Selasa, 24 Julai 2012

GEMPAR!!! PKR CUBA KEROHKAN HUBUNGAN BAIK ARAB SAUDI-MALAYSIA.

He he he Den Suka Buat Kecoh ... Bos Besar Suruh Saya 

Di kala dunia mula membuka mata dan mengutuk keganasan rejim Zionis, tidak semena-mena ada pihak yang cuba mengalih perhatian dengan membangkitkan persoalan terhadap kerajaan Islam, yakni, Arab Saudi. Pihak yang diperkatakan di sini pula, bukanlah pihak barat, tetapi seorang penulis pro-PKR, sekali gus menguatkan lagi persepsi rakyat bahawa PKR adalah agen Zionis di Asia Tenggara. 

Penulis tersebut adalah tidak lain dan tidak bukan, ialah Hishamuddin Rais. Di dalam KeAdilandaily, Hishamuddin telah menulis sebuah artikel bertajuk ‘Arab Saudi dan Zionis Israel’ di mana beliau menghina warga Saudi dengan menyatakan yang mereka berkelakuan lucah dan ganas terhadap warga asing termasuk merogol dan memukul pekerja wanita dari Filipina dan Indonesia. 

Antara petikan lain tulisan beliau: 
“Untuk saya negara yang bernama Arab Saudi adalah ‘scam’ yang paling besar yang menimpa penganut agama Islam di seluruh dunia.
Sejarah merakamkan bahawa Arab Saudi ini dilahirkan dari perancangan kuasa imperial Anglo-Saxon sesudah perang dunia pertama. Semenanjung Arab ini seperti Negara Telok dipimpin oleh pelbagai ketua suku dan kabilah. Perbalahan dan perperangan antara suku dan kabilah sering berlaku. Maka di sinilah munculnya T.E Lawrence seorang ejen dari Britain yang merancang untuk menjatuhkan kuasa imperial Ottoman yang berpusat di Istanbul.
”Dengan memberi sokongan kepada kabilah Abdul Aziz al- Saud, kekuatan kerajaan Ottoman di sebelah Selatan – Jordan, Palestin, Syria dan Iraq – menjadi lemah. Pada 29 Oktober 1923 Turki menjadi republik. Scara rasminya kuasa kerajaan Khalifah Ottoman dihapuskan pada 3 March 1924. Akhirnya pada tahun 1932 lahirlah apa yang hari ini dikenali sebagai Kingdom of Saudi Arabia. T.E Lawrence seorang ejen British yang juga seorang homoseksaul telah memainkan peranan yang amat penting untuk mewujudkan Arab Saudi.
Soalnya, kenapakah atau apakah agenda Hishamudin Rais atau PKR untuk menghina dan memperkecilkan kerajaan dan warga Saudi sebegitu rupa? 

Apakah PKR ingin membangkitkan perasaan curiga, syak wasangka, prejudis dan benci terhadap kerajaan Arab Saudi di kalangan umat Islam? 

Apakah beliau ingin melihat Arab Saudi yang berkocak dan kacau bilau? 

Apakah beliau ingin mencetuskan pemberontakan besar-besaran di kalangan negara Islam terhadap kerajaan Saudi? 

Negara moden Saudi terbentuk pada tahun 1932. Sejarah yang membawa kepada pembentukan ini menyaksikan penaklukan Nejd dan Hejaz oleh Abdul Aziz bin Saud pada tahun 1902, revolusi yang gagal pada tahun 1916, serta pembunuhan beramai-ramai askar badwi wahabbi pada tahun 1930 di Sabilla setelah mereka tidak bersetuju dengan Raja Abdul Aziz yang enggan berperang dan menakluk Jordan, Iraq dan Kuwait. 

