Blog ini diwujudkan untuk memberikan warna-warni keceriaan kepada senario politikal Malaysia dewasa ini. Oleh itu, blog ini hanya berminat untuk mencantikkan lagi suasana politik. Kenapa ambe begitu sinikal kepada PRK KAJANG @ menurut jenama PKR ianya THE KAJANG MOVE, dan pada ambe ianya KAJANG SODOMI?
- Rakyat masih lagi terpinga-pinga dengan pelbagai naratif fiksyen mengenai kehilangan pesawat penerbangan MH370. Sudah masuk hari ke empat. Masih belum diketemui. Pelbagai spekulasi ditimbulkan. Rakyat diancam agar tidak membuat spekulasi. Bermakna, pemerintah sedang menjalankan operasi MANIPULASI INFORMASI. Ianya bukan satu tindakan kejam atau zalim daripada pemerintah. Ini kerana pemerintah ada info- info tertentu yang kemungkinan besar amat sensitif kepada keselamatan nyawa krew dan penumpang MH370. Berilah Manafaat Keraguan kepada pemerintah waima tindakan mereka nampak begitu takde telor. Tapi, sekuarang-kurangnya, kita ada pemerintah yang memberikan BRIM KRIM PRIMA KRIMA DRIMA dan macam-macam ritma. Mengkritik adalah kerja paling mudah dan senang berbanding memerintah. Terutama bila IQ pihak pemerintah kelihatan agak setara IQ pembangkang yang lebih rendah berbanding IQ majoriti rakyat.
- Hari ini, hari penamaan calon bagi Sarkas Kajang. Seperti yang di duga, ianya menjadi pertandingan satu tanding satu. Setelah Papa hilang kelayakan bertanding hari Jumaat 7hb Mac 2014, kerana disabitkan hukuman dan kesalahan meliwat, maka Mama dipertaruhkan.
- Pihak BN pula dari awal mempertaruhkan Chew Mei Fun. Di jual dengan ayat-tanda Comel Fun (ambe agak keliru samda calun BN bertanding di dalam pertandingan Ratu Cantik atau PRK?). Tak mengapalah. Jika ayat-tanda itu pada fikiran Tangki Pemikir dan Strategis BN adalah terbaik, maka terbaiklah buat mereka. Rakyat akan menentukan di peti undi. Kita berikan Manafaat Keraguan kepada mereka.
- Calun BN adalah seorang pemimpin wanita MCA. Pernah meletakkan semua jawatan kerana tidak bersetuju dengan salahlaku seks mantan Presiden MCA, Chua Soi Lek. Beliau kembali semula bilamana Chua Soi Lek tidak lagi menjadi Presiden MCA.
- Mama Kajang pula adalah seorang wanita yang mempunyai impian tersendiri. Cuma bezanya, Mama Kajang ialah seorang isteri kepada seorang lelaki bernama Anwar Ibrahim, seorang Binatang Politikal tersohor. Mama Kajang juga pernah meletak jawatan sebagai Ahli Parlimen Permatang Pauh untuk memberi laluan kepada Papa. Ringkasnya, Mama Kajang mantan Ahli Parlimen yang letak jawatan menggantikan ADUN yang meletak jawatan. Keduanya jenis boneka politikal yang Menang Hari Ini, Esok Letak Jawatan.
- Kelebihan Mama Kajang terletak kepada populariti imejnya selaku wanita malang. Manakala kelebihan Chew Mei Fun pula kerana ketegasan pendiriannya. Mama Kajang berbangsa Melayu dan Mei Fun berbangsa Cina. DUN Kajang N.25 adalah seimbang dari komposisi kaum Melayu dengan Cina. Dimana:-Melayu - 48 peratusCina - 41 peratusIndia - 10 peratus.Jumlah pengundi berdaftar seramai 39,600 orang.Pecahan pengundi mengikut jantina ialahPerempuan : 50 peratusLelaki : 49 peratusTerdahulu sebelum PRU 12, dan 13, DUN Kajang dikuasai oleh BN dari calun MCA.Selepas itu dikuasai oleh PKR dari calun berbangsa Cina selama dua penggal berturut-turut dengan majoriti naik.
- Cuma ambe terfikir, pada pandangan dan di minda pengundi PRK Kajang, apakah pandangan dan minda mereka mengenai kedua calun?Apakah penilaian yang mereka gunakan?Bagaimanakah mereka membuat pilihan mereka?Apakah faktor-faktor yang mempengaruhi mereka?
Apakah semua etnik pengundi memperolehi manafaat yang samarata daripada semua mantan ADUN sebelumnya?
Apakah pengharapan mereka?
Apakah matlamat mereka?
- PRK Kajang adalah titik untuk kita menilai sejauhmana kematangan dan kedewasaan kedua belah pihak berkempen dan berpolitik untuk mencapai KEMENANGAN. Dan selepas itu, untuk berkhidmat kepada para pengundi yang memberikan mereka kemenangan dan yang tidak mengundi mereka.
- Kita semua berharap agar kempen kedua belah pihak tidak menjurus dan cenderung kepada CARA SARKAS DATANG KE PEKAN. Kita mahu tahu apakah yang ditawarkan oleh kedua belah pihak kepada pengundi DUN Kajang. Dan adakah tawaran mereka menarik atau sekadar menanam tebu di tepi bibir sahaja.