Selasa, 4 September 2012

TAK SANGGUP WEHH !!!!


Tapi kalu mamat nie kira free je laaa ...

Photo: haaaaa...INI TADI KENA TANGKAP!
BUAT APA TUTUP MUKA DEK....
KAN SEMUA DAH KENAL KO SIAPA.....
BUAT LAGI BUAT LAGI.......NAK TENGOK KETUA PEMBANGKANG MANA YANG AKAN DTG SELAMATKAN DIA .....SEBAB DIA BERJUANG UTK DIORANG KAN KAN KAN?????
Dah Kena Tangkap ... Lepas tu Pegaum Negara Kata ......????????

DIKEHENDAKI DENGAN SEGERA !




Di atas semua malaon-malaon ikan bilis ... yang Hamba sedang nantikan ialah ikan-ikan jerung di bawah ini bila nak di sumbatkan ke dalam jel bagi reman 14 hari kerana melanggar perundangan negara?

Hishamuddin Rais - Penyeru Kibaran Sang Saka Pengkhianat Malaya 

Marina Chin Abdullah - Penganjur JANJI BERSIH 


KEM SEKULAR PAS DIARAHKAN TUTUP MULUT!


Kelompok Pro Perpaduan UMNO-PAS.

Arahan Presiden PAS kepada semua YDP-YDP yang ada di semua kawasan Selangor, Kedah, Melaka dan Johor ialah Jangan Hentam Nashrudin Mat Isa. Arahan itu turut menyebut agar sokongan padu diberikan kepada Nashrudin Mat Isa dan kumpulan ulama yang sokong perpaduan. ~ sumber bloger mymassa. 

Nampaknya puak sekular yang diterajui oleh Timbalan Presiden PAS, Mat Syabu menghadapi tentangan maha hebat daripada kelompok pro Ulama dalam PAS. Kalau sebelum ini, pro ulama berdiam diri kerana mahu memelihara perhubungan dengan DAP dan PKR tapi kesabaran mereka sudah lama tercabar dengan karenah egoistik kepimpinan DAP dan PKR. 

Satu-satu cara ialah melepaskan bebanan yang di pikul oleh PAS yang kini diperalatkan sesukahati oleh DAP dan PKR bagi mencapai agenda politik mereka yang anti Islam. 

Kita harus ambil tahu kerana yang banyak menentang usaha perpaduan UMNO-PAS adalah pepuak setan yang berselindung di dalam Pakatam Jahanam dan bukannya suara ahli PAS sendiri. 

Alasan yang sering mereka gunakan ialah kerana UMNO terdesak. Sebenarnya UMNO tak terdesak tetapi puak setan dalam Pakatam Jahanam yang amat terdesak dan sentiasa dalam keadaan desperado.

Kekuatan Pakatam Jahanam banyak bergantung kepada kekuatan jentera PAS. Kedua PKR dan DAP tidak mempunyai kekuatan yang sekuat dan tersusun seperti PAS. Perpaduan UMNO-PAS bermakna kekuatan itu akan menjadi satu vakum yang besar buat perusuh terlatih dalam PKR dan DAP. 

Bak pandangan rakan-rakan fesbuker, Zionis tidak memerlukan senjata hebat, bajet yang besar dan tentera yang ramai untuk menjatuhkan mana-mana negara Islam, hanya cukup melakukannya melalui kuasa proksi mereka di negara tersebut. Lihat apa yang berlaku di Libya, rakyat Libya sendiri yang pijak dan buru Muammar Gaddafi dan membunuhnya bagi pihak Zionis. Di Malaysia pula kita melihat rakyat Malaysia, keturunan Melayu beragama Islam jugalah yang beriya-iya benar hendak 'Memerdekakan Malaysia dari Jajahan UMNO?"

Berpandukan kepada itu maka siapakah yang lebih terdesak untuk mencapai matlamat mereka? 

Kitalah yang mempunyai kuasa untuk menggagalkan segala rencana jahat puak musuh negara yang mahukan Malaysia ini terpecah kepada tiga bahagian agar senang di perintah secara proksi bagi memulakan ERA PENJAJAHAN PROKSI ZIONIS.

PEJABAT PEGUAM NEGARA TAK PERLU JADI PONDAN.

alt
Ha ha ha ha .... Nyah Berani Lah Sebab Nyah Tahu Pejabat Peguam Negara Sayangkan Nyaah Takut Kena Kutok Dengan Cai-cai Nyahh ...

Insiden bakar,pijak dan berak gambar Ds Najib serta mengibarkan bendera perjuangan komunis 1948  telah dimulakan siasatan oleh PDRM. Sepertimana sebelumnya, setelah siasatan berakhir pihak polis akan mengemukakan kertas  siasatan kepada pejabat peguam negara. Pejabat Peguam Negara akan meneliti kertas siasatan tersebut dan menentukan samada adanya kesalahan yang boleh di dakwa di bawah mana-mana perundangan negara. Kuasa mendakwa terletak di bawah kuasa Pejabat Peguam Negara.