Semenjak itu, politik Saudi kerap bergolak berikutan krisis dalaman antara kerabat diRaja, tentera dan puak pelampau Islam. Namun, adalah merupakan satu rahmat bagi Umat Islam di seluruh dunia bahawa kerajaan Arab Saudi berjaya mengekalkan keamanan dan meningkatkan kemajuan negaranya bagi membolehan tanah suci Mekah dikunjungi oleh jutaan umat setiap tahun dengan selesa dan tanpa merasa terancam. Mengungkit sejarah lama semata-mata untuk memburukkan kerajaan Saudi adalah kerja gila kalau tidak pun jahat apatah lagi jika dilakukan oleh warganegara lain, bukan Saudi sendiri. 

Kerana itu, rasanya tidak salah jika kita mengesyaki Hishamuddin Rais dan PKR sedang membawa agenda Zionis untuk mencetuskan perasaan benci terhadap negara ‘tauke minyak’ dan bertanggungjawab terhadap rumah Allah. Ini mungkin juga usaha terdesak Hishamuddin untuk mengembalikan imej Anwar Ibrahim sebagai pejuang Islam dan bukan agen Zionis dengan mengaitkan kerajaan Arab Saudi dengan Zionis. Malangnya, apa yang dilakukannya iaitu dengan menghentam negara Arab Saudi sebagai satu ‘penipuan’ adalah keterlaluan. 

Atau mungkin juga beliau sengaja ingin mencetuskan ketegangan dalam hubungan dua-hala Malaysia-Saudi. Jika ini niatnya, maka beliau tentunya yakin yang PKR tidak mungkin akan menjadi kerajaan dan kerana itu beliau tidak perlu menjaga hubungan diplomasi antara negara-negara luar. 

Apapun, Anwar Ibrahim perlu menjelaskan banyak perkara kepada masyarakat Islam di dunia khasnya kerajaan dan warga Arab Saudi tentang apa yang cuba disampaikan oleh ‘baruanya’, Hishamuddin Rais.

Artikel tersebut tidak wajar dikatakan pandangan peribadi Hishamuddin kerana ianya dicetak dan diedar di dalam lidah rasmi PKR. Lebih-lebih lagi apabila penglibatan PKR dengan Zionisme dapat dikesan melalui hubungan rapat Anwar Ibrahim dengan tokoh-tokoh Zionisme. 

Kes ‘apology tour’ yang menyaksikan Anwar terpaksa melutut kepada semua tokoh-tokoh Zionis apabila ‘tersasul’ mengkritik pencerobohan mereka ke atas Palestin, telah membuka mata ramai orang. Kita sudah sedia maklum mengenai strategi Zionis menakluk dunia, iaitu dengan cara ‘pecah dan perintah’. 

Rakyat sesebuah negara dipecahkan mengikut suku, kaum, bangsa dan agama dengan menggerakkan agen-agen mereka agar menghasut, melempar fitnah dan akhirnya memberontak terhadap kerajaan. Sekian lama, Zionis berjaya meletakkan pemimpin boneka mereka di beberapa negara melalui strategi ini. 

Negara-negara yang disasarkan selalunya adalah negara di mana mereka mempunyai kepentingan sama ada berkaitan sumber alam seperti minyak, ataupun logistik dari segi ruang udara dan laut untuk kepentingan perdagangan mereka. 

Selain itu, negara yang tidak mempunyai kelebihan sumber alam atau logistik juga tidak terkecuali dari ancaman Zionis kerana sememangnya Zionis mensasarkan supaya semua negara di dunia menjadi lemah agar terpaksa mengikut telunjuk mereka. 

Ini bukanlah paranoia atau imaginasi yang terlalu tinggi tetapi fakta yang telah pun didedahkan oleh beberapa bekas agen CIA sendiri. 

Justeru, dengan tulisan Hishamuddin Rais tersebut, nampak seolah-olah PKR bukan sahaja dipertanggungjawabkan oleh Zionis untuk memecahbelahkan masyarakat Malaysia tetapi juga masyarakat Islam di dunia dengan membangkitkan perasaan benci terhadap negara yang merupakan ‘kiblat’ umat Islam.

