Selama ini siapa yang berani ketuk kepala batu granit Majlis Peguam?
Bila sebut Majlis Peguam kita merujuk kepada Presiden Setiausaha dan pemegang-pemegang jawatan yang di pilih melalui UNDI POS oleh 3000 orang yang terpilih daripada 14911 orang ahli yang terpinggir.
Ramai yang menyangka nak langgar Majlis Peguam nie kena Power Root.
Tapi tahukah anda majoriti ahli Majlis Peguam kaki botol dan kaki betine.
Ahli Majlis Peguam punya kekebalan jauh lebih rendah dari kekebalan undang-undang untuk mereka yang ada Sijil Perakuan Sah Sakit Mental di bawah Akta Unsound Mind Person. Sebuah akta yang diluluskan oleh Parlimen dan setaraf dengan Akta Profesion Guaman.
Sebenarnya nak langgar Majlis Peguam semudah langgar ayam berak kapor je.
Modal cuma air liur dan jus Tok Guru di campur sikit Amanat Hj Hadi. Bergegarlah Majlis Peguam dari pucuk sampai ke akar umbinya.
Hari ini Kelab Warisan Malaysia dan lima ngo, Majlis Ayahanda Malaysia, PERMAS, PERIBUDI, PERKASA, SUARA INSPIRASI MALAYSIA bergabung tenaga dan suara menyatakan sokongan kepada usaha seorang peguam muda yang berani mencabar tindakan salah Majlis Peguam.
Bertempat di bilik Helang, Hotel Sunway Kuala Lumpur, satu sidang media diadakan khas untuk menyokong En Khairul Azam.
Setiausaha Agung Kelab Warisan Malaysia En Azman bin Hussin selaku peneraju dan jurucakap menegur sikap hipokrit Majlis Peguam dalam pelbagai isu-isu menyentuh sensitiviti rakyat Malaysia akhir-akhir ini.
Menurutnya satu himpunan seluruh negara bakal dianjurkan pada 23hb Jan 2013 bagi menyokong usaha en. Khairul Azam.
Di Kuala Lumpur, ianya diadakan di luar perkarangan kompleks mahkamah Jalan Duta jam 8.00 pagi.
beliau menegaskan sudah tiba masanya rakyat bangkit dan sedar mengenai hipokrasi Majlis Peguam.
Ianya bukan saja mengenai usaha en Khairul Azam tapi mengenai kesedaran betapa perlunya Majlis Peguam dikembalikan ke landasan asalnya semula.
Beliau turut bertegas menyatakan bahawa demonstrasi pada 23hb Januari ini adalah satu langkah kecil bagi satu lonjakan besar ke arah menyedarkan rakyat mengenai hipokrasi Majlis Peguam selama ini.
Cerita bergambar sila ke #BMP231 di twitter dan grup BERSIHKAN BAR COUNCIL.
Bagi butiran acara pada 23hb Januari 2013, silalah melawat grup tersebut.
Kita nantikan 23hb Januari 2013.