau memberikan kritikan membina (Constructive Criticisms) sebaliknya hanya menyebarkan berita fitnah sepanjang masa. Tidak ada dalam nas dan dalil sahih yang membenarkan sebarang perjuangan haram menumbangkan sebuah peemerintahan Islam seperti UMNO/ BARISAN NASIONAL. Perjuangan seperti itu akhirnya memakan diri PAS sendiri apabila seringkali penipuan berita fitnah hasutan mereka ditelanjangkan oleh pejuang maya pro UMNO/BN yang ikhlas tanpa meminta balasan.


TEPUK DADA TANYA IMAN!

DEKLAMASI SAJAK TAKKAN MAMPU TERJEMAHKAN UNDI KEPADA BN.

SAJAK HANYA KATA-KATA INDAH DAN BUKAN TERJEMAHAN UNDI.

Hamba ingin memperingatkan diri hamba dan jentera siber UMNO agar berhentilah syok sendiri memuji itu dan ini sebarang ucapan pemimpin UMNO. Bukan kata-kata yang kita hendak dengar tapi tindakan proaktif yang mampu menterjemahkan sokongan dan undi kepada BN dan UMNO itulah yang penting.

Kita ambil ucapan TS Mahyuddin contohnya. Beliau bercakap tetapi beliau bercakap selepas melakukannya terlebih dahulu. Adakah ini dicontohi? Hamba lihat sendiri bagaimana TS Muhyiddin bekerja keras untuk memenangkan BN dalam banyak siri PRK lalu.

Ucapan Ahmad Maslan. Beliau pun sama. Melakukannya terlebih dahulu barulah bercakap mengenainya. Hamba pun melihat kesungguhan Ahmad Maslan dalam memenangkan BN walaupun masih ada ruang perbaikan. Tapi usahanya berjaya. Lihatlah dalam siri PRK yang lepas.

Kita ambil pula ucapan DS Najib. Beliau bersungguh-sungguh dan penuh komited melakukan terlebih dahulu apa yang diucapkan. Baru lah betul. Tapi adakah itu dicontohi oleh ahli dan orang UMNO?

UMNO dan BARISAN NASIONAL semakin mendapat sokongan bukan kerana kata-kata indah mahupun sajak panas berapi tetapi kerana rakyat melihat bagaimana tindakan didahului daripada pengucapan. Inilah yang dinilaikan oleh rakyat.

Rakyat sudah melihat perbezaan ketara antara pemimpin BARISAN NASIONAL dan PAKATAN HARAMJADAH. Malangnya kelompok Little Napoleon yang mengimpikan takhta dan harta selalu mensabotaj dan meneutralisasikan tindakan baik pemimpin tertinggi UMNO yang sepatutnya mereka meneutralisasikan dakyah, fitnah dan tindakan Pakatan Haramjadah, Kepada mereka bangkitlah daripada lamunan panjang anda.

TEPUK DADA TANYA IMAN!

POLIS SAHKAN TIADA PECAH AMANAH DALAM NFC TAPI PERSEPSI BURUK TIDAK DAPAT DI HAKIS.

POLIS SAHKAN TIADA PECAH AMANAH DALAM NFC
DAN INI BAKAL JADI BAHAN GURAUAN PUAK DAJAL ALMASIKH.

Malas nak tulis panjang-panjang pasal NFC ini kerana grup bloger yang ditugaskan mengenainya sudah terlalu ramai. Nanti kalau tulis secara mantap dan bernas ada orang cemburu dan irihati pula.

Hamba sudah menjangkakan Polis akan mendapati dalam siasatan mereka NFC tidak melakukan sebarang pecah amanah. Hata polis dan SPRM tak siasat pun hamba sudah tahu memang tidak ada pecah amanah dan penyelewengan tapi yang ada cuma gosip liar serta tuduhan tak berasas oleh PKR sahaja ke atas NFC dan kak Ijat sahaja (kerana kepimpinan kak Ijat telah membawa WANITA UMNO begitu mantap dan dekat di hati rakyat). 

Isu NFC adalah berdasarkan kepada Politik Persepsi memburukkan pihak lawan sahaja. Ianya bukan berkisar kepada sebarang penyelewengan dan pecah amanah. Contohnya seperti dalam isu rogol budak dulu. Rahin Thamby Chik adalah mangsa fitnah Anwar Ibrahim dan konco-konconya pada masa itu.

Persoalannya sekarang bagaimana hendak menepis dan menangkis serta meneutralisasikan fitnah ke atas NFC? Perkara inilah yang perlu para bloger yang sudah diberikan tugas memikirkannya. 

Baik di pihak NFC mahupun Kak Ijat dalam ucapannya gagal menangkis dengan efektif fitnah tersebut. Malah ianya menambahkan lagi luka fitnah itu kepada kak Ijat dan NFC.

Justifikasi dan takrifan penyelewengan serta pecah amanah yang dilemparkan oleh PKR dan DAP ke atas NFC itulah sepatutnya dijadikan sasaran. 

Itu sahaja lah. Hamba sudah malas nak memberikan buah fikiran dan ide bernas kerana seringkali dipermainkan oleh kasta-kasta di dalam pasukan pejuang maya UMNO termasuk pemimpin UMNO dan jentera parti sendiri.

TEPUK DADA TANYA IMAN!

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...