Apa yang penting, kita tidak boleh membiarkan agen-agen Zionis seperti PKR mengotorkan Tanah Suci dengan membangkitkan huru-hara di sana pula. Keamanan di Tanah Suci perlu dijaga dengan apa jua kos dan kita percaya, itulah yang dipegang oleh Kerajaan Arab Saudi bagi memungkinkan umat Islam menunaikan ibadah haji setiap tahun. 

Satu soalan yang bermain di fikiran ialah, apa komen PAS? 

Apakah PAS juga ingin melihat Tanah Suci menjadi Dataran Tahrir yang diimpikan sekian lama?

EDISI SAHUR: RPK MEROYAN PASAL BELI PRU.

WAKTU SAHUR NIE , marilah kita merenung sejenak apa yang telah diroyankan oleh RPK, seorang bloger yang dianggap pandai dan cerdik (mungkin disebabkan RPK menulis dalam bahasa orang Penjajah). Artikel berkenaan telah di salin dan digamkan oleh bloger APA (bloger yang menjadi Bidak Utama Papan Catur Pemain Politik). Ada beberapa perkara menarik dan poin-poin yang telah diketengahkan oleh RPK.  

(Amaran: semuanya adalah pendapat peribadi RPK sahaja. Di dalam Politik Tidak Ada Kepastian Tetapi Permainan Manipulasi Persepsi Bagi Mencapai Matlamat). 

Manakala Hamba menulis cara orang kampung dan sudah dilabelkan sebagai 'Mulut Busuk' di kalangan rakan-rakan kerana "Enggan Menurut Perintah". Hamba kan dilahirkan sebagai seorang manusia bebas. Jadi tak salah kalau Hamba kekalkan kebebasan Hamba tersebut demi kebaikan semua. Sudah tentulah apabila kita mempertahankan 'Kebebasan Diri Kita' orang lain akan marah. Itu biasa beb. Terima sajalah padahnya. Tapi kalau kita menjadi penakut maka apa manafaat yang boleh kita berikan kepada orang ramai? Tapi bukanlah menjadi manusia yang kurang ajar, berkhianat dan melampaui batasan. Hamba masih orang berhemah tinggi bersopan dan beradab. Tak nak malukan arwah kedua ibubapa Hamba yang telah mendidik Hamba menjadi manusia yang baik dan berguna kepada agama, bangsa dan negara.

Bak kata pepatah Bani Jawi, 'Sikit-sikit Lelama Jadi Bukit'. Bila menjadi Bukit akan sukarlah untuk diruntuhkan.

RPK berpendapat bahawa PRU 13 dan seterusnya adalah milik kekal abadi BN. Pertaruhannya adalah Sabah dan Sarawak. Bagi menguatkan pendapatnya, RPK menyentuh mengenai pertemuannya dengan Jefrrey Kittigan di Hotel Federal. Kata RPK pertemuan itu berlaku kerana Jeffrey Kittingan nak minta pendapatnya mengenai tawaran Anwar Ibrahim. WOW ! Cayalah RPK ! Kalu macam inilah gayanya politik di Malaysia memang patutlah menjadi cacamarba. Dan selepas itu serta selebihnya adalah garapan cerita-cerita fiksyen ala novel Saspens Tahap Gaban novelis Barat. 

RPK menyentuh mengenai sentimen orang Sabah dan Sarawak dan berkenaan dengan Perjanjian 20 Perkara dan 18 Perkara. Oopss , maaf, bukan sentimen orang Sabah dan Sarawak tetapi Sentimen Yang RPK Fikirkan dan Andaikan Adalah Sentimen Orang Sabah & Sarawak. 

