Sabtu, 25 Julai 2015

EPISOD PANAS FITNAH 1MDB PEMBELI DOKUMEN CURI YANG MENGAKU.

Puas cari Gambo Yang sesuai, Tapi Gambo ni jumpa, Yang Tengah tu Tong Kooi Ong kata Lebai Gugel. Kalau Lebai Gugel Pedooh, abis lah ambe.  


BISMILLAHI ALLAH HU AKBAR !

Hari ni masuk 9 Syawal. 

Episod terkini pasal fitnah 1MDB dinukilkan dalam bahasa kefahaman digunapakai kat warung kedai kopi tepi jalan utama kat kampung-kampung. Kasi mudah orang paham benda isunya. Bukan nak kejor KPI pun. Atau ranking. Nak kasi orang paham yang serangan ke atas Najib itu semuanya guna fitnah-mehnah semata-mata. 

Bila wartawan ST Singapura (baca ST Singapura bukan NST yang kat Malaysia), berjaya interbiu si Justo kat Siam (sebut Thailand kang puas lah pakcik tanya lebai gugel), Justo pun bercakap lah macam burung murai berkicau sebelah pagi. 

Justo cakap kat wartawan ST Singapura, memang betul ada jumpa orang kat sebuah hotel di Singapura, Pastu orang-orang itu tawarkan USD 2 juta untuk beli semua dokumen yang Justo curi dari Petro Saudi. Tapi Justo kata beliau kena kencing sebab tak dapat bayaran yang dijanjikan. Kira bodohlah juga Justo ne kan. Kendian , pemilik THE EGDE (suratkabor) Tong Kooi Ong mengakui benda tu kat TMI (the Malaysian Insider). 

Cuma Tong Kooi Ong nafi lah buat ubahsuai ke atas dokumen yang di curi tu kendian beliau kencing kat Justo. Kamonlah. Berapa lama Tong Kooi Ong nak pedooh? Hari tu dia pedooh kat Justo. Hari ini nak pedooh kat kita? Hengat kita macam Justo ker?

Pemilik Sarawak Report pun ada dalam perjumpaan tersebut. Hat Mat salleh perempuan namanya Clare Rewcastle. Tapi Clare Rewcastle nafi lah ( takkan nak ngaku kot, nanti kontoi berganda).

Justo cakap, selain pembayaran yang dijanjikan, deme-deme tu semua ada cakap nak ubahsuai dokumen curi tu nak kasi meletops kow-kow kat Najib letak jawatan. Pasal benda ini, ada seorang yang pernah kerja kat Sarawak Report, Lester Melanyi namanya, kata, memang Sarawak Report ada buat kerja-kerja jahat camtu guna khidmat pekerja grafik nama James Steward.

Bila cerita ini Justo mula keluar, arwah Tun M kata pedooh je boleh ubahsuai beribu-ribu dokumen. Tapi arwah Tun M cuma cakap je lar. Takde lah arwah tun M beri apa-apa bukti. Cumanya, arwah Tun M pun cam mengaku jugaklah kan. Benda yang arwah tun M cakap tu kendianlah ambe ulas.

Dan macam bisa la segala hulubeloga arwah tun M pun mencicit lah menapikan. Alarh biasalah, kena defend Tuan kan. 

Sebabnya, pe mustahil pun nak ubahsuai semua dokumen yea tak? Bukan di buat sekaligus pun. Justo jumpa deme-deme tu pun bukan sehari dua lepas. Lagipun, dokumen-dokumen tu pun dah tentu akan di tapis-tapis mengikut selera dan fitnah yang nak dibangkitkan. Memang ada banyak masa terluang lah untuk ubahsuai dokumen tu. 

Apapun kepedoohan yang pihak-pihak terkantolan nak kaber muka, deme tak sedor yang pengakuan Tong Kooi Ong mengesahkan 'pembelian' dokumen curi bawa akibat dan natijah jenayah lain pulop. Hat ni ambe nak bagi cerah sikit sel-sel otak belogar arwah Tun M.

(i) Tong Kooi Ong mengaku buat tawaran pembelian dokumen curi. 

(ii) Tong Kong Oii buat tawaran pembelian dalam pengetahuan yg amat jelas bahawa yang nak di beli tu dokumen curi. 

Kepala hotak yang waras lagi siuman (baca bukan macam kepala hotak belogar arwah tun m yang tak berapa sihat dan tak berapa nak siuman) dah tentu kita jadi pelik. Kenapa pulop Tong Kooi Ong nak beli dokumen curi daripada pemeras ugut? Tak ke tu ada tanda-tanda NIAT JAHAT?

Sekian terimakasih.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...