Khamis, 8 Mac 2012

DS AJIB MEMANG BIJAK ... GAJI NAIK SBPA DIBATALKAN.


Maklumat yang MyMassa dengar di TV sebentar tadi.

SBPA dibatalkan. SSM kekal dan akan ditambah baikkan.

Gred 1-54 naik 13%.

Gred yang lebih tinggi naik 7-8%.

Maklumat seterusnya akan menyusul.

*Kesimpulannya, YAB PM memang mendengar suara dan rintihan rakyat di bawah. Terima kasih PM.

Tu la kan ingat DS Najib ni baru ke dalam politik ?

Padan muka semua pensabotaj dan pembocor kapal.

DS Najib benar-benar komited hendak membantu kakitangan awam yang bergaji rendah.

TQ MYMASSA.

TEPUK DADA TANYA IMAN!

PKR SELEWENG MUDAH SAMPAI SAMPAH BERSEPAH RAKYAT MENYUMPAH

"SAMPAH BERSEPAH RAKYAT MULA MENYUMPAH"




SHAH ALAM - Persatuan Pengguna Subang dan Shah Alam (Cassa) hari ini membuat laporan polis berhubung dakwaan berlakunya penyelewengan dalam pembahagian kontrak kutipan sampah di Selangor.

Laporan polis itu dibuat oleh Presiden Cassa Datuk Dr Jacob George di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Shah Alam di Seksyen 9 di sini.

Beliau berkata, Cassa juga akan menubuhkan satu pasukan khas bagi menyiasat dakwaan berkenaan kerana pihaknya menerima lebih 30 aduan daripada orang ramai dan kontraktor yang tidak berpuas hati dengan pembahagian kontrak berkenaan.

Jacob mendakwa pembahagian zon kutipan antara kontraktor yang dipilih juga menimbulkan keraguan kerana terdapat sesetengah kontraktor diberikan tiga zon kutipan sampah sedangkan ia tidak berlaku sebelum ini.

"Pelik apabila satu kontraktor mendapat tiga zon kutipan sedangkan setiap kontraktor sepatutnya mendapat satu atau dua zon saja untuk kerja-kerja kutipan sampah," katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Beliau berkata jika kerajaan negeri masih berdiam diri dan tidak melakukan apa-apa tindakan, Cassa juga akan membuat laporan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) supaya menyiasat prosedur pembahagian tender berkenaan.

Beliau berkata, Cassa juga akan mengadakan ceramah di seluruh daerah di Selangor untuk mendedahkan kepada rakyat tentang salah guna kuasa yang berlaku dalam pentadbiran kerajaan negeri jika tiada tindakan yang dibuat bagi menangani
isu ini.

Jurucakap polis IPD Shah Alam ketika dihubungi mengesahkan menerima laporan itu.


TQ GWM.

TEPUK DADA TANYA IMAN

MERANAPKAN EKONOMI RAKYAT. SAMPAH BERSEPAH RAKYAT MENYUMPAH.

RM 350 juta ?

RM 250 juta ?

RM 500 juta ?

Puah palih .... .... berapa banyak ratus dan juta .... tapi SAMPAH tetap jadi SAMPAH .... 

Nak tau kisah nya ?????

Korang datang balik jam 10 pagi nie ....

Taim sekarang Hamba nak brekpes dulu .... 

Jangan lupa ... datang kembali jam 10 nanti .... 

TEPUK DADA TANYALAH IMAN!

KUCING & KANGAROO PUN ADA MAHKAMAH? SELCAT & NOH OMAR.

Dalam sebuah negeri bernama Pasir Dengung Dar-Es-Rabish semua makhluk tak kita manusia atau haiwan mempunyai hak samarata samarasa depan belakang sama sahaja. Arakian kucing dan kangaro pun ada mahkamah. Jika ada pihak yang hendak mengadu dan ada, bukti maka hendaklah pihak tu tulis surat minta izin datang dan beri segala keterangan lisan dan dokumen kepada mahkamah tersebut. Jika tiada surat sedemikian maka jangan haraplah aduan tersebut akan di layan. Demikianlah amalan keutuhan keunggulan dan, ketelusan yang diamalkan oleh mahkamah dan pemerintah negeri tersebut. Macam sial kan? - Hikayat Negeri Pasir Dengung Ceritera Ketigabelas.
Macam pernah dengar plak benda yang sama berlaku di sebuah negeri di Malaysia ini. Negeri ini dulu di perintah dan di tadbir dengan baik dan telus oleh Barisan Nasional. Dek kerana ramai sangat graduan-graduan dari kandang lembu tenusu Encik Ford dok merapu, negeri itu jatuh ke tangan Pedofilia Regim PAS DAP PKR kononnya akan memperbaiki segala kepincangan. Akhirnya setelah hampir tamat mandat PRU 12, Pedofilia Regim berjaya membuktikan teori kajian saintifik bahawa Tikus Makmal lebih pandai membaiki labu daripada mereka.

Noh Omar membidas kenyataan speker DUN Selangor merangkap Ketua Panel SELCAT. Ada ke patut Speker DUN Selangor meminta Noh Omar menulis surat untuk menjadi saksi dalam pendengaran SELCAT. Pemalas betul SELCAT nak mensapinakan Noh Omar sebagai saksi.Pelik gak kalau tengok dalam Undang-undang Tubuh Negeri Selangor status sebuah Jawatankuasa seperti SELCAT amat meragukan. Lagipun SELCAT ini ditubuhkan sebagai sebuah jawatankuasa seperti Inkuistorial Sepanyol yakni nak melanyak dan menghapuskan pesaing mereka.

Hairan sungguh kerana SELCAT bertindak seperti sebuah mahkamah sedangkan tiada peruntukan di dalam Undang-undang Tubuh Selangor memberikan kuasa-kuasa separa-judisial kepada sebuah jawatankuasa seperti SELCAT. Dari mana agaknya keesahan yang diperolehi oleh SELCAT?

Ternyata kenyataan speker DUN Selangor membawa kita kepada kesimpulan bahawa SELCAT ini tak ubah seprti mahkamah kangaroo. Kalau dah jadi macam tu dimanakah kredibiliti SELCAT dalam menangani sebarang aduan penyelewengan kuasa dan rasuah terhadap mana-mana pihak yang mempunyai kepentingan dengan Pedofilia Regim pakatang DAP PAS PKR? Pilih kasih dan pilih bulu wooo SELCAT.

Elok SELCAT dibubarkan sahaja kerana SELCAT sentiasa pincang fungsi dan pincang tugas.

TEPUK DADA TANYA IMAN!

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...