Hamba berasa yakin dan percaya bahawa majoriti senyap pun dah jemu dan bosan dengan pelbagai juadah dalam mempersembahkan persepsi. Majoriti Senyap mahukan KEBENARAN HAKIKI dan tidak mahu terikat dengan sebarang bentuk persepsi. Jadi itulah yang Hamba persembahkan. 

Memanglah betul ada sentimen anti-Pusat di Sabah dan di Sarawak. Kemasukan UMNO di dalam Sabah sebenarnya menerima banyak pertentangan di peringkat awal. Ini berlaku semasa Jeffrey Kittingan menjadi Ketua Menteri Sabah. Beliau adalah anak jati Sabah dan beliau beragama Kristian. Semasa itu sentimen pertentangan agama agak meruncing. Beliau jugalah yang telah memperhangatkan sentimen 'Kemerdekaan Sabah' di atas alasan kononnya Pusat 'Menjajah Sabah'. Perlu diingatkan bahawa sentimen ini lahir daripada seorang pemimpin Sabah yang sentimen keagamaannya amat kuat. Beliau seorang yang bercita-cita tinggi dan mahu menjadi Perdana Menteri Malaysia yang pertama beragama kristian. Itu sahaja. Ini kira matlamat dan agenda Peribadi lah. Persoalannya ialah:-
  1. Apakah percaturan politik Sabah sebenarnya? Inilah yang perlu diperjelaskan. Bukan oleh Hamba atau RPK tetapi oleh anak jati dan tempatan Sabah sendiri. Ambil pendapat mereka dan carilah penyelesaian yang mampu memuaskan hati semua pihak pada kadar berpatutan dan logika. Tak perlulah kita melemparkan lagi pelbagai bentuk persepsi. Orang Sabah sendiri pun nanti naik hairan plak. Apasaja yang berlaku dan berubah dalam senario politik Sabah bakal memberikan impak kepada struktur dan penguasaan politik di Semenanjung Tanah Melayu. Itulah pasal. dalam cerdik ada juga sudut kebingungan. Dulu, Tunku nak masukkan Sabah dan Sarawak ke dalam Malaysia sebagai pemampan dan pengimbang kuasa politik di rantau Asia Tenggara. Maklumlah masa itu pengaruh komunis amat kuat dan Indonesia sendiri pun dikuasai oleh anasir komunis. Selebihnya anda semua mampu merumuskan sendiri. 
  2. Apabila keadaan politik berubah dan suasana politik global sudah tidak kondusif lagi bagi menjustifikasikan keadaan asal mula kemasukan Sabah ke dalam Persekutuan Malaysia sudah tentulah sentimen lama timbul semula. Keadaan sudah menjadi 'Di luah mati bapak di telan mati mak'. Kini kehendak itu perlu disesuaikan dengan perubahan yang berlaku. Tapi sejauh mana dan setakat mana,.. manalah kita boleh menjangkakannya. Ada perkara-perkara yang kita tidak ketahui. Apabila kita cuba masuk ke dalam perkara yang tidak kita ketahui maka kita akan menambahkan lagi kerosakan dan kebinasaan. Jadi moleklah kita tak masuk campurtangan macam RPK cuba lakukan.
Kesimpulannya, jika kita masih berjiwa kenegerian di dalam sebuah Persekutuan sampai bilakah kita mampu membina sebuah negara yang kuat dan utuh? Kalau kita asik memikirkan kepentingan sendiri sampai bilakah orang ramai akan mendapat manafaatnya? Di sini kita perlu menjadi pragmatik dan memikirkan kepentingan yang lebih besar lagi. Bagi mencapai itu kita perlu melakukan pengorbanan. Dalam masa yang sama kita tidak mahu pula pengorbanan yang kita lakukan itu di ambil kesempatan oleh orang lain untuk memperkuatkan kepentingan diri mereka (macam yang terjadi kepada diri Hamba). Persoalanya Adakah kita Mampu dan Bersedia Melakukan Pengorbanan Demi Kepentingan Orang Lain?

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...