Sekiranya tidak berlaku pendakwaan jangan salahkan polis atau menteri KDN. Kedua pihak itu tidak mempunyai kuasa untuk mendakwa mana -mana individu. Kuasa menteri KDN sudah di kekang dan tersekat bilamana perundangan darurat dimansuhkan. Dulu bolehlah menteri KDN keluarkan arahan menahan mana -mana saspek tanpa bicara di bawah kuasa-kuasa darurat. Nak persalahkan menteri yang jaga undang-undang tak boleh juga kerana kuasa pendakwaan diberikan oleh perlembagaan Malaysia dan tak tertakluk kepada mana-mana menteri. 

Kebiasaannya polis lah dipersalahkan atas alasan kertas siasatan tak lengkap dan tak mencukupi bahan bukti untuk pendakwaan. Sejak PKR memghentam terok Peguam Negara dalam kes liwat Anwar Aib-Brahim Pejabat Peguam Negara kehilangan sifat jantan. Malah Pejabat Peguam Negara menjadi bahan lawak saja dek pakatam jahanam.

Dalam kes pendakwaan ke atas pemimpin pakatam jahanam berkaitan rusuhan BERSIH 3.0 Azmin Ali dengan selamba memtertawakan peguam negara kerana asik membuat pindaan ke atas kertas pertuduhan.

Kenapa Pejabat Peguam Negara begitu takut sekali berhadapan dengan pakatam jahanam sampaikan segala usaha pihak polis jadi sia-sia sahaja. Kita pun tertanya-tanya .. susah sangat ke nak mendakwa pesalah politik nie? Kita semakin hairan kenapa Pejabat Peguam Negara bergitu berlembut dengan pesalah-pesalah politik sehinggakan puak Pakatam Jahanam semakin berani beraksi liar di atas nama Kebebasan Berpolitik? Tak menghormati undang-undang.

Pendakwaraya kanan dan muda di Pejabat Peguam Negara perlu disedarkan oleh pihak JPM , KDN dan Menteri Kehakiman bahawa fungsi dan peranan Pejabat Peguam Negara adalah penting. Jika mereka teragak-agak dan begitu lemah lembut macam sotong dengan kesalahan-kesalahan politik kesannya ialah Jalur Gemilang pun sudah tidak dihormati di tempat awam. 

Satu pertanyaaan kepada Pejabat Peguam Negara pada waktu ini ialah Kenapa bila berkaitan dengan pendakwaan terhadap kesalahan yang di buat Pakatam Jahanam, you people seemed do not care at all ? What's wrong with all of you?

Jika Pejabat Peguam Negara masih teragak-agak dan segan malu untuk mendakwa pesalah-pesalah politik , Jemaah Menteri wajib menyerahkan tugas dan fungsi itu secara 'Fiat' kepada mana-mana peguam kanan yang layak untuk mengambil-alih tugas pendakwaan tersebut. 

ANWAR AIB-BRAHIM SUDAH MATI AKAL & LANGKAH.


ANWAR AIB-BRAHIM cuba memulihkan semula imej 'warak' dan 'alim beliau dengan menggunakan masjid. Malangnya usaha beliau untuk menarik simpati belas kasihan melalui insiden bilik tidur beliau di ceroboh dan bas mewah beliau di simbah cat tak menjadi pula. 

Sehingga kini beliau masih belum lagi dapat menjawab di mana kah jam omega beliau. Malah sehingga kini beliau tidak dapat membuktika bahawa beliau di fitnah dalam kes liwat nya. 

Kes liwat II nya pun masih tergantung kerana rayuan masih berjalan terhadap keputusan mahkamah Tinggi yang tidak berani hendak mensabitkan hukuman ke atas beliau. 

Siri Jelajah Merdeka Pakatam Rakyat sebenarnya adalah siri Jelajah untuk memulihkan imej tercalar Anwar Aib-Brahim. Imej nya sudah teruk tercalar sejak terdedahnya segala kepalsuan beliau. 

Video salahlaku seksual beliau, kes liwat II dan video beliau mengarahkan rempuhan BERSIH 3.0 adalah di antara perkara-perkara aib yang beliau sendiri lakukannya. Kerana itulah para pencacai Pakatam Jahanam berusaha lebih keras untuk memperlekehkan tindakan PERKASA KOTA SETAR menghalang Anwar Aib-Brahim mencemarkan masjid Al Hussin. 

Kerana itu jugalah para pencacai pakatam jahanam cuba mencipta isu kononnya ada pelajar tahfiz enggan bersalaman dengan DS Rosmah.

Kerana itu jugalah para pencacai Pakatam Jahanam memainkan isu Hasan Ali bergambar dengan sekumpulan wanita yang tak bertudung.

Itu semua adalah usaha Pakatam Jahanam mahu memulihkan semula imej aib Anwar Aib-Brahim yang sudah banyak kali terkantoi. 

Begitulah kesudahan nasib Anwar Aib-Brahim sekarang ini. Akalnya dan langkahnya sudah mati. DAP cauvinis rasis pun sudah ingkar kepadanya. Malah PAS pun turut mengingkari beliau. Beliau tahu bahawa pada kali ini PKR akan berseorangan menghadapi PRU 13 tanpa sebarang sokongan padu daripada DAP cauvinis rasis. PAS dan majoriti kem dalam PKR.

Anwar Aib-Brahim sedang menunggu saat digulingkan oleh kem-kem yang berada dalam PKR.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...