Sabtu, 18 Ogos 2012
AIDIL FITRI 2012. SYAWAL HIJRAH 1433.
SEPULUH JARI HAMBA SUSUN RAPAT
MEMOHON KEMAAFAN KEPADA SEMUA
YANG TERSINGGUNG PERASAAN DAN DOK MARAH KUTOK HAMBA
YANG DOK FIKIR HAMBA BERGADOH DENGAN MEREKA
YANG DOK FIKIR HAMBA TAK KENANG BUDI MEREKA
YANG DOK FIKIR HAMBA DOK KACAU DAUN MEREKA
YANG DOK FIKIR HAMBA BERSANGKA BURUK KEPADA MEREKA
YANG DOK FIKIR HAMBA BIADAP KEPADA MEREKA
TAK KIRA LAH PEPUAK POLITIK GAMPANG BUDU
PUAK PAKATAM
PUAK PAS
PUAK UMNO SENDIRI
KEPADA SEMUA HAMBA MAAFKAN ANDA
WALAUPUN ANDA BERKHIANAT
BERBUAT JAHAT
KUTOK HAMBA DI BELAKANG
SELAMAT HARI RAYA SEMUA
p.s.: Jangan Nak Lebih Perasan Plak Yea.
DEMI HUDUD PAS AKAN MENYERTAI UMNO.
HUDUD mampu dilaksanakan di peringkat negeri dan di peringkat perundangan pusat bilamana umat Melayu Islam mampu menguasai 2/3 kerusi di Parlimen iaitu 148 kerusi dan menguasai 2/3 kerusi di semua DUN. Undi Melayu Islam mestilah mencapai 90% undi kesepakatan mengundi PAS dan UMNO. Tanpa kerjasama di antara keduanya maka sukarlah Hudud untuk dilaksanakan kerana umat Melayu Islam kekurangan undi 2/3 di Parlimen dan di seluruh DUN kerana perpecahan peratusan undi kepada keduanya.
Berdasarkan kepada statistik PRU 12, PAS bertanding di 66 kerusi Parlimen manakala UMNO bertanding di 117 kerusi Parlimen. Apabila digabungkan kedua jumlah itu mencapai angka total 183 kerusi. Jumlah ini melebihi 2/3 majoriti di Parlimen.
Menurut Tun Dr Mahathir “Sebelum itu, kita harus pastikan hudud yang akan dilaksanakan adalah bukan hudud Pas, sebaliknya hukum hudud yang ditetapkan oleh agama Islam.
“Pas harus keluar dari PR secepat mungkin kerana mereka saling berpelukan dengan orang kafir yang secara nyata menolak hudud,” katanya kepada Sinar Harian selepas majlis sumbangan dan berbuka puasa peringkat Dewan Undangan Negeri (Dun) Ayer Hitam, di Masjid Pekan Jerlun, di sini, semalam.
Sehubungan itu, Dr Mahathir berkata, sudah tiba masanya Pas meninggalkan PR dan menetapkan pendirian sebagai sebuah parti yang memperjuangkan Islam.
“Apabila Pas meninggalkan PR yang disertai parti bukan Islam, baru mereka boleh meneruskan perjuangannya yang didokong selama ini.
“Selagi Pas bersama parti yang tidak mengakui Islam adalah agama unggul, hukum hudud tidak dapat di laksanakan,” katanya.
Menurutnya, dunia mengiktiraf Malaysia adalah sebuah negara Islam tetapi ia tidak dapat melaksanakan hudud kerana Malaysia mempunyai kehidupan masyarakat yang berbilang kaum dan agama.
“Umno akan mewujudkan sebuah negara Islam yang lengkap jika Pas berbesar hati untuk menyertai Umno.
“Negara Islam lain juga menaruh harapan kepada Malaysia, namun masih ada orang yang cuba memecahbelahkan orang Islam. Oleh kerana itu hajat kita tidak tercapai.
“Untuk membina sebuah negara Islam, orang Melayu harus bersatu dalam satu pakatan dan membangunkannya secara lengkap.
“Kita tidak usah mempedulikan orang yang memperjuangkan hanya untuk menjadi Perdana Menteri, sebaliknya semua orang Melayu dan Islam mesti bersatu untuk membina sebuah negara Islam dan melaksanakan hudud,” katanya.
- SINAR HARIAN
Langgan:
Catatan (Atom)