Kembali serius membantai Pakatanista dalam isu politik. Ok lah berita terbaru dengarnya dah heboh satu Malaysia pasal kenyataan Pengarah SPR. Sebagai menjawab soklan maut wartawan berkenaan hak pemilih yang mendaftar pada suku tahun pertama 2012 ( Jan - 31hb Mac 2012), Pengarah SPR berkata jika mereka mendaftar pada atau sebelum Ahad ini 31hb Mac 2012 , mereka layak mengundi jika PRU 13 diadakan pada bulan Jun tahun ini. Itupun bersyarat jika sekiranya tiada bantahan ke atas senarai pemilih yang melibatkan mereka. Petikan lapuran berita Bernama :-
PUTRAJAYA 28 Mac – Rakyat Malaysia yang mendaftar sebagai pemilih sebelum Ahad ini berpeluang mengundi pada Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13), jika pilihan raya diadakan selepas bulan Jun tahun ini.Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya Malaysia (SPR), Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof berkata, daftar pemilih bagi suku pertama tahun ini akan berakhir pada 31 Mac dan Daftar Pemilih Tambahan Suku Tahun (DPT ST) 1/2012 dijangka diwartakan pada bulan Mei ini."Kalau (pemohon) tidak terlibat dengan bantahan, mereka layak mengundi,” katanya kepada Bernama ketika dihubungi di sini hari ini.Beliau berkata, demikian apabila diminta mengulas sama ada rakyat Malaysia yang mendaftar sebagai pengundi pada suku tahun pertama tahun ini layak untuk mengundi pada PRU-13 sekiranya pilihan raya umum diadakan pada bulan Jun dan ke atas. - BERNAMA
Jadi elok lah sangat kepada siapa yang belum mendaftar silalah mendaftar pada Ahad ini 31hb Mac 2012. Janganlah pulak bila sudah mendaftar taknak pergi mengundi.
Andaikata lah PRU 13 pada Jun 2012 , Hamba gerenti dengan penuh yakin tanpa rasa was-was dan syak wasangka Pakatanista Regim Punah Ranah akan membubarkan semua DUN yang dikuasai oleh mereka secara serentak pada 32hb Jun 2012. Cuma dalam kalendar yang digunapakai oleh kita pada hari ini dan di mana-mana jua pelusuk dunia ini ada ke 32hb Jun 2012 ? Kalau takde, jangan nak ngada kata PRU 13 pada bulan Jun 2012. Hamboi !
TEPUK DADA TANYA IMAN!
Tiada ulasan:
Catat Ulasan