Selasa, 27 Mac 2012

RAKYAT YANG BISING ATAU PAKATANISTA YANG BISING?



Kita seringkali di  tipu dan dibohongi oleh Pakatanista Rakyat. Setiap masa, setiap detik dan setiap saat sejak dulu lagi. Penipuan dan pembohongan tersebut menjadi semakin hebat dalam beberapa tahun selepas PRU 12 tapi kemudiannya momentum tersebut beransur-ansur kurang kerana begitulah adat dunia yakni pembohongan dan penipuan takkan mampu bertahan lama. 

Kemarahan rakyat menjadi reda bila kerajaan BN di bawah pentadbiran DS Najib mula bertindak balas dengan melaksanakan polisi-polisi transformasi. Sedikit demi sedikit keyakinan rakyat kembali semula kepada BN. Kalau dulu apasaja yang dikatakan oleh pemimpin Pakatanista kepada rakyat akan di terima bulat-bulat. Akhir-akhir ini apabila terdedah dan terbongkar dengan sendirinya segala penipuan dan kejahatan Pakatanista, rakyat mula membuka mata dan mempersoalkan setiap fakta dan maklumat yang di terima daripada Pakatanista.

Keadaan ini menyebabkan Pakatanista berada di dalam keadaan defensif pada setiap hari menghampiri PRU13. Segala janji-janji dan penyelewengan Pakatanista menjadi bukti Pakatanista hanya berjanji tetapi tidak menunaikannya langsung. 

Apabila Pakatanista mempersoalkan mengenai cincin dibuktikan bahawa cincin itu tidak di beli pun, Apabila Pakatanista mempersoalkan NFCORP, Kak Ijat letak jawatan dan ternyata jumlah itu bukanlah 'hadiah istimewa' sebaliknya adalah pinjaman yang perlu di bayar balik. Pemberian pinjaman tersebut melalui proses-proses yang ditetapkan dan bukan kerana Kak Ijat bukak mulut. 

Apabila Pakatanista mempersoalkan BR1M, KR1M dan pelbagai pakej bantuan kepada rakyat terbukti rakyat yang menerimanya tidak mempersoalkannya langsung. Malah tidak dibuktikan bahawa wang KWSP telah digunakan bagi maksud tersebut. 

Ini bukanlah membodek terlampau. Tapi apa yang betul diperkatakan dengan betul. Apa yang salah diberikan teguran yang baik. Apa gunanya pada lahir nampak mengamalkan apa yang di suruh tetapi hakikatnya hanya mahu mencari populariti? 

Betul, Politik ialah mengenai nombor dan bilangan tapi apa gunanya nombor dan bilangan jika ianya sama seperti buih di lautan?

Apa gunanya kuasa jika tidak digunakan secara amanah, bijaksana, menyampaikan hak dan melakukan perkara yang benar belaka?

Apabila kita mempertimbangkan sesuatu maka 4 perkara tersebut perlu di lihat dan bukannya hanya melihat dan menilai kepada apa orang lain mahu kita pertimbangkan. Kita perlu pandai menilai sesuatu dan percayalah kebenaran itu hanya ada pada sisi Allah Ta'ala sahaja. Tidakkah selepas beribu orang melakukan solat berjemaah hajat perdana anjuran Pakatanista segala keburukan dan kejahatan Pakatanista terdedah? Apakah maknanya itu? Sendiri mahu fikir lah brader.

TEPUK DADA TANYA IMAN!

Tiada ulasan:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...